Tuesday, October 9, 2012

PMR~SRP: “Cikgu, U sangat sporting larrr...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-10-2012


Selamat menempuh PMR buat anak-anak para teman blogger. Semoga tenang menjawab soalan dan beroleh kejayaan cemerlang.

Zaman aku dulu SRP. Tak ingat dah, lama sangat. 28 tahun dulu rasanya...

Yang dok ingat, lepas habis exam, guru kelas aku – kelas aku dikira kelas paling meriah — cikgu lelaki, masih bujang (dan sedikit miang) buka cinema dalam kelas aku. Aku dan sorang kawan jadi tukang kutip duit masuk. 20 sen! Filem yang ditayang (video bukan CD) adalah filem hindustan QURBANI (lakunan Zeenat Aman dan Feroz Khan). Filem tu tengah meletup time tuh. Filem itu yang diulang-ulang beberapa hari.

Ramai budak masuk kelas aku nak tengok video tu. Part tuh aku ingat sangat. hehehe!

Ntah di mana Cikgu Muhamad Salleh tu sekarang. Dengan siapa agaknya dia kahwin. Sebab sampai aku selesai SPM pun, dia masih membujang (sedikit terlajak).

Cikgu... U sangat sporting larrr...!



~...walau hanya sekadar disebut sementara, mengajar di bawah bumbung rembia dan dinding separuh batu yang sama dengan HISYAM, SERI BULAN tidak pernah merasa dia sangat cerdik untuk mendidik anak orang lain menjadi lebih bijak tetapi HISYAM sentiasa berkeyakinan tinggi bahawa insan yang berguna harus datang dari ajaran orang yang berfikiran aras tinggi juga...~



 




18 comments:

  1. KZ pun suka citer Qurbani ni....Zenat A man memang sangat jelita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun tu 80-an, Zeenat Aman memang tengah top. Feroz Khan plak masih bujang masa tu rasanya. Skang ni anak dia Fardeen Khan pula yang jadi pelakon terkenal Bollywood.

      Delete
  2. amboiii, sportingnya cikgu tu.. cuba jejak cikgu tu dalam fb, ada tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la ada ke idak. Rasanya cikgu tu mesti dah berumur 60-an...

      Delete
  3. Mudah2an cikgu masih sihat sekarang. :)

    ReplyDelete
  4. Semoga mereka menjawab soalan dgn tenang

    ReplyDelete
  5. best dapat cikgu yg sporting ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua cikgu begitu. Zaman saya dulu, cikgu garang lebih ramai dari yang sporting ni.

      Delete
  6. seronok tingat zaman sekolah, seb bek aku tak suka hindustan hehehehehe salam kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Ellynadyra.
      Zaman sekolah memang paling best nak kenang balik, kan?

      Delete
  7. zaman sekolah dulu2 suka tengok gelagat cikgu2..kalo baik tu mesti ank murid sayang..semoga ramai yg cemerlang untuk PMR thn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie suka tengok cikgu-cikgu yang pandai melaram pakai baju sedondon dengan kasut dan handbag. Kalu cikgu lelaki, tentulah nak tengok cikgu muda bujang yang hensem! hahaha

      Delete
  8. Kenangan lepas exam SRP dulu kumpul dengar member petik gitar di dalam kelas..nyanyi, buat pantun, dan banyak kenangan ....cikgu pun tak kuasa nak layan sebab exam dah habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang time lepas exam seronok jer sebab dah merdeka, kan? Cikgu pun tak kisah sangat. Kami dulu siap ada talentime lagi. Cikgu pun rajin jer nak buat macam-macam program sementara nak tunggu cuti sekolah.

      Delete
  9. Cikgu Salleh tu berapa beza umur dgn akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la.. berapa ya? Kak Azie masa tu 15 tahun. Cikgu tu kira-kira 30 kot.
      So, I guess sekarang ni haruslah 60 tahun umur cikgu tu.
      *btw, pembetulan cikgu tu nama dia Mohamad bin Salleh.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails