Tuesday, September 18, 2012

Majlis Raya Rumah Jalinan Kasih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-09-2012



Lagi cerita makan-makan di majlis Raya. Kali ini Majlis Raya Rumah Jalinan Kasih di Taman Megah, Cheras 15hb lalu.

Sebenarnya, rumah ini adalah rumah khas yang menempatkan lebih 20 orang anak-anak yatim (perempuan sahaja) yang sudah tertubuh hampir 2 tahun.

Dunia kesukarelawan ini bukan dunia asing bagi aku secara peribadi. Jadi untuk berada di dalam kelompok mereka adalah normal dan sangat seronok. Seperti mengulang kembali rutin 5 tahun sebagai sukarelawan. Dan aku berehat kira-kira setahun kerana menumpukan kepada projek lain dalam komuniti lain. Hidup kena fokus.

Pengetua dan seluruh tenaga pengajar dan penjaga Rumah Jalinan Kasih (RJK) ini adalah juga rakan-rakan seperjuangan aku yang dulu. Yang turut sama-sama sokong-menyokong sejak bertahun lamanya.

Layan gambar:

Bersama Pengetua RJK, Puan Ella Osman. Rakan seperjuangan.
Juga merupakan biras aku. Adik dia kahwin dengan adik aku. Dan kami jadi frens!





Antara tetamu yang hadir adalah anak-anak tahfiz dari Darul Hayan, warga emas Al-Fikrah dan Nur Hasanah, juga sahabat, rakan taulan dan para penyumbang.


Slot pemeriksaan kesihatan percuma. Ini adalah slot yang paling kerap diadakan sejak dulu. Dr. AZIE ni sejak masih belajar di UM lagi sering join sebagai sukarelawan sehingga dah jadi doktor, sering menyokong program anak-anak yatim ini.





Makanan disediakan secara potluck. Sokongan para penyumbang dan keluarga anak-anak tersebut sangat hebat!

Ada Nasi Lemak, Mee Sup, Mihun Sup (ada sup tulang satu periuk kawah), Lemang, Ketupat, Rendang 3,4 jenis, Kuih Muih, buah-buahan...



Aku suka persekitaran dan suasana dalam rumah RJK, sebab luas, bersih dan kemas tersusun. Ini penting untuk anak-anak yatim.

Lebih maklumat tentang RJK, klik FB Rumah Jalinan Kasih:

Ingin menyumbang? Sila maklumkan melalui sms@talian 012-3600276 (bercakap dengan Puan Ella Osman). Sebarang sumbangan atau wang ringgit – akaun MBB 562179510733.





~...kelmarin dulu semasa ada cerita di dahan bergoyang tentang SERI BULAN jalan berlenggang, HISYAM terasa hendak menendang seseorang mujur pula Pak Utih jadi penenang dan Mak Utih jadi lebih penyayang, tetapi SERI BULAN sendiri terasa hendak terbahak kemudian tido membungkang!...~



 








7 comments:

  1. Azie... Thumbsup..syabas!! Teruskan bakti!! :)

    ReplyDelete
  2. Seronok kan dapat menyumbang bakti sebegini...besar pahalanya dan yg paling penting dapat mengembirakan hati anak2 yatim.

    ReplyDelete
  3. Moga RJK terus berkhidmat buat yang memerlukan.

    besarnya jasa kalian yang menjadi sukarela...

    teruskan semua.. !!
    chaiyok

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah..moga di murahkan rezeki sis

    ReplyDelete
  5. terpancar wajah kegembiraan anak2 itu....

    ReplyDelete
  6. Seonokkan tengoknya...lagi seronok bila dpt menyumbang sebanyak mana yg mampu..insyaallah..allah akan murahkan rezeki kita..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails