السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
13-08-2012
Setiap kali menjelang Syawal, aku mesti teringatkan seorang teman yang satu ini. Rasanya sudah 2 kali aku menulis tentang dia. LUNA (yang disebut 12 Kaler Luna oleh pembaca), yang pernah mengadu beberapa kali tentang kehidupannya.
Sejak mula kahwin sehingga beranak-pinak. Tentang keluarga mertuanya, tentang adik-ipar-duainya yang sejak awal tidak pernah sukakan dia semata-mata dia “orang kampung”.
Jika beberapa tahun menyerlahkan “true colors” dia masih boleh menerima lojik andai ada beberapa sikapnya yang tidak disenangi. Tetapi sejak hari pertama kahwin lagi, dia sudah seperti tidak diterima. Dan dia tidak pula diberi peluang untuk membuktikan apa yang dikata ‘tak kenal maka tak cinta’.
Ceritanya hari tu, untuk raya tahun ini, dia sudah bertekad untuk tidak mahu berhari raya bersama mertuanya. Kerana sudah 3 tahun berturut dia mengikut sahaja aturan dan jadual yang ditentukan oleh pihak mertua. Kerana lebih yakin dengan apa yang disebut menjaga hati, dia berkorban masa dan tenaga untuk menjadi lebih anak dari anak terhadap ibu mertuanya.
Aku: “Tak baik kau ungkit apa yang kau buat untuk mertua kau.”
LUNA: “Aku cuba untuk tidak. Tapi kalu dah 3 tahun berturut, aku terasa macam dipergunakan pula.”
Aku: “Kenapa kau tak boleh bersabar sikit lagi, kalu selama ini kau boleh melayan kerenah keluarga mertua kau dengan jayanya?”
LUNA: “Anak-anak aku sudah pandai berbunyi, bertanya dan memberikan komen. Aku tidak mahu jurang yang sedia ada, akan lebih memberikan persepsi negatif dan hubungan yang tak mesra ini akan lebih dingin.”
Dua tahun lalu, dia pulang lebih awal dari ipar-duai-lamai yang lain. Lalu hanya dia sekeluarga yang bertungkus-lumus sampai berlemus. Yang lain balik, hanya tahu ready siap-suap saja. Tak langsung timbul soal nak ambil alih, malah LUNA sekeluarga kekal sebagai penjaga dapur merangkap tukang cuci, tukang masak dan tukang kemas. Malah anak-anaknya juga dilantik sama. Sehingga habis cuti beraya, begitulah.
Tahun lalu, dalam keadaan ipar-duai-lamai lebih ramai beraya di sebelah pasangan masing-masing, LUNA sekeluarga sekali lagi menjadi juara di dapur sehingga ketika orang lain berbaju cantik berjalan raya, dia masih dengan T-shirt kusam berSilat Pulut Tanak Tak Masak di dapur. Tak sempat nak lap tangan, ketika tetamu datang beraya terpaksa pula mencuci gelas bertingkat.
Malah yang lebih buat dia mengeram geram, adik-adik iparnya tergamak pula pulang beraya 3,4 hari dengan tangan kosong. Lenggang tak bawak sebutir pun biskut raya. Sedangkan LUNA terasa segan teramat kalu pulang ke rumah mertua jika tak bawak setidak-tidak seekor ayam atau sekilo ikan atau sebungkus beras atau sekampit gula.
Aku: “Serik?”
LUNA: “Entah. Serba-salah. Dalam niat kita hendak berbakti kepada mertua, ini pula yang jadi. Perasaan ni susah sungguh nak elak. Terasa.”
Aku: “Sabar.”
LUNA: “Kerana sabarlah aku tak mahu beraya di sana tahun ini. Aku takut, aku hilang pertimbangan, mulut menyebut sesuatu yang akan mencetuskan gaduh. Menantu tetap hantu. Anak tetap sanak. Cara terbaik, mengelak bukan jelak.”
Aku tidak tahu samada hendak kagum atau hendak marah. LUNA yang melalui situasi itu pasti ada alasan yang kuat untuk mengambil keputusan sebegitu.
Aku: “Mertua kau?”
LUNA: “Aku cakap aku nak beraya dengan famili aku pula tahun ini.”
Aku: “Itu alasan paling ampuh.”
LUNA: “Tapi aku sudah lama terluka yang susah nak sembuh.”
Aku: “Relax. Hidup mesti diteruskan dengan enjoy!”
Selamat Hari Raya LUNA...!
Moral of the story: Sabar!
~...Mak Utih dan Pak Utih bagai merpati dua sejoli bila dilihat orang beriringan ke baruh mencari daun, menyuluh pelanduk dan menarik pucuk demi menjadikan Syawal mendatang paling meriah kerana HISYAM tidak jadi membawa SERI BULAN pulang ke daerah asal lalu baju sedondon yang dilipat kemas digantung semula di tanduk rusa...~
dah tiba masanya utk Luna fikirkan diri dia. Luna dah buat yang terbaik selama ini, kan.
ReplyDeleteSabaq sungguh si Luna.
ReplyDeleteAku ingin menjadi menantu yang baik juga mesti menjadi anak yang terbaik...
ReplyDeleteterharu tgok si Luna...sabaq ya.....
ReplyDeletepilih jalan yg terbaik.... saya tak kisah nak beraya mana pun.. jarak antara dua rumah tak jauh mana hehe
ReplyDeleteAs salam Kak Zie,
ReplyDeleteSimpati dgn Luna, tp itu adalah bahagian dia... dugaan org lain2 kan... Moga dia beraya dgn hati yg tenang & gembira... Selamat Hari Raya Kak Azie... Maaf Zahir Batin :))
Bagus dak Luna ni tapi opkos sesekali kite kena ikut kate hati kite juge ;)
ReplyDeleteMy latest Entry :)
JJCM: Day 24 Ramadhan 1433
kesian luna. memang wajar lah dia ambil keputusan macam tu tahun ni..sabaq manusia ada had nya.
ReplyDelete