Monday, September 10, 2012

Pasar Pudu: cinta tiga segi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-0-2012

Import dari Pasar Pudu.

Ramai mungkin tak tahu, Pasar Pudu adalah antara pasar basah termurah di KL.

Ikan keli masih dapat RM5 sahaja per kilo.

Puttu Mayam masih RM2 untuk 5 keping.

Aku selalu berurusan dengan peniaga tetap yang bertiga itu setiap kali ke sana terutama ikan air tawar; keli, patin, talapia merah, lampan, jelawat....

Bertahun begitu, sehingga dalam setahun ini, 3 orang peniaga itu sudah berpecah meja berniaga walaupun masih sebelah-menyebelah.

Yang sulitnya, masing-masing menjual ikan yang sama. Jadi sebagai pembeli tetap yang memang mesra alam dengan depa (sampai bleh dapat diskaun selalu), jadi serba-salah.

Nak beli ikan dari tokey mana? Pernah satu hari aku hanya berdiri di depan depa tapi tak tau nak amik ikan dari sapa. Akhirnya aku blah dan beli dari orang lain yang aku tak pernah beli sebelum ini.


Kemudian, baru aku tahu antara mereka bertiga ada masalah dalaman/salah faham sehingga perniagaan dipecah tiga bahagian tetapi masih sebelah menyebelah. Kita plak yang keliru sebab tak mahulah nampak macam kita ni yang pilih kasih plak.

Kes macam ni pun ada... aduhai.




~...Pak Utih memang sangat handal menjala dan memukat di gelung air dan ketika Mak Utih mengajak-pelawa SERI BULAN mengintai belat dan tempang di telayaq kepala batas, HISYAM terkinja di belakang kerana hendak mengenal mana ikan bulan, mana ikan sepat mana muncung haruan mana janggut keli...~


 








14 comments:

  1. Akhirnya, bila pembeli jadi keliru - peniaga juga yang mungkin rugi...

    ReplyDelete
  2. Pembeli pulak yang serba salah, akhirnya tiga2 rugi!

    ReplyDelete
  3. tak pernah umur ke pasar pudu...ke stesen bas pudu, selalu ( dulu) :P

    ReplyDelete
  4. teringin nak pergi tapi kata mereka parking susah di sana

    ReplyDelete
  5. akk pun banyak kenangan disini ..'
    duk KL lama kan ;)

    ReplyDelete
  6. KAKCIK SEROJA:
    Kita ni mudah lembut hati, kesian pun ada. Rasa tak sampai hati nak beza bezakan.


    JUNAINA:
    Mcm pelik pun ada, kan? Padahal nama depa pun sampai skang ni tak tau. Dok panggey YOP jer, as depa pun dok called me YONG.

    ReplyDelete
  7. DADDY
    ZIYYAD:
    Stesen bus Puduraya pun dah tukar jadi Pudu Sentral tau. Btw, pasar Pudu
    tu pun jauh lagi dari Puduraya tu.


    SYA:
    Memang tak dinafikan, parking selalu jadi masalah dan DBKL pun bukan
    main rajin lak meronda dan tempek surat cinta kat wiper. So cara terbaik
    adalah pegi dgn motor. Macam kami.

    ReplyDelete
  8. IEDA:
    Sesapa
    yang dok KL, esp. area Pandan, Cheras ke memang tahu benor la pasal
    Pasar Pudu ni.


    MAMASYAZA:
    Ohh memang. Tiap kali pegi, keli adalah wajib beli dan tiada menu lain
    yg nak dibuat. Goreng saja. Kalu buat lain, anak-anak tak mo makan.

    ReplyDelete
  9. mcm2...kita yg serba salah..tp diaorg tak rasa apa2 pun..

    ReplyDelete
  10. jarang ke pasar beli brg basah..sbb beli pun x banyak..stok terus sekali masak je ;)

    ReplyDelete
  11. Haaaaa kan dah rugi.......

    Ikan keli sawah @ sungai yang terbaikkkkkk.....
    Jom ngailllll.....

    ReplyDelete
  12. QASEH SUHAIDA:
    Betul, rasa serba salah la juga. Maklum dah bertahun jadi regular customer.


    IRFA:
    Kak Azie ni anak ramai. Memang kena beli kat pasar yang murah untuk stok seminggu (kadang2 tak sampai seminggu dah habis).

    ReplyDelete
  13. CHIK ATT:
    Orang yang biasa makan ikan sungai or ikan bendang, duk kat KL pun tetap nak cari jugak. Sebab dah biasa. Ni pun dah lama tak makan ikan puyu ni..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails