Khamis
Syawal 9th
Rata-rata kita, hanya layan lemang, ketupat, daging, dan seumpamanya hanya pada 2,3 hari pertama Raya sahaja. Selepas itu, tekak mula teringin nak cari Nasi Lemak, Nasi Putih berlauk sayur kampung, atau Roti Canai, Mee Goreng Mamak... dan juga Teh Tarik!
Agak muak bila kita asyik pekena ayam daging, rendang, kuah kacang... berlemak dan silap makan asyik berulang ke tandas saja.
Tapi semasa beraya di kampung ritu, pada Hari Raya kami juga berpeluang makan menu yang tiada ciri Raya pun.
Agak muak bila kita asyik pekena ayam daging, rendang, kuah kacang... berlemak dan silap makan asyik berulang ke tandas saja.
Tapi semasa beraya di kampung ritu, pada Hari Raya kami juga berpeluang makan menu yang tiada ciri Raya pun.
Tiada langsung menu raya. Cekodok Pisang, Cekedek Udang, Meehoon Goreng, Nasi Goreng Kampung, Roti Canai!
Pangkin bawah pokok manggis, hasil inisiatif Abg NGAH. Agak sempurna walaupun belum berbumbung, tapi selesa jika inginkan santai dan ciri kampung!
Aduhhh... senarai jemputan ke Majlis Rumah Terbuka, semakin panjang. Sama panjang dengan senarai kerja. Ada 2,3 jemputan melalui FB terpaksa di jawab “No”. Sori Berlori yaaa.
~...sedih barangkali bila HISYAM hanya bermenung di serambi berdinding separuh bila semua orang bercakap tentang SERI BULAN bakal berada di lembah baru pada purnama mendatang...~
setiap kali balik selalu beli lemang untuk pak mertua tapi saya lak tak makan sangat lemang
ReplyDeleteaduhai sedapnya....
ReplyDeletemakanannya sedap2 tu...
rasa terburai jugak puasa pagi ni...
menu dan keluarga berkumpul tu yg bukak selera....
Nyamannya dapat makan di pangkai sambil dibuai angin lalu. :)
ReplyDeleteKat rumah kakcik pun masih banyak tapai (kakcik sendiri tak makan tapi kerana alahan).
zie, lebih kurang 6 tahun dulu semasa perjalanan balik dari beraya sakan di melaka, kakpah kena serangan darah tinggi. First time kena. Sampai bangi, pergi klinik, tengok2 bacaan punyalah tinggi. Dr tanya banyak makan daging ke.
ReplyDeleteMemang pun banyak. Mana pegi pun daging.. ayam..
Lepas pada tu kpah dah berhati2 makan kalau pegi jalan raya.
Gearbox tu kalau boleh elak, elak. Bahaya tu...
halwa buah kabung tu, orang kampung saya panggil buah belulok ! itu memang kegemaran saya.
ReplyDeleteaduyaii...bestnya dpt makan ramai2 camtu...kita ni laya agaknya? jeles...:)
ReplyDeleteKirim salam kat makcik apron biru tu ya...hi3
memang pun, tekak ni dah tak boleh nak terima, lemang, ketupat n rendang. dah start nak cari gulai ikan n sambal belacan
ReplyDeletewah..seronoknya!!! makan atas pngkin beramai2...tapai jugak yg mnyelerakan!!!
ReplyDeletekite pun byk dpt jemputan, entah sempat ke idak nak pegi semua tempat
ReplyDeletehuhuhu
halwa buah kabung~~rindu nak makan~~
ReplyDeletesantainya bersarapan di laman... mesti angin menyapa tanpa segan silu..
ReplyDeleteKak tapai dgn sup tu adalah salah satu menu raya kat rumah mak sy... air tapai pun ramai gak peminatnya kena simpan siap2 dlm peti es!!
ReplyDeletebestnya makan kat pangkin ...menu tak sedap pun jadi sedap ...
ReplyDeletemak acu pun buat tapai masa raya aritu...sedap makan dengan kelapa parut
ReplyDeleteback to basic hehehehe
ReplyDeleteassalam Azie..acik suak betul makan sup gearbox tu..tapi baca komen kak pah tu..takut pulak..
ReplyDeleteMasa arwah mak kak Zai hidup selalu buat halwa buah kabung.
ReplyDeleteKalau orang Melaka buat kenduri tak tinggal tapai, sedap dan manis.
salam AA
ReplyDeletehebatnya dia, senarai open house panjang berlori, yalah org femeskan....
Makcik apron tu pandai masak macam2kan, hehe hari tu ingat nak tiru dia punya abok2, sampai la ni tak buat lagi!
kak............
ReplyDeletebestnya, lain dari y lain.. hehehe
teringin nak ada pangkin sendiri.
duduk sambil makan2.. ada yang pandai peting gitar lagi syok..
fuh!!!
EELOBOR:
ReplyDeleteAda juga orang yang tak makan lemang kerana alah pada pulut. Mudah semput.
AKAK:
Dah start puasa enam kah? Selamat berpuasa kak.
Alaaa... menu macam tu, takkan lah terburai puasanya. heheheheh
KAKCIK:
ReplyDeleteAda orang cadangkan makan tapai dengan aiskrim. Tapi sampai sekarang saya tak sempat lagi nak try macam tuh.
KAK PAH:
Waduh... sampai tumbang. Saya sendiri kurang gemar daging, kerana MyTOKLAKI ada darah tinggi, dan saya memang jarang sangat beli.
Tapi Gearbox tu, dia belasah cukup-cukup!
Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
ReplyDeleteYaaa.. saya pun pernah dengar orang sebut Buah Belulok. Ada gak yang panggey buah enau.
CT:
Makcik Apron Biru, jawab Walaikumsalammmmm...
MAMASYAZA:
ReplyDeleteWahhh Sambal Belacan tuh... kena lak dengan ikan goreng. Aduhaiiii
MULUTPAYAU:
Yup..! tapai tu memang enak nyaman. Simpan petiais, makan time sejuk-sejuk!
NM02:
ReplyDeleteMana yang sempat tu, eloklah pergi. Menghargai jemputan.
Kak Azie ni kerja seminggu 6 hari, susah nak celah.
BUJAL X:
Jom kita cari sama-sama!
AZMASK:
Angin menyapa, lepas kenyang makan terus landing dan berdengkur! hahaha
CT NOARIZAH:
ReplyDeleteAir tapai? Ohhh tak pernah lak Kak Azie dengar orang minum air tapai gitu saja. Mesti manis dingin eh?
CHIK ATT:
Betul. Makan beramai-ramai, di tempat terbuka macam tu memang semua jadi sedap.
ACU:
ReplyDeleteOh... Kak Azie tak pernah dengar pun orang makan dengan Kelapa Parut. Harus dicuba nihh...
KHAIRIN:
Yup... Jadi orang kampung, tetap orang kampung!
ACIK ERNA:
ReplyDeleteMakan apa pun memang sedap. Tapi kena lah berpada-pada kan? Nanti yang baik pun jadi tak baik pula.
KAK ZAITUN:
Saya jer yang tak pernah tahu pasal Halwa Buah Kabung tu. Tu la pertama kali saya lihat dan makan.
MAMA JU:
ReplyDeleteTidak lah. Jemputan dari kawan-kawan kenalan lama.
Menu banyak, ramai-ramai masak sesama.
AYU:
Yup, nak kan lain dari yang lain lah tu yang sarapan kat pangkin. Dingin nyaman dan menyeronokkan!
saya suka tapai!
ReplyDeleteakak penah mkn tapai pulut hitam tak? :D
*
dan mungkin sebab penangan raya, minggu ni tiap2 hari saya order teh ais! hahaha!!!
GB:
ReplyDeleteTak pernah! Akak pernah buat entri mencari Tapai Pulut Hitam, sampai skang tak jumpa pun!
Teh Ais! nak jugakkkkk!