السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
04-08-2012
Iftaf kami hari ini (sekejap lagi), sangatlah simple, sebab yang nak berbukanya nanti cuma 4 mulut. Yang lain semua ada urusan di luar lalu berbukanya di luar.
AMOI diraikan ulangtahun kelahirannya oleh kawan-kawan dengan iftar di restoren pilihan mereka. IKA berbuka di rumah kawan baiknya di KL, yang kononnya baru balik dari oversea, so sementara bercuti mereka set untuk iftar bersama di rumah keluarga kawannya.
Menu kami: Nasi Goreng. Tak tau nak kata Nasi Goreng apa sebab aku cuma gunakan minced ayam + hotdog + mixed vege. Yang pasti namanya pastilah Nasi Goreng Sendirik!
Untuk rasa yang lain sikit (sebenarnya aku jer yang pandai mereka-reka), goreng Keropok Binjai @ Belinjai. Aku jumpa sorang brother jual barang runcit dan keropok Binjai ni dengan harga RM20 per kilo. Sama harga macam di Penang sinun. So beli la lebih skit buat stok. Aku suka goreng garing skit sebab lebih garing lebih enak. Kadang tu buat ratah makan depan tv. Buat snack! Sedap sampai tak sedar, tahu-tahu habis satu tepawer!
Pic: Google
Pic credit: www.cintarasa.com
Sebenarnya, apa pun yang kita masak or buat tetap istimewa pada diri kita. Mensyukuri rezeki dan apa yang ditentukan kepada kita, tidak akan membuatkan kita rasa terbanding. Memang setengah dari kita tidak mampu pun nak berbuka di merata hotel or restoren pilihan mengikut selera berpuasa, tetapi nikmat berbuka itu tetap istimewa dengan cara kita yang tersendiri. Bukan semua orang mampu untuk melayan kehendak mata dan kehendak selera.
Selamat berbuka everyone...!
~...bukan tidak pernah HISYAM terasa hati dek karenah SERI BULAN yang kadang manja kededek kadang rengus merengek, tetapi setiap kali menghadapi rentak beralun tinggi rendah dia selalu ingat bahawa tanpa SERI BULAN bersamanya, dia mungkin tidak kuat untuk menjadi warga Kampung Separuh Desa dengan penuh kehormatan itu...~
nostalgia makan keropok binjai ni..
ReplyDeleteterkenang zaman budak2 dulu..he3
tengok kepok binjai tu, teringat arwah nenek ngan mak saya, mereka je suka makan, kami semua x suka, tak sedap!!!! hehehe, pahit sungguh rasanya, mak saya goreng, makan sendiri, aman hidup tak cepat abis,heheh
ReplyDeletesaya rindu masakan mak... :(
ReplyDeleteassalamualaikum wbth sis..
ReplyDeletekalau teringatkan zaman kecil.....tentu boleh senyum sendiri dibuatnya....
http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/08/kesihatan-tiranaaduka.html
As salam Kak AA,
ReplyDeleteSelamat berbuka! Suka paragraph yg terakhir tu... mendalam maknanya :)
Keropok binjai? First time dgr ni...hiks
azie
ReplyDeletekeropok binjai tu..kalau plnta...diramas dan tabur atas nasi panas serta plnta, sedap gak..
Salam azie...lama kak Zai tak singgah.
ReplyDeleteKak Zai suka nasi goreng,lagi pedas lagi sedap hehehe....
Selamat berpuasa.
azie, nak tanya sikit ... bila nak buat novel Seri Bulan ngan si Hisyam ni?
ReplyDeleteCIKGU NORMAH:
ReplyDeleteNovel? Adehhh itu karya hakcipta terpelihara tuh. Saya kena pujuk depa utk mintak izin.. Jenuhhh.
ha ha ha ... makan ajalah...dah berumur ni...semua sudah dirasa
ReplyDeletekeropok ni kalau kak Es makan, kenapa asyik nak kentut je eh... memang berangin ke? ke badan kak Es banyak angin ? huhuhu
ReplyDelete