Tuesday, September 6, 2011

Syawal 7th: Beraya di Rumah Orang, Jangan Perasan Rumah Sendiri...

Assalamualaikum
Monday
Syawal 7th


Baru hari ini terbuka hati, terasa ada mood nak buat entri tentang sambutan Raya Aidilfitri 1432H.

Ya buat tahun kedua kalinya, kami beraya dia Jemapoh, Kuala Pilah lagi. Bergerak pada petang Isnin, tiba beberapa minit sebelum berbuka hari terakhir Ramadhan 1432H. Jem teruk di sepanjang Teraci menuju Tanjong Ipoh.


Malam raya!

Ramai plak yang beli bunga api dan mercun kali ini. Padahnya, pipi CHAK terkena serpihan bunga api. Melekat parut sampai ke KL... dan ke skulah jugak.



Acara biasa di pagi raya.


Menziarahi pusara moyang. Pusara arwah nenek pula di KL.


Tahun lepas pun kami menziarah rumah yang sama, depan sawah padi. Persekitaran rumah Mak saudara MyTOKLAKI, yang kami panggey Wan Alang, dalam daerah Jempol.


Ke rumah Tok Acu, kebetulan ada pokok rambutan kuning yang masih ada buahnya di pokok.




Tak pernah jumpa sungai?
(I like panorama pokok buluh di belakang tuh)
Rumah abang ipar di Relau, Seri Menanti. Ada laksa sedap menanti.



Sebahagian sanak-saudara yang sempat singgah.


Tetamu datang dan pergi. Membawa rezeki mengerat silaturrahim.

Seronok sungguh, sebab ramai sepupu-sepupu sebelah MyTOKLAKI mesra dengan AA, walaupun kami jarang bersua muka. Tapi bila ada kesempatan begini, meriah dan happy sangat!

*sebenarnya ada banyak sangat gambar, tak mungkin plak nak boh semua, kan? Hehehehe

Sambutan raya setiap orang memang tidak sama. Berbeza mengikut penerimaan dan cara. Bagi AA secara peribadi, tidak kisah di mana asal semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama, bertanya khabar, meluah rasa, berkongsi masalah jika boleh, bertukar pendapat tentang keluarga dan anak-anak.

Beberapa acara atau tradisi keluarga — gotong-royong bakar lemang or kacau dodol, bergurau sambil masak kuih atau sambil pasang langsir, sepakat mengemas keliling rumah... atau apa saja — sekiranya terus diamalkan, terus menjadi budaya pasti menjadi ikutan kepada generasi muda. Anak-anak dan cucu-cicit.

Walau dari mana pun kita berasal, negeri mana pun kita dilahirkan, andai sudah dijodohkan dengan orang yang bukan senegeri or sekufu, pandai-pandailah membawa diri. Yang anak terus cuba menjadi anak yang baik, yang bergelar menantu (bukan hantu macam aku), teruslah berusaha menjadi menantu seadanya bukan dengan niat membodek atau pura-pura...

Suka AA nak menulis beberapa perkara di sini, sekadar untuk panduan di masa akan datang. Untuk kita bersama TERUTAMA buat anak-anak AA yang memang membaca blog Mak Tarzan depa nih.

Bila kita berhasrat besar untuk berkumpul bersama keluarga ipar-duai-lamai, jangan buat rumah Mertua macam rumah sendiri. Suka hati sepupu-tok-nenek nak bergolek guling-guling macam dalam rumah korang. Jaga tingkah laku.

Dah balik angkut anak ramai-ramai tuh, pandai-pandailah bawa sedikit buah tangan. Kuih raya kah, gula barang sekilo dua (maklum raya), beras 2,3 kilo ker, tepung sikit ker... Jangan lenggang kangkung Mak Limah saja, mengharap makan di rumah Mertua (atau rumah Mak sendiri).

Kalupun tak sempat atau tak mampu nak sumbang banyak, memadai dengan memberikan sedikit perhatian pada penat lelah ipar duai lain yang bersilat tak cukup pencak di dapur, sampai jelaga muka dok tiup asap api masak ketupat, rebus air masak, bancuh air berteko-teko. (Sebenarnya, semua orang tingin nak melawa jer di pagi raya sampai petang, tapi kang sapa plak nak jadi orang dapur?)

Teringat satu komen sorang kawan di FB: “Tapi... kalu menantu pompuan jer yang ligat di dapur, tapi anak-anak perempuan Mak Mertua buat derkkkk jer... apa hal plak tuh?”

Yeahhh... banyak terjadi. Bak kata NABIL, “Lu fikir lah sendiri!”

Selamat meneruskan sambutan Raya masing-masing dan selamat berpuasa bagi anda yang berpuasa sunat Syawal.



~...SERI BULAN kembali meninjau perahu koleknya yang hampir berlumut di jeti, HISYAM kembali ke baruh mengintai tali buaian yang hampir reput sedang WAHAB tidak lepas mata mencerlung gadis idaman di balik celahan rumpun buluh sehingga tak sedar ulat bulu dah masuk di celah kain pelikat...~








24 comments:

  1. Salam AA

    SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN


    Wah AA begitu bergaya, nampak ayu.
    Seronokkan raya bersama audara mara.

    ReplyDelete
  2. selamat hari Raya AA....Maaf zahir batin...meriah ye raya di Jemapoh...tak balik Perak ker...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya kak zie...
    mesti la seronokkan bile berkumpul dan jumpe saudara mara mcm tu...

    saya pun ade acara mcm tu dipagi raya..sedihkan bile mintak maaf mcm tu...mintak halalkan semuanya...

    ReplyDelete
  4. betul tu azie..saya pun nak berkongsi..adik lelaki saya anak 6..yg kecik baru sethn belum blh berjln dan nmpk mcm slow sikit pembesaran nya..dan si ibu di pagi raya sibuk pergi sembahyang raya yg sunat tu dan tinggalkan anak kecik pada anak sulung yg berumur 11thn..dan lepas tu pergi pulak melawat kubur...kdg2 terpikir..org ni tak ada akal ke? geram tapi tk dpt diluahkan..
    seingat saya semenjak ada 3 ada ni..baru 2thn kebelakangan ni saya dpt bersembbahyang sunat aidil fitri sebab taknak membeban kan mak dan org lain utk jaga anak sendiri..org lain? pikir pun idak..aduhaii

    ReplyDelete
  5. mmng seronok dapat brkumpul ramai2...macam2 prangai ada...
    Kalau di rumah mertua saya...kakak ipar yg brtngkus lumus di dapur, menantu cuma jadi pmerhati (itulah saya, mnntu hantu)..hihihi.

    ReplyDelete
  6. ada yg ingin ku luahkan di sini, tp tak terluahkan...masih belum jumpa jalan dan pintu bila bicara ttg mentua, ipar duai dan menantu....

    ReplyDelete
  7. MAMA JU:
    Beraya ni kalu dengan family jer paling best. Itulah hikmah beraya, berkumpul sanak saudara.



    MAMA MIRAKI:
    Tahun ini tidak balik Perak lagi. Sebelum puasa haritu dah balik 2,3 hari dah.



    DINAS:
    Meriah dengan cara kami saja, Cikgu.

    ReplyDelete
  8. AIN NORAINI:
    Acara bermaafan tu lah kemuncak beraya, selain berziarah dan makan-makan. Kami panggil drama emosi.



    SANIAH:
    Ada orang mengambil mudah hal sebegitu, tanpa berfikir panjang perasaan orang lain. Kita tidak menghalang langsung seseorang menunaikan ibadat tetapi tentulah tidak mengabaikan tanggungjawab. Bila berkumpul begitu, tentulah kita berusaha menjaga hati dan perasaan orang lain juga....

    ReplyDelete
  9. hehehehe...suka ngan komen seorang kawan di fb itu.

    ReplyDelete
  10. ...dan bila ke rumah orang, jagalah pandangan. Jangan melilau memerhati itu ini dan bertanya pelbagai soalah mengalahkan wartawan. Kan Azie? :)

    ReplyDelete
  11. MULUT PAYAU:
    Memang ada juga yang geng macam saya eh? Menantu hantu! hahahahaha



    QUEENIE:
    Saya pun sama. Ada yang tidak terluah, kerana blog saya begitu open kepada semua. Kita cuba menjaga hati semua orang, hanya orang yang tidak prihatin, tidak pandai menjaga hati orang yang lebih tua dari mereka. Sabar saja lah...

    ReplyDelete
  12. EELOBOR:
    Komen itu lebih menjurus kepada luahan hati...



    KAKCIK:
    Ahaaa.. itupun satu hal jugak. Ada kawan kerja saya dulu macam tu. Masuk rumah orang tanya macam-macam. Langsir nak tanya, pinggan nak tanya, kerusi perabot nak tanya. Siap belek pegang pegang plak lagi! Adehhhh....

    ReplyDelete
  13. Assalam AA..memang sepatutnya kita tidak balik dengan tangan kosong..paling tak pun bawak le gula sekilo..
    Alhamdulillah..selama acik jadi menanti dan anak belum pernah balik dengan tangan kosong..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir batin.

    -----> yang bersilat jadi komander terjerit2 dengan 14 orang anak buah lasak tu saya, yg bersilat di dapur juga saya hingga tak sempat nak beraya dan ramah tamah dengan tetamu. Tak sempat nak golek2 pun hu hu hu tak dan nak melawa nampak sopan dan ayu pun...sepanjang masa berlumuih dengan pinggang, periuk belanga...bau ntah macam apa dah. Kalau tak buat, Mek pulak kena buat. Kesian orang tua tu pulak hu hu hu

    ReplyDelete
  15. Masa kedua orang tua hubby masih ada selain makanan yang dah dimasak dibawa kerumah mereka kami akan singgah di supermarket dulu untuk membeli segala keperluan mereka,penuh satu troli bukan masa raya saja tapi setiap kali balik sampai anak2 merungut kereta penuh.

    ReplyDelete
  16. betul tu kak..sy rs nk seligi je kalu jupe pompuan yg buat deeeek je.bkn kecik lg dah beranak pinak pon!

    ReplyDelete
  17. Baca nama Jemapoh tu, teringat saya filem "Dari Jemapoh ke Manchestee" ~hehe

    ReplyDelete
  18. ingatan yang bagus... dan seboleh²nya treat lah ipar duai macam adik beradik sendiri saja, senang camtu

    ReplyDelete
  19. “Tapi... kalu menantu pompuan jer yang ligat di dapur, tapi anak-anak perempuan Mak Mertua buat derkkkk jer... apa hal plak tuh?”
    sya setuju 1000 peratus ape yg kwn kak Azie ckp tu. Sbb pernah tgk situasi mcm tu bkn saya tapi mak saya. Mak sya menantu perempuan teruk basah kuyup kat dapur,tp arwah tok saya x bising pon kat anak perempuan dia iaitu makcik sya x tolong kat dapur time blik raya dulu-dulu. semuanya melawa kat depan aje termasuk anak2 perempuan dia. Skg ni arwah tok sya dh meninggal,tp kenangan pahit tu masih segar dlm ingatan saya

    ReplyDelete
  20. dalam banyak2 gambar tu ada nampak mcm sorg mak datin gitu hehehe

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya kak z
    wah...meriah nye....
    seronok bila semua berkumpul
    rasa tak puas seminggu kat kampung

    ReplyDelete
  22. 'Dalam ramai-ramai anak menantu tu, yg penting orang tua jgn sesekali beri layanan berbeza tak kira apa kedudukan'. Itulah 'resepi' mak ckLah....yg memang kaya anak menantu.:D

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails