Saturday, September 8, 2012

Walimatulurus ~ bayar derau bukan hanya dengan duit...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
08-09-2012


Macam biasa, hujung minggu yang masih di bulan Syawal pasti ada saja undangan Rumah Terbuka diterima.

Pada hari ini 08-09-2012, rasanya kami sekeluarga akan berada di Puchong seharian kerana MyAnakBuah (sebelah MyToklaki) bernikah. Anak adik ipar aku. Ya.. adik MyToklaki dan terima menantu. Walaupun dia pangkat adik, tapi dia kahwin awal dan anak dara dia bertemu jodoh tahun ini.

Jemputan Rumah Terbuka rasanya macam tak upaya nak penuhi pun. Maklum kalu dah kenduri rumah adik-beradik ni takkan lah nak datang time makan, dan balik time kenyang? Tapi jangan taktau, ada juga sedara-mara kandung yang buat macam tu bila pegi kenduri rumah sedara kandung sendiri. Jika setakat sepupu or dua pupu or tiga pupu biasalah orang kadang segan nak berlama-lama, padahal masa tu la nak beramah mesra dengan sedara lain yang jarang bertemu.

Bagi yang sengaja buat begitu pun, tentulah ada sebabnya juga. Mungkin tuan rumah tu selama ni tak begitu mesra alam, tak rapat dengan sedara lain walaupun kakak-abang-adik ipar lamai. Mungkin sebelum ni dia pun tak begitu ringan tangan menolong atau tak begitu ringan mulut bertegur sapa menanya khabar. So bila time dia kenduri orang pun malas nak berlama-lama. Betul tak?

Sebab itu di kampung-kampung dulu, semangat gotong-royong time kenduri kahwin sangat penting. Walaupun sekarang dah kurang sebab orang lebih banyak gunakan kuasa DUIT, tetapi kalu kita bersikap pentingkan diri, perasan hebat, perasan semua boleh handle dengan duit tanpa perlu bantuan sedara-mara, kalu kenduri orang tak berapa nak datang pun susah juga.

Di kampung aku dulu aku selalu dengar orang bersembang pasal “bayar derau” yang lebih dikaitkan dengan kerja bendang. Tetapi dalam urusan nak jayakan kenduri, itu juga digunapakai. Maksudnya, hari ini saya tolong kenduri awak, tungkus lumus di majlis awak. Nanti bila saya kenduri, pasti awak akan tolong saya pula. Konsep begitu sangat kuat diamalkan di kampung dengan penuh kejujuran.

Dan walaupun di bandar semuanya menggunakan duit untuk sebarang urusan kenduri, aku tetap melihat konsep bayar derau” ini penting bukan sahaja dari segi penglibatan kita, tetapi sejauh mana kita menghargai saudara-mara dan adik beradik semasa kita kalut nak handle kenduri besar.

Bayar bukan dengan duit tau, tapi ada banyak perkara lain yang tidak dapat dinilai dengan duit. Setuju?

Tayang-tayang:



Sebahagian Puding pelbagai perisa yang aku buat untuk kenduri di Puchong hari ini. InsyaAllah, Gathering Raya Blogger nanti, aku nak cuba buat juga Puding ni...



~...bila majlis baru bermula, bila huluran bersambut sambil cuba memaut tangan di bawah talam, SERI BULAN cemas kerana terasa beratus mata memandang menjeling betapa HISYAM sangat sangatlah sengaja menjadi rajin menjadi mentara dan Geng Gedehoq di kenduri kahwin cucu menakan Pak Utih...~



 








14 comments:

  1. As-salam azieazah
    Sudah jadi satu norma sekarang, bila kenduri kahwin apa lagi di bandar, kita tak berderau. Kita berderas makan dan beredar. Orang pun berderas begitu di majlis kita. Zaman oh zaman!

    ReplyDelete
  2. Salam kak...kebanyakkannya mcm tu sekarang faktor duit yg buat kemesraan sedara mara semakin renggang...dulu2 org tak banyak duit tu yg byk pakai kederat sekarang ni semua pegang duit.... inilah bayaran yg kita dapat atas nama kesenangan dan kemajuan....kemesraan dah semakin di lupakan.

    ReplyDelete
  3. ska sangat kenduri kawin kat kampung, esp kalau my parents yang buat. tp kalau my hubby punya kg, lepas pengantin sampai je, tetamu terus hilang. tak suka sangat.. sungguh tak menarik.

    ReplyDelete
  4. Masa merubah segalanya kak Azie tetapi selagi kita tidak lupa asal rasanya semua tu tak akan hilang. Orang sekarang sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa untuk menjaga silaturrahim.

    Wahhh kak azie jeli yg sedap tu ekkk...besttt...besttt...

    ReplyDelete
  5. ...pertama kali dengar perkataan derau...yeah...walau macammana power pun duit tu tapi kalau tak ramah mesra sesama jiran tetangga tentu majlis akan nampak suram.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Berderau? Mmmm tempat kami panggil lain...tak reti nak eja, kang salah bunyi pulak.

    Bestnya kalau ada adik beradik sedara mara berkumpul begini...

    ReplyDelete
  7. dulu kat kampong zino ada istilah "tanam" sesiapa yg buat kenduri sedara mara atau jiran tetangga akan bawa barang keperluan yg tuan rumah perlukan , seperti beras, gula kelapa telor dan sebagai nya... bila benda2 tu di hantar ke rumah tuan rumah ia akan di catit nanti bila sampai masa orang yg bawa tu buat kenduri tuan rumah akan balas benda yg sama

    kalau dulu dia dapat beras dua kampit dari A maka bila di A buat kenduri dia akan balas dengan beras dua kampit pulak..

    secara tak langsung meringankan beban tuan rumah menyediakan semua keperluan..

    panjang pula komen ni hehe

    ReplyDelete
  8. munna pun ada kenduri nak attend hari ini..... biasanya klu saudara mara kenduri munna sponsor tapai pulut je

    ReplyDelete
  9. Bang TEMUK:
    Semakin maju kita, semakin pula kita melupakan zaman di mana kita bermula, kan? Sungguh sedih.



    CT NOARIZAH:
    Betul. Ada ketika duit juga buat saudara-mara saling rapat dengan niat tertentu. Ada jenis manusia hanya memandang sedara yang berduit dan berharta saja. Yang kurang akan dipandang ekor mata saja... pun sedih jugak kan?

    ReplyDelete
  10. AZIAN ELIAS:
    I pun sangat suka kenduri di kampung-kampung. Lebih meriah dan lebih terserlah semangat tolong-menolong. Sangat mengambil berat dan tidak berkira dalam membuat kerja.


    JUNAINA:
    Kerana masa menjadi semakin maju, kita kadangkala menjadi lupa bahawa duit bukan segalanya. Ada masanya kita sangat memerlukan sokongan keluarga dalam perkara besar seperti kenduri kahwin ni.

    ReplyDelete
  11. FARID:
    Perkataan DERAU ni digunakan oleh orang-orang sebelah Utara. Konsepnya sama macam gotong-royong di tempat lain juga.


    ANYSS:
    Bila berkenduri besar, tak dapat tidak adik beradiklah yang menjadi orang harapan untuk membantu. Tak akan mungkin sama dengan kerjasama dengan orang lain, sekali pun kita ada banyak duit untuk membayar...

    ReplyDelete
  12. ZINO:
    Ohh pertama kali saya dengar istilah "tanam". Lebih kurang sama juga konsepnya, kan?
    Tapi kalu dicatat dan direkod nampak macam sangat specifik, kan?
    Apapun konsep sebegini memang tetap meringankan beban tuan rumah yang buat kenduri. Kita pun patut terus amalkan sebegitu kan?


    MUNNA:
    Sebenarnya, kita akan rela sponsor benda yang kita sangat mahir buat, kan? Tak kira apa pun, kalu dah kenduri memang banyak benda makan nak kena disediakan...

    ReplyDelete
  13. salam kenal & salam lebaran..betol tu, kat kg saya pun guna istilah bayar derau juga..seronok kenduri kendara camtu..meriah sangat2 kan..kalo saya lebih suka kenduri kat kg lagi..btw,saya follow sini yer,no:666

    ReplyDelete
  14. KASIH SALINA:
    Terimakasih, sila masuk.
    Nampaknya orang Utara memang tahu benar pasal konsep bayar derau ni. Memang meriah kan bila kenduri ada semangat gotong royong macam ni..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails