Wednesday, September 19, 2012

Semangat yang hilang: Rendah diri, dah ler diri memang tak tinggi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-09-2012


Perasaan rendah diri tu semua orang ada, semua orang rasa. Tak kira apa bidang, apa bentuk.

Aku pun rasa. Walaupun dah tak banyak tapi tetap ada. Masa kecik, tak reti pun bab ni. Kalu ada kawan sekampung aku pakai baju lebih lawa, kami pandang jer. Rasa teringin. Pastu rasa tu hilang sendiri.

Zaman sekolah, rendah diri rasa juga tapi kurang. Walaupun ramai lagi kawan aku lebih bijak laksana dari aku, cemburu or rendah diri tu rasanya cuma sekejap jer. Nampak sangat tak fokus tentang pelajaran dan hidup.

Tapi semakin dewasa dan tua, dah pandai ler rasa makna rendah diri tu. Kerana tua jugak la, ada rendah diri yang aku tak pot dan tak fikir pun sangat. Dalam hal kerja ker, dalam hal hidup mewah ker, aku tak langsung jadikan tu ‘benda’ dalam kepala. Tak mengganggu langsung > gaya macam orang takda motivasi plak...

Kecuali satu benda ni...

Aku tak lawa (huduh, kata orang) + gemuk = lawak. Malas nak fikir pun, tapi benda tu la yang kuat melekat dalam kepala. Memang aku tak kisah jer berurusan dengan orang ramai, jumpa kengkawan tapi ada tetap ‘satu dot’ dalam kepala.

Korang pernah rasa camtuh?

Apatah lagi terpaksa kuatkan semangat dan lalikan telinga bila selalu digelar badak, tong drum, gajah... dan seumpamanya lah! (orang kurus tinggi lampai lawa, takkan faham makna benda ni. Terhina youuuu!) Bila aku dengar perkataan gitu, kadang-kadang mulut ni nak jer sebut, “mentang-mentang la kau cantik, menawan...”

Ini kisah aku, takda kena mengena dengan orang lain.

Bertahun tau dok simpan jer ‘benda’ ni dalam kepala. Kejap melekat. Sebab tu, dah 5 kali Reunion sekolah, aku cuma berani pergi sekali saja. Only sekali.

Again, ini kisah aku, takda kena mengena dengan orang lain.

Aku nak tulis jugak sebab ini pasal aku. Sebahagian hati aku rasa berani dan positif, rasa ‘lantak jer’, sebahagian lagi kemudiannya rasa menyesal sebab rendah diri tu.

Aku tau, sedar pasti akan ada yang akan komen: lupakan, ubah penampilan, positif minda, abaikan... tapi tak semudah tuu.

Nak pegi gym? Mana lebih penting? Yuran gym atau yuran anak belajar? Nak beli pil, perkataan beli jer dah tahu tetap guna duit. Malas nak citer, tentang usaha-usaha selama ini. Bukan tak bersyukur. Orang yang faham, akan faham laaa.

Selama ni aku rasa aku sangat positif dalam bab ni, tapi sebenarnya tidak juga. Cakap memang senang, terima anugerah Nya, takdir laa, buat tak tau laa, bersyukur laa...

tapi perasaan ni, kalu dah selalu sangat kena ‘pasak’.

Aku taip pun dah mula rasa menyampah. Rasa down! Sampai tanya kat diri sendiri, ‘aku huduh macam badak rupanya, dulu tak sedar’ > macam budak-budak! hahahaha gelak sambil nangis

Mari meluat dengan entri ini!


Bahulu ni memang bulat dan gemuk! Macam aku!

Puas hati dapat kutuk diri sendiri!

Ada ketika aku macam pandai jer nasihatkan orang, tapi diri sendiri pun teruk!

*ni kisah aku, jangan kaitkan dengan diri anda.



 








16 comments:

  1. Kebetulan malam tadi enath apa mimpi Budak Sepet, dia tanya ' mak takde ke buat apa tu... Yang jumpa2 lepas dah habis sekolah tu?'. ' ooooo... Reunion?'

    Mak dia jawab, 'mak ni sekolah tak tinggi pun, masuk universiti jauh sekali. Mak tak nak bila jumpa nanti orang akan tanya pasal jawatan, harta dan sebagainya. Mak takde semua tu, jadi mak rasa rendah diri'... :(

    Teringat pesanan Prof Kamil 'kalau berjumpa kawan lama, elakkanlah dari bercakap tentang sesuatu yang menunjukkan sikap riak kerana ianya adalah perbuatan sia2' ... Lebihkurang macam itulah pesannya.

    ReplyDelete
  2. Kakazie...saya tumpang baca yee...tak tahu nak komen apa...tp yg pasti mulut manusia mmg mcm tuu..pantang tengok ...pantang lihat ada jer yg x kene pada mata diarang nii...saya pun ada jugak yg org yg mengata tp tulahh malas nk melayan...biar jer lerr..

