Tuesday, September 25, 2012

Gathering Glamer Raya Bloggers 2012: Tunggu habis edah dulu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-09-2012


Sambung sikit lagi pasal pertemuan blogger Ahad semalam. Banyak cerita di beberapa entri para blogger yang hadir. Terimakasih atas liputan dan sokongan.

Bagi yang tidak sempat hadir, tak upaya hadir dan kemudian ingin hadir, buat masa ini tiada perancangan terdekat untuk sebarang gathering besar. Biasanya kami akan “tunggu habis edah” biasanya selepas 3 bulan. Hehehehe... InsyaAllah, jika ada next plan, pasti akan diwar-warkan.

Beberapa gambar ingin ditayang. Gambar dari kamera saya. Tak banyak, sebab tak sempat nak snap dan tak tunggu sampai habis pun.

MyPulut Kuning berganding dengan Sambal Bilis, dan Rendang by Kakcik SEROJA.

Nasi Pakistan bersama Ayam (bersos, taktau nama lupa nak tanya) dan Coleslaw by Abe ZAM dan isteri blogger, AYU AKUZLE. Siap bawak Kicap Jalen!


Sori, tak tau sapa bawak ni. Tak sempat tengok, tak sempat tanya dan tak sempat rasa.


Ni pun taktau sapa bawak. Sila mengaku.


Laksa Nyonya by HANIS AZLA. Ohhh meleleh...!


Alamak..! sapa bawak kek ni? Dr HANIE kot...


Seperti yang dijanji, Pakngah HAMZAH al-LAVENDARI datang bawak kek SR bersama MakNgahnya yang cun penuh aura! Kenapa kek ini tidak bertulisan apa-apa? Bila tahu sebabnya.. memang keras perut punya dok gelak!

Ada banyak kek pada hari itu.


Alahai... ni pun, sapa bawak? Aku lupa....


Kuih Talam Berlauk, 2 bekas besar by MAKCHAQ.
Akhirnya kami bertemu muka jua, padahal kami pernah hadir di kenduri yang sama awal bulan di Puchong, tapi masa tu tak sangka ada blogger.

AZIAN ELIAS memenuhi janji, Spagheti Sardin! Sempat rasa 2 sudu. Takpa, aku dah puas makan berpinggan-pinggan kat rumah dia ritu. hahahaha!


 Puding Gula Melaka ker namanya? by KAKCHIK ELLA. Tayang sikit, tapi dia bawak penuh satu beg. Silap aku tak cilok bawak balik sebekas. Sebab dia sampai jer, aku dah nak balik.


Lontong dan Nasi Himpit by IDA MAHMUD.
Kastad Puff dan Kuih (hmm apa nama eh?) by Auntie NANI (Marina Monroe) yang tiba selepas tengahari. Ramai menanti-nanti Auntie yang sweet lagi tabah ini. Tak sempat pun nak sembang panjang. Aduhaiii...

Ada banyak lagi menu yang lazat, tak sempat nak snap semua.


Ni la MakNgah ‘si pencuri hati’ PakNgah HAMZAH. Aku duduk mengadap dia makan dengan mata tak berkelip. Snap 4,5 keping gambar dia dengan JUNAINA.


PCL datang bersama beberapa teman blogger baru termasuk PADLEE. Ada 2 orang yang datang dengan kerusi roda hari itu. Tabik pada depa! Sori, Meggi Goreng by PCL saya tak sempat snap tapi saya makan semangkuk!


Mula-mula kat luar, pastu sambung kat dalam. Man to man talk.


Sori, tak sempat nak sembang dan tanya khabar AIMAN. 
Dia cool bleh jer layan kengkawan mak dia. Kalu anak aku, memang akan diam jer.


Thanks korang!



*More pics lebih lengkap dan cantik di blog jurugambar khas Khairul Hakimin SINI.


~...melepaskan rindu menatap wajah bukan bermakna HISYAM boleh suka-hati-akular nak bisik cakap, nak jeling mata rabun dan nak kernyih-sengih sedangkan SERI BULAN tahu ada agenda makan belum cukup sakan yang akan ditekan...~


 





33 comments:

  1. tq..hopenext time kaklong boleh lama2 kat sana..

    ReplyDelete
  2. thanks kak azie.. habis edah kita jumpa lagi.. he..he..

    ReplyDelete
  3. Apakan daya daku tak kesampaian aral menghalang hingga tidak ketemu tuan puan badan dlm sesat jalan ku sampei jua di musolla ehsan ingin ku kenyit kenyit mata namun sayangnya kalian telah pulang aduhai teman sekadar satu keluhan akan datang selepas tiga bulan habis edah dapatlah kita berjodohan dlm satu lagi pertemuan...(sila baca dlm satu nafas.... hehehe)

    ReplyDelete
  4. terang.. jelas..

    ayu rasa mcm dh beraama kalian disana...


    tahniah semua. gathering berjaya. wlpun ada satu hal y xbest tu

    ReplyDelete
  5. Kuih di gambar ketiga dibawa oleh Ahmad Fauzi Aryaan.

    Kek dan limau dobawa oleh pengatin baru, Afasz.

    Kek coklat dua biji tu pula dibawa oleh Ati Masrif.


    :)

    ReplyDelete
  6. saya makan pulut kuning tu dengan rendang ayam .. adil kan ?

    apa sebab kek SR tu tak bertulis ?

    makngahnya kata apa ?

    ReplyDelete
  7. KAK LONG:
    tak mengapa, asal singgah. Enjoy ya mandi laut hari tuh?


    HANIS AZLA:
    Masa tu dah bleh sain autograf utk novel terbaru, kan?

    ReplyDelete
  8. MAMAWANA:
    Walaupun tersesat jalan, tetapi akhirnya sampai jua ke tempat yang diidam dan walaupun ramai yang sudah beransur pulang tetapi sebenarnya ingatan tetap terkenang orang yang ditunggu tak kunjung datang (sila baca dalam setengah nafas!)

    ReplyDelete
  9. AYU CITARASA:
    InsyaAllah, suatu hari nanti pasti kita akan dapat berkumpul jua.



    KAKCIK:
    Another new word? Tepuk!
    Terimakasih info.
    Next gath, harap menu lain pula yg akan DOBAWA...! hahaha!

    ReplyDelete
  10. Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Hahahaha.. mana bleh bagitau. Kena tanya MakNgah.
    Sambung keraskan perut!



    ENA:
    Memang sedap. Resipi baru tu.

    ReplyDelete
  11. aduhai..mmg banyak yg ati melepas makan nih..
    bila dah byk makanan ..rasa kenyang pulak :)

    laksa hanis..melepas..kek gebu ain pun melepas...ehh byklah terlepas..hik3

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Spagheti sardin tu memang sedap. Nak lagi !

    ReplyDelete
  13. Makanan kat atas memang WIN! =) lelagi kek tu...

    ReplyDelete
  14. ATI MASRIF:
    Aikkk asyik melepas jer nih? hahahah
    Betul, bila dah banyak makanan, sampai taktau mana nak makan dulu. Kadang tu, tengok jer dah rasa kenyang.



    LF:
    Salam Dato’.
    Kalu nak lagi, kena pegi terus ke rumah tukang masaknya di Platinum, Shah Alam.

    ReplyDelete
  15. SHAHRUL HAIRY:
    Memang banyak kek pada hari tersebut. Lebih dari 6 biji kek!

    ReplyDelete
  16. seronok sangat dapat bersama - sama even kejap je.. thanks to u also sebab berpenat lelah menjayakan this majlis..

    ReplyDelete
  17. AZIAN:
    Thanks to you too.
    Walaupun sekejap, sangat best!

    ReplyDelete
  18. Kek yg gebuzz,muluss ada stoberi tu saya punya kakazie..Dr.Hanie tukang perabihkan jer hihihi...tu sebab ati tak dpt merasa..

    Insya allah ada rezeki kita jumpa lagi...

    ReplyDelete
  19. AIN NORAINI:
    Amboiii... bertiga ngam-ngam. Kak Azie jadi tukang potong kek saja lah. hahaha

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,
    Ohhhhh Pulut kuning....benar2 menggoda selera

    mmmm nak kena memulut pulakkah?

    ReplyDelete
  21. As salam Kak Zie,

    Tension Marya tgk semua juadah tu! Huwaaa!!!

    Nak buat kek coklat...nak buat kek coklat... Nak minta resipi Laksa Nyonya Kak Fea lah...hehehe :))

    ReplyDelete
  22. ANYSS:
    Nak memulut lagi? Ohhh no hal. Tapi ANYSS kena datang!



    MARYA:
    Nanti kalu Marya dah balik Malaysia, insyaAllah kita buat lagi gathering. Memang teringin nak jumpa Marya!

    ReplyDelete
  23. Kakak baca N3, baca komen di atas, terasa betapa seronok dan cerianya masa itu.

    ReplyDelete
  24. Kak Azie Mak Ngahnya memang cun dan bergaya!

    ReplyDelete
  25. kak azie,

    saya tapau banyak sangat makanan. kekeke. best kalau balik last2 ni.. sapu bersihh.. sampai umah siap boleh jamu jiran lagi.. kwang3X..

    ReplyDelete
  26. KAKZAKIE:
    Memang semua meriah dan ceria sebab lama dah tak jumpa gitu. Masing-masing sangat ramag dan mesra alam.


    JUNAINA:
    Memang sesuai dia digelar di pencuri hati!

    ReplyDelete
  27. tak sempat bergambar gambar sebab datang da lewat..rugi sungguh!

    ReplyDelete
  28. ANAA:
    Selalunya orang yg buat overtime ni memang untung. Geram gak sbb, dah la tak dapat rasa semua. Tapau pun cuma Kuih Koci 5 ketul tak dapat rasa gak. Yg pasti semua sedap!

    ReplyDelete
  29. RAI:
    Kak Azie terpaksa ke majlis lain yg sudah dijanji. Tak sempat kita nak kenal-kenal.

    ReplyDelete
  30. sy mengaku sy nye tu , dah update kat blog tande mengaku sy nye juadah tu --> http://afasz.blogspot.com/2012/09/dapur-afasz-kek-coklat-kukus-percubaan.html

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails