السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-10-2012
Tak ingat minggu bila ntah. Masa tu melepak menghabiskan cuti hujung minggu di rumah MyBONDA di Jinjang.
Kami selalu kuar beli barang dapor di NSK, Selayang.
Jumpa orang berjual Putu Bambu World di laluan masuk NSK.
Cantik bambunya. (kalu setengah orang, sebut ‘bambu’ tu untuk menyeranah orang).
Sebungkus dah habis makan depan orang tu. So beli extra banyak-banyak untuk ulang makan kat rumah dengan MyBONDA. Sedap wehh sebab makan masa masih berasap!
Yang menjual tu budak-budak muda, Melayu semua. Lupa pulak website yang disebut depa.
Pasaraya NSK Selayang tu, sangat besar dan luas. Lebihkurang macam Tesco, siap ada kad ahli. Cuma aku rasa ikan basah dia tak berapa fresh lah. Nak pilih pun tak selera, dah ler parking pun susah.
~...SERI BULAN sungguh merasa terpaksa bilamana harus berdepan dengan sesuatu yang dipanggil “bizarre”, tanpa HISYAM segalanya terasa begitu pelik, tanpa HISYAM segalanya terasa aneh kerana walau dikelilingi pokok merimbun pun tidak upaya melindungi nada rindu dan wangi kasih antara mereka...~
berseri-seri putu bambunya, selalu jumpa putu bambu warna putih, yang ini baru real warna hijau... :-)
ReplyDeleteRasnya warna hijau tu adalah pewarna. Kalu daun pandan, jenoh laaa... Buat sendiri kat rumah boleh la.
Deletemacam termengidam nak makan putu bambu lak... kat s alam ni ada jugak NSK... sebelah tu adala gerai2, tp x tau jual apa. x tengok lak
ReplyDeleteSaya pun jarang ke NSK ni, kalu saya menginap di Jinjang baru saya pergi. Meriah juga sebab ramai peniaga berniaga macam-macam di sekitar luar NSK tu.
Deleteyang berhampiran dengan pasar tu ke?
ReplyDeleteYa betul. Yang dekat dengan pasar borong Selayang tu.
DeleteAA terliur tengok...
ReplyDeletelebih kurang sama .cam kt tempat ta.tapi rasanya sama kot
ReplyDeletePutu bambu World ni memang sedap. Kat tepi highway MRR di stesen Petronas ada, kat Gombak batu 4 dekat dengan masjid dan berdepan ngan Restoren Nasik Ayam Mencongkam pun ada. Tapi rasanya memana pegi pun tetap sama- umphh!
ReplyDeleteMy latest Entry :)
Menu Besday je ye!