السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-08-2012
Semuanya bermula di sini > Grup Facebook khas utk blogger Kite-Kite Aje:
Ini bukan kali pertama kita para blogger mengadakan gathering. Sudah banyak kali, kecil besar, rasmi tidak rasmi.
Kebetulan juga, blogger Dato' LF sangat berhasrat agar gathering Raya kali ini dapat diadakan lagi di rumah beliau. Kecil tapak tangan (tapak tangan saya besarrrRRR..), nyiru kami tadahkan. (mana nak cari nyiru nih?)
Dan selepas perbincangan dan berbahasan secara berhemah, kata sepakat diambil bahawa tarikh yang dipilih dan dirasakan paling sesuai ialah pada 23 SEPTEMBER, Ahad. Walaupun sebenarnya, tarikh tersebut sudah melepasi Syawal, tetapi mengambil kira ramai yang hanya lapang pada minggu tersebut, majoriti bersetuju itulah tarikh kita bergathering.
As usual, Kakcik SEROJA kita jadi orang kuat, juga coordinator paling cemerlang.
Jawapan Dato' LF yang sangat menggembirakan semua. Terimakasih Dato' dan Datin Aishah. Saya janji nanti saya tolong kemas dapur Datin, tolong sapu lantai dan tolong buang sampah.
Event di FB. Time tu flexible sebenarnya. Kita sudah setuju, bahawa kehadiran secara berperingkat. Ikut kesesuaian sendiri. Kalu boleh mari awal dan lepak sampai petang pun okeh.
Alamat lebih jelas: Kediaman Dato' LF, Musollah Ehsan, Jalan 3/6F, Bandar Baru Bangi.
Konsep: Masih kekal POTLUCK. Saya akan usahakan Pulut Kuning bersama saing lauknya, insyaAllah. Sila maklumkan di FB atau di sini apa menu anda sekalian so kita boleh pelbagaikan. Tidak terhad kepada menu Raya semata, nak bawa Nasi Ambeng pun boleh, nak bawa Durian pun boleh... kalu boleh bawa Laksa Johor laaaagi baguih! heh heh heh! (tu semua macam paberet aku jerrrrr...?)
Pakaian: Kalu boleh mari dengan baju raya sedondon sefamili pun baguih gak. Ikutlah mana suka. Nak pakai baju bendera pun okeh, mana tahu nak amik semangat Merdeka.
Dekorasi/Props: Sapa yang ada lebihan hiasan ketupat untuk digantung, sila bawa siap dengan talinya sekali ya. Gantunglah nanti mana yang bersesuaian, untuk meriahkan lagi suasana Raya. Sapa ada CD lagu-lagu Raya, sila angkut sekali boleh gak kita layan sesama nanti. Kalu ada lampu kelip-kelip pun, bawak mai la pinjam. Atau ada sebatang dua lampu pelita punjut pun, angkut mai...!
Lain-lain:
(a) Duit Raya... Kalu ada lebihan lagi angpau duit raya, silalah ya. Bleh gak ler sedekah kat anak-anak teman blogger kita. Nama pun beraya, kan? kan? hehehehe...!
(b) Kamera sila bawa dan pastikan dicas bateri dan diisi filem yang banyak yaaa...
(c) Mercun, segala jenis mercun, samada mercun buluh, mercun kabait or mercun tarik, TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
ada yang saya tertinggal? sila tambah...
ada yang saya tertinggal? sila tambah...
*Sapa sudi sponsor plastik sampah, tisu, mangkuk/pinggan kertas? Or potluck bawa sorang sikit?
**Sapa yang taja Air Minuman (air gula + oren)? Saya lupa...
Jika ada para blogger yang masih belum dijemput dan ingin join Grup Kite-Kite Aje di FB tersebut, sila maklumkan ya, boleh admin add...
~...HISYAM sudah kelihatan merewang-rewang di hulu Kampung Separuh Desa sebagai memaklum dia sudah kembali sebagai warga sedang SERI BULAN masih enggan berganjak dari ambin tidak berdinding sambil berharapan lelaki itu akan kembali ke rutin melintas halaman Teratak Nyatuh sambil membuang jeling ke arah kain tutup tingkap...~
Saya hadir!! Insya Allah.
ReplyDeleteMenu dibawa: Biarlah Rahsiaaaaaa....;P
PS: pukul berapa start acara?
syiok... nk joint gak.
ReplyDeletetak boleh konfem skrg tapi.
lambat lagi. jadual abam sayam tak menentu. takut kene standby lak jam tu..
jadi kalu... kite bawak pinggan cawan pelestik. aci tak?? kehkehkeh!!
DADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteTiada acara khusus sebenarnya. Mana yg sampai dulu, silalah hidang dan jamu selera mana yang ada. Jangan risau, sampai awal boleh makan banyak dan lagi dan lagi dan lagi... dan lagi. hahaha
KAK NGAH:
Ok gak cadangan cawan pinggan plastik tu. Takda masalah aih.. Agak-agak nanti nak bawak apa? hehehe
Plastic sampah kakcik boleh sponsor, InsyaAllah. :)
ReplyDeletegembiranya...harap lah sya dapat turut serta nanti ;p
ReplyDeleteKAKCIK SEROJA:
ReplyDeleteTerimakasih Kakcik. Budi baik sentiasa dihargai.
SYA KASIH IBU:
Silakan... sila. Bawa anak-anak semua.
Insyaallah... nak join...nak nak.... menu nanti dipikirin... yg pedas2..auuuwwww
ReplyDeleteSaya datang bawak perut je boleh?
ReplyDeletenak join jugak rasanya..boleh order tart nenas nanti..belum dibincang ngan e.abe ngan hero bungsu..hari ahad tu..
ReplyDeleteinsyaAllah, klu takde hal mmg nak join.. rasanya nak bawak dessert plk thn ni.. lepas tu makan org lain punya juadah yg berat2 lg sedap2.. he..he.. belum makan dah terasa kenyangnya kak azie.. ha..ha..
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteInshaAllah, seronok gerk dapat berjumpa lagi..
seronoknya perjumpaan :)
ReplyDeleteMAMA WANA:
ReplyDeleteYeahh yang pedas, best!
BUJAL:
tanpa perut, cemana lah nak nikmat makan sakan-sakan nanti?
ACIK ERNA:
ReplyDeleteWahhh seronoknya kalu Acik dapat hadir. Acik masak best!
HANIS AZLA:
Dessert? wahh best gak tuh. Pastikan manis semanis tukang buat dan tukang makan ya... Heh heh heh
AUNTIE NANI:
ReplyDeleteYaa rindu lama tak jumpa dan borak-borak dgn Auntie dan Uncle Borhan...
ANN ISHAK:
Sila la datang, jangan malu jangan segan.
saya pasti datang...insyaAllah kalau x de apa hal tarikh tu...
ReplyDeletenk bawak ape yee...pening jugak nii...
AIN NORAINI:
ReplyDeleteJangan susah hati. Bawak perut pun ok dahhh... Asal sudi hadir memeriahkan dan meriuhkan.
Salam,
ReplyDeleteLF dan isteri sentiasa mengalu2kan perjumpaan ini di rumah kami. Jemputlah semua para bloggers dan keluarga. Tak kiralah yang mengenali atau tak mengenali LF dan isteri. datang je dan kita berkenalan. Tkasih Azie dan kakcik yang sentiasa sedia menjadi orang kuat dan penggerak.
DATO' LF:
ReplyDeleteTerimakasih juga atas kesudian Dato' sekeluarga utk menjadi tuan rumah...
ABK pun nak join gak!!!!...dah lama tak jumpa rasa rindu plak....InsyaAllah
ReplyDeleteAKU BUDAK KLANG:
ReplyDeleteSila... sila. Jemput datang meriahkan. Yeahh lama betul kita tak jumpa.
wah...gayanya memang ramai yg nak hadir ni, meriah..meriah...
ReplyDeleteacik erna memang sedap masakanya,
Dato LF sekeluarga, terima kasih sudi menerima kunjungan kami
aunty nani suka dengan senyuman manisnya
kakcik dan kak azie dah sah lah penggerak utamanya (,")
Insyallah. Ella cuba lapangkan diri.
ReplyDeletewow!macam best je...
ReplyDeleteSaya ucapkan selamat bergather2 lagi! Tumpang seronok dari jauh :)
ReplyDeletekacang kuda? Aci?
ReplyDeletewow mesti meriah suasana
ReplyDeleteKASIH IBU:
ReplyDeleteSemoga semua blogger dapat sam-sama memeriahkan gathering Raya kita lagi, dlm suasana yg harmoni dan mesra.
KAKCHIK ELLA:
Harap tidak malu-malu atau segan ya. Sila datang dgn penuh ceria. Dah lama kita tak bergurau senda. Sila... sila..
KAK MAH:
ReplyDeleteJom la sekali. Boleh berkenal-kenal.
DINAS ALDI:
Mai la join kami. Bukan selalu pun. Bila lagi nak gebang sakan sambil tembak guna kamera gajah! hehehe
GEDEK:
ReplyDeleteKacang kuda? Again? Takda masalah, asal ada saja. Heh heh heh!
MAMASYAZA:
Kita harap begitulah. Mai la join...
Salam sejahtera AA
ReplyDeleteMenarik sangat iklan AA ni. InsyaAllah ada kelapangan nak juga kenal adik-adik semua.
MAMA JU:
ReplyDeleteSila Kak... sila! Saya sangat gembiraaaa....!
jumpaaaa disaanaaaa!!!
ReplyDeleteinsyaAllah akan join nanti
ReplyDeletesalam kenal kak azie....wah, bestnya..pasti meriah kan!!.. :)
ReplyDeletenaakk joooiiiinnn... tp lom mengempen lagik n lom pk menu...hihihi
ReplyDeleteAssalam Kak AA..sy baru perasan ada group ni..'kite-kite aje'. .. :)
ReplyDeletesalam kak azie,
ReplyDeletesaya nak join..tapi menunya tu tak dapat diconfirmkan lagi...