السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
06-10-2012
Sejak dia balik selepas memenangi pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, Chin, dia diundang ke banyak stesen radio juga program tv.
Hari itu aku dengar dia di Sinar.fm, kemudian dia juga berada di studio Hot.fm. Kemudian semalam tonton dia di program 9 Soalan di TV9.
Apa yang menarik perhatian aku, ialah cara dia menjawab, cara dia menceritakan tentang kemenangan itu. Dia kelihatan semakin matang dan penuh yakin. Ketenangan dia menjawab soalan-soalan berisiko pun jelas menunjukkan keyakinan diri dia yang sangat tinggi. Terutama soal wang kemenangan RM5 juta yang sebenarnya dalam bentuk dana, bukan tunai yang akan dilaburkan untuk mengembangkan kariernya di Shanghai kelak.
Melihat sendiri detik pengumuman juara pertandingan tersebut, melihat gelagat artis legend China, penyanyi tersohor mereka Alan Tam memang sungguh mencuit hati. Detik itu pasti menjadi memori manis buat Shila, tentunya. Ternyata bakatnya diiktiraf, walaupun dia seorang gadis penyanyi dari negara Islam dan imej berhijab pula.
Kesimpulan, selain dari penghargaan yang Shila sebut terhadap peminat, rakan media dll, aku yakin penghargaan dan pujian tertinggi adalah kesyukuran dan juga kepada ibuayahnya yang menjaga, membimbing dan mengawasi dia sentiasa. Kita sentiasa yakin bahawa anak-anak yang mendapat restu dan bimbingan ibubapa selalunya akan beroleh kejayaan.
Di zaman aku dulu, ND LALA (Amir Hamzah) adalah seorang pelakon drama yang terkenal sebelum menjadi pelakun filem. Sapa masih ingat drama lakunan dia yang menjadi bualan bertajuk Penghujung Rindu bersama Liza Abdullah (sekitar 80-an). Ada 2 siri drama itu, drama RTM, hitam putih masa tuh. Aku suka drama tuh...
Masa dulu ND Lala ramai peminat kerana dia tergolong artis lelaki yang hmmm... good looking. Sampai skang pun aku tetap kata, ND Lala memang masih kacak!
Masa dulu ND Lala ramai peminat kerana dia tergolong artis lelaki yang hmmm... good looking. Sampai skang pun aku tetap kata, ND Lala memang masih kacak!
Tahniah Shila. Malaysia bangga dengan you!
Penghujung rindu ...... memang separuh gila masa tu kan .....
ReplyDeleteMasih ingat juga ya? Dulu, ND Lala ni macam artis Korea yg zaman sekarang orang dok gila.. hehehe
Deletememang minat anak nd lala..bapak nya tengok2 gitu je..tak dinafikan..kacak jugak..hee.. :D
ReplyDeletetapi dengan shila ni..makin minat...sebab dah mula berhijab. mudah2an kekal la begitu.
ND Lala ni popular masa zaman Kak Azie sekolah menenganah dulu. masa tu standing la dengan Razis Ismail, Nasier Wahab, Siti Fairuz... Mula tu berlakun drama, then filem kemudian jadi penyanyi.
DeleteTp mmg sedap suara dia....
ReplyDeleteX ingat la dh citer lakonan ND lala tu...huhuuu
Orang yg lahir pada tahun 60-an, membesar dengan lagu-lagu retro dan drama zaman itu. Yang baru-baru, ramai yang hanya kenal nama beliau saja.
Deleteshila mmg ada bakat. suka tgk persembahan dia sejak dr dia msk 1 in million kot tak silap. lps tu dlm mania. tak tau nape nama dia tak berapa nak gah kt sini.
ReplyDeleteMemang dia berani semasa masuk One in Million dulu, sebab dia dah jadi penyanyi time tu. Tapi dia sentiasa belajar memajukan diri dia.
Deletetak sangka boleh berbahasa cina juga...
ReplyDeletetahniah shila........
Dia citer dia pernah sekolah tadika dan sekolah rendah di sekolah Cina sehingga Darjah 2. Untuk pertandingan ni, dia memang masuk kelas dan belajar sungguh-sungguh.
Deletepenghujung rindu, ingat2 lupa la..tapi tak dinafikan nd lala memang kacak, saya minat shila ni, cantik pulak lepas dia berhijab..
ReplyDeleteMemang betullah. Shila dah bertudung, semakin sweet dan berseri la pulak.
DeleteOoooo........
ReplyDeletepeminat nd lala eh?
puja sakan wakaka...akak foooooooonnnnnnn ahak3
drama dia ngan halina kamsan, yg depa menyamar konon dah nikah, pastu haslina mati bersalin, tu citer apa tuh, best gak tuh kalau diulang tayang ek? ada moral kat situ...
eh nanti akak baca lagi, kawan dah tunggu nak pi lawat sedara sakit, tata Azie!
Oh Kak Queenie, saya terus teringat drama tu. Berlakun, ND LALA dan Haslina Kamsan terlanjur dan mengandung. Si ND LALA bagi dia minum ubat apa ntah, macam-macam. Tetiba si pompuan (Haslina) mati keguguran, kan?
Deletesaya ingat ingat lupa drama. Best, kan? Memang patut menjadi tauladan.
Ehh... bukan keguguran. Ya mati bersalin. Depa menyamar kat tuan rumah yg depa sewa rumah tu konon depa dah kahwin.
Deletebetul tu, macam real jer citer tuh ek? akak berdebar2 masa tuan umah tunggu emak bapak depa, naper tak dtg2 jenguk jenazah anak menantu depa kan? sebab tak logic kalau depa tak dtg...cemas sgt masa tu...mungkin drama tu dari kisah benar kot hehehe (memandai jer ek?)...
Deletedrama dulu best2 jugak la...macam drama titian lakonan azean ngan ahmad tarmimi...dan semua drama lakonan mereka juga rahim razali, izaidah khairudin...best2...kalau diulang tayang alangkah baiknya, dapat jugak kita pandang pesen baju dan stail rambut kita zaman dedolu hahaha...apa yg ada pada artis, ada pada kita hek3...
tak gitu Azie?
nd lala, jay jay, nasser wahab - tu sume kategori kacak lagi tuh kak. kehkehkeh!
ReplyDeleteKacak lagi awet muda!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSuka dgn dia sejak dulu...kagum sebab dia anak KL yg mana2 pegi mesti bapak dia nan ensem tu teman sooooooooooooo sweeettttttt!
Jarang kita nak jumpa artis hari ini sebegitu, esp. yang towngirl. Biasanya depa lebih suka bebas buat keputusan sendiri atau lantik orang luar sebagai manager.
Deletedolu2 mmg tak minat sangat nd lala & shila nih. tapi lelama tgk shila ni makin best pulak. terus minat dia, dengan bapak2 dia sekali. haha
ReplyDeleteJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Wahhh... ni kira minat ikut package la ya?
Deletemaintain je muka nd lala tu kan....mmg dia ensem jugak masa muda2 dulu...kecik2 dulu ada jugak saya tgk dia nyanyi n berlakon kat tv...tp da tak ingat lagu n drama ape...
ReplyDeletepandai dia bentuk anak dia...sehingga berjaya ke tahap nih...kelebihan shila adalah selain mempunyai pakej fizikal yang menarik dia jugak berkebolehan berbahasa cina dan english dengan baik....
Antara lagu ND Lala yang popular ialah ‘Alahai YB’ lagu sinis sindiran kepada wakil rakyat.
Deletebestkan kak tgk shila nyanyi, mmg best suara dia, cantik lak tu
ReplyDeletePackage dia lengkap, tapi dia mengambil masa yang lama untuk menonjol. Tapi kali ini sngat berbaloi.
Deleteacik pun tengok masa tu azie..penghargaan semua masa tu acik pun ikut sama macam nak nanges
ReplyDeleteBetullah Acik. Saya pun sama terharu melihat detik pengumuman tu.
DeleteND Lala bukan saja masih good looking tapi juga seorang jutawan. Wajar dijadikan contoh ...
ReplyDeleteContoh yang baik dan bukan nak hasad dengki pula, kan?
DeleteSampai sekarang saya pun setuju dengan Azie.. ND lala kacak.. Shila sweet.
ReplyDeleteHehehe. Terimakasih menyokong pula.
DeleteSaya rasa Shila sweet lebih ke wajah mama dia.
drama PENGHUJUNG RINDU tu memang berhantu betoi .. ada sambungan pulak sebab ramai yang minat giler. Cerita cinta budak2 muda yang juga berjaya dalam pelajaran .. saya pun jadi ' angau 'nonton citer tu .. nonton penuh penghayatan. Hero ke dua .. MUBARAK MAJID .. memang tika itu rasa simpati berbelah bagi ... antara ND LALA dan MUBARAK .. memang berkesan di hati betul drama tu. Si SHILA ni saya suka suaranya .. lantang dan power. Tapi tu lerr .. macam ada yang tak kena bila dia kurang top . nampaknya kejayaan di CHINA bakal menyerlah bakat nya di peringkat antarabangsa. Malam tadi ter nonton GALAKSI .. walaupun di provoke oleh pengacara dgn soalan-soalan panas .. dia maintain cook je menjawab .. ala-ala CT NURHALIZA gitu .. TAHNIAH
ReplyDeleteWahhh nampaknya awak lebih ingat dari saya. Saya lupa banyak part. Cuma dok ingat kisah Liza Abdullah tu student U, bercinta dgn ND Lala dalam drama Penghujung Rindu tu. Lupa terus pasal Mubarak Majid.
DeleteYa, jika Shila kekal dgn sikap merendah diri tetapi berisi itu, tak mustahil dia pun boleh jadi penyanyi hebat. Sekarang pun, dia sudah menjejak dunia antarabangsa.
saya x sangka shila anak ND lala .. sbb saya juga peminat dia kak ;))
ReplyDeleteKe mana tumpahnya kuah..
Deletepernah tgk satu filem je lakonan ND LALA ... tapi dah lupa tajuk dia yg ada sallih yaakub dgn ar badul tu... liza abdullah pun ada
ReplyDeleteItu filem Jejaka Perasan. hehehe memang kelakar jer tengok filem tu.
DeleteTahniah pd ND Lala and Shila Amzah. Anak beranak sweet and encem. Tak ingat lansgung filem2 ND Lala. Cuma ingat lakunan dia kat TV kut... kalu tak silap Siri Siput Gondang (Siput Gonde) bersama siapa ya... entah...
ReplyDeleteSaya pun tak berapa ingat sangat filem dia. Kalu siri Siput Gondang tu lagi la saya tak ingat.
Deleteoh...saya sangat gilerkan drama yang bertajuk 'penghujung rindu' itu...dah tentu juga saya jatuh cinta pada ND Lala, padahal waktu itu saya baru darjah 3 :D
ReplyDeleteOhhh ya ker? Masih ingat ya? Seronok kalu kita dapat tengok balik drama tu kan?
DeleteKalau azie boleh download drama penghujung rindu tu kat blog azie lagi bagus, boleh sama sama kembalikan nostalgia zaman kegemilangan nd lala
ReplyDeleteSaya pernah berjumpa makan-makan dgn rakan2 bisnes ND Lala. Saya tanya sendiri Andy Lala mana nak dapat drama Penghujung Rindu tu. Dia kata tak sure RTM Ada simpan lagi tak. Saya memang minat sangat ND Lala. Tan sangka dapat jumpa orangnya depan-depan. Walaupun Masa tu beliau dah berusia 50an, tapi orangnya masih kacak. Dan humble Walaupun Masa tu beliau dah bergelar jutawan.
DeleteMasa tu dia ada cerita yg Mak dia menangis-nangis bila tengok drama dia berlakon dgn Lina Kamsah tu. Dia beritau Mak dia Itu Cuma lakonan. Tapi orang tua. Dia ingat cerita tu kisah benar sebab drama tu mcm real 😀
Halo semuanya
ReplyDeleteNama saya FRADESY RIRITIA, saya dari Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda semua yang sebenarnya, semua orang yang Anda lihat posting mereka di blog dan situs web ini adalah pencuri (PENCURI), saya telah menjadi korban cerita mereka dan mereka telah menghancurkan hidupku.
Saya di sini bukan untuk bercerita tentang bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak uang karena mereka.
Saya di sini untuk memberitahu Anda PERUSAHAAN PINJAMAN yang benar dan satu-satunya yang dikirim ALLAH untuk mengubah hidup saya, mereka SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL, mereka adalah satu-satunya perusahaan pinjaman asli yang diakui dan didanai oleh BANK DUNIA.
Mereka adalah satu-satunya perusahaan pinjaman asli, mereka memiliki syarat dan ketentuan pinjaman yang cukup besar, untuk memahkotai semua pinjaman mereka terjangkau dan cepat dicairkan tidak seperti perusahaan palsu lain yang Anda lihat di sini secara online yang akan mengambil uang Anda tanpa mencairkan pinjaman Anda,
Tolong jangan tertipu oleh penguji yang memiliki nomor indonesia dan whatsapp, mereka semua scammer, bagaimana bisa perusahaan perseorangan memberikan pinjaman ?, itu pertanyaan pertamamu orang-orangku.
Rekan-rekan saya di Asia, saya mohon Anda untuk mendengarkan saya karena saya bersumpah kepada Anda dalam nama Allah, bahwa saya mengatakan kepada Anda semua yang sebenarnya, PINJAMAN HIBAH SEMUA GLOBAL, perusahaan adalah satu-satunya perusahaan yang dapat diandalkan dan mereka akan memastikan Anda menerima pinjaman Anda setelah Anda menyelesaikan proses pinjaman sesuai kebutuhan.
Mengapa Anda tidak berada di antara kabar baik ini dengan menghubungi mereka segera jika Anda SANGAT TERTARIK untuk meninggalkan perjuangan finansial Anda dan untuk meningkatkan taraf hidup Anda, berikut adalah EMAIL mereka allglobalgrantloan@gmail.com.
Anda sangat bebas untuk menghubungi saya di email saya fradesyriritia12@gmail.com untuk informasi lebih lanjut, saya akan senang mendengar Anda berbagi cerita kebahagiaan Anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL karena telah memberikan saya kegembiraan baru ini.
NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL EMAIL Perusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com. Whatsapp Perusahaan: +1 (301) 971-4445 Email Saya: fradesyriritia12@gmail.com