Thursday, August 23, 2012

Syawal Day 05: Halwa Maskat jarang bersua ~ Wadai Kipeng ~ Kuih Karas yang sudah kena caras...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Khamis
23-08-2012



Memang sunyi sepi sama macam semalam. Sudahlah Lantai Department aku jauh dari meja receptionist, dan tiada orang lalu lalang, tiada bunyi interkom, tiada bunyi orang bercakap...

Hanya bunyi cakap DJ dan lagu-lagu dari radio aku yang memang sedia perlahan. Bunyi aircond pun lagi kuat dari itu. Kerja aku terkawal. Lebih banyak jam berlalu begitu saja. Masa yang terasa lambat sekali. So cara terbaik adalah layan FB sambil habiskan novel yang masih ada 2,3 tidak terbaca semasa bulan Ramadan lalu.

Tadi pagi ada segmen “Kuih/Biskut Raya yang Lama Anda tidak Temui di Hari Raya”, di Sinar.FM. Aku sebenarnya kurang gemar biskut raya (juga jenis biskut lain). Aku lebih suka makan menu Kerepek dan yang bukan biskut di hari raya; e.g. Laksa, Nasi Impit + Kuah Lodeh, Ketupat + Rendang Ayam (daging kurang gemar), Spagheti or Laksa Johor, etc. etc...

Memang banyak jenis biskut raya yang disebut pendengar, termasuk kuih Banjar seperti Halwa Maskat, Wadai Kipeng juga beberapa jenis kuih tradisional lain yang sudah jarang kita jumpa sekarang

Bagi kami orang Banjar, Wadai Kipeng jarang dibuat di hari raya sebenarnya, tetapi di majlis kenduri-kendara seperti ketika gotong-royong ubah tapak rumah, or kenduri kecil seumpamanya.

Masa berkumpul Hari Raya hari tu, seronok juga bercerita pasal Banjar dengan MyBonda dan MyKakak-Kakak. Sebab depa masih lagi ingat ‘bersurah Banjar’ sedangkan aku failed terus!

Walaupun aku banyak simpan senarai terjemahan Banjar, daftar diri jadi ahli Banjar SeMalaysia, tetapi komitmen aku sangat kurang dan aku sungguh kesal kerana sentiasa beralasan untuk mencari masa mendalami bahasa Banjar. Aduhaiii... Sedangkan hati sentiasa ingin, sentiasa teruja tapi masih tidak banyak ruang untuk aku fokus belajar semula bahasa keturunan MyBonda.

Halwa Maskat
*thanks, pic dari: blog Pak Idrus


Kuih Karas
*pic snap sendiri semasa lawatan ke Langkawi 2010 lalu.




~...sudah kerap dinasihati ramai untuk bersabar sedikit waktu lagi menanti si kakak dipinang si buah hati, tetapi anak dara Pak Imam tetap teguh hatinya memilih HISYAM walau harus melangkau waton sampai terhungkop, diugut ketulahan dari SERI BULAN dan Mak Utih sudah bersedia merton-kapak jika ada yang bersilat berkepak...~



 

11 comments:

  1. Dulu kat kampung kakcik memang ada orang yang pakar buat kuih karas. Keluarga kakcik hanya tahu menempah saja dari orang tu - kemhiran membuat langsung tak ada. :(

    ReplyDelete
  2. wadi kipeng tu bukan bubur nangka + tepung pulut ke azie,,dulu kawan banjar acik kata..bubur tu la namnya wadai kipeng

    ReplyDelete
  3. KAKCIK SEROJA:
    Saya pun langsung tak tau. Lagipun leceh buatnya. Acuannya dulu dari tempurung kelapa yg dilubang kecil.


    ACIK ERNA:
    Jika ikut original Wadai Kipeng, tepung pulut saja, dibulat mcm duit siling, kuah santan pekat dn gula melaka...

    ReplyDelete
  4. kueh karas tu sedap ranggup ranggup je , halwa maksat sya jumpa masa raya di kulim hari tu, tp sya tak boleh nak telan rasanya macam 'kuat' sangat

    ReplyDelete
  5. SYA:
    Kak Azie tak berapa gemar Kuih Karas, sbb ia cuma rasa manis. Halwa Maskat memang kuat rasa, sbb banyak gula dan minyak sapi (kalu tak silap). Cuma kalu jenis yg campur badam atau gajus or kacang-kacang, sedap juga.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. dah 5 tahun ku mencari halwa maskat nie..ayah ku yg uzur mengidamkan nye..adakah sama halwa ni di trg nge negeri2 lain..?tolong lah sapa2 yg ada info ttg halwa ni bg tahu ku..kat mane leh dpt mknan ni..puas sudah ku menanya org di trg..:-[

    ReplyDelete
  8. sapa ada resepi halwa maskat mcam dlm photo di atas ..teringin nak masak makan..sy dapat masuk blog paki] idrus ..sapa pandai buat halwa maskat sy nk belajar ....huhu...

    ReplyDelete
  9. ps...saya tak dpt masuk blog pak idrus...

    ReplyDelete
  10. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails