Thursday, September 13, 2012

Masterchef: aku hanya boleh masak menu ‘Makan Sendirik’...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
13-09-2012


Masterchef Malaysia Musim 2 sudah bermula. Siri ujibakat/saringan sedang ditayang sepanjang minggu ini di 105. Pelbagai karenah, ragam dan gediks dapat dilihat. Tapi keputusan siapa yang berjaya masuk studio/dapur Masterchef belum diumumkan. Kena tunggu selesai semua saringan seluruh negara dulu kot...
(suka iklan “kukus, grill, pangggang, kukus!)

Aku pun rajin plak tu update pasal Masterchef Malaysia nih. Hahahaha...!







Mastercef US Musim ke 3 pun akan bermula this coming Sunday. Wahhh tak sabar nak tengok Ramsay melalak dan Chef Joe tu penuh sinis lempar makanan dalam tong sampah!

Memasak adalah seni. Juga sumber pendapatan. Juga... apa saja boleh kita kategorikan.

Semua orang boleh memasak. Pernah tengok Junior Masterchef Australia tak? Semuda umur 9 tahun, memasak penuh cekap yang kita takleh bayang kalu anak kita bleh ker masak camtuh? Anak-anak aku, konpom age macam tu masih tak kenal mana Bunga Lawang mana Lengkuas mana Halia! Kagum tengok anak orang barat yang explore seawal umur cenggitu.

Memasak untuk bertanding dengan memasak untuk makan sendiri tak sama. Kita memasak di rumah, tak fikir nak plating sakan-sakan. Asal terhidang bersih, menyelerakan mata memandang tak selekeh, insyaAllah laku. Apa lagi kalu dimasak dengan jujur dan penuh kasihsayang.

Aku pernah dengar ceramah, nak memasak pun sebaiknya ada wuduk or sekurang-kurang “bersih”. Ada doanya. Ramai tahu, waktu mana perlu selawat...

Aku berani kata, aku boleh masak macam-macam tapi tetap tak handal mana pun. CHAK pernah kata, “mak masuk ler Masterchef”.. ohhh yang cakap tu budak yang memang makan masakan mak dia hari-hari tentulah dia dok kata sedap belaka.

Aku juga berani kata, aku rajin masak sebab memang dah jadi gaya hidup kami makan di rumah. Sangat-sangatlah jarang kami makan di luar or beli makanan utama dari luar. Sekali sekala import dari pasar malam or fastfood tu tak bleh nak elak.

Cuma korang percaya tak, aku tak pernah buat Kuih Raya, tak pernah buat Kek sejak jadi bini orang. Memang tak pernah. Bila anak-anak dah besar, aku dah jadi malas nak mulakan skill tu. Main tunjuk saja.

Menu apa yang aku paling expert? Langsung takda kot. Sebab aku main masak jer ikut rutin biasa. So, bab-bab bertanding ni memang tak pernah terfikir dalam kepala yang ada batu besar atas jugak ada duduk) ini...

Tayang-tayang:

 Ayam Masak Kicap, hari apa ntah...


 Spagheti sempoi — buat masa IKA balik bercuti hari tu...


Aku gigih belajar buat Karipap sebab anak-anak ramai, tak berbaloi asyik nak beli saja. So bila aku dah boleh buat sendiri, aku akan buat sekali banyak, lebih 100 pcs sekali buat. Frozen sebagai stok. Dan kami dah stop beli karipap.

Aku nak try belajar buat Laksam, Laksa Johor or Laksa Kelantan. Bab kek or kuih moden e.g. Macarons ker... Kek Batik ker, Apom corak Ladybird Agry Birds ker... memang tak masuk book. Sebab orang kampung macam aku ni, bab tu memang akan failed corot punyer...! Sebab tu aku tabik pada orang yang pandai masak kuih yang sedap dan cantik tuh.

*aku sampai skang tabik spring giler-giler pada anak jiran aku yang kaya raya tuh, masih sekolah menengah tapi dah pandai masak macam-macam. Selalu dia citer kat blog dia, anak dia terror masak. Bertuahnya dia.





~...walaupun SERI BULAN memang jauh dari atang dapur, berjarak dari panggang, jarang membasah tangan menyiang ikan atau memeras tangan meramas kelapa lalu sangat malu mengaku hasil air tangan tetapi Mak Utih tidak pernah berhenti mengajar sehingga HISYAM yang tidak pandai makan Budu sudah pandai suap bersudu-sudu dan Pak Utih malu menambah kuah...~



 








36 comments:

  1. Dah lama kakcik tak buat masak lemak pucuk ubi! :)

    ReplyDelete
  2. samala saya pun kak, masak utk anak2 ja, janji depa kenyang...hehehehe
    anyway masak kicap ayam akak tu nampak sedap arrrr

    ReplyDelete
  3. KAKCIK SEROJA:
    Semasa bulan posa ritu, saya ada masak sekali. Kebetulan pucuk ubi disedekah oleh kawan sekerja yang import dari kampung dia.



    MAMASYAZA:
    Kadang-kadang kita masak nasi goreng plain pun laku kalu dah anak-anak lapar. hehehhe

    ReplyDelete
  4. Saya pun hanya boleh masak untuk menghidupkan diri sendiri saja, kehkeh.

    ReplyDelete
  5. Makchaq pun macam tu..masak utk keluarga saja.. La ni anak2 dah besaq2 depa pulak ambik alih bila depa cuti..
    Makchaq pulak tukang makan..

    Makchaq ikut rombongan lelaki masa kenduri kat Taman Mas tu.. Emak ayah Afiq kawan rapat masa kat Taiping, kami dijemput serta sebab tak dapat ke Kuala Kangsar Sabtu ni...

    ReplyDelete
  6. DINAS ALDI:
    Wahh kalu gitu memang terror la masaknya ya? hehehehe



    MAKCHAQ:
    Ehhh MAKCHAQ ni kawan emakabah Afiq Aiman? EmakAbah Afiq tu abang ipar dan biras saya MakChaq. Kenduri Taman Mas tu adik ipar saya.
    Ohhh tak tegur saya pun masa kenduri? Sampai hati....

    ReplyDelete
  7. La.. Ye ke.. Tapi kita sama2 tak kenai la ya... Entah2 kita ada bersalam2 ...

    ReplyDelete
  8. tak kira laaa mak nak masak apa pun tapi dakni tetap nak pasta or spaghetti... u remind me of my favorite food when i was in oslo laaa makkkkkkkkk... sob.. sob.. sob..

    ReplyDelete
  9. MAKCHAQ:
    Kalu MakChaq perasan, saya lah makcik yang dok bagi bunga telur dan puding jeli dari meja ke meja tetamu sepanjang majlis itu. hehehe


    ICE:
    Wokeh! boleh jer. Sila supply spagheti beberapa packs, juga side order lain. then, siap!

    ReplyDelete
  10. Salam AA,
    Ter...senyum semanis gula jadinya Ratna setelah habis membaca perihal masak memasak dan demam MasterChef ditanahair (disini sudah bermula pada 3 minggu nan lalu) dan bonus terbaik kepada sesiapa yang cantik jelitawan pandai memasak...

    Dari tayangan peragaan hidangan masakan AA tampak yummy, setuju dengannya AA.. yang pentingnya ialah masak dirumah senantiasa begitu anakanda atau seisi keluarga semua berkat bermakan dari airtangan Ibunya...

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
  11. Baru nak tanya... Yg baju biru suruh anak bagi puding kat makcik tudung pink tu ke azie..

    Makchaq punya dok heran macam mana afiq boleh kenal orang pucung ni... Dari kecik dok taiping, kuala kangsar pas tu lumut.. Macam mana kenal org puchong... Rupanya sedara....

    ReplyDelete
  12. Yummy yummy sodap nyer makanan yang ditayang itu. Biasalah bebudak, dia rasa masakan mak dia lah yang paling sedap sekali dalam dunia.

    Saya pun rasa begitu, biar pun mak saya hanya masak ikan goreng dan sambal belacan. Waktu tu makan dua-tiga pinggan tak sedar diri.

    ReplyDelete
  13. RATNA BINTANG JAUH:
    Sekarang ni program Masterchef ni dah meliputi banyak negara di dunia. Seronok gak tengok kerenah peserta. Macam-macam ada.
    Saya tak pandai plating Ratna, tapi kerana kita ni hidang untuk keluarga, tentulah nak yang terbaik selalu.

    ReplyDelete
  14. MAK CHAQ:
    Ada kesilapan dalam komen saya sebelum ini. Saya silap AFIQ. Saya sangka AFIQ anak abang ipar saya, rupanya AFIQ si pengantin lelaki. Aduhhh... maaf la MAKCHAQ.
    AFIQ tu kiranya anak buah saya la sekarang ni. Wife dia tu anak buah suami saya.
    Ya.. saya ler tu yang soh anak saya (CHAK) bagi puding kat makcik tudung pink. Saya masih ingat...!
    Ohh itu MAKCHAQ rupanya. Kalu lah kita kenal lebih awal....

    ReplyDelete
  15. ACIK MLMW:
    Budak budak tengah membesar, belum pandai cari duit sendiri, mana lagi nak cari makan melainkan dalam rumah. So itula yang paling sedap dia rasa. hehehehe goreng telor mata kobau pun jalan!

    ReplyDelete
  16. Ye la.. Makchaq baru perasan.. Azie tulis afiq aiman.. Nama anak kawan makchaq wan afiq zakwan kot.. Tak pe.. Ada rezeki kita jumpa lain kali..
    Tapi hari tu azie memang nampaknperamah dan yg berusaha...

    ReplyDelete
  17. MAKCHAQ:
    InsyaAllah, ada jodoh ada rezeki pasti kita bertemu nanti.
    Saya pun suka MakChaq yang peramah juga!

    ReplyDelete
  18. Salam sejahtera AA
    Mama pun pandai masak gitu2 je, tapi bukuresepi beratus kot! hobi kumpul je, masaknya balik2 tu...
    hebat juga tgk budak2 muda2 masuk mchef!

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    Hu huhu dakupun pandai masak takat sumbat tekak sendiri...tekak orang tak berani nak bagi, kang ada pulak yang KERACUNAN MAKANAN hu hu hu

    ReplyDelete
  20. Assalam,

    Klaka plak bace status fb kat atas tuh. Ingat kite kat sini jer perli2 dorang tuh. Rupanya ade jugak yg perli. Sebijik plak ayat tuh:)

    ReplyDelete
  21. Kak AA,

    Saya pun kagum & tabik spring toink2 dgn org yg pandai buat kek & deco2 bagai! Tabik spring jgk dgn akak buat karipap yg cantik tu! Serius saya tak pandai buat karipap...kulitnye tu...mmg xreti... bab mengelim lg lah... tp suka makan! Byk tu 100pcs mau patah pinggang dok mengelim...kagum...kagum... Tp memasak ni mcm anugerah ALLAH pada org perempuan cuma kena polish & rebrush je...betul tak? :))

    ReplyDelete
  22. MAMA JU:
    Ok la juga Mama Ju rajin simpan buku resipi sekurang2 nanti ter rajin, bleh gak semak dan cuba. Saya langsung takda buku resipi. Bila nak try apa-apa, Google la jawabnya. Hehehehe



    ANYSS:
    Mula mula memang yakin setakat tekak sendiri. Tapi kalu dah mahir sesuatu resipi tu, tentu dah bleh yakin untuk jamu orang. Dulu tu makan di rumah Anyss, sedap belaka!

    ReplyDelete
  23. BEB:
    Salam, sila masuk. Terimakasih.
    Ayat yang sebijik tu, saya tiru dialog dalam iklan Masterchef tu ler. hehehe



    MARYA YUSOF:
    Kak Azie dulu pun kagum tengok orang buat karipap. So gigih la belajar. Itu jer pun yang rajin nak belajar. hehehe
    So sekarng ni, setakat 100 pcs ker, 200 pcs takda masalah sangat.

    ReplyDelete
  24. Akak suka tengok photo masakan, akak masak bila rajin, bila malas akak tapau sbb lapar.. Akak nak rasa ayam masak kicap AzieAzah. Tengok photo pun dah tau tekak kata " uummphh!! Sedap.

    ReplyDelete
  25. Sampai sekarang kakak masih idamkan nak makan azi punya kuih tart. Tunggu nak kirim dgn gadisBunga tak sempat-sempat...

    Tak nak post nanti jadi macam Ayu Citarasa Rinduan punya.

    ReplyDelete
  26. kak azie, yus masa pertama kali tengok iklan promo masterchef "saya mahu buktikan orang cantik pun pandai masak" tu, keluar ayat sama gak, apa kena mengena cantik dengan pandai masak...., tak cantik pun tgk dia?...hihihi

    ReplyDelete
  27. cantik tu memang la cantik.. tapi rasa nyer perangai pun kena cantik jugak kan..:D

    ReplyDelete
  28. Salam kak... sebagai ibu kita mesti suka beri anak-anak makan hasil air tangan kita sendiri walau tak sehebat masakan chef2 tapi kitalah chef terhebat di mata hati mereka.

    Tu pasal orang selalu cakap "masakan ibu sayalah yg paling sedap" walaupun tak sedap kat lidah orang lain.

    ReplyDelete
  29. DERU
    OMBAK:
    Alahhh setakat masak kicap mcm tu saya yakin akak lagi pandai dari saya.
    Mudah sangat tu. Kira lauk orang yg dlm mood malas tu kak.


    KAK ZAKIE:
    Ohhh stok Tart sentiasa ada. Kalu mahu, hantar email alamat. Saya boleh
    poskan. Atau pesan pada GB, dia akan balik KL pada 23hb nanti rasanya.

    ReplyDelete
  30. Tak sabo nak tunggu sape menang hehe... Kitepun tak pandai stakat nak masak sendiri tu lepaslah kottt! Tapikan rancangan Masterchef ni memang membuatkan budak2 excited nak masak!
    My latest Entry :)
    Ghaye Ghaye Ghaye!

    ReplyDelete
  31. YUS:
    Saya masa tengok promo tu naik heran jugak. Tu yg gatai tangan pi update kat FB tu. Then peserta tu dah kuar pun kat tv haritu. Memang dia cantik la jugak. Jauh lebih cantik la dari Kak Azie niii. hehehe


    KAK IZAN:
    Cantik tu sangat subjektif. Ikut mata masing-masing. Cantik pada kita belum tentu cantik pada mata orang pula.

    ReplyDelete
  32. FARAH DEEB:
    Semua orang ada skill masing-masing dlm memasak. Jika kita masak dan dimakan tanpa komplen, itu dikira kejayaan dah tuu...

    ReplyDelete
  33. karipap tu nampak best lah kak azie!

    masterchef season 3(kalau ada), mmg wife saya nak cuba nasib gi audition..ekekekeke

    ReplyDelete
  34. nak komen pasal boots kt header tuh.

    berkenannye saya...!!!!!

    ReplyDelete
  35. DADDY ZIYYAD:
    Yeahhhh sila cuba. Kalu ada undian sms, bleh buat kempen sakan-sakan!


    GADIS BUNGA:
    Tu kasut boot dari kedai Google!

    ReplyDelete
  36. Yes..sy cuba amalkn berwuduk sblm masak menu walaupun tak selalu kedapur tlg wife..:))

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails