Isnin
12-09-2011
Bila terlalu sibuk, 3,4 hari tak sempat nak jengah laman kengkawan. Blog sendiri pun tak termenang tangan nak reply komen.
Jika ada masa terluang untuk melompat merempit dari satu blog ke blog lain, habih semua blog lists yang tersenarai dijengah, dikeloi dan disapa, walaupun tuan rumah kekadang 4,5 hari tak update. Tak kisah, bila ada peluang menziarahlah kita.
Malam ini nak cuba merempit mana yang sempat. Sambil mata jeling-jeling juga kisah cinta penuh dramatik antara Sabariah Mansor dan Kasim Selamat di RTM2...!
Jika ada masa terluang untuk melompat merempit dari satu blog ke blog lain, habih semua blog lists yang tersenarai dijengah, dikeloi dan disapa, walaupun tuan rumah kekadang 4,5 hari tak update. Tak kisah, bila ada peluang menziarahlah kita.
Malam ini nak cuba merempit mana yang sempat. Sambil mata jeling-jeling juga kisah cinta penuh dramatik antara Sabariah Mansor dan Kasim Selamat di RTM2...!
Sabariah Mansor: “Kalu lelaki hensem ni jadi mata air aku, Raya Cina aku!”
Kasim Selamat: “Kenapakah Tuhan jadikan kau manusia. Bukankah baik kalu kau menjadi haiwan.”
Nyonya Mansor pengsan!
Kasim Selamat: “Kenapakah Tuhan jadikan kau manusia. Bukankah baik kalu kau menjadi haiwan.”
Nyonya Mansor pengsan!
Para Ibu Mertua sekalian, jangan pandang rendah pada menantu anda masing-masing, walaupun mereka berasal dari kalangan orang biasa yang tiada ada-ada, atau dari kampung sekalipun...!
******
Tayang kenangan sebelum hilang dari ingatan:
~....SERI BULAN melihat HISYAM murung yang demam kehilangan selera makan, lalu ingin sekali dia berkongsi kemurungan itu, lalu surat tetap dihantar dititip di bawah tempurung...!~
hehe..tgh menonton nih.. =}
ReplyDeleteyang penting 20sen tak ada dalam ini cerita..
ReplyDeleteheheheh
PS: sangat jeles bila kak dapat kumpul FM banyak2...
FATIN:
ReplyDeleteJom layannnn...! Kak Azie suka lagu-lagunya.
AYU:
FM adalah cenderahati paling mudah (dan murah) yang boleh diminta dari kengkawan yang bercuti luar dari kampung halaman kita. hehehehe
saye dah tau jln citer tu...tak tengok pun dah tahu...suke lagu2 kat citer tu..semuanye best jer bile dgrnye..
ReplyDeletesaya tak sempat tgk tv harini. tapi kalau tgk tu wajib layan sampai habis. penuh dgn tragedi. heheh~!
ReplyDeleteSalam AA
ReplyDeleteinsyaallah saya akan jadi mertua jugak satu masa nanti,hehe saya taklah cerewet mcm mak mertua p ramlee tu....sapa2 pun ok, tapi saya takutlah klu anak saya kawin dgn anak org kaya2, hehe
sempat tgk sikit je smlm sbb mata dah terkebil-kebil. haha. wah glamer nama ceben disitu. kui kui kui
ReplyDeleteLama dah tak tengok citer. Teringat masa induksi hari tu berlakon jadi mak sabariah lagi. hehehehe
ReplyDeleteSemoga kita mampu menjadi ibu mertua yang baik nanti, InsyaALLAH. :)
ReplyDeleteAzie..
ReplyDeletePendapat akak pulak kan... Nyonya Mansor dah buat yg terbaik dengan bersetuju mengahwinkan anaknya Sabariah dengan Kassim Selamat tapikan.. Kassim Selamat yang tak mahu berusaha meningkat ekonomi rumahtangganya...- pendapat masing2 ya...
Hehehehe..entah berapa ratus kali TV ulang tayang citer Ibu Mertua ku (dan lain2 movie P.Ramlee) kan..tapi kita masih tak jemu2 menonton nya... Itulah penangan P.Ramlee!
ReplyDeletemy mak mertua is the bestttt
ReplyDeletehalf way tonton ibu mertuaku...pengsan telan ubat selsema...hari ni demam pulak huhuhuhu
ReplyDeletenasib baik my mak mertua bukan Nyonya Mansur....
ReplyDeletesyukur sangat sebab saya hanya sorang menantu yg biasa2 saja dan berasal dari kampung juga sepertinya
ibu mertua ku sporting gila hahaha
ReplyDeletenak dapat menantu yang baik, jadilah ibu bapa yang baik terlebih dahulu...
ReplyDeleteTak lama dengan ibu mertua sebab ia pergi menemui ilahi.
ReplyDeletexpe kalu x dpt MIL yg x sporting tp jgn byk mulut alahaiiiiii
ReplyDeletesyukur mendapat ibu & bapa mertua yang sporting habisss..... tabikk spring sebab sanggup bagi anak pompuan dia kat saya. hihihihihi
ReplyDeleteibu mertua ku......let's just say, saya amat happy duduk jauh beribu ribu batu dari dia, muahahahaha.....
ReplyDeleteSalam Kak Azie..
ReplyDeleteTiba-tiba terindu ler pula pada bonda mertua..
Al-Fatihah buatnya....
tak sabar nak dpt mak mertua :D
ReplyDelete