Ahad
Syawal 20th
Majlis Raya di mana-mana.
16-09, hari cuti umum. AnakPerlis.com sekali lagi menganjurkan acara tahunan mereka itu Majlis Hari Raya bagi meraikan anak-anak kelahiran Perlis terutama mereka yang menjadi perantau di KL. Dulu pernah juga komuniti ini mengadakan majlis Raya di negeri kelahiran tetapi kini mereka lebih selesa mengadakannya di Kuala Lumpur.
Syawal kali ini, sekali lagi bertempat di lokasi biasa di rumah antara orang kuat AP.com, Che MAT GEBANG yang luas lagi selesa kerana mereka ni juga buat katering so perkakas semua lengkap. Aku pernah tulis, dari sekecik-kecik belanga hingga sebesar-besar kawah.
Aku diberitahu, konsep kali ini adalah gerai. Aku diminta menjaga gerai ABC. Tidak banyak masalah untuk aku kerana untuk mencari bahan mentah sangat mudah. Pasar Pudu semua ada. Tak sampai setengah jam, kami dah dapat semua bahan pada sehari sebelum program. Hanya permintaan last minit yang mahukan Buah Enau/Buah Kabung tu saja yang tak “peraya”. Mujur Che MG jumpa di pasar borong.

Kita layan gambar...
Ni gerai yang diarahkan untuk AA menjadi “penjual”nya.
Poster iklan tu aku buat sendiri, laminate sendiri jer. Saja nak bagi meriah.
Poster iklan tu aku buat sendiri, laminate sendiri jer. Saja nak bagi meriah.
Handle mesin ABC tak susah mana, tapi nak parut Cincau pun nak kena ada orang tunjuk. Adehhh teruknya ko Azie!
Ada banyak menu tapi tak semua dapat AA snap, sebab sibuk jaga gerai. Konon! Makan pun tak sempat jamah semua. Ketupat, lemang dan rendang dapat rasa secubit dua saja. Laksa Perlih yang ditempah khas dari pengusaha di Bandar Tasik Puteri juga sempat dapat semangkuk saja. Cepat sangat lakunya.
Juga ada Rojak Buah dari Che YAH, Kari Daging, Kacang Kuda Rebus, Nasi Himpit, Ketupat Palas, Sate... hmmm ada lagi tak yang aku tak ingat? Adehhh ntah kenapa kali ini aku makan tak banyak. Ada yang aku tak sempat rasa pun.
Majlis secara rasminya bermula selepas solat Jumaat tetapi rata-rata kami hadir seawal pagi. Aku jer yang sampai sayuppp....
Majlis secara rasminya bermula selepas solat Jumaat tetapi rata-rata kami hadir seawal pagi. Aku jer yang sampai sayuppp....
PAK DIDIK yang tiap kali majelih, mesti jadi orang kuat di dapor a.k.a. Chef terhormat. Kali ini Pakcik jaga gerai Char Kuey Teow. Memang sedap bangat! Maklum Pakcik ni tukang masak di kenduri kahwin.
Kambing Panggang memang sedap sungguh! Disiram dengan Black Pepper Sauce resepi Kak E. Aduhhhh....! Tak puas makan!
Bersama salah seorang yang aktif tapi belum pernah hadir kerana tinggal di Kedah. Selama ni aktif mesra dalam web saja, kini bersua muka. UNCLE JENSEN! Yang kebetulan berada di KL bersama keluarga.
Mujur aku tak “apa-apa”. Steady jer. Tak tau berapa banyak aku makan Tapai yang enak lazat ni, laju jer suap bersulam Aiskrim! Ohhh... enaknyaaaaaaaaaaaa...!
Penyajak Syukri Abdullah pun hadir juga. Kali kedua jumpa dia kat sini. Lama tak jumpa di Rumah PENA kerana aku dan dia pun memang sama-sama dah jarang hadir di situ. Sibuk.
Tuan rumah Dr DINON @ Che MAT dan isteri KAK E yang mesra dan baik hati. Meraikan hari ulangtahun kelahiran Che Mat pada hari yang sama. Pulut kuning khas buat sendiri.
Walaupun hujan turun lebat kira-kira setengah jam petang itu, bila seriyat saja, tetamu bertali arus dan syukur majlis berjalan lancar dan meriah sekali.
Terimakasih tidak terhingga buat seluruh warga AP.com yang baik budi yang sentiasa menjemput AA memeriahkan majlis.
Gathering depa ni memang sentiasa hebat!
Jangan serik nak ajak AA lagi noooo....
Gathering depa ni memang sentiasa hebat!
Jangan serik nak ajak AA lagi noooo....
~....SERI BULAN pernah berkata kepada HISYAM, “jangan berani makan sakan-sakan kalu badan tak tahan jajan” tetapi seperti biasa si lelaki tenang itu tetap ketegaq tak dengar cakap lalu bila dia terlantar di serambi Teratak Nyatuh, SERI BULAN malas melayan kerana dia tak pernah jadi pelayan....~
Fuh!!!!tapai bersulam aiskrim..tak pernah akak makan.rasa nak try sekarang jugak. rasanya kat fridge stok aiskrim vanila dan tapai pulut masih ada lagi..yummy
ReplyDeletesukanyaaaaaaaa ABC... buah enau plak campoq sekali tu....
ReplyDeleteMeriah sungguh makan2 ni, tengok pun dah rasa seronok :)
ReplyDeleteAmboiii.. tokey ABC tu.. Sedap ke??? hee
ReplyDeleteKAK ARIZAKIAH:
ReplyDeleteKena try Kak. Memang sedap Kakkkk... Sedapt sangat!
ALIMAZ:
Bila nak join AP.com sini? Memang depa dok mintak buah enau tuh.
DINAS ALDI:
ReplyDeleteMemang seronok bila berimpun ramai-ramai. Sama-sama masak pastu makan, gelak sembang gelak. :)
YAN:
Yang sedap adalah ABC bukan AA. hehehehe
meriahnya kak. saya suka ABC...tapi saya cerewet, suka manis2,...banyak susu..tak suka letak sos pelik warna coklat tu..
ReplyDeleteERI-CHAN:
ReplyDeleteSos pelik warna coklat tu adalah Sirap Gula Melaka. Ada orang memang tak minat.
Kalu majlis macam ni, bleh jer order itu lebih ini lebih.. sama macam mengada lebih! hehehehe
alahai, meriah sungguh..:))
ReplyDeletei love to eat, so lebih meriah if i be there too..hehe :)
Kalau dekat2, mahu kakcik hadir dengan tak malunya untuk makan (makan tau, bukan minum) ABC yang Azie buat. :)
ReplyDeletekueh teaw tu membuatkan perut ini: ggggggrrrrrrrrrrrrrrrr
ReplyDeleteais kacang...kambing...laksa...ketupat palas...lemang...tapai dan ais krim...balik rumah demam dan selsema bertambah teruk datang pulak skali package asthma...majlis ap.com punya penangan!
ReplyDeleteseronoknyakan..meriah sungguh makan2anya ha...
ReplyDeletebaca menu dan hidangan yang dihidangkan bersama..
ReplyDeletelagilah chay kwea teow. yang basah tu.. buatkan laparku menbuak2..
adeh!!!
meriah dengan kawan2, meriah dgn makanan
sabtu lepas, di kg saya pun buat open house tapi berkonsepkan gerai ditaman rimba.. :)
ReplyDeletefirst time tgk buah kabung apcking camtu. biasa jumpa org jual lambak atau dah sesiap masuk dalam tipuwey..
ReplyDeleteKak AA bab tapai dgn aiskrim tu le plg best sekali klaulah sy ada kat situ harus bermangkuk2 sy mkn..sheeedapppnyaaa!!!
ReplyDeletepertama kali nampak perkataan 'seriyat', apa maknanya.. hujan reda kut..
ReplyDeleteI folo u, u cuba folo I le..
Happening....
ReplyDeleteFARRA ARISHA:
ReplyDeleteThanks.
Memang meriah.
I pun suka makan gak! Jom..
KAKCIK:
Ehhh mari mari! Apa salahnya. Bukan kena bayar pun ABC tuh.
KHAIRIN:
ReplyDeleteSama ler kita. Tapi Kak Azie dapat makan, awak dapat geram. heheheheh lariiiiiii!
JUNAINA:
First, terimakasih hantar Kak Azie balik!
Jangan main ujan lagi tau. Makan ubat jer.
AMY:
ReplyDeleteBila dah majlis Raya, apa lagi yang paling meriah selain dari makan. Ohhh sampai tak tau nak makan yang mana.
AYU:
Segalanya kena meriah, baru seronok gathering raya.
Kalu kita jumpa? Meriah berganda agaknya.
MAKDARA:
ReplyDeleteWahhh gerai di taman rimba tu lagi best. Makan dengan rimau, gajah zirafah sekali ker?
KAKNGAH:
Sekarang ni Buah Kabung tu pun dah moden. Memang packing dalam plastik camtuh. Kat pasar ada.
CY NOARIZAH:
ReplyDeleteMakan tapai bermangkuk-mangkuk? Pastu pengsan berkali-kali. hahahahaha
CHEMID:
Yup, maknanya ujan dah reda skit. Renyai gitu.
MIECYBER:
Memang happening bang...!