السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-08-2012
Yeahhh... aku sudah masuk kerja semula hari ini. Walaupun memang tiada halangan pun untuk aku ambil cuti macam staf lain, tapi aku lebih memilih untuk masuk kerja semula hari ini. Tiada sambung cuti panjang. Lagipun kerja agak banyak dan yang urgent bila-bila masa saja menanti tindakan segera.
Cerita Raya kami sangatlah sederhana dan biasa. Walaupun memang berbeza kerana kami buat pertama kalinya tidak berkumpul di kampung, tetapi bila adik-beradik berhimpun di KL, tetap meriah.
Aku stay di rumah MyBONDA di Jinjang Utara, sejak pagi pertama Raya sehingga petang semalam. MyKakak-Kakak sudah ada yang balik semula ke Perak, berperingkat-peringkat. MyAdik-Adik ada yang baru tiba malam tadi dan juga akan ada yang akan tiba esok hari. MyAdikBongsu (Bro Pattaya) sudah terbang ke Bangkok semalam untuk bercuti dan juga singgah semula ke rumahnya di Pattaya bagi menguruskan beberapa urusan.
Suasana di tempat kerja sangatlah sunyi. Semua staf Melayu lain masih bercuti sepanjang minggu ini. Hanya aku sorang Melayu yang kerja... Walaupun aku sudah letak kuih raya di atas meja di ruang lobi, tetapi suasana raya tak begitu terasa pun. Sunyi juga kerana telepon di meja pun tak bunyik. So, aku layan lagu Raya dari channel Sinar.Fm saja.
Kenapa aku tak cuti panjang? Antara sebab: di department aku, tiada staf backup. Aku seorang saja so jika ada job mengejut hanya aku sahaja yang akan standby.
Gambar Raya?
Walaupun hujan renyai, tercapai juga hasrat aku hendak melihat suasana meriah malam raya (sambil mencari biskut raya) di sekitar Jalan TAR dan Masjid India. Orang ramai, bersesak-sesak berlanggar bahu. Tapi barang memang sudah menjadi jauh lebih murah.
Tapi kerana kami pergi agak awal, sekitar jam 9.00 mlm, kemeriahan sepenuhnya belum nampak. MyKakYang dan anak buah pergi pada pukul 12.00 tengah malam, memang syok tengok orang berniaga melelong barang!
Sekadar jamu mata. Banyak gambar disimpan di album Grup Famili di FB.
MyBONDA. Masih terang mata nak menganyam ketupat.
Aku suka pic ni. MyAdikBongsu nak belajar anyam ketupat dari MyKakYang.
Huh.. sampai sudah, apa pun tak boleh...! hahahaha!
Biskut yang menjadi kudapan sejak kami kecil lagi. Samperit dan Biskut Y.
Samperit Bunga Ros ni memang langsung tiada di bazar malam itu. Yang aku jumpa adalah Samperit Susu berbentuk ular melengkor. Yang ini, MyAnakMenakan buat sendiri. Biskut Y yang menjadi rebutan sampai berbalang-balang dibuat oleh MyKakDah. Dia handal buat kuih ni sampai berjual. Dari Perak ke KL...!
Meriah...!
~...SERI BULAN masih memendam rasa terasa sedang HISYAM sudah lama membuang rasa dari lidah, membuang perasan dari tangan...~
Kemeriahan yang tidak boleh dijual-beli. :)
ReplyDeleteKAKCIK SEROJA:
ReplyDeleteAda orang terasa meriah dgn cara masing-masing.
Saya keja hari ni, terpaksa tapau dari kedai mamak, sbb banyak kedai masih cuti...
Esok kena bawak bekal lah nampaknya.
assalam azie..lama dah acik tak tengok dan makan biskut y..dulu2 masa dok tanjung karang tak raya pun rajin buat tu.tapi masa pindah ke klia..buku resepi hilang..terus lupa sampai sekarang ..acuan y pun tak mana2 dah.
ReplyDeleteACIK ERNA:
ReplyDeleteMemang Biskut Y ni biskut zaman dulu. Ada orang order biskut ni sbb masa kecik dulu dia selalu buat, tp sekarang nak cari resipi memang susah nak jumpa. Pastu dia jumpa resipi tapi acuan pula tak jumpa-jumpa....
rilek je kan kak..saya pun staf melayu yang bekerja hari ni. cover dept saya. huhuhu
ReplyDeleteERI-CHAN:
ReplyDeleteMasa anak-anak masih kecik dulu, rajin juga berjalan jauh2. Tapi skrg, semua sedara ramai di KL saja, jadi kami tak berjalan jauh. So, simpan cuti utk perkara lain akan datang...
anak2 buah kpah di lembah keramat memang tunggu malam raya baru beli biskut raya murah-murah di kl.
ReplyDeleteSelamat hari raya azie. Semuga ceria selalu..
IBUNDO:
ReplyDeleteYa
Kak Pah. Saya 3,4 tahun dulu pernah malam raya pegi area ChowKit, tp
jem tak bleh masuk. Serik jugak la. Tapi tahun ni teringin lak, tu yg
gigih juga pegi. Memang agak murah biskut raya yg dilelong malam raya.
Selamat Hari Raya juga buat Kak Pah sekeluarga...
As salam Kak AA,
ReplyDeleteSunyi ye kak... pengalaman beraya & kembali bekerja awal sudah saya rasakan tahun lepas... Sbnya cuti dah tak byk, ditambah lg nak simpan cuti sb nak bersiap2 berkemas utk ke Peru masa tu... Terasa pelik sb biasanya saya selalu cuti pjg...hehehee... Cantik bekas kuih raya tu... Oh, Jln Tar... rindu semua ;)))
MARYA YUSOF:
ReplyDeleteSekali fikir mcm teringin gak nak cuti panjang tp kami tak banyak plan tahun ni so simpan cuti utk banyak kenduri hujung tahun.
Pengalaman beraya di Peru memang cukup manis dan best sekali, kan? Dapat lak liputan MHI... sungguh menyeronokkan...! Terasa dekat di hati.