السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-08-2012
Dah tak ramai golongan kita hari ini yang pandai menganyam ketupat kan? Sebab itulah di pasar-pasar, sarung ketupat yang siap dianyam pun laku dijual. Tak ingat berapa harga.
4,5 tahun dulu aku pernah juga beli, isi beras dan rebus sendiri kat rumah. Sekali tu saja, pastu aku lebih suka beli Nasi Impit Segera.
Ketupat pucuk kelapa ni bukan saja enak dan wangi, juga memberikan seribu kenangan pula bagi orang yang berasal dari kampung.
Masa kecil-kecil kalu nampak ArwahAyah bawa balik pucuk nyior, tahu dah ni mesti nak buat ketupat. Dan suasana Raya terasa lebih menyeronokkan. Rasanya dalam rumah aku dulu, hanya MyBONDA dan MyKakYang saja yang pandai menganyam. Yang lain? Hmmm belajar tak dapat-dapat, fed-up. Terus tak pandai sampai skang.
Aku? Lagi la tak minat bab-bab kraftangan nih. Memang tak rasa nak belajar langsung. Makan pandai... Aku pernah jumpa sorang kawan lelaki aku, yang handal menganyam ketupat. Adehhh... tabik lah!
Pucuk nyior ni, mana yang rosak (kadang rembat gak yang tak rosak), menjadi “toy” kami masa kecik. Ada ke sesapa masih ingat, pucuk nyior tu boleh dibuat apa?
Jamtangan: siap ada reben tau. Selain tu; Gergaji, Ular, Ketupat kecil untuk umpan (isi belalang untuk umpan mancing)...
MyAdikBongsu gigih nak belajar konon...
tapi sampai ke sudah, memang tak dapat.
Gergaji katanya.
Jam tangan. Dulu masa kecik, kalu dapat jamtangan ni, bangga tak hengga! Siap pakai kiri kanan tangan. Eksyen kat skulahhhh...!
Zaman kita, mana mampu nak beli mainan pun. Itulah mainan yang menjadi keseronokan kita.
Aku rasa budak-budak sekarang langsung tak pernah tengok toy sebegitu, kan?
~..penduduk Kampung Separuh Desa sentiasa menanti musim menuai kerana bila sawah kering, wayang pacak mula datang, SERI BULAN sangat tidak sabar untuk duduk di tikar mengkuang sambil layan enaknya kacang, sementara HISYAM setia menanti di penjuru bendang di sebalik tiang dengan samping berselempang...~
Kakcik pernah 'tahu' menganyam ketupat, lepas tu dah tak ingat lagi. :(
ReplyDeletenak jam ketupat 1!!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteDi kelantan ketupat palas je, taklah mahir pun tapi sebat jugak dok buat.
ketupat gini pernah ayam dgn riben masa kat skulah...dulu boleh buat, skrg x pasti boleh ke idaknya...
hehehehehe...
ReplyDeleteazie...
jamtangan pucuk kelapa memang nostalgia...
jika buat memang pakai kiri dan kanan tangan.... hehehehehe
KAKCIK SEROJA:
ReplyDeleteSaya pernah gak la tahu sikit, pastu dah malas nak ambil tahu.
BUJAL:
Kena cari daun segar, kalu dah 4,5 hari daun layu jam tangan jadi lembik.
ANYSS:
ReplyDeleteAt least pandai la jugak anyam skit2. Kata kakak saya, belajar guna riben yg berbeza warna lebih mudah nak dapat.
KAK MAH:
Teringat jugak, kan? Kalu dapat jamtangan pucuk nyior tuh, uihh bangga sungguh, kan? heh heh heh
assalamualaikum wbth sis...
ReplyDeletedulu atok ta yg buatkn jam tu......alhamdulillah 3 4 jenis ketupat leh ta anyam.....atok ajarkan
Saya masih pandai menganyam ketupat. kalau balik ke kg beraya mesti ada ketupat. Cuma sekarang ni tambah lagi satu kemahiran...baut ketupat palas pulak..sebab Mr hubby tak suka ketuapt daun kelapa ni..dia suka ketupat palas..so kenalah belajar buat ketupat palas.
ReplyDeleteTIRANA ADUKA:
ReplyDeleteWahhh bagusnya pandai menganyam ketupat. Tak rugi kan belajar dari orang tua-tua...
MAMA
ReplyDeleteMIRAKI:
Saya memang kagum pada orang yg pandai kerja kraftangan nih. Bukan
senang tau nak menganyam tuh... Seronoknya boleh makan ketupat hasil
tangan sendiri...
salam kak AA
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..
huhu..kagumnya tgk org yg mahir menganyam n buat kraftangan ni...
(",)
tengok jam ketupat, tiap² waktu masa untuk makan!
ReplyDeleteOrang Perlis hanya reti balut ketupat palas tapi Aina tak reti jugak hanya reti makan. Bila buat sampai naik hitam pulut tak jadi2 jugak pusingnya. Silap jadi ketupat betina dan bila rebus terus masuk air...
ReplyDeleteSamalah kita hanya tahu makan. Paling2 beli yang dah siap kat bazar aidilfitri.
salam sejahtera AA
ReplyDeleteMama yg dah tua ni selalu je lupa mcmmana nak menganyam, kena ada yg mula, lepas tu baru boleh jalan...
UMI:
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga buat Umi.
Memang bukan semua orang ada bakat tangan lembut boleh menganyam ketupat ni...
KUCING OREN GEMOK:
Memang betul. Masa dapat jam daun ketupat ni, kejap kejap tengok jam. Hahahaha! macam lah jam tu hidup...!
JUNAINA:
ReplyDeleteKetupat palas memang sedap dan nampak mudah. Kami dulu pun mak buat jugak. Campur kacang merah dan jagung. Aduhh sedap..!
MAMA JU:
Sekurang2nya tahu juga, still ada skill nya. Kalu berlatih selalu, harus boleh cekap tuh...
selamat hari raya akak..
ReplyDeletesaya smpai skrg..xreti2 nak anyam ketupat..heheh
dulu2 mak acu pun suka buat kan acu jam tangan riben tu...hehehehe
ReplyDeletehensem pulak adik bongsu tu.. hahaha
ReplyDeletebudak budak sekarang memang tak heran dengan semua permainan ni ...
ReplyDeletetak ada kelas , kata mereka
CIK CERIA:
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Sama ler kita. Memang tak pandai-pandai sampai sekarang...
ACU SAYANG:
Ya masa kecik-kecik dulu kat kampung, kalu dapat jamtangan daun ketupat ni, berlagak rasanya. hahaha!
GC:
ReplyDeleteMemang hensem pun. Hahaha!
PB:
Budak sekarang zaman kemajuan dan teknologi. Mana nak dapat toys sebegini lagi. Zamankita dulu, semua guna alam sekeliling.
kak azie nanti gathering saya bawak banyak2 daun nyior, akak ajo buat jam ngan gerjaji tu ehhh..saya tak mampu beli menan mahai2 kat anak2..
ReplyDeleteumah saya ada pokok nyior.. heee..