Friday, October 5, 2012

Murah sungguh nilai kasih sayang hari ini...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
04-10-2012



Kata pujangga (dolu-dolu):
Bila hati rasa kasih, rasa sayang, rasa cinta — sanggup buat apa saja.
Lautan api nak direntasi. Konon, sebab takda lautan api berani lah sebut.
Gunung lembah dituruni bersama.

Itu dulu.

Zaman sekarang? Hampeh lah...!

Sanggup juga. Buat apa saja. Termasuk dera kekasih, anak isteri. Mental fizikal. Emosi dan minda. Whatever...!

Tak cukup drama di tv, drama depan mata. Realiti kehidupan.


*Lama dah tak baca ruangan Di Celah-Celah Kehidupan (DCCK) kendalian Kak Maimunah di Mingguan Malaysia tiap Ahad.



Beruntunglah sesiapa yang masih ada kawan setia yang memahami, yang sudi memberi semangat dan kata penguat hati, juga kritikan seikhlas hati demi menjadikan kita wanita ini berjiwa lebih kental.





~...biarpun tiada siapa sedar kenapa SERI BULAN harus mengekor ke mana sahaja HISYAM pergi, and vice-versa, tetapi sudah menjadi lumrah di mata warga Kampung Separuh Desa, mereka sudah tentu tidak dapat dipisahkan lagi...~


 




8 comments:

  1. Kawan setia dan ikhlas ....adalah anugerah yang tiada ternilai ......

    ReplyDelete
  2. Bidalan telah mengatakan ' kawan ketawa senang dicari......'

    ReplyDelete
  3. owh mana nak cari sahabat sejati...rare, kak azie, rare!

    jangan kan nak renang lautan api..longkang berapa kaki dalam pun dia yang langkah dulu, takde rasa nak sambut tangan orang sebelah sini...hampeh! haha..

    ReplyDelete
  4. Aahlah kak, saya pun dah lama tak baca di celah2 kehidupan tu, banyak pengajaran kita boleh dapat dari kisah realiti orang..

    ReplyDelete
  5. Bertuah sungguhkalau kita mempunyai seorang teman sejati,hakikatnya ia sukar dicari.

    ReplyDelete
  6. salam sis
    Rupanya ta tersenarai di kalangan masih ada kawan2 yg baik...syukur

    ReplyDelete
  7. insyaallah ada... kita mesti jadi sahabat sejati org dulu, baru kita dikurnia sahabat sejati.....


    alhamdulillah, saya ada beberapa yang layak dikategorikan sebegitu. menunjuk kepada kebenaran, memberi semangat saat kejatuhan. kdangkala, bukan perkara materialistik yang menjadi taruhan, tapi sesuatu yang tak termampu dinilai harganya

    ReplyDelete
  8. semalam saya pasang youtube lagu2 sangam kat opis. layan hidustannn!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails