Wednesday, September 19, 2012

Membaca tu dah sama macam makan nasik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-09-2012




Aku tak ingat bila aku mula minat sangat membaca nih. Sejak sekolah rendah kot. Orang pertama yang aku ajar aku membaca ialah MyBONDA sendiri. Darjah 1. Bersama pelita minyak tanah, malam hari dia ajar aku mengeja: A.Y.A.M. Ini ayam jantan.

Dan esoknya aku satu-satunya pelajar yang lancar baca mukasurat yang ada gambar ayam jantan tuh. Siap berdiri kat depan papan hijau, ajar murid lain. Cikgu masa tu aku masih ingat, Cikgu Bosnah @ Cikgu Kalimanjaro (sebab sanggul dia tinggi!)

Minat membaca ni berjangkit dan diwarisi oleh semua anak-anak perempuan aku. Kami semua minat buku. Hampir setiap bulan mesti ada buku yang dibeli.

Zaman anak dara dan masa anak-anak masih kecik dulu, aku rajin juga beli magazines. Berpuluh ringgit juga tiap bulan dikhaskan untuk magazines. Siap langgan Wanita, Jelita, Keluarga. Majalah hiburan macam URTV tu pun selit juga.

Kemudian bila pindah rumah, aku automatik stop beli majalah. Sebab masa pindah, MyTOKLAKI takmo angkat kotak-kotak majalah aku, so ada yang terpaksa dibuang. Pastu aku pun dah malas nak simpan. Dan stop beli. Hanya buku yang kekal disimpan dan disayangi sampai sekarang. Kat rumah 2 almari penuh dengan buku. Dan ada kotak-kotak lagi. Sampai lupa apa buku yang aku dah ada. 2,3 kali juga kes TERbeli buku yang sama. Lepas ni kalu nak pindah rumah, kena upah orang kot untuk angkat kotak-kotak buku aku.

Aku berangan nak ada library sendiri kat rumah. Almari buku yang panjang dan tersusun kemas untuk letak buku-buku aku. Aku berangan nak susun ikut nama penulis. Wahhh best, kan?

Nak cari pun senang. Pastu letak kerusi ala-ala malas-penyegan kat situ. Membaca sejam dua, kalu penat terus lelap. Oh nikmatttt..

Sebahagian saja yang rajin disnap.


Koleksi anak-anak dara. Aku memang surrender laarrr...


Hari tu MyBos (yang pompuan) tanya aku, berapa lama boleh habiskan satu buku? (sebab di opis pun bila ada free aku akan membaca, sentiasa ada stok buku kat drawer). Aku kata, kalu buku setebal ±200 pages, sehari dah boleh habis. Kalu yang tebal sedikit ±1,000 pages, mungkin 2,3 hari saja. Terkojut dia. Sebab dia baca buku, sebulan tak sampai 100 mukasurat. Buku novel dia yang setebal ±200 pages, dia habiskan dalam masa lebih sebulan! Mengeja agaknya... hehehehe

Yang pasti, aku sangat suka baca. Jika berpergian jauh sedikit pun, buku wajib kena bawa dalam beg. Kalu takda buku baru pun, bawak jer buku lama pun takpa ulang baca asal ada bahan.

Baca dan baca-baca sangat berbeza tau! Yang aku faham, ‘baca-baca’ tu adalah jampi serampah nak kenakan orang! hahahahaha....




~...kalau pun tidak boleh dipanggil pendorong semangat, sebenarnya HISYAM lebih menjurus sebagai pedati tua yang tidak berkuasa kuda tetapi dimangkin oleh minyak kelapa sawit dari ladang Pak Utih sedang SERI BULAN lebih rela menjadi traktor berstereng besar seperti semangatnya yang sentiasa melebar...~


 






21 comments:

  1. Hah...!! Kami nak belajaq baca-baca boleh?

    ReplyDelete
  2. sama la kite kak..belajar mengeja ayam hehehee

    ReplyDelete
  3. JUNAINA:
    Nak ‘baca-baca’ kat sapa? Kena sebut nama orang tu dulu:
    “nian insonnnnn mata kaji semar nginsengggg!”
    Bleh gitu?



    KHAIRIN:
    Sylabus zaman dulu, kena belajar pasal haiwan dulu, baru belajar pasal orang. hehehe

    ReplyDelete
  4. Eh,,sama la kita, kalau dah buku depan hidung..tak ingat dunia.masa darjah satu, cikgu baru ajar 1st page kak zan dah khatam half buku..ini ayam..ini ayam jantan
    ...dan diwarisi juga oleh anak2 dara kak zan..kalau gi shopping komplek, pantang nampak kedai buku, kami akan berkejar ke sana.

    ReplyDelete
  5. NORHAIZAN:
    Zaman kita dulu, memang belajaq mengeja mukasurat yang ada gambar ayam jantan tu la. hehehe (sebaya kah kita?)
    Anak-anak saya kalu ke KLCC, suka serbu Kinokuniya.

    ReplyDelete
  6. its such a nice & Awesum blog provide info
    hope more people discover your blog because you really know what you’re talking about. Can’t wait to read more from you!
    for more plz visit
    debt settlement plan
    debt management
    debt settlement plan

    ReplyDelete
  7. kak,

    eja pun suka baca.. tapi nak mula tu memang ber'cinta'.. bila dah mula memang tak bleh stop selagi tak abih kisah dia..

    *pst.. buku2 hat amik dari Kak Kiah tu pun tak mula baca lagi.. huhu.. :P

    ReplyDelete
  8. dikau sepertiku.
    tapi..
    bayangkan. tiap kali ku tersenyum dok membayangkan hero atau heroin dalam novel tu..

    daku disergah dik pelanggan..

    menyampah i..

    (umai skrang dh lancar membaca, kata cikgu umai sbb ibu dia hantu membaca... ewah.. kembang punggungku)

    ReplyDelete
  9. Bestlah tengok novel2 tu suma, I LIKE. Saya kecik2 & remaja dulu sangat suka membaca. Bila dah makin tua, baca jugak tapi dah kurang dah sebab banyak sangat distractions yg menggoda2 diriku. Sekarang kalau suruh pilih membaca atau menembak, konpem la membaca akan kalah, heheee..

    ReplyDelete
  10. EJA:
    Selalunya bila lama tinggal, mood pun merudum. Nak mula balik kena tunggu masa sesuai. Cari komik la nampaknya.



    AYU:
    Biasanya, hobi or habit kita akan mudah saja diikut oleh anak-anak semasa depa masih kecik. Tapi budak zaman sekarang, seawal usia 4 tahun pun ramai yg dah lancar membaca.

    ReplyDelete
  11. DINAS ALDI:
    Ohh kalu I ada ‘senapang muncung panjang’ macam U punya, I pun mungkin akan jadi penembak jugak. hehehe

    ReplyDelete
  12. Abis je SPM keje kat kedai buku kat PJ. Masa tu punya le best, pantang ada novel baru masuk, pasti "pinjam" bawa balik. Habis baca letak kat rak. Susun kat belakang2. Lepas grad plak duduk 1 umah ngan classmate cum haousemate yang memang hantu novel, jadi bila dia dah habis baca kita pinjam je. Cuma novel lamia aimal je beli buat koleksi. bila dah kahwin n ada anak, terus tak layan. tapi lately ni hobi tu mai balik. kalau pi komtar mesti masuk popular dan beli novel. huhuhu terapi le konon. hubby pun dah mula menjeling.

    ReplyDelete
  13. KAK SAM:
    Saya pun pernah berangan nak keja kedai buku or library. Best, kan? Tapi nanti tak buat keja, ralit nak baca jer.
    Kalu nak mula balik minat membaca, elok mula dgn novel or buku simple. Yang tema ringan tak beratkan minda.

    ReplyDelete
  14. Sama la hantu buku..hehee pantang nmpk buku baru mmg laju ja...tak tukar tudung baru pun tak apa asalkan ada buku baru hahaaa boleh mcm tu?

    ReplyDelete
  15. Banyaknya novel....
    Saya pun suka gak baca novel...tapi skrang ni suka beli, baca nanti dulu...dah berbelas novel yg dibeli tapi masih dalam pembalut lagi..tak buka2...baca ikut mood...

    ReplyDelete
  16. SANIAH:
    Wahhh ini lagi dahsyat. Tapi betullah, jika dah minat buku, hobi dn kegilaan lain terpaksa dikorbankan.



    MP:
    Kak Azie kalu dah beli novel baru, memang takkan simpan lama. Cepat-cepat nak baca tak sabar. Yang baca 2,3 kali pun ada kalu citer tu best...

    ReplyDelete
  17. dulu memang terror.. sejam ke dua jam settle satu buku.. memang hadap gile.. tapi sekarang paling cepat pun seminggu :( ruang untuk membaca semakin terhad.. :(

    ReplyDelete
  18. Rumah makchaq pun memang banyak buku, sebab ada 3 pembaca tegar.

    Tapi makchaq la ni dah slow sikit, sebab selalu membaca bila nak tidur, jadinya tak tidur2 sampai 3 4 pagi.. last2 tak bawak buku masuk bilik dah..

    ReplyDelete
  19. Saya pun mcm tu jugak Kak Azie. Memang peminat tegar buku. Saya masih igt lg,masa saya umur 6,7,8 tahun mak saya ajar saya baca buku cerita English kanak2 Enid Blyton. Mak saya belikan saya dan suruh saya baca kuat2 depan dia. Pastu klu ade ayat pronounce xbetol,mak saya akan betolkan. Klu ade perkataan xfhm,mak sya suruh sya cari maknanya dlm dictionary. Masa tu dictionary memang wajib ade. Dia buat mcm tu supaya sya faham bca B. Inggeris. Bila saya dh mahir baca,mak sya suruh sya baca sendiri. Kdg2 xabes bca pun,saya malas skit hehehe. Tp kesan ajaran mak saya tu,smpi sekarang sya tahu n faham baca bhn bacaan omputeh. Tp nk ckp English,problem sket. Tersekat2 la. Baca paham. Tulis pon boleh sikit2. Tang berckp tu la x fluent mane

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails