Wednesday, September 5, 2012

Syawal Day 18: Novel pula: Demimu Nazwa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-09-2012



Sudah lama tak menulis sesuatu tentang novel yang ada dalam koleksi. Ada yang sudah lama habis dibaca (sampai 2,3 kali pun ada) tapi tidak tertulis sebab banyak entri pasal Puasa dan Raya.

Novel tulisan Kamsiah Abu – Demimu Nazwa ni terbitan 2012 dan aku beli semasa Pesta Buku PWTC 2012 dulu. Besar hasrat aku ketika itu untuk mendapatkan tandatangan novelis ini (sebab sebelum itu aku dah ada novel karya beliau) tetapi jodoh takda.

Walaupun nampak nama dia di meja penulis, tapi masa yang tidak sesuai, kami tidak berjumpa langsung. Aku sudah pernah menulis tentang satu lagi karya beliau ‘Menggamit Syurga Firdaus’ yang best itu. Membandingkan (kenapa nak banding Azie?), ternyata aku lebih suka novel Firdaus itu. Aku juga dah pernah tulis pasal novel tu di tajuk ini: Menggamit Syurga Firdaus: “Ada ker orang seromantis Michael Tan tu?”  Selain itu aku juga ada novel karya beliau Hanya Kau Yang Tahu tapi belum sempat nak mengulas lagi.

Apapun Demimu Nazwa tetap best juga, sebab tu aku baca 2 kali!


Nazwa sudah berkahwin dengan Ahmad Saifulrizwan Al-Khusyairy (RIZ) semasa mereka sama-sama belajar di London, tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Riz sangat menjaga kepentingan keluarga dan tidak mahu ibubapanya yang merupakan jutawan dan korporat terkenal kecewa, lalu pernikahan harus dirahsiakan dulu. Malangnya, mereka berpisah kerana Riz marah dan kecewa apabila Nazwa keguguran anak pertama mereka.

Saling salah menyalahkan, lalu Nazwa merajuk lalu pulang ke Malaysia tanpa pesan, tanpa berita. Perpisahan berlangsung sehingga empat tahun yang sebenarnya sangat menyeksakan bagi kedua mereka, kerana masih menyayangi dan mencintai.

Tanpa diketahui Nazwa, Riz berusaha mencari isterinya dan bagi memujuk serta ingin memulihkan kembali hubungan mereka, dia mengambil alih syarikat tempat Nazwa bekerja. Dalam kata lain, Nazwa akhirnya terpaksa menerima hakikat dia kini menjadi pekerja di bawah Riz. Mereka sedaya upaya merahsiakan hubungan mereka dengan alasan masing-masing. Nazwa masih dengan rajuk dan ragunya, dan Riz kerana harus menjaga reputasi dan nama baik keluarganya yang terkenal dan dihormati.
*susah ker kalu jodoh dengan orang berada dan terkenal nih?

Dalam masa yang sama Nazwa menjalin hubungan yang rapat dengan Edham walaupun di hatinya masih kukuh terhadap suaminya. Edham yang tidak pernah tahu bahawa ikatan suami-isteri Nazwa belum terputus, menyangka perpisahan mereka adalah sah dan Nazwa sudah janda.

Konflik mereka menjadi rumit lagi bila keluarga Riz berura-ura untuk mengahwinkannya dengan Norwati, seorang anak kenalan keluarga yang banyak bekerjasama dalam bisnes. Orang korporat lah katakan... (naik menyampah pulak bila ada watak cenggini).

Macam biasa, tentulah kita mengharapkan yang baik-baik dan happy sahaja yang menjadi ending cerita. Rasanya tidak ramai yang mahu pengakhiran sedih dan airmata pada novel yang dibaca. Walaupun Nazwa mengambil keputusan untuk meminta suaminya menceraikannya secara sah untuk memberikan peluang menjalani hidup masing-masing, tetapi perceraian itu tidak pernah terjadi.

Demimu Nazwa, memaparkan satu lagi plot menarik di penghujung cerita yang membabitkan Edham. Kena baca...!

Benar, bagi orang yang baru setahun dua berumahtangga, bila ada rasa marah atau salah faham jangan cepat ambil keputusan melulu. Buruk padahnya. Banyak hati yang terluka. Ramai yang menjadi susah. Ramai juga yang terkena tempiasnya. Lebih parah lagi, ada keadaan yang sukar diselamatkan sehingga menjadi penyesalan pula.

Harap-harap di tahun hadapan Pesta Buku, dapat juga aku bertemu dengan penulis novel ini. Buat masa ini, kami sering bertemu di FB sahaja.






~...HISYAM: “some say, enemies know you better than friends do” – SERI BULAN: “I do love you, very very much”...~


 








5 comments:

  1. Salam kak azie. Lama x mengomen kat sini :=) rindu pulak. Kak Azie sihat? Hope sumenye baik2 aje. Anyway,Selamat Hari Raya dari saya n family :D

    ReplyDelete
  2. ZENNAYA:
    Selamat Hari Raya juga buat Nurul. Kak Azie baik-baik saja. Bila nak mai KL lagi?

    ReplyDelete
  3. tak tau lg Kak Azie,bajet dh byk lari becoz raye sakan ari tu :)

    ReplyDelete
  4. DWATY:
    Pada Kak Azie memang best lah.



    ZENNAYA:
    Takpa simpan bajet utk Pesta Buku tahun depan pulak.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails