Friday, March 8, 2013

Sejak dulu, saya tak mahu mereka tahu saya seorang blogger...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
08-03-2013


Saya mula tulis blog sejak 2007. Maknanya, dah lebih 6 tahun menulis (3 tahun pertama tu, blog private). Alhamdulillah belum luntur semangat, walaupun graf aktifnya turun naik.

Tetapi saya memang tak berapa suka nak declare diri saya seorang blogger, bila berada dalam kelompok yang saya tahu, kurang aktif di web sosial. Contoh, sedara mara yang saya tahu tak aktif laman sosial.

Paling saya jaga ialah, tempat kerja. Saya sejak dulu, seboleh-boleh tak mahu sesiapapun dari tempat kerja saya tahu, saya seorang blogger.

Masa di Jln Imbi dulu, terbocor juga rahsia. Seorang staf dok ‘stalk’ blog saya. Mujur la dia bukan jenis kepochi sangat, tak jadi ‘pengulas sukan or pengulas gossip’. Jadi apa yang saya tulis tidaklah mendapat ulasan selari atau yang seumpamanya.

Selepas itu saya cukup jaga. Jangan ada yang tahu. Saya tak kisah pasal stalker, tapi membawa keluar “isi perut” entri ke luar dan ditokok tambah menjadi pelbagai versi dan persepsi, tu yang saya rimas. Harap-harap tidak la terjadi sebegitu.

So, di tempat kija baru sekarang, ruang untuk terdedah tetap ada. Sebab rakan sekerja sangat ramai. Saya harap tidak ada yang ‘tersesat Google’ tetiba ‘terjumpa’ blog ini.



Ciri-ciri wartawan busy body macam ‘Michelle’ tu tak mustahil. Itu yang saya paling nak elak. Samada perkara baik atau buruk, saya lebih suka untuk orang tidak tahu banyak pasal diri saya di luar pejabat.

Saya peramah, mesra tapi saya jenis tak suka ada follow-up. Kena ada gap antara rakan sekerja dengan diri sendiri di luar bumbung pejabat.

Lebih sedikit mereka tahu pasal diri saya, itu lebih baik.




 ~...menanti senja pun sudah cukup meletihkan dan me‘lingu’kan HISYAM apalagi hendak menanti malam tiba dan bulan diharap akan muncul biarpun cuma sabit sebelah, SERI BULAN belum lagi dibawa pulang dari hilir kerana Mak Utih sengaja berlengah sambil mengugut HISYAM tidak dibenar datang selagi jahitan belut masih bengkok macam ular menggeliat...~




48 comments:

  1. assalam AA,,kalau diopis acik pun tak berapa suka ada yag baca blog..walaupun ada yang dah tau..tapi tiada ulaan yang dibuat..itu yang acik paling suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah jika depa tahu, tapi pastu buat buat tak tahu...

      Delete
  2. Sokong Azie.
    Makcik masa kerja,kalau boleh tak mau orang tahu makcik tulis blog.Takut mcmmcm.
    Kdg2 lebih baik incognito..baru boleh luahkan segala perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh takut macam-macam? Ye lah, takut orang salah anggap pula tulisan kita, kan?

      Delete
  3. saya menulis dr tahun 2006..tp setakat syok sendiri dan segan nak komen blog org.

    saya aktif 2008..mula komen blog org dan mula kenal banyak blog
    saya x kisah org baca blog saya (kawan opis..sedara mara) tp plsssssss
    jgn tanya psl blog depan saya.baca boleh tapi x perlu ulas depan saya
    saya malu..........sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang-kadang tu ada yang jenis macam takda perasaan, siap perli perli kita pulak.

      Delete
  4. eemm.. macam ai.. ada kelompok tertentu yang tau..
    walaupun teramat jarang ada sesi luahan rasa tapi takut juga terlepas ke pihak yang suka menambah perisa ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah perisa tu sampai yang manis manis masam tu jadi pahit kelat masam...

      Delete
  5. Sy tak kesah pun klu kwn2 tahu yg sy ni ade blog. Heeeeee~

    ReplyDelete
  6. Skrg rmai dh tahu sy aktif blog dan seorg blogger... Sy x pnh bgtau tpi diorg tahu gak.. Dan de yg bca secara snyap wpun x pnh komen... Xpe la..kira secret admire la kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga jika tulisan kita diambil secara positif, tiada yang salah faham.

      Delete
  7. Salam kak azie..

    mmg tak selesa bila org tahu kan.. saya pun tak pernah beritahu.. mana2 yang tahu secara tak sengaja tu tak dapat nak buat apalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketidakselesaan kita itu berasas dan beralasan. Bagi yg dah tahu, tidak dapat dielak lagi.

      Delete
  8. sama.. sy pun kurang selesa jika ada yg tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ketika kita lebih suka orang tak kenal sahaja yang baca, kan? hehe malu.

      Delete
  9. kita tak nak glamour..nanti org tahu masak kena perli...betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada jer spesis suka perli, sindir bila dah baca entri kita. Macam la kita tulis benda salah pulak.

      Delete
  10. Assalamualaikum,
    Ofang opis saya pjn x tau blog sya, depa tau blg rasmi je yg tadak apa menarik utk depa skodeng.

    Saya jugak tak sukx xtvt luar opis diketahui org opis. Mcm tu jugak xtvt dlm opis, org luar opis patutnya x tau.

    Sangat rimas bila org opis tanya pasal xtvt luar opis saya, sgt x suka org luar opis tanya pasai keja saya hingga bergosip bagai hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. “sgt x suka org luar opis tanya pasai keja saya hingga bergosip bagai hu hu hu”

      Ramai juga jenis macam tu. Sedangkan kita tak selesa bila orang tak tahu pasal kerja kita.

      Delete
  11. Semua teman pejabat kakak pun tak tahu kakak ada blog sendiri tambahan semua bukan org Melayu. Kakak bebas berblog. Ras lebih senang dan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bebas berblog tetapi bila ada yang mengutip cerita kita bawa keluar sebagai bahan nak diulas dijaja... tu yang rimas.

      Delete
  12. Kak Zie,

    Orang yang suka color purple mmg misteri & a bit perahsia orangnya... :))

    Masa kerja dulu takde sorang pun yg tau ttg blog saya tp skrg 'tiada rahsia' lagi.... time ni mmg saya nak curahkan segala2nya sb jauh kan...hehehe...lepas ni kalau balik kerja semula mungkin saya akan buat blog baru atau mcmana tak fikir lagi... tutup terus kot blog! hikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi blogger yang tinggal di luar negara, memang susah nak rahsia. Maklum pengalaman dan segala cerita nun jauh di sana, sentiasa dinanti dan ditunggu oleh ramai sedara mara dan kawan-kawan di tanahair.

      Kak Azie sendiri sangat suka baca kisah-kisah orang kita yg bermastautin di negara orang.

      Delete
  13. saya pun taknak opismate tau yang saya ada blog..nanti ade la kutuk2 pulak..malu lah sebab blog kite blog picisan je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab kutuk-kutuk tu yang kita nak elak tu. Maklum, kita tulis lain, depa faham lain.

      Delete
  14. hi kak, saya nak share sikit.
    saya pun kalao boleh memang tak nak orang tahu saya tulis blog.
    sekali mana tahu suami sendiri terjumpa blog saya waktu dia google search.
    da sekarang tak de rahsia lagi, kawan2 pun tahu saya tulis blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah... lama mana ler pulak nak sorok, kan? Satu hari ada juga yang akan tahu.

      Delete
  15. Famili kakzana ramai taktau ada blog. Kalau tau pun si suami yg kecohkan. Bukan dia baca pun. Begitu juga famili kakzana, mereka ni malas membaca..hehe..cewah ngutuk hari jumaat. Kenyataannya mmg begitu, takde masa nak ngadap intenet mcm kita ni.

    Betul kata Azie, kena ada gap samada dgn kwn2 atau saudara mara. Kalau semua org tau kisah kita, rimaslah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada yang jenis tak minat dgn internet. (laki aku ler)

      Delete
  16. Dari dulu sampai sekarang, cuma sorang kawan rapat & sorang rakan sekerja saja yg tau saya ada blog & keadaan ini akan diteruskan sampai bila2, in syaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah sebaiknya kan? Kang kalu satu sekolah sampai ke guru besor pun tahu... haru.

      Delete
  17. salam kak azie..

    "membawa keluar “isi perut” entri ke luar dan ditokok tambah menjadi pelbagai versi dan persepsi, tu yang saya rimas. Harap-harap tidak la terjadi sebegitu."

    yang ni dah jadi pada saya..entah macamana dia terjumpa blog saya n terus tersebar meluas.habis apa yang saya luahkan (1-2 entry) dia pi report kat orang atas..hasilnya kesemua kandungan blog sy di print dan sy dipanggil mengadap..eh sy pernah cerita kat KKA kan hehehe tapi itulah bahayanya bila ada yang bermulut longkang berada disekeliling kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la padahnya kan, bila tulisan kita disalah ertikan kemudian dijadikan bahan untuk menjatuhkan kita pula.

      Padahal, kita menulis benda yang benar, tetapi ada pihak tidak dapat menerimanya, lalu meletakkan kesalahan tu ke atas kita. Sungguh buruk kesannya.

      Delete
  18. semua sedara mara tau saya blogger..tapi saya tak suka kalau depa sembang pasal blog sedangkan depa tak de blog..klu depa ada blog saya ok je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah. Hanya blogger lebih memahami blogger lain, kan? hehehe

      Delete
  19. Masa majlis kenduri kahwin anak kak Zai terkejut besar bila ada yang tahu blog kak Zai, dah lama follow katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog Kak Zaitun pun saya suka. Tak miss nak baca. Sekali sekala tak sempat, tapi cuba nak cover juga.

      Delete
  20. Memang bahaya kalau kerja dlm organisasi, yg ada ketua, yg ada kaki report...dlm keadaan sebegitu, nasihat saya, selagi boleh elakkan menulis di blog tentang tempat kerja, kerana kadangkala apa yg kita rasa ialah kritikan membina, di terima sebagai cercaan oleh pihak yg tersentap..keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala kita hendak juga menulis, berkongsi cerita cuma tak boleh nak sebut nama secara terang-terangan. Risiko.

      Delete
  21. hehehe..mcm Mat Gebu kak..rahsia sangat nk tengok muka dia. Lastly terbocor d majalah rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah keluar majalah, tapi tak keluar wajah, nanti ada pulak yang tak percaya siapa pemasak menu yang sedap-sedap tu. Memang wajar la kena keluarkan wajah. Ada rasionalnya juga tu.

      Delete
  22. noe start blog sejak 2006 ..tp syok sendiri jer..baru start ujung thn lepas ada gambar muka sendiri..sebelum2 ni x ada..mcm noe x kisah klu office mate tau..ada yg tanya..bagi je la..tapi rasanya tak banyak entry pasal office..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kita tidak menulis sesuatu yang mengaibkan orang lain or pihak tertentu, tak der la masalah langsung. Cuma riko disalahfahamkan tu yg kita tak ndak tu.

      Delete
  23. saya tak suka masukkan cerita2 mengenai tempat kerja or orang perseorangan dalam setiap entry saya, saya cuma cerita perihal diri sendiri dan kehidupan sebagai isteri dan keluarga je.

    yelah, bak kata zaman sekarang...informasi di hujung jari, agak sukar yang menyekat jaringan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Zaman IT ni, berita bergerak pantas macam cahaya. Pantang ada isu sensitif, laju jer orang nak bercerita.

      Delete
  24. Bermimpi pun kena berani juga, kalu tidak mimpi tinggal mimpi. hehehe

    thanks.

    ReplyDelete
  25. pakcik pon tak suka kalau orang tau pakcik ni blogger... tapi heran, macam mana orang boleh cam jugak...

    haha!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails