Tuesday, October 2, 2012

Dah lama tak cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-10-2012


Sejak bercuti 5 hari ke Bandung Julai lalu, aku tak pernah langsung ambil cuti panjang. Malah masa Raya pun tak ambil cuti tambahan. Raya ke-3 aku dah start keja.

Sekarang aku terasa sangat nak bercuti. Plan berjalan jauh takda. Tapi aku rasa macam nak spend satu hari yang panjang tanpa komitmen, tapi khas untuk diri sendiri. Mungkin go jalan-jalan, tengok wayang, lepak mamak, jumpa kawan borak-borak... hmmm macam best kan?

Dolu, zaman 7,8 tahun dulu masa masih kerja Sabtu sekerat hari, kompom dah menyukat jalan di Jalan TAR. Tak beli apa pun, tapi rajin temankan kawan opis kaki shopping belek kain, belek handbag dan kasut then pekena Kuey Teow Cantonese di kedai Capital Cafe depan Sogo tuh...

Now... bertahun dah tak jejak Jalan TAR. Makin tua ni — aku vintage, ok — makin tak rajin nak letihkan badan meronda kompleks. Cepat jemu.

Kakak angkat yang di UM — yang selalu organise trip sepanjang tahun — tadi call. Trip ke Kelantan/T’ganu diubah tarikh ke hujung November. Iklan sebelah >>>

Rasanya aku tak join kot. Kelantan dah selalu sangat. Plan trip ke Langkawi pula pada Disember. Pun aku tak rasa nak join. Langkawi dah 3 kali. Lagipun Disember tu cuti sekolah. Kompom barang mahal!

Aku cadang nak pi melawat Sabah or Sarawak plak lepas ni. Tunggu la kalu masa sesuai, ada rezeki insyaAllah nak pi juga sehari dua ke sana. Buat masa ni, masa bertenang.

Update: Trip kawan aku ke Seoul, Korea pada April 2013 buat masa ini sudah ada kira-kira 10 orang. Ada sesiapa nak join? AA tolong iklankan niii... Iklan sebelah >>>



~...pernah Pak Utih menyatakan hairan kenapa SERI BULAN boleh begitu setia dan kejap rahsia kepada HISYAM tetapi SERI BULAN langsung tidak mahu membuka kata sehingga HISYAM berdalih mereka berdua sudah ada janji bercap mohor sepertimana Pak Utih menjanjikan bahagia dan gumbira serta mengongsi duka bersama Mak Utih dari dulu hingga selamanya...~


 




18 comments:

  1. Assalamualaikum AA

    waaaaa...jauh tu
    nak ikut boleh...he he

    ReplyDelete
  2. kawan2 akak pun buat trip p beijing, patutnya september lepas ni tp masalah visa postpone ke jan 2013...

    ReplyDelete
  3. ATUK:
    Nak ikut boleh saja. Tapi kena beli tiket sendiri. Hehehehe



    AIMAN IMAN:
    Ohh masalah visa ni selalu buat saya takut.

    ReplyDelete
  4. Wah, rajinnya bercuti, aku cuti setahun 2 kali je.

    ReplyDelete
  5. semasa bergelar warga metropolitan kl 17 tahun lalu(mak oii..lama dah tu) memang jln TAR lah tempat mencari ilham(ngabih duit)
    kak zan bercuti setahun sekali jer..anak ramai..ongkosnya tak ada!

    ReplyDelete
  6. Mengenangkan Hilman Yong, teringinnn sangat nak pergi, mengenangkan dah ada hubby, erkk!

    ReplyDelete
  7. RED RAMBUTAN:
    Aku rajin sebab hujung minggu jer cuti, masih bleh jalan-jalan. Tu cuti level orang cam aku.
    Ko jarang cuti, tapi time kerja bleh fly sana sini. Kira dah syok tuuu...



    KAK NORHAIZAN:
    Sama ler kita. Nak berjalan jauh memang kena fikir banyak kali. Saya cuti dalam KL pun kira cuti gak. Cara saya.

    ReplyDelete
  8. AZIELA:
    Ramai betul peminat HILMAN YONG niii...

    ReplyDelete
  9. wah...kalau kat sabah, saya pun berminat. nanti nak joint gak buleh tak? hihihi

    ReplyDelete
  10. ok....welkam to sabah...sambil berehat bole soping brg2 kering yg murah...better @marina court...bole memasak seafood yg murah d cni...view dpn laut...jimat utk rombongan yg ramai2...1 rmh ada 3 blik...

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Selamat bercuti ... rehat2kan diri, tenang2kan fikiran, dan lakukan apa sahaja yang baik.

    ReplyDelete
  12. bestttt pergi Sabah masa Raya ari tu Kak Azie. Saya mmg suggest K. Azie pi Sabah. Mmg seronokkkkkk sgt smpi abissssss duit. Tgk2 duit dh kering. X sedar shopping,duit nk abis. Terpaksa ikat perut hahahah. Kak Azie pi Pasar Kraftangan KK yg kita panggil Pasar Philippines. Macam2 mutiara wat rantai,brooch yg murah.Fridge magnet pun cantek2. Penuh beli bertempek kat fridge. Lepas tu kami sekeluarga pi Taman Gunung Kinabalu. Pon bestttt sgt. Rasa otak fresh. Kak Azie pegila bercuti kat sana. Seminggu kat sana rasa mcm x nk balik :)

    ReplyDelete
  13. jom kita lepak2 kat secret recipe... makkkkk blanje dakni ye... hahahaaa

    ReplyDelete
  14. EELOBOR:
    Nak join? Nanti kita cuba plan bebaik ya... Kalu ada perancangan yg pasti nanti, tentu akan diwar-warkan di blog.



    QASEEH:
    Oh best nya ada warga Sabah dah mengalu-alukan. Ni yang tak sabar nak fly ke sana niii...

    ReplyDelete
  15. ABDULLAH @ Dato’ LF:
    Terimakasih Uncle.. Belum mulakan lagi cutinya.



    ZENNAYA:
    Ohhh terus rasa teruja nak pegi. Sebab tak pernah lagi pergi. Haruslah kena kumpul duit bebayak niii...!

    ReplyDelete
  16. ICE:
    Jommmm....! Mak belanja gunakan duit Daktu! hahahaha

    ReplyDelete
  17. saya ni tak pernah lg melancong jauh2....dekat2 sini aja :)

    ReplyDelete
  18. bestnya cuti kan.....kalau boleh nak selalu aje pi cuti2, lapang sket kepala nih!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails