Friday, October 12, 2012

“Mak, perkhidmatan seks tu apa?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JemAAt
12-10-2012



Kita selalu tengok kat berita.

Banyak tangkapan dibuat. Pusat hiburan ada servis tu. Pusat karaoke pun. Saloon@spa pun ada. Pusat urut badan jelas-jelas boleh ada punya. Serbuan demi serbuan. Berselang hari ada saja yang kena atas kes yang satu ini.

Tak cukup berita, di program 999 pun banyak dipaparkan.

Maju sungguh negara kita.

Lalu pada suatu hari, seorang budak perempuan, age 10 tahun tiba-tiba bertanya, “Mak, perkhidmatan seks tu apa?”

Gulp..!

Berapa tahun agaknya dia kena tunggu untuk faham tentang perkhidmatan itu?




~...bila Pak Utih bercerita kisah lama sehingga membangkit senyum simpul kepada Mak Utih, HISYAM mula menjeling SERI BULAN dengan maksud terkumpul, malangnya gelak SERI BULAN membuatkan hasrat jahat itu mungkin tidak akan terkabul...~

 




Ada gossip, meh nak bisik...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
11-10-2012




And Never Forget....
Who Backbites With You Today....
Will Backbite about You Tomorrow....
STOP BACKBITING!!!

Bergossip, bercerita, buat rumors, khabar angin, tokok nasi (lemak) tambah, lebih sudu, dan seumpamanya.. whatever! Sapa boleh mengelak? 

Dulu sering dikaitkan dengan bangsa kita sahaja. Mesyuarat tingkap, or berlonggok atas pangkin bawah pokok depan laman atau sekadar di tepi pagar sementara tunggu anak balik sekolah, or depan pintu sementara tunggu laki balik kerja. Dulu... 

Sekarang. Kat mana-mana bleh gossip. Dalam ofis staf gossip bila bos lelaki lalu, pakai lain macam or tiba-tiba ada perempuan lawa ikut belakang jalan terkedek-kedek goyang lebih, angkat hidung. Atau kawan sekerja hari ini muka muram, ada yang bengkak mata asyik menung-menung... or waktu sedang makan di foodcourt terpandang orang ofis sebelah sedang makan dengan lelaki kacak yang kita kenal bukan laki dia... ahaaa.. gossip best nihh.. or dalam pelbagai saluran chat yang canggih lagi hebat di zaman teknologi ini. 

Pilih saja nak borak lagu mana. Nak sebar bagaimana. Nak kabor citer gaya cemana... Kesannya? Kena batang hidung sendiri, baru tahu agaknya. 

Percaya tak? Bangsa lain pun pandai bergossip pasal bangsa kita especially kalu kita tersilap sekali, lupa habis kepandaian dan kelebihan kita sepanjang tahun.

Huh! Secara umumnya, gossip sangat merimaskan, meloyakan, tapi boleh menjadi sesuatu yang “addicted”. Hmmm.. kalu dapat tanya isi hati orang yang kerja wartawan gossip, kan best?

Aku jarang ada peluang gossip di tempat kerja, sebab di department aku, aku cuma seorang. Kerja Lone Ranger, sampai aircond bilik rasa macam melekat kat badan!


...sebab itu, bila bancuh air terlajak sampai nak melimpah pun, takda orang yang nak kutuk kata aku tamak! hahaha!

*Nescafe + Oat Segera + Krimer. Memang habit, suka tuang atas air, tunggu dia mencair sendiri dan tenggelam sikit-sikit. Syok!



~...HISYAM pernah merasa kecundang, pernah merasa sedih dan kecewa tetapi bila bercerita tentang perahu yang bocor seksa ditampal, tentang rakit pernah senget sebelah, tentang pendayung patah dek reput hujan panas, SERI BULAN yang lebih dulu menitiskan airmata...~



 




Thursday, October 11, 2012

Kenapa mesti berbalah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
11-10-2012



Ya, kenapa mesti berbalah?

Berbalah untuk menang, atau memang EGO menyuruh? 

Bagi aku hanya 5% sahaja kemenangan dari perbalahan yang membawa kebaikan, selebihnya, sangat merumitkan, sangat melemaskan, dan akhirnya menjahanamkan...

Paling malu, bila lelaki mengajak wanita berbalah, lagi lagi atas isu yang sangat remeh, yang sangat ketara memalukan. Emosi setiap manusia, memang sukar dijangka. Hari ini kita melihat orang berbalah, kita menjauh dan cuba beralah. Suatu hari nanti, mungkin kita pula terlibat dalam perbalahan. Malu... 

Aku pun suka juga berbalah, tetapi tanpa niat memalukan teman balah, atau menuding mencari salah. Sekadar berbalah, meningkatkan pemahaman tentang isu yang masih kabur.

Siapa menang bukan soal. Sebab kalu menang pun, ada ke orang nak belanjer makan? atau nak kasi naik pangkat? hehehehehe...! 

Berbaju kurung untuk melepak merasa gebu pasir pantai, bukan salah pun, kan?

apalagi untuk menulis nama sebesar ini...
*Desaru 2010





~...mungkin tersalah musim ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya Pak Utih tiba-tiba berdehem sehingga terkejut bagai dipanah tahi burung di atas kepala!...~



 




Takkan 24 jam berkepit dengan suami jer...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
10-10-2012


Hari itu, bukan kali pertama pun, aku hadir dalam beberapa majlis. Jumpa beberapa orang yang aku kenal lama, baru kenal dan langsung tak kenal.

Seorang kenalan lama yang aku hormat tinggi. Tiba di suatu majlis yang aku hadir lebih dulu. Lepas sapa tanya khabar — termasuk salam laga pipi — dia: “I tak plan pun nak datang, sebab nanti kalu I datang sorang, orang tanya-tanya mana hubby I.” (tapi dia datang juga).

Menyedari aku datang tanpa orang sebelah — macam dia juga — dia pura-pura tanya kawan lain di sebelah aku, “mana husband U?” Orang tu cuma sengih. Mujur. Perli yang tak berkesan.

Pastu dia sebut husband dia tak leh ikut sebab ada majlis lain, yang telinga aku kalu ada mulut akan jawab ‘tak tanya pun.’

Motif?

Bukan 2 x 5 = 10?

Ada beberapa orang kawan aku pun begitu juga. Jarang hadir pertemuan dengan kengkawan bersama husband, sebab saling respect ‘ruang bergerak’ antara mereka masing-masing.

Soalnya, pentingkah untuk orang ambil tahu? 

That’s for me to know not for you to find out!






~...HISYAM sentiasa memahami ada ketikanya SERI BULAN mengerdip mata tetapi segera difahami “leave me alone”...~



 




Wednesday, October 10, 2012

“Saya redha, ADAM SYUKRI adalah anugerah saya”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
04-10-2012


MHI TV3 pagi tadi paparkan kisah bayi Ahmad Adam Syukri, dari Sarikei Sarawak.

Copy paste dari blog yang copy dari FB Adam (aku edit sedikit ayat-ayat ringkas yang asal):
AHMAD ADAM SYUKRI
Lahir: 4/3/12 TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.
Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal  amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.

Yang sayu, bila mendengar sendiri si ibu Noraisah begitu sabar dan tabah. Tidur cuma sejam sehari kerana menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.

Sebak bila dia:
“Jika saya pergi dulu, saya harap suami saya akan terus jaga Adam sepertimana saya menjaga Adam sekarang.”
“Jika ini yang dianugerahkan Tuhan kepada saya, saya terima Adam. Saya doa semoga Adam akan sihat, kan Adam?” sambil bercakap sambil melihat Adam. Dicium Adam.
“Saya ingin nak lihat Adam sihat dan membesar dan memanggil saya, ‘Mama’”.
“Adam tidak pernah membebankan saya, kan Adam?” kembali melihat wajah Adam.
“Adam anak yang baikk...”
*Lagu latar adalah lagu nyanyian Aishah, Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu. Sebak weyyyy! Pepagi mood sedih...!

Ingin menyumbang:

Noraisah Mohamad Malena (ibu Adam)
Maybank 161136331818
CIMB 02040007292201

Dan sama-samalah kita berdoa, seperti kata ibunya “saya akan jaga Adam selama mana Allah pinjamkan dia kepada saya. Saya bangga kerana dapat peluang menjaga seorang ahli syurga.”

Noraisah terpilih untuk melalui ujian ini. Dan aku boleh nampak betapa dia redha dan sabar sekali.

Aamiiinnn... semoga yang terbaik untuk bayi kecil ini.



 




Tuesday, October 9, 2012

Blog baru: tunggu masa sesuai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-10-2012


Malam ini sangat lah slow.

Jadi aku malas nak menaip.

Mujur bleh tayang ini:


...tunggu masa sesuai... ntah apa ntah.

Jika ada yang heran di mana aku posting, itu adalah grup FB blogger Kite-Kite Aje. Untuk masuk menyertai, tiada syarat (kecuali ada blog laa). Sila cari Kite-Kite Aje, dan request untuk join. Nanti admin akan luluskan.





~...SERI BULAN mengadu dalam resah tentang WAHAB sedikit keliru lalu tidak malu untuk meniru dan mengeluh dalam gundah tentang beberapa suratnya di bawah tempurung seperti sudah dibuka orang tetapi HISYAM pula gelisah kerana setiap kali memegang pen untuk menulis dia hilang kata lenyap cerita...~


 




PMR~SRP: “Cikgu, U sangat sporting larrr...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-10-2012


Selamat menempuh PMR buat anak-anak para teman blogger. Semoga tenang menjawab soalan dan beroleh kejayaan cemerlang.

Zaman aku dulu SRP. Tak ingat dah, lama sangat. 28 tahun dulu rasanya...

Yang dok ingat, lepas habis exam, guru kelas aku – kelas aku dikira kelas paling meriah — cikgu lelaki, masih bujang (dan sedikit miang) buka cinema dalam kelas aku. Aku dan sorang kawan jadi tukang kutip duit masuk. 20 sen! Filem yang ditayang (video bukan CD) adalah filem hindustan QURBANI (lakunan Zeenat Aman dan Feroz Khan). Filem tu tengah meletup time tuh. Filem itu yang diulang-ulang beberapa hari.

Ramai budak masuk kelas aku nak tengok video tu. Part tuh aku ingat sangat. hehehe!

Ntah di mana Cikgu Muhamad Salleh tu sekarang. Dengan siapa agaknya dia kahwin. Sebab sampai aku selesai SPM pun, dia masih membujang (sedikit terlajak).

Cikgu... U sangat sporting larrr...!



~...walau hanya sekadar disebut sementara, mengajar di bawah bumbung rembia dan dinding separuh batu yang sama dengan HISYAM, SERI BULAN tidak pernah merasa dia sangat cerdik untuk mendidik anak orang lain menjadi lebih bijak tetapi HISYAM sentiasa berkeyakinan tinggi bahawa insan yang berguna harus datang dari ajaran orang yang berfikiran aras tinggi juga...~



 




Monday, October 8, 2012

MD Putu Bambu World...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-10-2012


Tak ingat minggu bila ntah. Masa tu melepak menghabiskan cuti hujung minggu di rumah MyBONDA di Jinjang.

Kami selalu kuar beli barang dapor di NSK, Selayang.

Jumpa orang berjual Putu Bambu World di laluan masuk NSK.


Cantik bambunya. (kalu setengah orang, sebut ‘bambu’ tu untuk menyeranah orang).




Sebungkus dah habis makan depan orang tu. So beli extra banyak-banyak untuk ulang makan kat rumah dengan MyBONDA. Sedap wehh sebab makan masa masih berasap!

Yang menjual tu budak-budak muda, Melayu semua. Lupa pulak website yang disebut depa.

Pasaraya NSK Selayang tu, sangat besar dan luas. Lebihkurang macam Tesco, siap ada kad ahli. Cuma aku rasa ikan basah dia tak berapa fresh lah. Nak pilih pun tak selera, dah ler parking pun susah.




~...SERI BULAN sungguh merasa terpaksa bilamana harus berdepan dengan sesuatu yang dipanggil “bizarre”, tanpa HISYAM segalanya terasa begitu pelik, tanpa HISYAM segalanya terasa aneh kerana walau dikelilingi pokok merimbun pun tidak upaya melindungi nada rindu dan wangi kasih antara mereka...~



 




LUNA: “statusku diragui...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-10-2012


Monday blues!

Sms dari LUNA malam tadi: “ke mana aku pergi ada orang meragui status aku.”

Huh? termangu sekejap tak faham. Then...

“Jangan dok fikir sangat pasal keraguan orang, asal saja kau yakin diri tidak bersalah, tidak serong seperti yang dipandang orang.”

LUNA: “sikit sebanyak aku terasa.”

Just be yourself. Jangan fake lah! Kita bukan selebriti.

*aku pernah baca: orang yang berganding ke hulu ke hilir, berkepit depan khalayak itu TIDAK semuanya bahagia, adakalanya sekadar hendak menutup kepincangan di belakang tabir.





~...SERI BULAN tidak pernah seyakin ini dalam membuat keputusan untuk menjadi teman pengiring paling setia sepanjang menjadi penghuni Teratak Nyatuh walau berlainan bumbung dengan HISYAM...~





 




Sunday, October 7, 2012

Menyambut cucu orang....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
07-10-2012


Pagi ini, ada majlis konvokesyen UIA, anak kawan aku menerima skrol ijazahnya pagi ini. Tahniah!

Semalam petang, hadir di majlis Doa Selamat dan Cukur Jambul cucu sulong kepada kawan famili aku, juga sahahat sejak bertahun lamanya.

Di majlis sebegini juga, kami para sahabat biasanya memgambil peuang untuk berkumpul dan reunion. Walaupun tidak ramai yang dapat hadir, tetapi yang sedia meluangkan masa, sangatlah menggembirakan. Duduk borak-borak berjam-jam dan beramah-mesra yang jarang dapat kami temui. Terimakasih semua terutama tuan rumah: Kak Ros dan Abahir.



Kebetulan Berendoi pun kaler PURPLE...





Macam biasa, makan-makan, borak-borak, gelak-gelak, posing-posing. Maklum bukan senang nak jumpa peluang sebegini. 

Sedar tak sedar, sebenarnya kami sudah berkenal dan bersahabat sudah lebih 9 tahun, sejak FACEBOOK belum wujud lagi, tapi kami ada medium jaringan kami sendiri... oh lama sungguh!






~...sudah berkali HISYAM berpesan jika ditanya kenapa masih bersendirian usah dijawab kerana soalan pertama akan menjurus soalan perangkap kali ke dua puluh lima dan SERI BULAN kelak yang akan ketawa sendirian sebab malu hendak menjawab takut ada yang terkena batang hidung, risau ada yang terkena panahan makan dalam...~


 




Saturday, October 6, 2012

Amoi: “Asam boi dua hengget...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
06-10-2012



Dok buat apa ntah sepetang, sampai letih.

Balik dari kenduri petang tadi rasa macam nak lena sangat, tapi hmmm... idak.

Yang pasti cuaca panas sudah berhari. Dan sehari ini sampai 2 kali aku dok ulang buat Ayaq Paberet aku nih. Air yang boleh menghilangkan dahaga. Cewahhh!

Stok sentiasa ada dalam petisejuk. Limau Kasturi – yang cuma RM2 per kilo di Pasar Pudu, dan sebungkus Asam Boi di kedai Amoi (pun di Pasar Pudu) juga rega RM2 – so yang susah sket, hanya nak ketuk ais batu saja.

Budak-budak tak berapa minat, so buat untuk diri sendiri. Sehari ulang 3,4 kali pun sanggup.



Tayang balik, ni la Ayaq Paberet aku. Ni masa gathering blogger. Rasanya 2 kali gathering dah dok ulang buat ayaq ni. Nasiblah kengkawan, asyik kena jamu ayaq ni saja. Hahahaha...!

Ais Limau Kasturi + Asam Boi.

Minum dengan straw atau hirup sesudu demi sesudu. Slurrrppp....!




~...terasa seperti sudah lama SERI BULAN tidak duduk mendengar HISYAM bercerita tentang masa lalu dia yang sedikit perit, tentang masa sekarang yang disulami kisah gadis gedik, dan tentang masa hadapan yang diangannya bukan di samping SERI BULAN tetapi mereka seharusnya tidak berpisah demi kebaikan bersama...~


 




Sampai sekarang aku tetap kata ND Lala tu masih kacak!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
06-10-2012


Sejak dia balik selepas memenangi pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, Chin, dia diundang ke banyak stesen radio juga program tv.


Hari itu aku dengar dia di Sinar.fm, kemudian dia juga berada di studio Hot.fm. Kemudian semalam tonton dia di program 9 Soalan di TV9.

Apa yang menarik perhatian aku, ialah cara dia menjawab, cara dia menceritakan tentang kemenangan itu. Dia kelihatan semakin matang dan penuh yakin. Ketenangan dia menjawab soalan-soalan berisiko pun jelas menunjukkan keyakinan diri dia yang sangat tinggi. Terutama soal wang kemenangan RM5 juta yang sebenarnya dalam bentuk dana, bukan tunai yang akan dilaburkan untuk mengembangkan kariernya di Shanghai kelak.

Melihat sendiri detik pengumuman juara pertandingan tersebut, melihat gelagat artis legend China, penyanyi tersohor mereka Alan Tam memang sungguh mencuit hati. Detik itu pasti menjadi memori manis buat Shila, tentunya. Ternyata bakatnya diiktiraf, walaupun dia seorang gadis penyanyi dari negara Islam dan imej berhijab pula.

Kesimpulan, selain dari penghargaan yang Shila sebut terhadap peminat, rakan media dll, aku yakin penghargaan dan pujian tertinggi adalah kesyukuran dan juga kepada ibuayahnya yang menjaga, membimbing dan mengawasi dia sentiasa. Kita sentiasa yakin bahawa anak-anak yang mendapat restu dan bimbingan ibubapa selalunya akan beroleh kejayaan.

Di zaman aku dulu, ND LALA (Amir Hamzah) adalah seorang pelakon drama yang terkenal sebelum menjadi pelakun filem. Sapa masih ingat drama lakunan dia yang menjadi bualan bertajuk Penghujung Rindu bersama Liza Abdullah (sekitar 80-an). Ada 2 siri drama itu, drama RTM, hitam putih masa tuh. Aku suka drama tuh...

Masa dulu ND Lala ramai peminat kerana dia tergolong artis lelaki yang hmmm... good looking. Sampai skang pun aku tetap kata, ND Lala memang masih kacak!

Tahniah Shila. Malaysia bangga dengan you!





 




Friday, October 5, 2012

Kes aniaya: kenapa kita tidak marah? sebab TUHAN bayar cash...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumaAAt
05-10-2012



Aku rasa aku akan menulis sedikit panjang di entri ini. JANGAN baca kalu tak larat. Tiada langsung niat untuk meraih simpati. Langsung tidak.

Tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, sekeliling kami, sekeliling mereka dan sekeliling aku. Sejak tahun-tahun dulu. Tidak berakhir dengan baik tetapi berlarutan dan tanpa aku duga sekali pun, ianya menjadi berkait-kait sesama sendiri.

Kita kadang tidak sedar (pesanan buat diri sendiri juga nihh..) apa yang kita sebut, apa yang kita ungkap dan apa yang kita buat. Banyak keadaan kita tidak sedar, kan? Bak kata kawan jahat aku: ‘bila taik gigi rasa coklat, orang perhatikan apa kita buat pun kita tak sedar’. Dengan kata lain, jika sedang dalam percintaan — tak kiralah, baru jumpa cinta atau bercinta lagi dan lagi — semua rasa indah dan janji semua manis belaka-belaka.

Lalu leka dan tidak peka dengan persekitaran. Langsung terlupa hendak melihat mana rahsia, mana bukan lagi rahsia, apalagi mana yang boleh dikongsi dan yang mana langsung tidak boleh. Ada orang mudah melatah, tanpa usul periksa, tanpa bertanya. Tak perlu pun menyiasat susah-susah, tetapi setidak-tidaknya mengambil sedikit masa untuk menilai, membanding atau mengkaji dengan mata hati.

Dan yang terjadi ialah, cerita yang dibawa memutuskan sebuah persahabatan yang selama ini dianggap seperti keluarga. Alangkah sedih pula bila kesan dari itu hilang sudah kepercayaan bertahun kerana  terlalu kecewa dituduh sebagai bermulut jahat sedang perkara jahat itu hanya dibawa orang?

Kemudian beberapa rentetan perkara terus juga aku dapat melihat, ‘mendengar tanpa perlu telinga’, membaca lalu memikir sendiri. Jika yang dulu boleh dianggap dendam amarah, sudah lama sebuah lagi persahabatan akan hancur. Tetapi mana mungkin orang berbuat jahat aniaya kepada kita, harus juga kita membalas serupa? Lalu apa bezanya? Tetapi, yang berlaku hari ini tidak dirancang, orang lain pula yang membalas  “bagi pihak” kita. Tak sangka, kan?

Selepas satu kekecewaan, satu demi satu perkara tidak gumbira dilalui mereka. Ada ketika aku seperti hendak kata, “Itu la... dulu lupa pernah mengadu domba, pernah menuduh, pernah membongkak diri, over confident hidup akan sentiasa berpangkat atas... lihatlah hari ini. Tuhan hendak membalikkan nasib seseorang sangatlah pantas.”

Sebenarnya, jauh di sudut seorang aku sangat sedih bila melihat, bila membaca dan mendengar orang-orang yang pernah aku kenali, pernah aku sayangi, melalui keperitan hidup. Aku pun tak senang, perit juga (tidak mampu, kata Kawan Kaya aku) tetapi aku turut sedih melihat sebuah kehancuran hidup orang yang aku kenali. Sedangkan ketika zaman gemilangnya, dia angkuh sekali bahawa langit tu sentiasa cerah. Lupa bahawa ada kata-katanya mengecilkan hati kawan, menghiris hati teman sehingga mengakibatkan ada orang putus sahabat. Lidah oh lidah... (buat Sup Lidah, sedap!)

Bukan aku tidak pernah lupa, dari mulut yang ada lidah (buat Sup Lidah, sedap!) yang sama itu pernah juga menganiaya (aku berani sebut aniaya) dengan cerita-cerita yang bertentangan supaya kawan sendiri terus dimusuhi. Sedangkan mereka sendiri sedar, dalam beberapa perkara, kerjasama yang diamanahkan sangat cemerlang (pun aku berani sebut cemerlang). Begitulah, politik di mana-mana.

Lidah oh lidah (buat Sup Lidah, sedap!) memang berkuasa untuk menggembirakan, malah juga untuk menjadikan seseorang dipandang jahat, dipandang tidak baik lalu segala budi dan sisi baik terus dilupakan. Diabaikan sama sekali. Malang sungguh...

Tuhan Maha Adil. Benar kata kawan jahat aku; “suatu hari kebenaran akan datang, cepat lambat saja.”

Untuk memulakan semula sebuah persahabatan yang putus pun kelihatan mustahil. Lagipun, bila sehingga ke tahap mereka sendiri mewar-warkan setakat kawan-kawan, sikit pun dia tak hairan. Kalu ada duit bertimbun, buat apa nak ada kawan lagi? >  mampu sengih saja...

Dan sesungguhnya aku sangat kesian kepada mereka itu. Bukan hendak menyebut balasan, tapi mungkinkah juga hukum karma? Apabila terlalu yakin dengan kehidupan hari ini, janganlah lupa hari esok yang mungkin berubah. Tuhan bayar cash. Jangan aniaya orang, terutama jangan aniaya anak-anak, jangan aniaya pasangan, jangan aniaya kawan yang selama ini berlaku baik...

Apapun aku sentiasa mendoakan mereka itu terus sejahtera dan terus maju jaya, terus kaya raya, terus cantik jelita, terus gumbira ria. Aku tetap aku seperti sedia-ada. Biasa-biasa saja.

Yang pasti aku sentiasa memaafkan mereka, malah tidak langsung merasa sebarang dendam. Aku mahu aman.

PEACE...!





~...di sudut tepi pintu serambi, SERI BULAN bersimpuh dalam resah sambil hati tidak keruan di jeling HISYAM dalam samar lampu minyak tanah kerana harus menjawab banyak soal-tanya dari Pak Utih dan Mak Utih, namun di penghujung jawapan, dia harus mengakui isu kasih sayang orang tua itu sebenarnya sama seperti kasihnya yang teramat terhadap SERI BULAN...~


 




Tiada pilihan, blog baru la juga...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
05-10-2012


Rasanya aku tak sampai hati nak usik blog yang sedia ada ni.

So, aku tengah merangka nak mulakan blog baru. Sebab gambar uploaded dalam blog ini dah reach 98% dah.

Jika sempat sampai hujung tahun ok gak, means Januari bleh bukak new blog. Tapi, macam tak sempat jer, maklum aku mesti nak masuk sekurang-kurang 1 gambar.

Buat masa ni, aku terfikir nak guna tajuk “...yang ingin kukongsi lagi..” Ok dak?

******

Tayang-tayang:


Tak perlu pun kengkawan lain tayang Mazhab Wasabi dia, aku memang minat Sushi juga. Hehehehe!





~...HISYAM sentiasa ada untuk menjadi penyokong tidak rebah, penyukat tidak berekod, pengkritik tidak berperisa dan SERI BULAN terus juga sentiasa rela, sentiasa ada juga untuk menjadi pendamping bukan malam, pengiring bukan mengiring malahan sanggup menjadi pengapit di atas pelamin yang belum siap tiang kerangkanya...~



 




Murah sungguh nilai kasih sayang hari ini...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
04-10-2012



Kata pujangga (dolu-dolu):
Bila hati rasa kasih, rasa sayang, rasa cinta — sanggup buat apa saja.
Lautan api nak direntasi. Konon, sebab takda lautan api berani lah sebut.
Gunung lembah dituruni bersama.

Itu dulu.

Zaman sekarang? Hampeh lah...!

Sanggup juga. Buat apa saja. Termasuk dera kekasih, anak isteri. Mental fizikal. Emosi dan minda. Whatever...!

Tak cukup drama di tv, drama depan mata. Realiti kehidupan.


*Lama dah tak baca ruangan Di Celah-Celah Kehidupan (DCCK) kendalian Kak Maimunah di Mingguan Malaysia tiap Ahad.



Beruntunglah sesiapa yang masih ada kawan setia yang memahami, yang sudi memberi semangat dan kata penguat hati, juga kritikan seikhlas hati demi menjadikan kita wanita ini berjiwa lebih kental.





~...biarpun tiada siapa sedar kenapa SERI BULAN harus mengekor ke mana sahaja HISYAM pergi, and vice-versa, tetapi sudah menjadi lumrah di mata warga Kampung Separuh Desa, mereka sudah tentu tidak dapat dipisahkan lagi...~


 




Thursday, October 4, 2012

aduhai Pengkid....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-10-2012


Rentetan berita di Buletin Utama tadi.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas:
Pengkid ialah ‘tomboy’ atau lesbian, merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.

Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri disebabkan tanggapan konservatif dan negatif yang banyak dipaparkan di media massa. Walaubagaimanapun, kegiatan pengkid kini lebih terancang dan berani, terutamanya di kalangan aktivis hak-hak seksualiti dan gender.

Di kawasan taman aku, malah 2 buah rumah jiranan aku, ada pengkid tinggal menyewa. Sungguh, depa ni lawa-lawa. Kulit licin, bersih gebu. Rambut pendek, jeans mahal, kasut (lelaki) pun mahal. Pakaian jenama hebat. Motor sporty lagi ranggi... Dan benar, mereka nampak mewah. Tapi depa tak kacau orang. Depa dengan dunia depa jer. Pi balik keja. Tiap kali keluar sama-sama, mesti pegang tangan.

As MyTOKLAKI pernah kata; “nak marah tak boleh, nak tangkap tak boleh. Dah pompuan sama pompuan.” > Bini dia diam jer, takut nak komen. Sebab sendiri ada anak pompuan 4 orang!

Jangan tak tau, rupanya depa ada kelab sendiri. Pengkid Club (Google sendiri untuk tengok).

Interbiu di tv tadi, sorang Pengkid: “Kalu Pondan dapat sorang suami orang tu dikira hebat, lalu Pengkid yang bleh dapat awek bertudung, dikira Champion!”
Cuba untuk memahami...

Moga anak-cucu generasi kita tidak tergolong, tidak terdorong ke arah kumpulan ini.




~...menjadi dara sunti di Kampung Separuh Desa sudah menjadi suatu kebanggaan kepada ramai warga gadisnya bila seorang teruna tak berapa sunti bernama HISYAM tiba menjadi jejaka pujaan walaupun SERI BULAN pengapit paling rapit selagi lelaki itu murah senyumnya pada semua, dia masih membuka laluan untuk dipikat...~




 




Wednesday, October 3, 2012

Blog guna bahasa sms: Reject...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Thalatha
02-10-2012

Selongkar almari sendiri atas nama Operasi Mengemas Sedunia.

Terjumpa kain dalam plastik ini:

Siap tanda, Azie KL

Terlupa, rupanya kain batik ini aku beli masa ke Bandung haritu. So, melaram kali pertama. ‘Pecah dara’ kata orang.


Macam biasa, kaler PURPLE. Tapi macam tak begitu menyerlah.  Dah siap jahit ‘kelim papan mesin’. Nampak teguh. Takut si pemakai yang ganas ni jer yang akan mengoyakkan kain itu macam kain batik yang lain. MyBONDA kata, ‘bont•• tajam’. hehehehe!


******


Aku berbesar hati bila ada pengomen baru di mana-mana entri. Seboleh mungkin, akan cuba visit balik, then senaraikan di list.

Tapi hari ini aku terpaksa reject satu blog, yang 90% text dalam entrinya guna bahasa sms. Terlalu ringkas, sampai aku kena ‘mengeja’ apa yang dia tulis sebenarnya. Samada dia nak teruskan begitu, terpulang.

Ohhh... Sori Berlori.
Aku tak kompromi dengan Bahasa SMS...!



*Thanks KAKCIK SEROJA, tutorial tentang ruang komen. 
Jika ruang komen di sini tidak appear, sila refresh PC anda.




~...mengajar sesuatu yang bukan bidangnya, mendidik seseorang yang bukan anak muridnya, membimbing seseorang yang bukan di bawah tanggungjawabnya tentulah suatu beban yang membawa hasil ribu riban, tetapi kerana yang diajar adalah SERI BULAN, HISYAM rela tidak berbayar, tidak berupah asal sahaja subjeknya adalah cara-cara memperbaiki bahasa agar surat di bawah tempurung tidak dihurung nyamuk lagi...~


 




Tuesday, October 2, 2012

Dah lama tak cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-10-2012


Sejak bercuti 5 hari ke Bandung Julai lalu, aku tak pernah langsung ambil cuti panjang. Malah masa Raya pun tak ambil cuti tambahan. Raya ke-3 aku dah start keja.

Sekarang aku terasa sangat nak bercuti. Plan berjalan jauh takda. Tapi aku rasa macam nak spend satu hari yang panjang tanpa komitmen, tapi khas untuk diri sendiri. Mungkin go jalan-jalan, tengok wayang, lepak mamak, jumpa kawan borak-borak... hmmm macam best kan?

Dolu, zaman 7,8 tahun dulu masa masih kerja Sabtu sekerat hari, kompom dah menyukat jalan di Jalan TAR. Tak beli apa pun, tapi rajin temankan kawan opis kaki shopping belek kain, belek handbag dan kasut then pekena Kuey Teow Cantonese di kedai Capital Cafe depan Sogo tuh...

Now... bertahun dah tak jejak Jalan TAR. Makin tua ni — aku vintage, ok — makin tak rajin nak letihkan badan meronda kompleks. Cepat jemu.

Kakak angkat yang di UM — yang selalu organise trip sepanjang tahun — tadi call. Trip ke Kelantan/T’ganu diubah tarikh ke hujung November. Iklan sebelah >>>

Rasanya aku tak join kot. Kelantan dah selalu sangat. Plan trip ke Langkawi pula pada Disember. Pun aku tak rasa nak join. Langkawi dah 3 kali. Lagipun Disember tu cuti sekolah. Kompom barang mahal!

Aku cadang nak pi melawat Sabah or Sarawak plak lepas ni. Tunggu la kalu masa sesuai, ada rezeki insyaAllah nak pi juga sehari dua ke sana. Buat masa ni, masa bertenang.

Update: Trip kawan aku ke Seoul, Korea pada April 2013 buat masa ini sudah ada kira-kira 10 orang. Ada sesiapa nak join? AA tolong iklankan niii... Iklan sebelah >>>



~...pernah Pak Utih menyatakan hairan kenapa SERI BULAN boleh begitu setia dan kejap rahsia kepada HISYAM tetapi SERI BULAN langsung tidak mahu membuka kata sehingga HISYAM berdalih mereka berdua sudah ada janji bercap mohor sepertimana Pak Utih menjanjikan bahagia dan gumbira serta mengongsi duka bersama Mak Utih dari dulu hingga selamanya...~


 




Histeria: misteri Rumah Biru di Pandan Indah menjadi punca...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-10-2012


Sebenarnya kisah histeria yang berlaku di sekolah ALIA minggu lepas, bermula bila beberapa orang murid perempuan – tak pasti berapa orang, tapi ramai — pergi melawat sebuah rumah yang mereka panggil Rumah Biru di area Pandan Indah.

Aku tak pernah tahu pun pasal Rumah Biru di area sini. Konon cerita ini rumah tinggal, macam rumah asrama. Ntah kat sebelah ceruk mana ntah. *ada sapa tau? jom kita pi tengok..

Budak-budak yang pergi tu murid Form 2. Dan diceritakan depa pegi hari Ahad, dan Isnin esoknya seorang budak (yang dikatakan paling berani) ‘kena’ dulu. Pada hari berikutnya, jumlah yang kena semakin bertambah. Dan pada hari Khamis seramai kira-kira 21 orang murid perempuan yang histeria.

Menjerit, melentang di lantai, meraung-raung. Dan seorang budak lelaki sebut adik perempuannya yang ‘kena’ nampak benda berpaut di bahu murid lain.

Rupanya, depa yang pi ke sekitar Rumah Biru itu ada bawak balik sejenis batu – ntah batu apa. Diceritakan juga oleh ALIA, Ustaz dah buang batu tu ke belakang sekolah, ditimbus dan kawasan tersebut dipagar. Larangan untuk murid masuk.

Samada nak percaya atau tidak, inilah yang selalu kita dengar. Benda itu ada. Tidak tahu di mana silapnya, aku rasa ada ‘benda’ yang marah sebab kena kacau dek budak-budak yang berlagak berani sangat. Budak usia camtu, semua benda nak tengok nak cuba.

Tapi keadaan dah reda sekarang.

Pengalaman aku masa Form 5 dulu, bermula pada petang latihan sukan. Aku dan adik aku kena petang itu. Ada juga murid lain yang kena.

Esoknya, perkara sama berulang di perhimpunan. Lepas sorang, sorang. Berjangkit. Sekolah ditutup pada hari itu. Jenoh pegang murid menjerit meraung. Ramai murid dikumpul di kantin. Riuh rendah.

Aku rasa aku kena tak teruk, kot. hehehe... tapi kena hantar balik rumah. MyBonda tanya, ‘nampak apa’ tapi aku diam tak jawab. Yang pasti nampak gelap dan ketakutan. Susah nak citer.

Tapak sekolah menengah aku dulu adalah kononnya kubur askar Jepun. Ntah sejauh mana betulnya. Betul lah kot...

Semoga kita semua dilindungi walau di mana pun. Kalau kita tak kacau dia, dia pun tak akan kacau kita.

So jangan kacau-kacau!

Air yang tenang, biasanya beralun deras di bawahnya. Sapa sangka kan?






~...SERI BULAN pernah terjerempak lembaga putih di siang hari nyaris terlatah terlucut kain kerana tidak menduga itu hanya bebudak nakal berselubung mengejar wau dan HISYAM sendiri pernah tertembung yang hitam pula di malam hari sehingga juga nyaris terlucut pelikat Khurta...~




 



Monday, October 1, 2012

Kerana Terpaksa... Aku Relakan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
01-10-2012



Pernikahan Indah Halina diatur keluarga. Ayahnya memaksa dia bernikah dengan Saiful Azam. Sehari sebelum majlis kenduri, dia pulang bersama kakak tirinya Zawati dan lelaki bernama Yazid. Dia dianiaya Zawati dengan ditinggalkan di RnR lebuhraya.

Tuhan menemukan dia dengan seorang wanita bernama Dato’ Safiya, kaya raya, businesswoman tetapi baik hati. Indah dihalau oleh ayahnya, dituduh disangka sengaja mengelak untuk berkahwin dan untuk menutup malu Zawati sanggup mengganti menjadi isteri Saiful. Zawati memang sudah lama menyimpan hati dan hasrat untuk mendapatkan Saiful dan caranya dengan dibantu ibunya untuk menyingkirkan Indah sangat berjaya kali ini.


Perjalanan hidup Indah Halina berubah sejak pertemuan kali kedua dengan Dato’ Safiya. Dia dilantik menjadi Pembantu Peribadi Dato’ Safiya dan berdepan dengan tiga orang anak lelaki Dato’ Safiya: Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin (aku selalu keliru watak ni, sebab nama semua nak dekat sama)

Novel ni agak tebal, 772 pages. Plot pun banyak tetapi sangat mudah untuk difahami. Yang klise adalah jatuh cinta selepas bernikah. Memanglah best, tapi sebab dah selalu sangat baca tema sebegini, dah kurang seronoknya.


 Cabaran dan halangan menjadi intipati novel ini. Kemelut bila 2 beradik merebut Indah. Tersepit antara menjaga hati orang yang berjasa, Dato’ Safiya, lalu Indah rela memilih untuk dijadikan menantu. Walaupun antaranya dan Razin sudah berjanji atas nama cinta, tetapi jodoh ditentukan mereka harus ditukar menjadi abang ipar dan adik ipar. Tajul Razin sanggup beralah demi adik tersayang, juga demi kesihatan ibu tersayang.

Seperti biasa, orang yang berniat jahat, berhati busuk lagi dengki menganiaya sedara tiri, tidak akan hidup dengan aman damai. Ada sahaja cara dan rancangan untuk memusnahkan hidup orang yang dibenci. Akhirnya hidup sendiri pun lintang pukang. Kisah Zawati tidak pernah aman dan tidak pernah puas — dalam kisah Zawati ada beberapa adegan lucah 18SX ditulis. Amboiii...!

Ada ketika, aku naik bosan pula bila berdepan dengan watak Super Baik macam Indah Halina ini. Seolah-olah perasaan wanita seperti dia lebih kepada terlalu rela, terlalu redha, terlalu menerima, terlalu berserah... uish lemas pun ada. (mungkin ada side memberontak dalam jiwa aku kalu berdepan dengan orang-orang yang ‘tak betul’)

Walaupun akhirnya, Indah Halina bertemu jodoh dengan Razin, tetapi kebahagiaan mereka teruji lagi dengan pelbagai kemelut. Tajul Fahin masih terus dengan cinta-matinya terhadap Indah sehingga sanggup merosak dirinya sendiri. Demi sikap mengalah dan kasih terhadap adik sendiri Tajul Razin sanggup untuk menyerahkan isterinya sendiri. Dengan cara membuat Indah benci kepadanya.

Ya... aku sendiri percaya, bila kita cuba membuat orang lain bencikan kita, yang sakit adalah diri kita sendiri. Razin sendiri yang sakit. Ada ketika, kerana cinta dan kasih yang melimpah, ada lelaki tidak habis fikir bila sanggup menyerahkan kekasih atau isteri sendiri kepada lelaki lain. Walaupun lelaki itu adik sendiri, terasa sangat macam depa sanggup buat perempuan macam barang. Macamana la Indah tu tak kecewa...!

Novel ini seronok juga untuk dibaca sebagai hiburan. Seperti biasa, tentulah happy ending. Yang keruh dapat dijernihkan. Yang jahat mendapat balasannya. Lebih manis lagi, ibu kandung Indah sebenarnya adalah kawan rapat kepada Dato’ Safiya tetapi dipenjarakan selama 24 tahun kerana kes mengedar dadah. Juga kes aniaya juga. Indah bersatu semula dengan ayah dan ibunya, juga keluarga mertuanya Dato’ Safiya.

Yang buat kita tersengih pula, ada pula nama Gerai Abang Mangkuk Ayun yang jual menu Nasi Goreng Abang Hensem dan Teh Tarik Adik Cun.

Novel terbitan Karya Seni. Seperti biasa terbitan KS jarang ada kesilapan ejaan. Cuma sekali ini, lebih daring dari novel-novel KS yang pernah aku baca sebelum ini.

Ada beberapa part “dalam kain” yang ditulis agak terangan. Mungkin hendak sesuaikan dengan watak hitam Zawati dan perlakuannya yang tak senonoh itu.


Page 314

Page 357


Page 59

Novelis Umie Nadzimah adalah juga penulis novel: Usai Aku Terima Nikahnya. Aku dah pernah review novel itu DI SINI.

Jika dibanding, ternyata aku lebih suka novel yang ini. Selain dari plot yang menarik, tema yang lebih berat dan paparan kepincangan golongan yang taksubkan harta sehingga sanggup membodohkan ahli keluarga sendiri itu menarik untuk dijadikan tauladan.

Copy paste satu perenggan:
Kebanyakan mata yang melihat menjadi sebak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengetahui perjalanan kisah cinta pasangan ini. Berkasih secara diam-diam, berpisah juga diam-diam, hanya perubahan tingkah laku dan susut tubuh sahaja yangmenjadi bukti mereka kecewa dan merana. Akhirnya cinta mereka disatukan semula. Besarnya kuasa Allah dalam menentukan jodoh setiap hambanya. *page 589

Selamat membaca buat peminat novel Melayu....!






~...sungguh pun berat rasa di hati, tapi sebaik keretapi berhenti di simpang tiga, terpaksa jua SERI BULAN turun memula langkah ke hadapan, sedang HISYAM termangu antara mengikut atau mengundur kerana dia pernah dipesan agar tidak meninggalkan SERI BULAN jauh di belakang walau hanya berjarak sekaki…~


 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails