السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
06-10-2012
Dok buat apa ntah sepetang, sampai letih.
Balik dari kenduri petang tadi rasa macam nak lena sangat, tapi hmmm... idak.
Yang pasti cuaca panas sudah berhari. Dan sehari ini sampai 2 kali aku dok ulang buat Ayaq Paberet aku nih. Air yang boleh menghilangkan dahaga. Cewahhh!
Stok sentiasa ada dalam petisejuk. Limau Kasturi – yang cuma RM2 per kilo di Pasar Pudu, dan sebungkus Asam Boi di kedai Amoi (pun di Pasar Pudu) juga rega RM2 – so yang susah sket, hanya nak ketuk ais batu saja.
Budak-budak tak berapa minat, so buat untuk diri sendiri. Sehari ulang 3,4 kali pun sanggup.
Tayang balik, ni la Ayaq Paberet aku. Ni masa gathering blogger. Rasanya 2 kali gathering dah dok ulang buat ayaq ni. Nasiblah kengkawan, asyik kena jamu ayaq ni saja. Hahahaha...!
Ais Limau Kasturi + Asam Boi.
Minum dengan straw atau hirup sesudu demi sesudu. Slurrrppp....!
~...terasa seperti sudah lama SERI BULAN tidak duduk mendengar HISYAM bercerita tentang masa lalu dia yang sedikit perit, tentang masa sekarang yang disulami kisah gadis gedik, dan tentang masa hadapan yang diangannya bukan di samping SERI BULAN tetapi mereka seharusnya tidak berpisah demi kebaikan bersama...~
dah lama akak baca pasal keistimewaan air Azie ni...satu kali mesti nak try jugaklah!
ReplyDeleteMudah jer nak buat sendiri, kak. Tapi kalu nak try air tangan saya, kena mai time gathering la. hehe
Deletesalam sis.
ReplyDeleteTeringat macam bulam pose lak..
Ta suka beli pelbagai jenis air masam-masam..kat bazar
Kalu bulan puasa, Kak Azie jarang beli air, lebih suka buat sendiri jer. Tapi kalu terjebak ke Pasar Ramadhan, oh tergoda juga.
DeleteSalam Azie,
ReplyDeleteAkak suka sangat, Azie buat memang sedapppp..
Masam-masam manis gitu. hehe
DeleteAnak2 saya suka kak azie..hari tu masa gathering siap tapau lagi..mmg sedappp
ReplyDeleteBiasanya budak-budak remaja ni memang suka yang masam-masam.
Deletesedapnya kak.....panas2 minum air sejuk ni nyaman je kat tekak
ReplyDeleteKak Azie rasa air ni memang menghilangkan dahaga. Cuma jangan manis sangat, sedang saja dah cukup.
Deleteayak ni memang sedaplah..depa buat semacam 'jus cinta' emmm..
ReplyDeleteJus cinta tu cemana eh?
DeleteAmboi AA..suma memuji-muji kesedapan ayaq limau asam boi AA buat..ada rahsia ka?
ReplyDeleteBiasa saja Kak. Kadang kalu kita minum kat kedai, mereka blend limau kasturi tu. Tapi saya tak berapa suka, sebab ada pahit biji/kulit limau. Saya buat sendiri, saya perah jer.
Deletetapi ayaq tu mmg sedap kak! saya buat rasa tak sama. ayaq tangan kot? heheeh~
ReplyDeleteWahhh... sama saja ler. Tekak tu jer yg mengada nak soh orang lain buatkan. hahahaha
Delete