Monday, August 27, 2012

Syawal Day 09: Ketam Velodrom lagi: Punya tak sabaq...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-08-2012


Hari ini hari pertama kerja bagi kebanyakan kita, selepas bercuti Raya. Tapi ada juga yang masih menyambung cuti sehingga Hari Merdeka. Best nyaaa..!

Banyak gerai kegemaran kita pun nampaknya sudah mula bisnes hari ini.

Dan punya la tak sabaq... baru hari pertama aku dah diajak mengejar Ketam Lemak Cili Padi di Velodrom. Biasanya kami akan cari ketam di gerai Makcik yang berdepan A.Hassan, tetapi kerana belum berniaga, tiada pilihan melainkan harus masuk ke Restoren A. Hassan la juga.

Kami dah sedia tahu, ketam di sini tak “segah” ketam di gerai Makcik yang seorang itu... tapi okeh la untuk permulaan. Selain menunai ketagihan orang yang seorang itu. Memang tak menyabaq!

Simple. Dah tua-tua ni, makan ni pun dah kira sakan nih...

Ketam dah ler kecik, “tenggelam” dalam warna kuning tudung aku.


Macam biasa: Tembikai Laici!





~...HISYAM pernah kata, “awak bukan sahaja sahabat baik saya tetapi juga seorang teman sejati dan sejiwa,” malangnya SERI BULAN sering dikelirukan pula oleh perlakuannya yang sering memberi layanan manja pada hampir semua anak dara Kampung Separuh Desa...~


 

18 comments:

  1. Kuningnya tudung Azie... :)

    eh! Azie nampak kuruslah!

    ReplyDelete
  2. KAKCIK SEROJA:
    Tudung tu konon kes salah beli. Beli utk anak, tp dia tak berkenan, so si emak la yg pakai. Gitu lah....


    KALAM HATI:
    Selamat Hari Raya. Wahhh profile pic baru.

    ReplyDelete
  3. suka kuah masak lemak ketam
    tapi tak suka makan ketamnya...
    jenuh nak kopek..hihi

    ReplyDelete
  4. wow akak..sedapnye..

    selamat hari raya kak..maaf zahir dan batin...:)

    ReplyDelete
  5. Salam Aidil Fitri AA, wah sedapnya makan ketam...:)

    ReplyDelete
  6. lamanya x makan ketam!!! lagi2 masak lemak, tahnun depan lah dpt makan

    ReplyDelete
  7. ATI:
    Wahh kalu gitu kena ajak si tukang kopek la ya. Tp makan ketam ni, part kopek tu la yg challenging nya!


    CIK CERIA:
    Selamat Hari Raya jua, maaf zahir batin.
    Dah start keja ya...?

    ReplyDelete
  8. CT:
    Selamat Hari Raya. Tukar selera, dah jemu ayam daging rendang lemang.


    ZUL:
    Yeahhh adik nak balik Msia tahun depan ya? Ahaa jangan lupa beli ketam banyak-banyak nanti.

    ReplyDelete
  9. Suka tengok tuan blog tu, makin manis lepas raya ni. Purple tak tinggai naa :)

    Ni yg menyampah kat Hisyam nih, semua layan sama manja, mana boleh :(

    ReplyDelete
  10. DINAS ALDI:
    Hajat di hati PURPLE tu sampai hujung tahun saja. Sbb hati ni dah mula melekat kat kaler lain dahhh..

    *SERI BULAN kata "kurang sorang saingan dia". Ahaks!

    ReplyDelete
  11. amboi..berseri-seri aih kak azie dengan tudung kuning.....:-) memang tenggelam ketam berkenaan...hehe

    ReplyDelete
  12. Salam kak AA..menyusur dari blog LF ke blog Kakcik ...dan beraya kat sini..slmt hari raya maaf zahir batin. (jmp gath raya nanti insyaAllah...syabas atas usaha merapatkan ukhuwah bloggers)

    ReplyDelete
  13. Kak Azie nampak lain dalam tudung kuning tu atau mata Aina yang dah semakin kabur?

    ReplyDelete
  14. ACU SAYANG:
    Selamat Hari Raya juga buat Acu.



    PCL:
    Terimakasih. InsyaAllah kita jumpa nanti.

    ReplyDelete
  15. JUNAINA:
    Kena cepat buat spek baru..! hahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails