Monday, September 5, 2011

Syawal 6th: Menghayun Kaki ~ Melenggang Tangan ~ Melonggar Lutut....

Assalamualaikum
Sunday
Syawal 6th



Lama dah aku ni duk KL, tapi aku bukan lah kaki jalan sangat. Kalu pergi bercuti jauh dari KL aku suka lah. Pantang ada peluang. Tapi kalu berjalan dalam KL, aduhai memang tak berapa minat. Dah tak sama nafsu masa 10,15 tahun dulu.

Bertahun kerja area BBintang, Pavilion belum naik sampai dah meriah aku baru pegi 2x. Dan begitu juga Wangsa Walk. Aku tak pernah pegi, sehingga petang tadi. Tetiba kami plan nak kuar jalan-jalan, berjimba kata orang.

Dak AMOI memang nak survey spek baru. Dia dah tak boleh pakai contact lense lagi. Doktor pun tak galakkan. Akhirnya jumpa kedai cermin mata yang ada sale, pakej murah sangat. RM138 saja (power mesti bawah 4.00). AMOI dapat frame idaman hati, macam biasa BLACK.



Mata dia lebih tinggi dari aku. Aku baru 3.75/3.00 dia punya: 3.50/4.50. Tiada extra charge! Yang best, boleh siap dalam masa setengah jam! Guna duit raya. CHAK guna duit raya dia beli kasut skulah baru.

Cari KFc tak jumpa (sebenarnya di luar bangunan Wangsa Walk, kalu tak silap).


Masuk jer sini.


Aku try spek baru dia, macam ok gak eh? hahahaha


Bila sentuh jer, “lembu” tu bunyi mengeluh...


Layan filem “Apes”. Not bad.

IKA sudah balik semula skulah dia, bas jam 8.00 malam tadi. Cari tiket siang, langsung tak dapat. Next week ada exam.

Budak-budak lain pun start skulah semula esok. Kita? Biasa lah, esok majoriti kita bakal masuk kerja semula. Huh... Monday Blues eh?


~...tak lalu makan bukan bermakna rindukan sesiapa, hilang selera bukan bererti angaukan seseorang, mandi siram ke lantai sebab tu tak basah-basah bukan bermaksud penasarankan apa, tetapi SERI BULAN memang sangat-sangat rindukan HISYAM...!~







23 comments:

  1. assalam AA..beruntung nya dapat pakej murah buat cermin mata.
    sesuai jugak dengan AA bentuk tu..nampak cantik..

    ReplyDelete
  2. Lawa la akak pakai spek tu..nmpk muda n sweet..=)

    ReplyDelete
  3. ACIK ERNA:
    Betul. NAsib baik betul dapat jumpa pakej tu tadi. Bajet pun berlebih tu.


    KALAMHATI:
    Anak dara pun cakap macam tu tadi. Dia kata sangat sesuai gak untuk Kak Azie.

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai wangsa walk....

    lembu tu keluarkan susu sekali tak?

    ReplyDelete
  5. AA dh ramai yg puji baik buat sekarang gak...hehehe..muda tu yg nk dengar...hahahah

    ReplyDelete
  6. minus lima tahun muda dengan spec Amoi tuu....hehe

    ReplyDelete
  7. GEDEK:
    Kalu perah, harus kuar susu dia tuh!



    CT:
    AA baru jer buat spek sebelum posa ritu. Nanti nanti la.



    NAJWA:
    Lima tahun jer? alaaaaaa...!

    ReplyDelete
  8. Salam Azie...

    pejabat kakcik masih sunyi hari ini dan kakcik layan ngantuk. :)

    Pavilion tu sebelah pejabat Abg Mus, tapi kakcik belum pernah pun masuk lagi.

    ReplyDelete
  9. tak pernah berjalan sampai ke sana.. sekadar lalu tu pernahler.. ;)

    cermin mata tu nampak comel.. macam en. suami ai, spek dia pun ala2 bentuk macam tu.. yang naka pakai dia tapi yang pilih ai.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  10. itulah..kengkadang kita ni lebih menghargai tpt org berbanding tpt sendir.. sesekali buat cam ni, memang best.

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya zie.
    budak2 muda je agaknya yang suka masuk tempat-tempat macam tu. kpah kalau gi kl, masuk sogo je haha..

    ReplyDelete
  12. p/s

    selamat hari raya n welcome back to work!

    ReplyDelete
  13. sekrg ni akak mmg trend org pakai spek bingkai itam camtu, saya pun buat satu...hehehehe

    ReplyDelete
  14. kak..
    pada mata kasar ayu..
    speak mata tu mmg sesuai dengan bentuk muka kak............

    ReplyDelete
  15. Kalau sebut Kl memang malas nak pergi jalan jem dan terlalu ramai orang.

    Kak Zai juga nak mencari spek baru yang lama dah kurang power.

    ReplyDelete
  16. salam aidil fitri azie..leikha saya pun dh kembali ke sekolah dia semlm..kena hantar sebab bawak barang banyak sangat..baju busuk le..dah nak exam kan..saya yang seram sejuk ni maklumla ni exam pertama dia..hrp anak2 kita berjaya ya ..

    ReplyDelete
  17. KAKCIK:
    Agaknya umur-umur macam kita ni, tak nak pegi tanpa sebab, kan?
    Kalu ada hal, barulah terkial-kial mencari tempatnya.



    AIZAMIA:
    Sepakat tu, sama-sama pilih design frame. Dia nampak segak di mata isteri, kan?

    ReplyDelete
  18. YAN:
    Sekali sekala memang best, tapi kalu dah selalu, alahai jemu jugak, kan?



    IBUNDO:
    KAK PAH, saya ni dah berapa tahun tak pegi area Sogo. Dekat 6 tahun tak masuk Sogo lagi. Tak lalu saya dek jem tuh.

    ReplyDelete
  19. KHAIRIN:
    Terimakasih. Selamat kembali bertugas juga buat RIN.



    MAMASYAZA:
    Kak Azie pun tingin gak. Trendy gitu!



    AYU:
    Itu mata kasar. Kalu mata halus? hehehehe

    ReplyDelete
  20. KAK ZAITUN:
    Elok tu Kak. Sekarang ni banyak kedai spek buat promotion, pakej murah-murah.



    SANIAH:
    Kadang-kadang, kita ni yang lebih-lebih nervous dari anak yang nak exam. Semoga semuanya berjaya!



    CKLAH:
    Terimakasih.
    Selamat kembali mengajar juga buat CKLAH.

    ReplyDelete
  21. Maaf bertanya...di raub suma kedai spek owner cina ke...ade kedai melayu x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Raub? Maaf Akak tak berapa faham soklan Amy. Kenapa tanya Raub? Kak Azie bukan pernah pergi Raub pun. Yang Kak Azie dok citer dalam entri ni, kedai dalam Wangsa Walk, KL.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails