Monday, September 30, 2013

Terapi ion...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-09-2013


Setelah 4,5 hari merasa dedar dengan suhu badan naik turun, demam yang on-off, akhirnya tewas juga. Lalu bila tersadai tak boleh bangun, terpaksa juga jumpa doktor panel dan surat MC sangat diperlukan.

Samada kerana cuaca yang semakin berjerubu sekarang, atau berjangkit dari orang-orang sekeliling, saya dah malas nak fikir. Yang penting, ubat kena makan. Makan pulak kena pantang.

Sebenarnya (tak ingat samada saya dah pernah sebut ke belum), saya juga mengalami sakit saraf di tangan sebelah kiri sudah masuk 2 bulan. Kerana saya seorang kidal, saya banyak gunakan tangan kiri untuk hampir semua kerja termasuk yang berat. Lalu, bila tiba-tiba saya terasa lenguh di seluruh tangan kiri saya sehingga nak perah kain pun tak boleh, angkat teko air pun rasa nak terlepas, saya tahu saya ada masalah saraf.

Minyak angin, ubat sapu dari doktor dan juga urutan tidak banyak mengubah keadaan. Tapi saya memang bertahan, asal saya tidak lagi gunakan tangan kiri untuk sebarang kerja berat, tidak banyak terdedah kepada aircond, saya biar saja. And again, saya malas nak fikir.

And then, sudah sebulan pula angkle saya pula menjadi masalah. Saya tak boleh berjalan laju, tidak boleh lagi pakai heels, tak boleh bersila dan bila solat, terpaksa menahan sakit. Kerana waktu kerja yang sentiasa padat (read: dok balik malam hari-hari) saya tak buat apa pun untuk pulihkan keadaan.

Then saya selalu nampak orang buat terapi ion di sebuah kedai yang saya hari-hari lintas tiap kali balik kija. Then tiba-tiba sejak minggu lepas, rawatan terapi ion tu buka cawangan di depan rumah saya (tidak jauh dari surau). MyToklaki dah buat banyak kali (rendam kaki) dan sehingga semalam dia dah buat sebanyak 8 kali.



Saya mencuba baru 2 kali (sehingga semalam) dan harus meneruskan untuk 3 hari berturut then boleh berselang hari. Rawatan ni sebenarnya dah lama wujud. Membuang toksin (racun dalam badan), melalui kaki di mana aliran elektrik vontan rendah, menggunakan mesin khas. Sekali rawatan hanya disarankan selama setengah jam sahaja setiap kali. (RM10 = setengah jam).

Pic: beberapa unsur racun berbeza warna menjelaskan dari mana racun itu bermula. Contoh, kolesterol, angin, racun dari hempedu, toksin dari paru-paru, perjalanan darah tidak lancar, sendi, kurang kalsium dan beberapa kelemahan lain.

Kesan jangka pendek yang saya rasa, angkle saya semakin baik. Jalan tidak senget lagi, malah saya dah boleh kilas angkle saya. Cuma lenguh di bahu dan tangan kiri saya masih belum berubah.

Hanya suatu ikhtiar.





 ~...hilang tenaga hilang suara, tetapi wajah HISYAM di  mana-mana, di mata di hati dan di jiwa...~




25 comments:

  1. kita sama sama kidal ngee.. cpt sembuh ek kak

    ReplyDelete
  2. saya pun dah lama baca ttg rawatan mcm ni...sayangnya takde lagi cawanagn berhampiran rumah..harganya pun tak mahal,kan..

    ReplyDelete
  3. Mak Aina pernah try mungkin tak sesuai dengan dia kot, dia rasa pijar kaki berminggu-minggu. Aina pernah alami lenguh bahu atau lebih kepada sakit urat belikat mejalar shingga ke tangan dan hujung2 jari. Urut, tuam beg panas dan akhir sekali yang Aina try tuam dengan ais tp sakit tu akan berulang2, sakit 2-3 bulan baik 2-3 bulan kemudian berulang lagi. Penyebabnya pada Aina bila menaip banyak guna kiri, angkat benda berat pun kiri, tidur sedap mengiring kiri pas tu sei kecik tu sedap je landing kepala atas lengan mak sampai pagi. Sekarang cuba elak semua itu untuk kekalkan supaya tak sakit.

    ReplyDelete
  4. tak selesa kan kak....moga cepat sembuh:-)

    ReplyDelete
  5. Kita berikhtiar, muga sesuai rawatan tu dengan Azie.
    Kak rose pun ada sakit saraf ni...mula ari tu carpal tunnel syndrome, kebas2 kat jari dah buat operation n ok dah tp sekarang ni frozen shoulder pulak.....buat physio kat sdmc n sambung kat rumah pulak...kena banyak buat exercises, stretching. Sekarang much better dah....

    ReplyDelete
  6. pernah nampak rawatan ni, tapi blm try lagi.
    nampaknya berkesan utk akak ya..
    semoga cpt sihat ya.

    ReplyDelete
  7. saya pernah sakit urat di pergelangan tangan dan doktor bagi ubat sahaja....saya suka tetapi ion nie tapi belum pernah try lagi.....

    ReplyDelete
  8. maaf cakap..

    terapi yang mengarut ni..

    ReplyDelete
  9. salam sis..
    bebaru nie ada pernah keluar isu terapi ion nie.. sebenarnya terapi nie tak benar. penipuan jer. saya rasa baik sis minta pendapat pakar, takut lain pulak jadinya bila guna terapi nie
    sekadar pendapat sy shj

    ReplyDelete
  10. lega bila segala toksik dalam badan keluar...tak cuba tak tahu juga

    ReplyDelete
  11. Salam, saya Dan isteri mendoakan Azie segera pulih , amiin

    ReplyDelete
  12. risau jugak kan kak bila keadaan sedemikian trjadi...moga akak akn jumpa penawarnya..insyaallah...
    Saya pn kidal jugak....

    ReplyDelete
  13. 1st time dgr pasal terapi ion ni.. hehe..
    semoga awk cepat sembuh dr kesakitan..
    insha allah :)

    ReplyDelete
  14. pernah terbaca pasal benda nih.. cuma tak tergerak nak cuba... hehe

    semoga akak kembali sembuh yer

    ReplyDelete
  15. hmm..setuju dgn dr singa.. maaf..

    ReplyDelete
  16. Moga cepat sembuh ya azie...makcik pun sakit bahu/lengan.....dah 3 thn....frozen shoulder kata doktor....sbb mkn ubat kolesterol katanya.....buat physio, urut, mkn muscle relaxant...kadang ok sikit tapi tetap sakit...hmmmm biaq ja....

    ReplyDelete
  17. saya rasa saya pernah jadi gitu la masa ngandung tahun lepas..sampai tak tidur malam..

    ReplyDelete
  18. "Saya tak boleh berjalan laju' oooo dah tak boleh jalan unter tuhhh

    ReplyDelete
  19. assalam...anak saudara saya ada buka perniagaan mcm nie di Bandar Baru UDA JB...sama la harga dia RM10...

    alhamdulillah dah boleh KILAS kaki...haaa weekend nie boleh la join kitorang main takraw....heee

    ReplyDelete
  20. sekiranya ada perubahan , maka ianya berkesan . berusaha itu pasti ada hikmahnya ... semoga cepat sembuh ... aaamin

    ReplyDelete
  21. Moga nanti akan sembuh.
    Mama ni skrg sakit tumit kdg2 bisa tapi jln juga.

    ReplyDelete
  22. kak, air ia kenapa macam tu? ada diletak something ke?

    ReplyDelete
  23. Masalah kaki dan betis boleh settle bila bersila selama 3jam...@sambil dengar tazkirah..atuk say pesan

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails