Friday, September 16, 2011

Selamat Bercuti dan Bersantai Bersama Pasembor!

Assalamualaikum
JumAAt
16-09
Syawal 18th



Selamat bercuti sempena Hari Malaysia.

Apapun dugaan, cabaran zaman ini, berusahalah dan kekalkanlah jati diri menyayangi negara sendiri, menjadi warga yang mengenang budi dan mengerti bahawa negara kita adalah yang terbaik...!

Sejak 2,3 hari lepas, hampir seluruh jalan-jalan di tengah pusat bandar jem teruk! Sebab ada raptai sambutan Hari Malaysia. Kelmarin, atas urusan AA pun terperangkap teruk sehingga terpaksa ubah program.

Hajat hati nak bersarapan Nasi Lemak di TPCA dibatal kerana jem kronik, lalu ditangguh dengan program brunch di Restoren Pasembor Utara, di Jalan Raja Uda, Kg Baru.


Macam biasa Pasembor Spesel!


Macam biasa juga, Air Tembikai Laici (tak sampai lagi masa snap).

Meja paberet tu patut kena tukar pasni, sebab tiang kat belakang sudah hantam kapla gua (yang kadang-kadang ada batu besar jugak duduk!) itu hari. Benjol jugak! Tu lar, bercerita sambil gelak-gelak goyang kapla lebih sangat!

Jangan tanya harga, sebab sampai skang AA tak pernah tahu (silap tak ambik tahu), sebab bila makan di situ dengan kawan, AA tak pernah jadi tukang bayar.

Ni pulak kisah semalam:

Rajin lak pulak tengahari pegi ke Pasar Pudu (cari benda penting untuk program AP.com)

Lalu tapau ini untuk lunch sendiri:

Hajat nak Rojak Mee, dapat Rojak biasa jer. Mee dah habih.


Cendol Kacang! Alhamdulillah...


Apa program anda sekalian di hari cuti? Takkan berlengkor jer depan tv?

Jom jalan-jalan!

AA terlibat suatu program Majlis Raya. Nanti kita citer yaaa...



~...walaupun HISYAM begitu cerdik membela dan meyakinkan kembali sebuah keraguan SERI BULAN, tetapi mana mungkin dapat menerbit rasa ceria itu balik semula kerana SERI BULAN sudah termakan Asam Kelubi lalu wajah berkerut sukar sekali menjadi licin berBotox...!~










19 comments:

  1. selamat HARI MALAYSIA buat kak azie sekeluarga,
    kak.. ayu ada pogram di sekolah umai...
    selain naikkan jalur gemilang kami akan makan2.. maklumlah masih raya..

    ramai blogger belum online.. agak2 ada pelbagai program kan>>

    fuh!!!
    kak pakai pink colour.. cunnya kak daku....

    ReplyDelete
  2. kak AA,

    lama tak balun pasemboq... fuh! terlioq tengok...

    ReplyDelete
  3. ada majlis juga yang kena hadir... :)

    selamat bercuti azie

    ReplyDelete
  4. selamat hari Malaysia. yay hari ni pergi rayaaaaaa....melingkar kat rumah tunggu kain siap dicuci sambil tgk sambutan kat TV3 jek

    ReplyDelete
  5. AYU:
    Menyambut Hari Malaysia dengan cara kita masing-masing. Yang penting kita setia, kan?
    *Tu bukanlah pink sangat, tu peach.



    EJA:
    Jom kita pekena pasemboq tang kona Parit Buntaq!

    ReplyDelete
  6. A KL CITIZEN:
    Sama ler kita Cikgu. Hari ini makan-makan-makan... adehhh..



    ERI-CHAN:
    Selamat beraya. Makan sungguh-sungguh. Biar kenyang sampai malam!

    ReplyDelete
  7. AA,
    Sedap rojak.Nak carilah kat Gurney Drive nanti.
    Selamat hari Malaysia

    ReplyDelete
  8. amboii kakAA, kalau pasal makan......


    ingatkan mai Penang pekena pasemboq!!!

    ReplyDelete
  9. saya pun penuh jadual ari ni dari pagi sampai petang

    ReplyDelete
  10. SALAM,
    SUKA ROJAK MEE! YG JUAL KAT KEDAI MAMAK TU LAIN SIKIT RASANYA ! BEST, TARUH GANJA KOT !

    ReplyDelete
  11. selamat hari malaysia to kak AA
    & selamat bercuti juga.. =}

    ReplyDelete
  12. sembang2 kapla goyang sampai hantuk tiang?

    har3...terke'el gelak dok membayangkan...sure dok citer kes hangat tuh kan? heh3...

    ReplyDelete
  13. MOKJADEANDELL:
    Makcik, saya pun lama dah tak pi ke Gurney tuh. Sana pun best tempat jalan-jalan, tapi barang macam mahal skit, kan?



    NAJWA:
    Ohhh kalu mai Penang, mesti nak cari Pasemboq punya!

    ReplyDelete
  14. KALAMHATI:
    Terliur jer ker. Kena pi cari jugak, nanti banjir! hahahaha



    EELOBOR:
    Elok juga berjalan beraya ke rumah kengkawan dan sedara mara. Bila lagi.. time cuti ni la kan?

    ReplyDelete
  15. HAMBA KERDIL:
    Pasni mesti kenyang. Kenyang tengok! hehehehe



    LF:
    Betullah. Agaknya depa jampi sekali kot. hehehe



    CKLAH:
    Agaknya kawasan sana majoriti Melayu, saya suka cari makanan di sana.

    ReplyDelete
  16. FATIN MRAZ:
    Selamat bercuti juga to Fatin. Cuti dan ujan, lepak di rumah pun syiokkk!



    QUEENIE:
    Ala Kak. Bukan citer hangat, tapi kawan saya tu puji saya. Tu yang saya gelak tak hengat tuh! hahahahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails