السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-09-2012
Sebenarnya dah lama aku nak menulis sesuatu tentang fenomena novel ini. Sebelum ini aku sudah menulis tentang novel ASST yang menjadi fenomena yang tidak kurang hebat sepanjang tahun ini juga sepanjang di Pesta Buku PWTC 2012.
Ramai tahu, especially peminat tegar novel Melayu MELUR JELITA sudah menulis sebuah novel yang sangatlah lain dari yang lain. Yang sangat buat aku kagum. Bukan sahaja kagum kerana watak-watak dalam “Awak Suka Saya Tak?” sahaja tetapi tema keIslaman itu yang sangat meruntun jiwa.
Cinta kerana Allah, barulah kita dapat menghargai cinta lain yang Allah anugerahkan. Sesiapa yang telah membaca novel ASST itu akan faham maksud aku. Sangat faham, kan? Ramai terharu dan kadang-kala sebak sendiri membaca bagaimana HILMAN YONG sangat berjuang untuk merebut cintanya terhadap Intan Zulaikha, tetapi kerana cintanya kepada Allah mengatasi rasa cinta lain, dia berusaha dengan cara tersendiri tanpa mengenepikan keutamaan hidupnya terhadap agama dan keluarganya.
Aku sendiri sudah menulis tentang novel itu sebanyak 3 kali:
1. Awak Suka Saya Tak?
2. Entri Paling Banyak Diklik – Rupanya “Awak Suka”
3. ASST lagi: Aku mengaku memang teringat-ingat akan HILMAN YONG itu...
Sedikit buruk dan lunyai, sebab tu AMOI tolong balutkan dengan plastik.
Ulangtayang: bersama MELUR JELITA semasa Pesta Buku KLIBF, Mei lalu.
Kini MELUR JELITA muncul dengan novel terkini “I Love You, Stupid!” (ILUS) yang bakal dilancarkan bila-bila masa sahaja. Malah tarikh untuk beliau turun ke KL sudah pun diumumkan di FB.
Yea...bagi peminat novel ASST pasti sudah ramai yang menyertai Grup khas Awak Suka Saya Tak? Hilman Yong dan Intan Zulaikha. Aku sendiri pun kira agak lewat join, sedangkan group ini sudah tertubuh tahun lepas lagi. Sehingga entri ini ditulis, ahli group tersebut sudah mencecah 3,348 orang jelitawan!
Ramai sekali yang aktif di grup tersebut malah grup itu sentiasa ‘hidup’ dengan komen dan respons. ILUS sudah pun dipaparkan di blog MELUR JELITA, sehingga Part ke 26 dah, tetapi aku baru sempat baca sampai Part 17 saja. Memang tak sempat, lagipun aku tak bercadang nak baca semua, sebab aku lebih ingin merasa keterujaan itu bila novel itu kelak sampai ke tangan. Tapi mana bleh tahan kalu tak intai sendiri. Apapun aku difahamkan ILUS hanya akan dipaparkan sehingga Part 35 sahaja, selepas itu akan dihentikan. Kenalah beli novel itu sendiri untuk tahu kesudahannya.
Tempahan melalui grup juga sudah lama aku buat bersama ribuan lagi penempah lain yang lebih merupakan peminat setia MELUR JELITA. Para jelitawans yang menempah pada tempoh yang ditawarkan akan mendapat diskaun dan tandatangan istimewa dari MELUR JELITA. Heeee tak sabarnya!
Buat masa ini aku tidak dapat mengulas banyak tentang ILUS sebab kena baca habis dulu. Setakat ini, ohhh memang best la baca tentang Abang Pedas yang sangat hot dan pedassss asyik cari pasal saja dengan Iris yang amboiiii...!
Sebuah cerita yang “disebut biasa dan belasah” oleh Kak Melur, tetapi sangat lain dari yang lain. Nanti dah baca habis, baru boleh komen menyeluruh.
Gambaran Hilman Yong dan Abang Pedas di fanpage Grup ASST.
Ramai juga teman blogger yang turut aktif dan sering masuk beramah mesra di sini.
Untuk makluman:
• Melur Jelita dijangka akan berada di KL pada 21 & 22 September (Jumaat & Sabtu) untuk majlis TT ILUS.
• 20hb Oktober beliau dijadualkan akan berada di Alpha Angle atas undangan MPH untuk majlis TT ILUS juga.
• Harga ILUS RM39 Semenanjung, RM42 (S&S), diskaun untuk semua grup ASST dan ILUS RM3. SEMUA DAPAT POTONGAN HARGA.
Dijemput semua divaz ASST dan ILUS hadir seberapa ramai yang boleh dengan pakaian DRESS TO KILL.
Kepada mereka yang baru nak order, boleh order dengan: http://www.karyaseni.my/
~...SERI BULAN baru balik bertemu HISYAM di tepi Sungai Menghijau Lumut dalam sesi meluah rasa mengeluh resah sambil Mak Utih dan Pak Utih berada sepelaung sambil mata menjeling bak ikan baung kerana sedar SERI BULAN hanya percaya HISYAM untuk mengerti kenapa dia berbaju terbalik terasa kain hendak sama dicarik...~
ASST kakcik baca hasil pinjaman dari Azie. Kakcik akan cuba dapatkan ILUS itu nanti, InsyaAllah. :)
ReplyDelete_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Salam AA, saya pasti akan cari novel ini untuk santapan minda. Thanks
ReplyDeleteSalam MAK WARDAH:
ReplyDeleteJika order sekarang, boleh dapat diskaun...
Sya bayangkan jelingan si ikan baung:-)
ReplyDeleteSYA:
ReplyDeleteIkan baung kalu menjeling, bleh tembus sampai ke jantung!
Sebab komentar akak lah saya dah terjebak membeli Novel "ASST". Masih dalam plastik, tak sempat nak bukak lagik. Lepas abih Laksamana Sunan ni ingat baru nak bukak.
ReplyDeleteKelakar masa carik buku "ASST" ni, saya carik tak jumpa,so tanyalah kat budak jaga buku tu, "Adik AWAK SUKA SAYA TAK, ada ker?" tersenyum simpul budak tu ingat kita tanya dia "awak suka saya tak" - eh sori kak terpanjang komen.
ACIK MLMW:
ReplyDeleteTakpa komen panjang.
Ohhh peminat tegar Ramlee Awang Murshid jugak ya?
Pasni boleh start baca ASST, gerenti sukerrr...!
pasal novel ni mem je yg boleh komen hehe
ReplyDeleteZINO:
ReplyDeleteMemang
biasanya novel lebih diminati orang pompuan, tp saya banyak kali jumpa
pembaca tegar novel Melayu adalah lelaki, Siap borong beratus-ratus
novel lagi...
Anak saya simpan ASST siap berbalut lagi....memang Novel Terbaik!!!!
ReplyDeleteAMY:
ReplyDeleteNovel yang terbaik pada hati kita, pada perasaan kita. Elok dijaga seperti kita memelihara perasaan itu...
Salam Azie jelita,
ReplyDeleteterimakasih kerana menulis post mengenai I LOVE YOU, STUPID!
terimakasih juga kepada rakan bloggers yang telah mendapatkan ASST. Semoga ia menjadi novel terindah dalam hidup adik semua.
ILUS hanya kesah biasa2...harapan saya, ILUS akan dibaca dengan mata hati dan mata akal.
Semoga apa yang tersirat itu dapat difahami dan dimaknai.
MELUR JELITA:
ReplyDeleteSama-sama kasih Kak MELUR.
Yang tersirat itulah yang istimewanya!
Salam AA..adakah sy akn terjebak dgn novel2 tersebut..bgs jgk tnmkn minat suka membaca
ReplyDelete