السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-09-2012
Ahad semalam sudah berlangsung gathering yang dirancang. Sudah ada beberapa blogger yang membuat entri mengenainya. Ada banyak pic sudah dimuat di Grup FB Bloggers Kita-Kita Ajer. Wajah-wajah ceria yang bertemu setelah agak lama tiada gathering dibuat.
Ini photoshoot Fasa 1, sebab ada blogger yang akan balik menjelang tengahari.
Jurugambar khas kami ialah blogger Khairul Hakimin. Thanks!
Jurugambar khas kami ialah blogger Khairul Hakimin. Thanks!
Abaikan minah yang tak sabar-sabar nak posing freestyle tuh!
Terimakasih kepada yang sudi hadir. Yang membawa juadah enak, tidak kiralah samada dari rumah atau dari kedai, semuanya sangat sedap! — wpun aku sangat ralat kerana tidak dapat merasa semua, sebab jam 2.20 petang terpaksa bergerak ke Gombak pula.
Terimakasih yang sudi bekerjasama membantu. Yang hadir memeriahkan dengan penuh ceria dan riang ria! Dari jauh dan dekat... dengan niat ikhlas memesrakan lagi hubungan sesama blogger. Sudi singgah walaupun ada yang cuma sekejap kerana masing-masing ada komitment lain selepas itu. Ramai juga blogger yang baru pertama kali hadir.
Kehadiran berdaftar kira-kira 35 orang sangatlah membanggakan. Jika dicampur dengan para suami/isteri dan anak-anak saya rasa kita berkumpul seramai 60–70 orang semalam. Tahniah!
Terimakasih yang sedia menyokong tema dengan berbaju Raya lengkap samping (yang lelaki) dan juga anak-anak yang memeriahkan lagi majlis.
Terimakasih kepada kita semua!
Maaf jika ada kekurangan di mana-mana. Maafkan juga AA mungkin ada gurauan terkasar, sakat terlebih atau ada tersentap di hati...
Penghargaan paling utama kepada tuan rumah @ host: blogger LF, Dato’ Abdullah al-Hadi dan isteri Datin Aisyah.
Siapa lagi nak sokong blogger jika bukan blogger...
~...menjengah laman Teratak Nyatuh melihat begitu sendat tetamu berkunjung datang HISYAM terasa terasing asing lalu SERI BULAN terpaksa turun ikut tangga dapur semata-mata ingin wajahnya dilihat sebentar sebagai petanda dia rindu tetapi belum cukup padu...~
sama2...tahniah kpd semua.yg menjayakannya... xdpt beramah mesra dgn kesemua bloggers yg hadir pd masa tertentu, pcl mohon maaf banyak2..jgn anggap sy sombong plk..sbnrnya sy segan dgn blogger wanita.. :)
ReplyDeleteWah ada potong-potong kek lagi. Kakak nak tengok pulut kuning airtangan AA. Kakak sangakakan Dato' LF potong pulut kuning AA buat.
ReplyDeleteTumpang seronok juga nie:)
Salam,
ReplyDeleteKakazie, terima kasih byk2.LF dapat rasakan keletihan kak azie, kakcik, ayu, acu, anaa dan sahabat2 blogger yg lain utk menjayakan perjumpaan kita ini.
alaaa..jeles tka dapat gambaq macam ni...anyway.. so happy dapat kumpul2.. cuma kena rushing sebab hubby nak ke KK.. kalau tak lagi lama kot..
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteBerjumpa sekejap ajer dgn AA semalam sebab Akak lewat datang.
Tapi lagaan pipi mesra membuat akak ingin bertemu AA lagi dilain masa.
InshaAllah..
meriahnye semalam....!!! *sambil nangis tepi kerusi..wuwuwuw~
ReplyDeletemeriahnya, semua sporting2 lak tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. seronok dapat join.. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.. dgn menu yg lain pula..
ReplyDeleteTahniah!!
ReplyDeleteGathering yg berjaya bagai dirancang...
Ada ke yang tersentap kak azie? Hahahaaa...tak aplah sentap2 manja jer...
ReplyDeleteApapun terima kasih daun keladi atas usaha kak azie & the geng...
Hidangan kami tunjuk2 ajer...:)
kak azie,
ReplyDeletesaya tak de kata2 nak gambarkan betapa seronoknya dan bersyukurnya dapat hadir gathering semalam...
ohsemm... :)
alaaaa .. kita tak da dlm gmbr tu. tapi kak .. jumpa berduet dgn akak di luar lebih happening dari jumpa secara berjemaah camni. Ramai btl peminat akak .. tak dapat sembang apa punnnn...
ReplyDeletewah bestnya dpt jumpa other bloggers... merapatkan ukhwah
ReplyDeletemeriah nampaknya....
ReplyDeletemana tak masing2 ada bawa juadah sendiri dapat bertukar juadah...
bab makan kek paling best sekali...
tumpang gembira utk semua.......
sayang tak dapat hadirkan diri memandangkan kesihatan dak Nuha tidak berada ditahap yang memuaskan...
ReplyDeletetahniah kepada semua yg menjayakan .. mee .. jelesss x dpt hadir huhuh
ReplyDeletesuka.....
ReplyDeletesangat suka dgn kemesraan y terjalin
tahniah bt semua samada secara langsung atau tidak
tahniah lagiiii
Assalamualaikum AA
ReplyDeleteterima kasih banyak2
moga Allah balas usaha AA dan geng berlipat ganda
Kak Azie,
ReplyDeleteUpload la lg gambo makanan yg lain2 tu. Teringin nak telan air liur ni :) Tak dpt pi pon,tgk gambo pon dh ok
Kita tengok gambar je lah ...
ReplyDelete