    ReplyDelete
  3. kak, saya pun macam tu gak kak..dari kecik sampai sekarang selalu rasa rendah diri..Tapi ada orang cakap jangan terlalu negatif sangat..Even sekarang saya kerja di kalangan academician walaupun saya ni belajar diploma je, kadang ada rendah diri gak..Tapi bila bergaul dengan semua saya rasa setiap orang ada lebih dan kurang..Merendah diri boleh kak, tapi jangan rendah sangat ye..:)

    ReplyDelete
  4. samala saya masa zaman skolah rendah, slalu rasa rendah diri sbb saya tak lawak dan pendek...hehehehe
    tapi saya suka kuih baulu cicah ngan air sirap....ok tak

    ReplyDelete
  5. Semua org tak sempurna(ayat klise).
    Mungkin kak zan d kategori lawa jugak(perasan), kulit cerah..kecil molek, lemah lembut(perasan lagi) tapi kak zan pun ada sisi rendah diri(dan sememangnya kak zan tak cukup tinggi), lihat exschoolmate di fb ada yg bergelar doktor,ceo..tu dia gambaq pusing dunia..kak zan pun rasa malu nak join reunion..macam2 alasan kak zan bagi bila kengkawan ajak join(sebak le pulak..tapi bersyukurla seadanya ye Azie..

    ReplyDelete
  6. kak AA, jangan la sedih-sedih.
    Janji hidup kita sekeluarga bahagia dan sihat, alhamdulillah.
    Mungkin kita nampak orang tu kurus, cantik tapi kita tak tau masalah dia, selalu orang kurus ni hi kolestrol tau hehehe..banyak sakit :P

    ReplyDelete
  7. sifat rendah diri masih ada dalam diri Nur...kadang2 ini memakan diri kita balik...yang pasti nak membalas dgn kata2 tak kesampaian tapi dalam hati punyalah sakit.....

    sekarang nak buang sikit2...

    ReplyDelete
  8. Semua orang ada perasaan macam tu tak kira lah apa kesnya. Bagi kes kak azie mungkin body(aisehhh...hehehee..) jadi ukuran tetapi bagi org lain lain pulak cabarannya. Satu sahaja kita kena fikir dalam 10 berapa org yg pertikai benda tu. Kalau satu just ignor coz akak ada satu keistimewaa yang tak ada pada org yg kecil molek selim melim iaitu boleh buat org lain senyum malah ketawa. Orang lain ada? Aina sendiri tak boleh buat macam tu dan kadang2 rasa cemburu kenapalah tak boleh seceria akak.

    Panjang pulak comment.

    ReplyDelete
  9. Be Happy azie...kenapa nak down...biar apa orang nak cakap ...lantaklah... asal kita bahagia dan yang penting seketul daging yang ada kat dalam badan tu tidak berwarna hitam dan ada NUR di muka kita. Allah pandang hambanya pada amalan bukan kecantikan. Nasihat dari seorang kakak.

    ReplyDelete
  10. rasanya semua orang ada perasaan rendah diri ni, cuma mungkin apa yg menyebabkan rasa rendah diri tu muncul berbeza di kalangan kita. Saya pun ada juga..

    apa pun be happy kakazie, janji kita bahagia....

    ReplyDelete
  11. entry tak dak kena mengena dengan sesapa.. ok laa eja setuju..

    tapi nak komen jugak walaupun tak dak kena mengena dengan sesapa...

    rasa tu memang dah lama ada.. sejak kecik.. rasa down memang melekat dari umuq 6 thn (sebab dah paham cakap org) sampai laa ni..

    paling tak bleh nak lupa digelar gemuk badak busuk.. huh! memang tak bleh tgk la org tu sampai hari ni... perit!!

    ****

    baulu tu makan cicah yaq kopi pun best! :D

    ReplyDelete
  12. assalammualaikum
    suka bc entri ini.hehehe tergelak sendiri sbb terkena jugak diri sendiri. Selalu rasa rendah diri ttpi terpaksa pujuk diri utk terus kuat berdiri...meniti hari.....disini....sehingga dipanggil ilahi....wah puitis gitu.

    ReplyDelete
  13. Kita baru sekali terjumpa, tapi makchaq tak rasa pulak AA macam yg AA rasa tu.. mungkin sebab kita serupa..he he.. ada geng dah..

    ReplyDelete
  14. Salam nak share jugak dengan kengkawan,,, saya pun jenis cepat rase rendah diri,,, tension jew mls nak fikir tapi bila otg2 selalu pasakkanbende yg same jadi down,,, so kurus la you ni,, ee kurus nyer emmmm sakit hati

    ReplyDelete
  15. Salam nak share jugak dengan kengkawan,,, saya pun jenis cepat rase rendah diri,,, tension jew mls nak fikir tapi bila otg2 selalu pasakkanbende yg same jadi down,,, so kurus la you ni,, ee kurus nyer emmmm sakit hati

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails