Wednesday, July 3, 2013

Walimatulurus Atikah yang meriah, mujur takda tangan yang patah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-07-2013


Selepas kerja Jumaat lalu, saya terus ke rumah kenalan saya dari AP.com (AnakPerlis.com) yang akan berkenduri besar, walimatulurus anak sulungnya, di Gombak Jaya.

Bagi yang sudah biasa dengan entri-entri saya berkaitan AP.com pasti ingat memang rumah inilah selaunya menjadi tempat gathering AP.com, dan selalu sangat dah saya dok tayang gambar-gambar gathering dan makan-makan di lokasi ini. Kali ini, gathering bukan sebarang gathering. Ini kenduri kahwinkan anak, di mana sekor lembu tumbang, berpuluh ayam digolek, beratus-ratus kilo ikan patin digulai-tempoyakkan, juga menu utama yang dinanti, berkilo-kilo Rebung Madu didatangkan khas dari Perlis bersama pasukan tukang masak dari sana yang handal.


Walaupun saya kuar ofis jam 8:00 malam,  sedikit keletihan kerana sepanjang minggu tu memang kerja sehingga 8:00 malam, tapi peluang berimpun bersama sekian ramai geng dari warga AP.com pada malam merewang itu tidak harus dilepaskan. Itupun kira saya dah lambat benor sampainya. Saya sampai, orang dah mula makan pun.


Nasi Kambing Kabshah namanya, hasil tangan Pak Didik dari AP.com juga. Kerana letih, saya makan sedikit benor.


Jika di kampung saya dulu, malam merewang merupakan malam berjaga. Orang kampung yang datang merewang dijamu nasi dan Sup Tulang. Suasana begini memang sangat best, sebab ramai yang akan berebutkan part-part yang best dari lembu. Paling menyerlah, Sup Gear Box!

Pic ini cilok dari blog Junaina yang juga menulis entri details tentang majlis malam merewang.

Hari langsung: Sabtu 29 Jun.


Khemah dengan tema pink putih, sepanjang jalan depan rumah. Juga hingga ke depan porch, menjalar hingga ke laman dalam rumah. Kenduri besar, dan jemputan juga ramai.

Kerana saya lebih bertumpu kerja di dapur, lalu banyaklah gambar masak-memasak saja.



Saya rasa saya tak perlu ulas panjang tentang Gulai Rebung Madu yang menjadi identiti menu tradisional orang Perlis. Yang pasti, tanpa nasi pun, saya boleh ratah semangkuk sorang! Tapi saya tak sempat makan pun.


Satu lagi yang disediakan oleh team tukang masak dari Perlis, ialah Kerabu Taugeh ni. Ada mangga muda, taugeh, daun selom, udang hidup dan udang kering serta kerisik. Cumaaa... saya terlupa dan tak sempat rasa walau seurat pun taugehnya!


Ayam golek didatangkan khas, tak pasti dari mana. Tapi melihat berpuluh-puluh ayam diperap dan digolek sebegini, ohhh... terbaek lah! Tapi.. pun tak sempat rasa juga.


Ayam Panggang Raja, menu khas yang disediakan oleh Mak Pengantin, untuk pasangan pengantin di meja utama.




Cup cakes & Gula-gula di Coffee Corner, yang dihidang bersama Jeruk Buah Pak Ali, Kopi Panas, Kuih-muih yang sangat banyak saya nampak dan Cendol...! Tapi bila saya pergi, meja Cendol ni dah wrap laaarrrr.. Semua dah habis. Laku betul.


Saya snap gambar gubahan hantaran, tapi saya paling suka dengan yang ini. Tepak sirih, sentiasa menjadi lambang budaya Melayu. Nampak cantik digubah menggunakan buah pinang masak, menjadi kelopak bunga. Kreatif. Si pembuatnya memang bijak menggunakan bahan (termasuk kulit kayu manis). Sapa nak tempah, boleh tanya kat saya.



Keluarga pengantin, selepas akad nikah di sebelah pagi.


Jika di kampung, para penanggah (orang Perlih/utara panggey Geng Kedehoq) akan diberi bunga tanda, yang dipakai di dada. Juga diberi sehelai tuala “Good Morning” atau sapu tangan khas, or bunga duit (gubahan khas dari duit kertas biasanya RM1). Sebagai tanda depa ni pasukan yang bekerja sepanjang kenduri berlangsung. Di kampung saya, kami panggil “Mentara”.

Now, di KL, petugas diberi badge Crew. Wahhh...! Saya pun dapat la satu. Untuk acara menyibuk. Tapi pakai badge tu jugalah, menjadikan saya asyik minum saja sepanjang hari sampai tak leh nak makan. Lalu hampir semua menu kenduri saya langsung tak merasa pun.

Kenapa?


Inilah tugas saya yang bermula seawal jam 12:00 tengahari sehingga habis bertin-tin jagung, kacang merah, susu, air sirap gula merah dan gula melaka, juga kacang tanah serta kacang tumbuk berkilo... serta cincau yang ditaja oleh blogger Junaina...

sehingga lengoh tangan meng‘engko’. Tapi hati puas. Seperti yang saya sebut hari tu, penglibatan saya adalah kerana saya diterima sebagai sebahagian dari depa (walaupun hanya boleh di lokasi ini sahaja).

Akhir sekali terimakasih kepada semua yang terlibat.





 ~...menanti panggilan manja yang hanya mereka berdua sahaja yang mereka-reka dan menyimpan kata, tetapi masing-masing bagaikan terlupa sehinggalah mempelai melintas diiring kompang dan usikan juruacara barulah SERI BULAN terfikir hendak mencari mata HISYAM untuk bertentang seketika tanpa perlu berkata atau bicara bahasa...~




21 comments:

  1. rebung madu cmne rasanya kak....x pnah rasa plak ni....
    ABC satuuuuuu.....!...hehehe....

    ReplyDelete
  2. wah dah boleh bukak kedai ni kak...
    abc satu...jagung lebih...
    hehehehehe

    ReplyDelete
  3. Entri panjang!

    Hey lengkong tu Aina tolong parut ja taw...hahahaaa...

    ReplyDelete
  4. kerabu taugeh tu melelehkan air liur

    ReplyDelete
  5. ayam golek & cendol wahh sedapnya...

    ReplyDelete
  6. sya teringin sangat nak makan rebung madu dari perlis tu dah berapa hari terbayang depan mata
    hahahaha...teruk tui kali ni jenuhlah

    ReplyDelete
  7. Wah, Azieazah you buat ais kacang ke? Meriah sungguh majlis tu. Makanan semua best-best tapi kesian you makan sikit jer.

    ReplyDelete
  8. Asaalamm, politik sikiy, patutlaa org warga Pelis bersikap kengerian sikit, sebuah Dewanntu beberapa kali Pas kalah, semangat negeri tinggi, mana mana ada persatuan,,,persatuan boleh memantau perantau supaya sokong pihak tertentu..heee..

    Saya nak ngaku GANU KITE mende mende dok mung..sekian tajaan penaja politikWa

    ReplyDelete
  9. Peh! Mmg sibuk. Memang meriah! Mcm2 makanan ada. Best betul!

    ReplyDelete
  10. besar besaran juga...
    wow, menunya sedap-sedap belaka..
    nak cendol satu...

    ReplyDelete
  11. meriah!rebung madu tu macamana?yang sy tau rebung masam je..

    ReplyDelete
  12. kerabu taugeh tu dulu masa kecik2 ja orang kenduri buat..la ni susah dah nak jumpa..

    ReplyDelete
  13. Meriahnya! Rasa mcm nak makan nasi kambing kabsyah tu.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya kakak tengok. Kira Azie tukang jual air speciallah ye.
    Ruginya tak menjamah kerabu yg nampak superb tu:)

    ReplyDelete
  15. jarang nampak org mesin ais kacang kat kenduri.., selalunya cendol ja..

    ReplyDelete
  16. mesti sedap hasil tangan akak kann.. beshnya

    ReplyDelete
  17. Terasa meriahnya kenduri tu. Kalau dekat kompom sy pergi nk makan ais jagung kak azie. hehe

    ReplyDelete
  18. Kak Azie,


    Macam ayam golek masywi je..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails