Tuesday, September 4, 2012

Syawal Day 17: Cheezy Prawn di rumah blogger...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-09-2012


Dah masuk September, eh?
Cepatnya masa...

Kenapa aku kata gitu? Sebab banyak perkara/peristiwa berlangsung dan bertukar-tukar. My AMOI akhirnya dah pun tamat belajar (wpun aku mahu juga dia sambung buat Master) dan dah pun mula bekerja (semalam 03hb dah mula kerja).

So Ahad ritu, kami hantar dia pindah masuk ke rumah sewa. Nampaknya tak lama juga dia tinggal di rumah, tak sampai pun 2 bulan sejak balik terus dari Shah Alam hari tu.

Kebetulan ada urusan jual-beli Tart Nenas di Shah Alam, dan kami akan berada di sana hingga petang, so aku sms blogger Azian Elias. Anak aku dah pernah sampai rumah dia, tapi aku belum lagi. Ajakan dan pelawaan dia sejak dulu lagi, jika sesat ke sana singgah la ke rumah. Kali ini berjaya juga dilaksanakan.


Hidangan yang sangatlah di luar jangkaan sama sekali. Spagheti Sardin hasil karya Che JU (Zura) yang memang handal memasak.

Ayam goreng rangup bersalut sos madu yang sangatlah enak. CHAK suka niii...


Yan memotong Kek Walnut yang mana walnutnya dibawa khas dari Kashmir dan keknya baru dibuat pada hari kejadian. Oh yummy!

Zoom dekat.


Part Udang Cheese ni memang tak jangka juga. Kami dah kenyang makan Spagheti Sardin sampai bertambah-tambah, tetiba tuan rumah kata, "ada food lagi tau..."

Hah?!


Sengaja aku boh pic Udang Cheese ni banyak-banyak. Kasi korang terlior! hahaha

Cara Udang Rimau tu didatangkan dari Sabah. Dalam ais bersegi. Satu ketul ada 4 ekor udang sahaja.

Sedap CHAK?


Nak dekat sampai siku panjangnya udang ni. (ker tangan aku yang pendek?)
Cerita dan resipi Udang Cheese juga ada di blog YAN di sini.


Ada yang kata kami macam dua beradik. Oh yesss!

Tiada kata secantik bahasa...
Terimakasih berjuta-juta...





~...bila seseorang mengeluh rindu terkepung, ada lelaki bernama HISYAM merungut cinta belum terpungut...~

 








18 comments:

  1. Azie...
    Part "Rezeki Jangan ditolak" memang betul2 bermakna dalam entry ini...

    ReplyDelete
  2. Azie, aritu ada majlis makan2, akak jumpa tart nenas yg sama mcm dlm gambar kat sidebar tu...mungkin dr sumber yg sama, sedap, spesis tart yg akak suka....

    udang tuh? kalau ukur kat akak mau mencecah ketiak gamaknya, maklum spesis tak cukup inci hahaha...

    ReplyDelete
  3. salam akak...

    wow akak..bestnye..hehehhe

    ReplyDelete
  4. AKAK:
    Memang betullah. Rezeki kami sungguh pada hari itu.


    KAK QUENNIE:
    Ohh Tart Nenas tu dah semakin meluas pasarannya. Suka saya membacanya.
    Kak, saya pun spesis renek jugak kakkk... hehehe

    ReplyDelete
  5. CIK CERIA:
    Ohhh memang sangat best...!

    ReplyDelete
  6. thanks sudi mai. sudi makan.. sudi dengar cerita..

    kalau adik beradik pun tak pe.. sure rumah kita sentiasa bising..hee..

    ReplyDelete
  7. AZIAN ELIAS:
    Thanks again, and sama-sama. Mcm tak puas sembang, tp kita simpan di lain masa pula...

    ReplyDelete
  8. Ella ada satu baris ayat shj iaitu .. Owhhh .. JELESNYA SAYA. hahaha.

    ReplyDelete
  9. Owhhh....udang tu...sangat2 menggoda!

    ReplyDelete
  10. Assalam Azie..spaghetti sardin? tak pernah makan la Azie..bila azie kata makan bertambah2 mesti sedap sangat tu

    ReplyDelete
  11. ELLA:
    Jeles dengan udang memang besttt...! hehehe


    JUNAINA:
    Udang tu memang cute dan sangat menggoda sukma.

    ReplyDelete
  12. ACIK ERNA:
    Makan bertambah sebab sedap dan kebetulan kami lapar. hehehe.
    Saya pun tak pernah makan Spagheti Sardin, biasa yang bolognese jer.
    Memang sedap sbb ada campur Daun Kesum dan Bunga Kantan.

    ReplyDelete
  13. Saalam Azie ..
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri ..

    huhhhhh ... ngancam udang ....

    ReplyDelete
  14. Huhuuu. Udang tu kak... Terliur tul!

    ReplyDelete
  15. Wow...mengancam giler...hidangan yang belum pernah dicuba!

    ReplyDelete
  16. Salam Azie...
    memang nampak sedap sangat udang dan sphegeti tu...memang teringin saya yg.duk tengok ni....tak pernah rasa lagi kuah sardin...:)

    ReplyDelete
  17. sedapnya dapat makan udang chezy tu.... lagi2 kak yan yg masak ..mesti semuan menu sedapkan kak AA

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails