Saturday, July 27, 2013

Ramadan 18: sebenarnya saya tak suka apa yang saya dengar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
27-07-2013


Dah 5 bulan saya kerja di tempat baru. Saya sentiasa sedar saya masih dalam proses pembelajaran dan penyesuaian diri. Malah saya sentiasa tahu, setiap orang akan melalui proses belajar setiap hari. Apatah lagi bidang kerja saya, sentiasa ada benda baru, almost every day. Jadi setiap orang bersaing untuk ‘menakluki’ setiap perkara baru dan juga project yang naik dari Lantai Bawah.

Saya berani kata, dalam beberapa perkara saya sudah bersaing sama dengan beberapa orang staf ‘senior’. Malah ada beberapa project saya sudah boleh menunjuk dan membuktikan saya berjaya agak cemerlang, dan ada ketika saya tidak berbeza sedikitpun dengan mereka yang lain (dalam ertikata hasil kerja).

Namun begitu masih ada segelintir yang melihat saya ‘orang baru’, melayan saya sebagai baru... bereaksi saya sebagai orang baru yang dilihat mentah. Well... saya terima. No harm.

Tetapi, saya tak berapa suka dengan beberapa hal yang saya dengar (dalam ertikata saya diceritakan terus ke telinga) walaupun saya langsung tidak pernah join mana-mana grup berlonggok-sembang-mesorat-tingkap ketika mana pun. Kecuali masa lunch (sebelum posa dulu — yang hanya 15 minit bagi saya, pastu saya blah). Apapun saya tetap terdedah dengan beberapa stori yang disampai terus ke telinga saya walaupun kebanyakan cerita tu saya tak berapa suka nak dengar.

Seolah-olah cerita-cerita tu bertujuan nak menunjuk kepada saya (sebagai orang baru, kan?) bahawa orang itu hebat... orang ini bagus... orang ini kaya... orang itu rumah besar... Nak bersaing dan berlawan harta ker?

Saya bukan tak heran, tapi saya tak kagum pun. Saya orang yang simple dan sederhana. Setakat orang bagitau saya rumah dia sebesar padang bola, saya tak takjub mana pun. Saya hanya tabik, respek rezeki orang itu mewah.

Cerita yang saya diperdengarkan tu bukan saja melibatkan orang lain dalam opis saja, tapi kadang-kadang sampai adik beradik toknenek orang tu pun boleh disebut sekali. Sampai saya pernah sebut, “Amboi... sampai seluruh keturunan punya story pun awak boleh tahu?” Hebat sungguh depa punya bijak korek rahsia peribadi orang.

Kemudian saya juga rasa kelakar bila terselit juga dialog sebegini, “Abang J (salah seorang staf lelaki di department bawah) tu popularrrrr....! Dia kawan dengan artis!” > of course la dengan memek muka yang serius untuk meyakinkan akan kehebatan Abang J tuh!

Hahahahaha...! saya sorok gelak di balik tudung. Awat, nak lawan ker? Kalu saya sebut saya pun berkawan dengan artis, dah jadi saya pun tak mo kalah. Hahahahaa... tak kuasa aku!

Jujur, saya tak pernah tanya pada kengkawan sekerja dengan soalan sebegini:
  • Suami awak kerja apa pangkat apa?
  • Anak awak belajar apa level apa?
  • Rumah awak berapa tingkat berapa ratus ribu?
  • Gaji awak berapa ribu saving apa dah berapa banyak?
atau soklan sebegini:
  • Berapa lama dah awak menjanda, kenapa bercerai or suami meninggal bila?
Semua soklan tu tak akan mungkin saya tanya. Saya tak kuasa nak ambil tahu. Itu bukan gaya saya. Tapi saya boleh tahu hampir SEMUA orang lain punya hal peribadi. Sebab ada saja 2,3 orang yang suka bercerita pada saya. Mulut... itu yang buat saya tak berani langsung nak buka hal peribadi saya pula. Kerana hal macam tu lah.

Bagi saya, lagi sikit orang tahu hal peribadi saya, itu lebih baik.

Dan saya berharap sangat, tidak akan ada sesapa di tempat kerja akan jadi stalker blog saya pula. Tolonglah...

Tayang-tayang:


Dah lama saya tak buat Cucur Udang. So semalam saya buat, bulat-bulat macam orang meniaga tuh. Tak berapa menjadi sebenarnya, tapi rasa tetap terbaik. Saya buat setakat 10 biji, jadi tak berbaloi pula saya nak buat Kuah Kacang. Cicah sos cili dalam botol sudahhh...!







 ~...semasa moreh di surau Kampung Separuh Desa, Pak Imam tetiba berbisik ke telinga capang HISYAM tentang majlis suai-kenal bersama anak daranya akan diadakan dalam masa terdekat lalu HISYAM dengan muka merah tidak tahu hendak menjawab lalu mata segera mencari SERI BULAN yang bijak berkata-kata agar dapat mencari ayat mengelak atau perkataan menepis...~




28 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Terima kasih tak tanyakan saya soklan2 tuh sbb daku agak tak berapa reti nak jawab dengan tepat ;)

    -----> sib baik depa x tau kitapun retis jugak hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sensitiviti seseorang itu berbeza beza. Ada orang sangat suka diambil tahu so dia boleh citer yang bagus bagus takmo kalah. Ada orang amat cuak bimbang orang tahu hal peribadi yang menjadi privacy... yg penting kita sendiri kena peka samada orang suka atau tidak.

      Delete
    2. Berkawan dengan Anyss bertahun lamanya, saya tak pernah tahu Anyss keja apa (dulu)... sehingga dibawa melawat ke sinun suatu hari tu. Hehehehe!

      Delete
    3. bertuah gak dapat kenal retis anyss

      Delete
  2. azie,
    semasa kerja saya pun rimas dgn soksek ofis yang tak berfaedah.Lebih suka kalau berbincang pasal kerja..yang lain tu sikit sikit sudah lah.Tu pun kena hati hati.
    alhamdullilah dah pencen dan boleh bersenang diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Makcik. Antara bercerita untuk berbangga dan bermegah-megah... dan mengelak cerita kerana rendah diri, saya tetap memilih untuk tidak buka mulut. Samada depa suka atau tidak, saya ada hak untuk tidak bercerita banyak.

      Delete
  3. Saya pun banyak mengelak org sebegini. Tapi ofis saya takde sangat orang suka citer hal org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jumlah staf yang ramai sangat, so ketara sekali fenomena bercerita hal orang lain nih... Kalu kelompok kecil, perkara ni kurang ketara sangat.

      Delete
  4. Alhamdulilllah sangat. Alhamdulillah. Bila saya bandingkan saya dengan akak, alhamdulillah itu yang keluar. Kenapa?

    Sebab di tempat kerja saya ni, cuma saya seorang aje bunga. Yang lain kumbang. Jadinya hal-hal soksek-soksek ni tiada dalam kamus office kami. Jiran-jiran sebelah ada yang perempuan, tapi memasing sibuk dengan kerja, dan tiada masa untuk hal ini.

    Lagi pun saya memang jenis tak suka cerita pasal orang lain. Kalau cerita itu cerita kejayaan yang boleh memotivasikan kita, yes, cerita macam tu yang bos saya approved. Malah dia la punca semua cerita itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kak Azie memang mengelak sangat kelompok sebegitu. Depa sentiasa ada saja bercerita tentang orang lain. Kadang tu, terdengar juga, hanya mampu geleng kepala saja...

      Delete
  5. Dalam bangunan saya ni ada satu stokis. Owner stokis ni kita gelarkan dia, Squidward. Satu hari bos saya on the way naik pejabat, terserempak Squidward sedang berborak dgn someone. So bos pun salam dan says hi to them. Squidward kenalkan bos dgn that someone, lebih kurang macam ni.

    Ini Mr. Crab. Dia drive kereta mewah itu.

    Bos toleh kat parking lot. Memang ada satu kereta mewah di situ. Tapi apa motif Squidward beritahu bos saya yang Mr. Crab drive kereta apa?

    Nak cucuk bos saya ke? X payah la. Bos saya tak tercucuk dek benda-benda tu. Dia jenis yang bersederhana, jenis yang down-to-earth punya lelaki. Cucuk orang lain je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaran Squidward tu sangat menarik. Hehehehe.
      Kadang2 perangai yang suka menunjuk ni dah macam perangai budak-budak pulak. Nak tergelak pun ada.

      Delete
  6. kalo org tu dok kabo kita cite pasal org len.. 100% sure ngan org len pon dia akan cite pasal kita #erk #betulkeayat #BMfailed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Setuju. Tak mustahil la depa akan mengata hal kita pulak.

      Delete
  7. hehehe...kat mana2 mesti ada golongan sebegini kan? susah nak elakkan diri... tapi tahniah buat akak yang dapat sisihkan diri dari depa yg suka bercerita terutama perihal peribadi orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Kak Azie tak berapa berkenan, tapi dah kawan kan? Layan juga sekali sekala. Kata orang, jangan nampak sangat kita tak suka. Cuma boleh sengih jer lah....

      Delete
  8. Mkn cucur udang lg best kan dr dengar citer yg mcm tu kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sedap lagi, kena rajin buat sos. Tapi Kak Azie tak rajin pun. Heh heh heh

      Delete
  9. Azie kalau dia org ambik tau hal u kata gini.Kita org tk suka kacau org, tpi kalau orang kacau kita orang, kita org makan org..he he.(petikan dari majallah GilaGila dolu dolu)..just take it easy Azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Kak Inda ni memang berbakat jadi pelawak...!

      Masih minat baca Gila-Gila ker? Masih ada tau majalah tu.

      Delete
  10. Replies
    1. Memang tak nak sangat nak layan, tapi ada keadaan memang susah nak elak.

      Delete
  11. Salam AA,

    selagi kita begitu asyik dan terkhayal-khayal mengagungkan kekayaan itu sebagai ukuran diri seseorang tersebut selagi itu lah dikebanyakkan manusia masih menilai kemewahan hidup ada lah sebuah kejayaan yang muktamad yang dipandang hebat sehingga tertakjub seolah diri mereka juga tergolong didalam kelompok yang mewah & hebat karena sekurang-kurangnya dapat menumpang "glamer" karena tahu dengan nyatanya hal peribadi aka latarbelakang "sipolan" itu sehingga lah sejarah toknenek pun tahu dengan lengkap dan padat alkisahnya ... panjangkata AA, kelompok yang suka bersaing dengan perbandingan lantas dinilai mengikut keupayaan minda dan pergaulan mereka ditahap "pusing-pusing disitu sahaja" yang sukanya membuang masa dengan cerita-cerita yang sama ada lah sejenis manusia yang hidupnya masih ditahap "terkapai-kapai yaitu enggan menerima hidup dengan seadanya" lansung enggan menerima hakikat yang sebenar bahawasanya rupa hidup mereka masih ditahap yang sama seperti yang ada diopis, dimana kepuasan hati trigin menjadi kaya & mewah belum lagi ter...capai.. !!! maka itu banyak pertanyaan yang bertaraf "pathetic" tersembur setiap kali bersidang secara terbuka dikalangan mereka yang kerjanya asyik mengukur orang namun diri sendiri ukurannya had mana?
    Ya ampun... selama ini Ratna sangkakan bahawa orang kita sudah maju kehadapan dengan ilmu pergaulan sesama kita dengan bersihnya yakni tanpa ada hasrat dihati masih terselit menyorok kerasaan berbangga sekadar untuk memuaskan diri sendiri meskipun itu semua tidak terbabit keatas dirinya... malang sekali rupa-rupanya mereka semua masih didalam kekeliruan hidup lagaknya, sebuah contoh yang lazim yaitu sehingga sekarang masih ramai yang tidak ngerti maksudnya perbezaan diatara "memakai tudung dengan menutup aurat" yang kini masih dipersendakan mengikut sedap diri dan citarasa memasing yang kononnya ngerti berfashion akan tetapi yang syariatnya dibelakangi, contoh kecil sebagai membayangkan sifat engkar yang dinafikan secara sedar maka terjadi lah mulut-mulut ternganga yang kerjanya asyik 'syok sendiri"...

    kehormatan tinggi Ratna terhadap AA karena menjauhi dosa-dosa mengumpat secara santai dari terperangkap sama dengan mereka yang melihat diri dicermin pada setiap pagi sebelum pergi kerja akan tetapi tidak pernah terperasan bahawasanya airmukanya kok keruh meskipun tercalit sedikit make-up sebagai penaik seri yang serinya menjadi kusam dicoreng oleh sebuah hati nan hitam... !!!

    Maaf dipinta AA, kok panjang ngomelan Ratna kali ini... dibulan Ramadhan nan mulia yang semestinya pergerakkan nurani semurni-murninya... seeloknya duduk diam-diam dengan sebutan lembut dihati dengan khalimah yang tiga yakni Allahu Akbar,Subhanallah, Alhamdulillah sebanyak yang mungkin, Amin.

    Salam mesra semanis madu.

    p/s: AA memberi ilham untuk menyediakan cucur-udang yang tampak yummy, TerimaKasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbarrrr... seronok sungguh saya membaca komen dan nasihat ikhlas dari Kak RATNA. Sangat-sangat saya berterimakasih dan menghargai.

      Saling tegur menegur dan berkongsi pendapat.

      Wpun panjang, tapi saya suka Kak RATNA.

      Delete
  12. saya pun tak berani tanya soalan2 peribadi macam tu dan berharap orang lain pun tak tanya soalan2 yg sama. saya takut tak boleh tutup mulut.bahaya ok. setuju..lebih sedikit yg orang lain tahu pasal kita..lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana kita tak suka disoal orang, diselidik orang, begitu juga kita jangan menyoal hal peribadi orang sehingga melepasi had.

      Delete
  13. Aina org selalu tanya itu ini pasal suami kadang2 susah nak jawab selalunya tak jawab hahaaaa... Sebab tu Aina jadi jenis lone ranger, gi mana2 sorg tak payah nak bergayut dengan kawan2 bagai kat opis ni.

    ReplyDelete
  14. Saya selalu mengelak bertembung dengan orang yang suka bertanyakan soalan cepu yang membuat saya cemas dan bikin hati panas.
    Bukan setakat tak kuasa nak layan,lebih dari itu kadang kala saya termasuk kategori baran. ( Elak mengundang masaalah ).

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails