Saturday, March 3, 2012

Usai... Aku Terima Nikahnya: “keyboard E rosak ker?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
03-03-2012



Cerita novel plak.



Novel ini aku baca minggu lepas. Nampak di web dan FB, tajuk ini mendapat rating yang tinggi juga. So, beli. Memang tak rugi wpun belum dikira berbaloi.

Kisah perkahwinan tanpa rela (again??) yang diatur keluarga demi mengekalkan harta warisan. Macam pernah tengok citer gini kat drama tv. Seorang gadis anak yatim piatu, dikahwinkan dengan sepupu kerana harta yang bakal diwarisi.

Tapi perkahwinan tidak seindah disangka sehingga mereka berpisah kerana isteri ditinggal tanpa khabar bertahun-tahun.

Suami kembali dari luar negara menuntut hak dan status suami. Dan anak yang tidak diketahui kelahirannya dulu.

Agak menarik novel ini kerana kisah pengorbanan yang besar seorang sahabat lelaki yang jarang-jarang kita jumpa dalam novel.


Gaya bahasa sangat biasa, santai dan jelas. Tak banyak ayat bunga-bunga. Susah nak cari “scene” yang membuai perasaan atau terkenang-kenang. Hampir tiada...

kecuali,

ada satu bab di mana heroin citer ni (Puteri) secara tidak sengaja membuka satu web Q&A (forum soal jawab) antara anak bujangnya dengan Daddynya. Dari laptop rahsia yang disebut anaknya sebagai “rahsia lelaki yang perempuan tak boleh tahu”. Isi perbualan itu sangat menyentuh perasaan Puteri (dan aku juga) kerana isi hati lelaki yang diluahkan kepada lelaki lain (anak tirinya), bercakap tentang seorang wanita yang sama; Puteri. > patut baca

Part itu yang buat aku tersedih sekejap. Pengakhiran adalah gembira selepas mereka menempuh sebuah kesedihan atas sebuah kematian.

Kritikan aku: agak pelik dan kelakar kerana begitu banyak kesalahan ejaan semuanya melibatkan character “e” yang berganda. Pelik dan kelakar plak. Contoh: “meeenerima”, “seeebab” “eeekor”...

Macam keyboard “e” publisher ni rosak plak. hehehehehe! Proofreader tak nampak kah?

Selamat membaca kawan-kawan!






~...bagi seorang SERI BULAN tiada siapa dapat mempertikai erti setiakawan yang kukuh menjadi jati diri dalam kehidupan seorang HISYAM di mana setia itu sebagai kawan, dan kawan itu adalah setia...~







7 comments:

  1. Assalamualaikum,
    EEEEE boleh mendatangkan marah tu! hu huhu

    ReplyDelete
  2. menarik jugak jalan citeeer....
    Nak cari jugak buku nieeeeeeee....

    ReplyDelete
  3. Kakcik baca novel 'Aku Terima Nikahnya' karya Ustaz Hasrizal @ Abu Saif. Ianya kisah yang berbeza berdasarkan pengalaman hidup sebenar beliau.

    ReplyDelete
  4. ada juga kesalahan yang jelas begitu ya :)

    ReplyDelete
  5. pembacaan pruf yg lemah mencacatkan mood membaca...arggkkhhh!!1

    ReplyDelete
  6. Rajin betul akak baca novel... Typo tu kak...hikhikhik :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails