السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-10-2012
Selongkar almari sendiri atas nama Operasi Mengemas Sedunia.
Terjumpa kain dalam plastik ini:
Siap tanda, Azie KL
Terlupa, rupanya kain batik ini aku beli masa ke Bandung haritu. So, melaram kali pertama. ‘Pecah dara’ kata orang.
Macam biasa, kaler PURPLE. Tapi macam tak begitu menyerlah. Dah siap jahit ‘kelim papan mesin’. Nampak teguh. Takut si pemakai yang ganas ni jer yang akan mengoyakkan kain itu
******
Aku berbesar hati bila ada pengomen baru di mana-mana entri. Seboleh mungkin, akan cuba visit balik, then senaraikan di list.
Tapi hari ini aku terpaksa reject satu blog, yang 90% text dalam entrinya guna bahasa sms. Terlalu ringkas, sampai aku kena ‘mengeja’ apa yang dia tulis sebenarnya. Samada dia nak teruskan begitu, terpulang.
Ohhh... Sori Berlori.
Aku tak kompromi dengan Bahasa SMS...!
*Thanks KAKCIK SEROJA, tutorial tentang ruang komen.
Jika ruang komen di sini tidak appear, sila refresh PC anda.
~...mengajar sesuatu yang bukan bidangnya, mendidik seseorang yang bukan anak muridnya, membimbing seseorang yang bukan di bawah tanggungjawabnya tentulah suatu beban yang membawa hasil ribu riban, tetapi kerana yang diajar adalah SERI BULAN, HISYAM rela tidak berbayar, tidak berupah asal sahaja subjeknya adalah cara-cara memperbaiki bahasa agar surat di bawah tempurung tidak dihurung nyamuk lagi...~
Memang cantik kain tu kak
ReplyDeletesya pun masih ada saki baki kain batik masih dlm plastik dlm kotak pindah randah dari terengganu ke langkawi langkawi ke selangor
dan ada kain batik dari 2 negeri tu masij tidak berpakai sbb sya tak mesra batik asyiklah terlondeh hahahaha....
Kak Azie pun mudo-mudo dulu tak rajin gak kain batik. Siang hari selesa slack jer. Tapi kalu dah malam, harus lah kain batik, kan? kan? Ahaks!
Deletekalau entri guno bahaso nogori kompromi tak kak? ngeeeee~
ReplyDeleteMasih boleh diterima sebab dieja penuh. SMS tu sendiri : Sistem Pesanan Ringkas. Takkan tulis blog, main pesan pesan jer?
DeleteKakcik ada beberapa helai kain batik yang belum berjahit sejak dibeli beberapa tahun lalu. Sesuai untuk buat tutup jenazah! (ternyata telah digunakan beberapa helai untuk menutup jenazah bapa kakcik dulu)
ReplyDeleteMak saya kata, tiap rumah wajib ada kain batik lepas. Untuk tujuan itu lah...
Deletesaya tak pakai kain batik pun, tak reti, huhu..alamak kak azie garang la, takmo bahasa sms..
ReplyDeleteOrang sekarang ramai yang dah tak minat nak berkain batik kat rumah.
DeleteKalu nak kene reject, sila lah buat entri guna bahasa SMS... hehehe
cantik la kain batik tu...corak dan warna pun cantik
ReplyDeletemesti kualiti dia pun baik kan...
Kak Azie tak pandai pilih corak. Lebih nak tengok warna saja.
DeleteKualiti biasa saja. RP20,000 kira-kira RM7 duit kita. Kalu nak banding, jauh lebih baik lagi batik Kelantan dan Terengganu.
baru terfikir nk bt blog guna tulisan sms..
ReplyDeletehehehe
Saja jer kan? Nak kene niiii....
DeleteMemang pening kepala baca tapi nak tegoq pun rasa serba salah..
ReplyDeleteDulu I dah pernah tegur dalam satu entri khas. Lama tak jumpa camtu, tup tup ada juga. So, this time kena tegas dengan pendirian.
DeleteAzie...
ReplyDeleteBagi I gelak dulu.. Hahahah...
Kalau anak I, bila kain batik asik koyak jerk.. Katanya b****t berduri.. Ekekeke..
Bahasa SMS yang kronik ni dia sesame dia je yang faham (anak2 muda).. Mcm kita ni, naik juling mata nak Cuba baca Dan paham.. Last2 delete.. Malas layan.. Eheh!
Sebab kronik tu la yang saya sebut 90% tu. Kalu sikit-sikit masih la kita faham. Ni teruk benor sampai letih nak memaham. Memang tak leh nak layan langsung.
DeleteSalam Azie,
ReplyDeleteBerkain batik masa mandi ajer..kalau malam bottomless..batik standby tepi katil untuk ke bilik air...hahahahahahaha
Huishhh..aperlahh..merapek meraban nih!
Hahahaa memang meraban dah Auntie ni. Lebih kurang saya ler jugok.
Deleteassalam Azie..acik pemakai kain batik tegar..he he..sehari kalau waktu kerja..2 helai ..kalau hari cuti mau 4 helai..tiapkali mandi..lepas masak..lepas kemas..salin..
ReplyDeleteWahhh kalu gitu Acik kena ada stok kain batik yang banyak ler ya? Kalu hari ujan kain batik tak kering? hehehe
DeleteBila surat cinta dibawah tempurung tidak di hurung nyamuk tapi di hurung ulat cinta...
ReplyDeleteAkak niii... text itu yang dinampaknya. hehehee Ulat cinta pun ada eh?
DeleteI memang susah nak baca tulisan sms ni...agaknya dah tak remaja dah kot..hahaa
ReplyDeleteMemang patut di reject je kan :-)
Sama ler kita, kan? So patut la reject kan?
Deletesaya ada sorang teman fb yg bahasa smsnya power giler sampai tak reti nak baca..tapi kat rumah ni ramai translater..patut le BM tak boleh score!
ReplyDeleteKonon nak jimat nak mudah. Tapi bila orang tak faham lagi susah, nanti faham lain. Kesan jangka panjang, BM failed!
Deletesaya tak pandai nak baca bahasa yg ringkas2 ni.. kelain jadi nya .. anak pesan lain abah beli lain hehe bahasa sms punya pasal hehe
ReplyDeleteLagi parah. Sms beli benda lain, bawak balik benda lain. Dahhhh jadi gaduh.
Deletealahai kain batik, kalo dlm lemari sy tu siap berbungkus lg pon ada, tu pon hadiah punya...maklumlah ada org tak reti nk pakai...leceh katanya sedari zaman ank dara lagi ...huhu.
ReplyDeleteHehehehe kutuk isteri. Takpa simpan jer. Biasanya orang pompuan time tak leh elak kena gak guna kain batik adalah time masa dalam pantang!
DeleteAs salam Kak Azie,
ReplyDeleteRahsia saya, mmg tak reti berkain batik smp ke harini...hehehe.... hari2 pakai skirt takpun pakai seluar track/short je kat umah...kehkehkeh... Saya pun xsuka gak blog penulis bahasa SMS ni...pening lah...
Suar pendek ada? hehehehe
Deletesy seboleh2nya cuba elakkan guna bahasa sms masa tulis blog walaupun trkdg trlepas jugak.....ttp kalau dh 90% tu mmg dah kritikal...boleh menyusahkan kita utk memahaminya......
ReplyDeleteBiasanya blogger yang guna bahasa sms ni, tidak bekerja terlibat dengan bidang bahasa atau yg melibatkan buku.
DeleteKalu para cikgu yang menulis guna bahasa sms, lagi parah. Malu.
tu kira ok jugak akak nak mengeja..
ReplyDeletekalau ai.. confirm tekan butang X tu.. tak lalu nak baca, berpinau mata.. :(
Saya tak lalu nak baca, tapi lalu plak nak komplen kat blog sendiri. Hehehhee
DeleteErr,saya pakai bahasa sms ke? Ade sesetengah tu saya ringkaskan aje. Tp xla semua. Saya pun x suka baca bahasa sms. Puas saya nk memahamnya. Kain batik? Suka gak pakainya,terutama nk berurut coz saya ni kdg2 sakit pinggang klu dtg senggugut teruk sgt.
ReplyDeleteKalu dah terbiasa, memang susah nak ubah. Tapi kenalah usah lebih sikit untuk improve.
Deletebetul tu kak, tulis bahasa sms ni mmg saya tersgt la tak faham. cam tu gak anak2 sedara saya kalo hantar sms kat saya, ntah2 apa2 yg ditaipnya. bosan saya
ReplyDeleteBebudak remaja jer yang faham. Dalam hp ok lah, sebab depa nak jimat kredit, ringkas bleh tulis banyak.
DeleteLawa kain tu,lembut warnanya, suka tengok.
ReplyDeleteSaya pun tak suka baca bahasa sms, buang masa saja nak mengeja nak meneka apa perkataan yang sebenarnya.
Saya tetap anggap menulis di blog, boleh melatih untuk berbahasa dengan lebih baik...
DeleteAssalamualaikum wbth sis...
ReplyDeletePerghhhhhhhhhhhhhhh....baru lagi tu..
mesti bau kapur barus...ekekekekek...jgn marah sis gurau je di pagi yang tenang ini........
Jikalu Ta ada tersalah taip harap di maafkan......almaklumlah TA blogger baru.......
Happy blogging sis...
Kesilapan menaip adalah lumrah, tetapi mengamalkan bahasa sms sebagai bahasa di semua entri adalah suatu perkara yang saya tak boleh terima.
DeleteAA- Sokong 1000%. dan sokong lagi 1000% kalau gunakan Bahasa Melayu Penuh!
ReplyDelete2000%, banyak tuuu... Thanks Bro!
Deletekalau buat kain kebaya pun shantek kan kain tuh. batik malaysia mmg takde tandingan :). klu short form yang masih boleh di fahami bonda takde hal pun...tapi kalau sampai bonda kna mgeja..adehh!!
ReplyDeleteKak Azie bleh mimpi jer lah bab pakai Kebaya ni. Hehehehe
Deletepakai kain batik time pantang aje sbb tak reti duduk elok2 he..he.. sudahnya sarung seluar jgk.. bahasa sms, dapat sms pun pening nak baca bahasa sms.. inikan pulak dalam entry..
ReplyDeleteZaman Kak Azie, kena paksa ler pakai kain batik. Sebab duduk sopan. Kalu pakai suar panjang, kompom kena marah.
DeleteKak Azie, saya adalah pengguna tegar kain batik, hehehehe. Banyak gunanya selain di guna sebagai kain. kadang2 boleh jadi selimut, boleh jadi kain towell kalau travel lupa bawak towell and boleh jadi sejadah temporary.
ReplyDeleteOwh, saya harap bukan blog saya sebab kalau perkataan berganda tu memang saya pendekkan..
Perkataan berganda tetap diterima. Saya tak leh terima, yang tak ganda pun nak jadi 2,3 characters jer. So ringkas.
DeleteCantiknya batik lepas tu. Purple lagi. Sweet gitu. Akak pun slow jugak membaca blog yang bahasa sms ni. Hehe. Dik, terima kasih doakan utk mak akak ya. Semoga doa para malaikat utk adik dimakbulkan Allah. Amin.
ReplyDeleteAamiiinnn... sama-sama Kak Aidah....
Deletesy tk sk bc blg yg dtls dgn bhs sms jgk kak azie.
ReplyDelete~bahahahahaha
Kamu mmg nk kna...!
Deletenaseb baek blog saya guna bahasa penuh hehehheee
ReplyDeleteTeruskan. Bagus. Cuma ejaan masih lagi ejaan lama. “naseb baek” tu ejaan lama. Ikut Kamus Dewan, tu salah dah tu. hehehe
Deletecantik kain batik tu purple kaler i like
ReplyDeletetapi saya tak pandai pakai kain batikk
boleh tak kak azie buat toturial mcm mana pakai kain batik dgn kemas...
Pakai kain batik tak bleh dengan tutorial. Dia kena praktikal. Sejam RM20 hahahaa...!
Deletesy bc yg mn sy fhm je kak hehehe
ReplyDeleteBuat la selalu. Tak lama lagi nak kene reject ler tu.. hehehe
Deletehehehe....saya kadangkala pun campur aduk gak. tapi jarang sangat guna bahasa sms, kekadang tuh terguna gak perkataan singkatan
ReplyDeleteBahasa sms sangatlah menyusahkan orang. Lama-lama orang malas nak layan, then langsung tak mo layan lagi. Sapa rugi?
DeleteCantik cun melecun je saya tengok kain batik purple tu...warna tak striking tapi sweet gitu!
ReplyDeleteSama la...bahasa sms memang memeningkan kepala pembaca...keterlaluan singkatannya..sampai tak paham bijik butir...hihi
Kain batik yang cun melecun belum tentu menjamin pemakainya ikut cun melecun juga. Hehehehe
Delete