Thursday, September 22, 2011

Makan Sakan-Sakan, Macam Rezeki Rimau...

Assalamualaikum
Khamis
22-09-2011


Entri kali ini memang akan memuatkan kisah makan-makan, tentang orang makan banyak, kuat makan, suka makan, pandai makan... dan gambar makanan-makanan belaka.

Sesiapa yang TERmasuk TERbaca dan TERtengok pic di sini, kemudian TERkesal kerana TERgoda, SORI BERLORI ya. Jika anda memang seorang yang ketat diet, sampai tengok pic makanan pun rasa marah, tengok pic air sirap pun rasa cair, tengok gambar mihun goreng “bodo” pun rasa geram sampai kutuk si tukang masak... please, pi main jauh-jauh!

Blog ini memang suka belasah jer apa citer dia nak tulis, tak spesifik kategori apa pun. Sila pilih baik-baik jika anda memang orang baik-baik yang hanya baca cerita baik-baik sahaja.

Ini kisah semalam di tempat kerja. Jemputan dari salah satu our big client, sudah dibuat minggu lalu cuma aku yang terlepas dengar, dan sorang kawan selantai pun terlupa lalu kami tidak begitu menepati konsep raya semalam. Pegi majlis Raya pakai jeans! Aduhai. Mujur pakai blaus, so tak ler janggal sangat kot.... (ayat penyedap hati sendirik jer tuh..)


Sama tempat dengan majlis Raya tahun lepas. Dewan Felda, dekat Keramat.


Ada Kambing Golek youuu..! 3 ekor katanya.


Cuma, pada aku, Black Pepper Sauce dia masih tidak dapat nak lawan resipi KAK E, dari AP.com.


Lontong yang aku sengaja makan dengan Serunding Kelapa. Adehhhh sedapnya Serunding dia.


Spagheti Seafood. Tak leh habis. Kurang kick.


Laksa Asam. Ok, sedap.
Ramai tahu, jika majlis di Dewan Felda, hanya katerer ITU yang menjadi penyedia makanan tunggal. Pakej.



Kerana Roti Canai (ker Roti Boom?), diambil agak lewat, lalu cuma boleh sekeping. Tapi.. aduhai sedapnya weyy! Rotinya lembut gebu.


Ada banyak lagi termasuk Nasi Minyak dan lauk-pauknya, Ketupat, Lemang, Rendang, Sate, Teh Tarik, Kuih Raya, Kek segala macam, buahan, ABC... Aku tak amik pun, sebab menu ni dah selalu sangat dah makan.


***

Kerana MyTOKLAKI menunaikan janji dengan anak-anak Tarzan, lalu semalam juga Emak Tarzan gantung Apron!



Semua rakyat isi rumah keluar makan, kecuali ALONG. Tapi cuma budak berdua ini saja yang aku boleh snap pic.


Nampak Tembikai Laici? versus KueyTeow Kungfu. Mujur tak berkungfu aku malam tadi! Ahaks!


Jalan lupa, ada program Gathering Blogger pada bulan depan. Sila BACA DI SINI. Jangan terlepas tarikh!



~...Mak Utih membebel sampai ke senja bila SERI BULAN yang pulang dihantar HISYAM kelihatan sama-sama kuyup kerana sengaja menanti hujan turun di sebelah baruh, lalu Pak Utih mencabar supaya kedua mereka disimbah lagi dengan air setempayan...!~







21 comments:

  1. D'Saji memang Felda punya katerer, kan? Nak tak nak kenalah terima mereka sebagai pakej kalau menempah dewan Felda. :)

    Kakcik tergoda tengok lontong tu. InsyaAllah, hari ini hari terakhir kakcik ganti puasa.

    Bulan depan, jangan lupa ya? :)

    ReplyDelete
  2. saya kalau entri bab2 makan nie memang cukup suka.... huhuhuh

    ReplyDelete
  3. kak azie,
    akak dtg tak umah kakcik???
    sy insyaALLAH kl takde pape sy dtg...
    akak jgn lupa tat nenas saya kak...heheheh

    bini org kije felda pun belom dapat mkn kat sini lagi kak...untung laaa akak ye...hehehheh

    ReplyDelete
  4. kak, gambar2 di atas, semua akak Ngap ke??? fuhh..memang rezeki rimau!!

    ReplyDelete
  5. selalunya sedap la katerer dewan felda nun....huhu

    ReplyDelete
  6. wahhh kak azie...makan...makan...dan makan...besttttt...

    ReplyDelete
  7. yummii..

    ati ni dah lama benor tak makan
    ala2 hotel ni
    kena tunggu cuti sekolah baru dapat
    rasa...hihi

    ReplyDelete
  8. dah termasuk nak buat macam mana .. nyaris2 lagi rasa nak berbuka. hehe

    ReplyDelete
  9. nampak sedap2 semua menu dia kak AA...

    ReplyDelete
  10. kalau dtg majlis camni takleh pakai kebaya...kena pakai jubah...har3...

    sesekali mmg sedap mlayan tekak kan?
    asalkan lepas tu jgn termenung nyessal..tu akaklah hek3

    ReplyDelete
  11. hari ni last day puasa 6, alhamdulillah. terujanya tengok makanan enak2 belaka. mana leh diet, saya semua balonnnnn!!!!

    ReplyDelete
  12. saya tgk gam suka,dpt mkn lglah suka..
    nak sikit..

    ReplyDelete
  13. KAKCIK:
    Yup, D’Saji memang katerer tetap Dewan Felda. Pakej sekali.
    Selamat berbuka Kak Cik.
    Ohhh.. tak sabar bulan depan. Harap2 tiada halangan lain. Dah lama kita tak bergathering, kan?



    EELOBOR:
    Yeahhh.. kita sama!

    ReplyDelete
  14. NAZZ@PURPLE:
    Tergoda boleh, jangan ikut balik. hehehehe



    AZIAN ISKANDAR:
    Kak Azie memang tinggal cuma 5 minit jer dari umah Kakcik. Kerap gak pegi rumah Kakcik.
    InsyaAllah, berjumpa kita nanti.

    ReplyDelete
  15. NAJWA:
    Alaaa amik skit jer. Rasa rasa jer. Tapi kenyang jugak.



    HEZRIN:
    Ada yang sedap, ada yang kurang kick ada juga menu yang kita tak minat. Biasalah tu, kan?

    ReplyDelete
  16. JUN AINA:
    Memang. Makan jer tak berenti. Musim raya ni memang makan sakan-sakan!



    KHAIRIN:
    Betul. Betul. Memang melantak. hehehehe

    ReplyDelete
  17. ATI:
    Kak Azie pun sebab dapat jemputan le tu. Maklum ikut geng bos ni merasa ler makan dalam dewan.



    Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Selamat berbuka Bang. Sori, kalu terlior!

    ReplyDelete
  18. MUNNA:
    Menu majlis raya. Memang sedap belaka!



    KAK QUEENIE:
    Hahahaha... kalu makan sampai buncit pun takper kan? hahahaha

    ReplyDelete
  19. ZUWAIDAH:
    Selamat berbuka. Syukur dah selesai puasa 6.
    Balon balon juga, jangan sampai tak leh bangun. hehehehe



    HAMIZAH:
    Sama ler kita. Suka makan. :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails