Saturday, September 24, 2011

Nasi Lemak bersulam Chicken Dance & Poco-Poco...

Assalamualaikum
Sabtuday
24-09-2011
...lega skit tak perlu kija hari ini wpun berada di tempat kija


Sebelum terlupa, terimakasih kepada Blogger YAN. Pagi tadi tempahan Tart Nenas sudah selamat sampai ke rumah beliau, dihantar oleh Dak AMOI yang kebetulan hari ini ada majlis Raya dan farewell kawan seangkatan dapat sambung belajar ke London. So dia keluar pagi dan buat delivery. Thanks YAN.


AA ada 3 jemputan Open House hari ini, tapi “tak peraya” nak pi.

Hari ini tempat kerja buat Majlis Raya untuk seisi bangunan dari Lantai 1 hingga Lantai 3. 2,3 orang client yang datang berurusan juga dijemput sama. Program sudah dirancang seminggu lalu dan tempahan menu juga sudah dibuat.

Menu biasa-biasa saja, tapi memang kenyang!


Snap waktu orang belum ramai naik. Kalu dah ramai, malu nak snap macam wartawan.


Nasi Lemak lapik daun pisang + Ayam Masak Merah. Air Nescafe tu tugasan AA. Enak jugak laaaa...


Zoooooom!



Rendang Daging ni betul-betul menambat hati! Aku kurang minat daging, tapi bila dah jumpa Rendang Daging yang enak camnih, ohhh tak fikir dua kali, lalu tambah berkali-kali!



Makan Lontong + Kuah Lodeh + Rendang Daging!

Bila staf lelaki semua sudah beredar buat hal memasing, kami yang wanita ni cari lagu yang sesuai untuk menurunkan lemak. Konon!



Mula-mula kami menari Chicken Dance! Enjoy gak. hahahahaha

Pastu cari lagu-lagu Poco-Poco plak. Part ni memang layan habis! Walaupun step agak berterabur, tapi belasah jer!



Aku dengar negeri Perak yang haramkan Poco-Poco ni ya? Ntah, kami layan jer. Lagipun bilik tertutup.

Balik kekenyangan lalu yang terbayang dalam kepala adalah lepak guling depan tv dan jika dapat lelap sejam dua pun ok gak. Kalu dapat 5,6 jam lagi baguih! hahahahaha



~...SERI BULAN kesal bila ada SERI lain yang dipaksa kahwin dengan orang yang dilihat penuh amal walau bukan amil sedang HISYAM dipaksa jadi saksi atas paksi lalu bila dijeling dia terasa ingin berpusing...~








6 comments:

  1. sedapnyeee kak AA huhu lapa trus tgk nasi lemak tu..huhu

    ReplyDelete
  2. assalam AA..patut dah tukar ke kasut pulak ye..rupanya senan nak berpoco poco..

    ReplyDelete
  3. kak,

    kalu sambung tidurr sampai pagi pun ok... esok sambung poco-poco lagi....

    ReplyDelete
  4. KALAMHATI:
    Memang sedap sungguh Nasi Lemak tadi.



    ACIK ERNA:
    Betullah. Tapi kami di tempat kerja, memang tidak dibenarkan berkasut dalam studio.

    ReplyDelete
  5. EJA:
    Amboiiii... mau menggigil lapar kalu tido sampai pagi.

    ReplyDelete
  6. best aritu dpt ajar anak2 chicken dance..hehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails