Thursday, September 6, 2012

Jodoh Itu Milik Kita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
06-09-2012



Novel ini karya pertama Sara Aisha, tetapi aku berani kata hasil karyanya agak memuaskan dan hampir setanding dengan penulis yang sudah ada 2,3 novel.

Walaupun tema sangat klise dengan novel Melayu masa kini, tetapi ada beberapa plot tambahan yang menjadikan novel Jodoh Itu Milik Kita sangat seronok untuk dibaca.



Dahlia, seorang gadis yang menjadi kesayangan Puan Marina sehingga dia sangat bersungguh hendak menjadikan gadis itu menantunya. Dia berusaha sehingga akhirnya Dahlia bertunang dengan anak lelaki Puan Marina, Syafiq walaupun dia belum terbuka hati untuk mencintai lelaki itu. Tetapi kerana rasa kasih dan simpati kepada Puan Marina yang kebetulan juga menghidap kanser, Dahlia sanggup berkorban.

Malangnya pengorbanannya tidak dihargai apabila Syafiq bertindak tidak hadir di masjid pada hari pernikahan. Demi kerana maruah dan nama baik untuk dijaga di hadapan ramai, Aariz Danial abang kepada Syafiq yang rela menggantikan tempat Syafiq.Syafiq sebenarnya sengaja bertindak lari kerana membantah perkahwinan yang diatur keluarga. Dahlia kecewa kerana dirinya diangggap seperti barangan yang boleh ditolak-tarik namun akhirnya lembut hati beralah demi Puan Marina yang sakit.

Perkahwinan berlangsung juga tetapi antara Dahlia dan Aariz hanya mampu menjadi kawan sahaja dan mereka sama-sama bersetuju untuk mengikut sahaja takdir yang ditentukan kepada mereka kelak. Ternyata perkahwinan mereka merupakan rahmat kepada mereka bilamana antara mereka ada rasa kasih dan cinta yang tersemai.

Tetapi kepulangan Syafiq mengocak kembali suasana dalam keluarganya terutama rumahtangga Dahlia dan Aariz. Syafiq yang begitu berdendam terhadap abangnya itu sejak kecil semakin tidak berpuas hati dengan perkahwinan itu apatah lagi kekasihnya Alya, yang dikejar selama ini juga menolak dirinya. Syafiq seperti tidak dapat menerima kenyataan. Dia terasa terpinggir dan terasa dibezakan kasih sayang dan perhatian sejak kecil berbanding Aariz. Dan dendam itu dibawa sepanjang hidupnya sehingga dewasa. Dan apa jua yang menjadi milik Aariz adalah sesuatu yang tidak mungkin. Baginya, dia tidak mahu kalah terhadap Aariz dari segi apapun termasuk memiliki Dahlia. Dia tidak mahu Aariz bahagia.

Kemelut semakin rumit apabila RAHSIA dia Aariz digunakan sebagai senjata untuk menggugat kepercayaan dan kebahagian antara Dahlia dan Aariz.

Apakah RAHSIA itu?


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali...”

Sebab itu kadang-kadang ada orang takut hendak mengambil anak angkat, bimbang tidak mampu berlaku adil dalam memberi kasih-sayang dan perhatian antara anak angkat dan anak kandung. Tanpa disedari, anak yang terpinggir merasa dibezakan dan menyimpan dendam sehingga dewasa.

Aku suka dengan watak Joshua dalam novel ini. Sekurang-kurangnya nama watak-watak dalam novel ini tidak terlalu canggih (kecuali nama Aariz Danial itu lah) sampai tergeliat lidah nak nyebut. Nama watak yang biasa terasa mudah nak baca dan nak ingat. Aku letih kalu jumpa novel yang guna nama watak canggih ya amat, sampai pernah jumpa watak seorang ibu di kampung yang kerja sebagai pencuci baju di rumah orang kaya, namanya sampai 2 perkataan dan sangatlah canggih! Tak salah, tapi macam tak kena gaya saja.





~...minggu lepas HISYAM menunjuk rajuk tidak terpujuk sehingga Mak Utih menunggu sehingga nasi menjadi sejuk tetapi bila HISYAM kembali ceria menghantar surat tebal berlipat tiga di bawah tempurung, SERI BULAN pula memprotes dengan memasang kain tutup tingkap tebal berlipat empat...~



 








9 comments:

  1. Berapa hari Azie habis baca novel ni?

    Kat rumah ni bertimbun emak Adam dan anak2 beli novel masa Karnival Karangkraf hari tu tapi sampai sekarang tak dibaca .... huhuhu

    ReplyDelete
  2. sekarang banyaaaakkkk novel cerita kahwin dlm keadaan terpaksa , lepas tu dua dua jual mahal , lama lama jatuh cinta ....

    dah banyak sangat ....

    ReplyDelete
  3. YNUS BADAWI:
    Jika novel setebal kira-kira 500-600 pages, 2 hari sudah boleh habis baca.


    PB:
    Memanggggg...Dah banyakkk sangat. Setiap kali nak beli novel baru, saya harap dapat tema berbeza-beza, tp aduhai. Kerap sangat dapat tema yang sama...!

    ReplyDelete
  4. Nama Aariz tu kependekan dari Aaron Aziz kot!

    ReplyDelete
  5. KAKCIK SEROJA:
    Ya lah Kakcik. Ada jugak lojiknya tu. Saya pun tak terfikir begitu. Bijak Kakcik!

    ReplyDelete
  6. ...setuju sangat berkenaan anak angkat tu...takut tak berlaku adil sebab tu selalu pekakkan telinga bila abahnya sibuk nak ambil anak angkat

    ReplyDelete
  7. FARID:
    tak semua orang mampu nak jadi ibubapa angkat yang baik. Jika rasa tak mampu, elok tak yah. Nanti menyesal dan menganiaya anak saja...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, dear...

    Tadi duk godek2 pak cik google, terjumpa review JIMK ni. Thanks ya, sudi dapatkan novel saya ni.

    Dan alhamdulillah, sebab suka...=)

    Salam Sayang,
    Sara Aisha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails