Thursday, August 16, 2012

Ramadhan Day 27: Dulu, masak Ketupat Anyam Sendirik dalam periuk kawah di belakang rumah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
16-08-2012



Mood raya sebenarnya sudah terasa sejak minggu lepas lagi. Masuk minggu ini, lagilah terasa. Job agak berkurangan, walaupun masih ada 2,3 projek yang berstatus “Super Urgent”.

Persiapan? Biasa. Baju budak-budak dah beli sebelum puasa lagi. Baju kurung IKA dan AMOI aku sudah tempah sebelum Ramadan lagi. Lain-lain, masih macam dulu. Cara kami. Sederhana. Tiada sofa baru, tiada langsir baru. Tahun ini juga tidak cat rumah. Biskut raya pun tak cari lagi. Malam raya kot.
*Hint: tiada openhouse secara rasmi sebab aku tak ambik cuti extra. Rabu aku dah masuk opis balik.

Barang kering untuk memasak di hari raya sudah mula dikumpul sedikit-sedikit. Aku kena panggu masak Pulut Kuning (permintaan MyBONDA). Dan aku akan buat juga Sambal Bilis dan Kari Ayam.

Kakak-kakak aku akan datang ke KL dan kami berhimpun di sini untuk menyambut raya dengan MyBONDA. Semua sudah ambik menu panggu masing-masing. Potluck.

Sangatlah berbeza pula cara berhimpun kali ini, kerana kami tidak mungkin lagi dapat merasai suasana bergotong-royong secara besar-besaran seperti dulu. Like the good old days! Masak guna dapur kayu di belakang rumah yang luas. Periuk besar utk rebus ketupat yang dianyam sendiri, masak Daging Masak Merah resipi arwah Ayah, menumis Kuah Kacang... riuh-rendah mengupas bawang dll..

sementara anak-anak bermain di laman nan terbentang, bermain bunga api dan mercun lempar...

Sehingga tengah malam, mengulang makan apa yang sudah dimasak... sambil borak dan riuh sakat-menyakat.

Kemudian pagi raya... hmmm paling syahdu. Berbaris bersalam sambil beratur mengutip duit raya.

Sebak!

Tayang-tayang:

Hamper dari client sudah mula sampai...




~…kalaupun SERI BULAN tidak pernah kelihatan sempurna, setidak-tidaknya dia tetap tidak rela disebut secara terangan lalu bila ada yang mencemuh dia sudah lali mengeluh dek mulut lenguh kerana HISYAM sendiri pernah dilihat menyimpan senyum sinis hingga tidak sedar SERI BULAN memang rasa terhiris...~

 

18 comments:

  1. Selamat hari raya..semoga bergembira dengan lebaran nie..Lynn pun sama je..ala kadar..yg penting anak2 happy..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Azie.

    Kenangan lalu tetap juga mengusik jiwa, kan?

    ReplyDelete
  3. LYNN:
    kita
    yg sudah biasa dgn cara sederhana, akan tetap kekal dgn cara begini.
    Payah nak jadi cara orang lain. Takut tak ter ukur baju kat badan.
    Selamat Hari Raya, LYNN.


    KAKCIK SEROJA:
    Begitulah... bila tiba Ramadan dan Syawal asyiklah teringat-ingat kisah
    lama...

    ReplyDelete
  4. Masa merubah segalanya kak azie, hendak atau pun tidak kita terpaksa redza. Menerima apa yang ada dengan penuh kesyukuran dan yang paling penting kita masih dapat beraya dengan mak.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kak. Sepanjang perkenalan kita mungkin ada terkhilaf di mana2. Jangan pula di simpan di hati kerana kekadang yang tersurat tak sama dengan yang tersirat.

    ReplyDelete
  5. JUNAINA:
    Nilai
    sebuah gembira dan bahagia itu tidak sama sesama kita. Ada cara kita yg
    tersendiri. Memang yg lama itu susah untuk berulang tp sangat best
    untuk dikenang.
    SELAMAT HARI RAYA dan Maaf Zahir Batin juga dari Kak Azie utk AINA
    sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. saya cuma tinggal jasad jer kat KL skrg nih....

    ReplyDelete
  7. EELOBOR:
    Amboiii mentang-mentang dah penuh mood raya dalam kepala. Selamat bercuti. Hati-hati di jalanraya, ok...

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya akak..

    betullah.. teringat dulu.. semua persiapan takde yang segera.. ;)
    sekarang kalau nak makan ketupat yang dibuat sendiri, kena balik kampungler jawabnya..

    ReplyDelete
  9. Kak Azie,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Kueh Tart deal kita masih ON ye... :-)

    ReplyDelete
  10. AIZAMIA:
    Ya
    lah. Dolu semua kena buat sendiri. Sampaikan cari kayu api, sabut
    kelapa as bahan bakar pun kena cari awal. Jemur tepung dan gula nak buat
    biskut. Suasana camtu cuma kat kampung jer kan?


    LIASARI:
    Ohhh nanti remind me pasal order Tart tu ya? Takut lupa.
    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin jua buat LIA sekeluarga...

    ReplyDelete
  11. salam aidilfitri dr mama yana sekeluarga..:)

    ReplyDelete
  12. Selamat menyambut Aidilfitri & maaf zahir batin dari saya naa :)

    ReplyDelete
  13. slmt hari raya dr sy kat RKTS ni... mohon ampun maaf jika ada komen2 yg buat terasa hati selama ini... semoga ramadhan kita semua pada tahun ini adalah ramadhan yg terbaik dari awal hingga ke hujungnya... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya...maaf dipinta andai ada salah dan silap....

    ReplyDelete
  16. ACU:
    Setahun cuma 2,3 kali jer dapat hamper...


    MAMA YANA:
    Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin jua buat U...

    ReplyDelete
  17. DINAS
    ALDI & CT NOARIZAH & MULUT PAYAU:
    Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin juga dari Kak Azie buat U all
    semua. Terimakasih. Semoga Syawal kali ini lebih mengembirakan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails