Wednesday, July 31, 2013

Ramadan 22: Terjumpa ex-boipren di tengah jalan. Nak kene langgar?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
31-07-2013



Sebelum nak mula sebarang citer (macam banyak benor citernya?), saya nak maklumkan, dan perjelaskan tentang Tart Nenas Sepanjang Tahun tu.

Sebenarnya bukan saya buat. Saya ni mana ler pandai buat kuih raya ni. Sejak kahwin, saya lebih tumpu masak lauk-pauk jer bila Raya. Kuih Raya memang tak pernah buat pun. Tart Nenas Sepanjang Tahun tu dibuat oleh kawan saya. Saya jadi tukang jual @ dealer saja. Tu pun dah jenoh. Kalu saya yang buat, jawabnya ada ler yang berbuka berlaukkan inti nenas jer hari-hari... Hahahaha...!

Ok cerita lain.

Dalam entri sebelum ni, bukan main eksyen lagi saya tulis saya sentiasa sempat berbuka di rumah dengan rakyat di rumah. Tapi....

semalam jugaklah saya terpaksa stay sampai jam 7:00pm. Lalu ketika time berbuka tu, saya sedang berada dalam LRT di Kelana Jaya baru nak bergerak balik. Padan muka saya..! Baru beberapa jam cakap, akhirnya Tuhan tentukan yang saya kena berbuka di luar. Insaf weyy...!

Dalam pada ramai yang ghairah bercerita tentang agenda shopping dan borong barangan Raya, saya belum terbuka hati nak jejak kaki menyelit di celahan orang ramai di Jalan TAR. Masuk kompleks pun kali akhir masa sebelum Ramadan dulu. Ada takda pun, masuk Tesco cari barang dapur jer.

Jangan lupa satu bab ni yer kawan-kawan:

“Berzakat Menyucikan Harta dan Jiwa”

Tengok siri nombor resit zakat tuh. Ramainya rakyat dalam rumah saya!

Eh... cerita sebenar yang nak ditulis:

Apa anda akan buat kalu terjumpa@tertembung or terjemuh bekas pakwe/makwe or gewe, terjumpa di tepi jalan ler (pehal nak jumpa di tengah jalan, nak kene langgar?):

  • pandang, senyum say hai?
  • pandang, pastu jalan buat tak kenal?
  • pandang, senyum then borak tanya khabar?
  • nampak tapi buat tak nampak? (tapi muka merah telinga merah menahan debar)
Kenapa saya tanya?
Sebab semalam saya terjumpa. Dia pandang, saya pandang. Tapi belum sempat saya nak fikir apa-apa, dia dah menoleh ke arah lain dan blah. Cisss....!

Opsss.. jangan salah faham. Saya takda niat nak tegur pun. Saya cuma nak tengok jer. Tengok pun salah ker? Ahaks!







 ~....kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun hanya selingkar dengan sesiapa yang lain kerana bimbang apa yang disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham dalam ertikata serasi bersama itu lebih bernilai dari air sarsi...~




Tuesday, July 30, 2013

Ramadan 21: Kari Ayam rempah timbang kati...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-07-2013


Hari tu, ada yang tanya. Kak Azie balik keja naik apa sampai rumah begitu lewat di bulan posa?

Ya, hampir setiap hari bekerja saya sampai rumah selepas jam 7:00pm. Memang beberapa minit sebelum waktu berbuka baru saya sampai. Tapi belum pernah lagi terlepas waktu berbuka dengan rakyat di rumah.

Ya, kami tamat waktu kerja jam 6:00 petang di bulan posa. Kadang-kadang saya naik keta kawan saya sehingga Ampang. Kadang-kadang saya naik keta kawan yang lain hingga stesen Kelana Jaya. Jangkamasa hampir sama saja.

Kesempatan memasak hanyalah setiap Sabtu dan Ahad sahaja. Tu yang pulun sakan tuh. Kalu boleh semua benda saya nak masak. Tapi tak pandai-pandai jugak. Balik-balik lauk itu juga....

Mujur saya dah takda baby kecik yang perlukan perhatian yang begitu banyak. Baby-baby tua yang ada kat rumah semua dah boleh berdikari dan sangat memahami. Bila tiba part camni la, saya sangat bersyukur.

Beberapa urusan bisnes sempena Raya, termasuk urusan jual-beli tudung, jual beli Kek Coklat & Marble, dan yang paling menyerlah tentulah Tart Nenas Sepanjang Tahun, yang sentiasa mendapat sambutan. Wpun tahun ni tempahan yang saya dapat tak banyak (kerana saya sangat sibuk utk uruskan delivery, jadi sengaja saya hadkan tempahan) tapi regular customer sentiasa mendapat keutamaan.


Bila dicongak-congak 3 jenis bisnes tu sepanjang Ramadan sehingga menjelang Raya, hmmm... no bad. Keuntungan lebih sikit dari bonus Raya yang depa dapat. So tak ler saya ralat sangat....

Tayang-tayang (tak habis-habis):


Alia request nak Kari Ayam. So Kari Ayam saya yang pekat ini, guna rempah kari ‘timbang kati’ yang dibawa dari Pasar Khadijah, Kota Bharu oleh blogger Anyss. Yummeh...!

Saya buat lagi sekali gorengan ni, tapi kali ni Udang Goreng Tepung.


Of course la hasilnya sangat membanggakan. Cewahhh.. sapa lagi nak puji diri sendiri, ye dak?

Oh ya... header Raya sudah digantung. Tapi.. tak ler se cun dan seunik yang dipinta dek T.A.T.A. Itu jer yang mampu dan sempat saya buat.





 ~...di saat warga Kampung Separuh Desa mula sibuk untuk menyambut lebaran, HISYAM tiba-tiba menyebut hendak menginap semalam dua di baruh bersama beberapa orang belia tanpa mempelawa SERI BULAN bersama kerana bimbang semua kerja tidak menjadi andainya para belia lebih menjeling ke arah wanita berseluar khaki berkemeja kotak lengan tiga suku, lebih dari membuat kerja yang dirancang berbulan...~




Monday, July 29, 2013

Ramadan 20: dah boleh tukar header Raya tak?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senayan
29-07-2013


Bukan main seronok lagi bebudak kat opis yang dapat angpau Raya RM500 tuh. Ada saja perancangan yang saya dok dengar.

Dalam sibuk nak cuti beraya sambil sibuk nak siapkan seberapa banyak kerja yang tengah menimbun, beberapa orang terlibat sebagai ‘committee’ untuk Majlis Raya company yang menjadi acara tahunan. Acara yang paling besar dan paling meriah yang diadakan.

Walaupun tarikh majlis berubah 2 kali (kerana masalah nak dapatkan tarikh free dari Menteri yang dijemput), akhirnya sudah ada ketetapan tarikh selepas Raya. (Dengar khabar depa cuba dapatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai VIP jemputan, ntah dapat ke idak)

Nampaknya majlis Raya company kali ini akan lebih meriah kerana sebuah anak syarikat sudah dibawa masuk (merged) dan menjadikan jumlah staf di Lantai Department saya bertambah lagi 14 orang.

Soksek dari committee, hadiah Lucky Draw tahun ini akan ditambah jumlahnya, untuk memberi lebih ramai staf berpeluang bawa balik hadiah lumayan. Saya cuma berangan nakkan Iphone 5 jer.. Atau paling cekai kalu dapat petiais 2 pintu pun best gak! Mana tau, kot ada rezeki dapatlah saya tempek puluhan FM dalam koleksi saya tuh! Hehehehe....


Tayang-tayang:


TomYam ni sebenarnya saya buat kerana saya dah habis idea. Tak tau nak masak apa. So ulang la masak Tomyam. Digandingkan dengan Sotong Goreng Tepung. Pertama kali try. Uuishhhh saya memang tak pandai masak Sotong Goreng Tepung.


Dan, tak sangka menjadi pula. Nyesal buat sikit. Saya ambil resipi dari blog ShareMyLove. Terimakasih ya!

Resipi yang ringkas lagi mudah, tapi hasilnya yummy ya amat!

*Udang celup dalam telur, gaul dengan tepung rangup (tepung Kentucky) & tepung jagung (jumlah tepung sama banyak). Gaul kering sotong ke dalam tepung dan goreng.

Oh ya... berbalik kepada tajuk, boleh dak saya tukar header saya kepada header Raya?





 ~...malam itu selepas menjamah hasil karya SERI BULAN yang tak berapa menjadi, HISYAM duduk bersila mengadap Pak Utih sambil diiring SERI BULAN yang bersimpuh di sebelah Mak Utih mendengar Pak Utih merancang sesuatu untuk sebuah ikatan, mengharap sesuatu atas sebuah hubungan tetapi kerumitan dan kesulitan sekampung masih tidak dapat membuka laluan sebuah hubungan menjadi ikatan dan setia perjanjian, lalu Mak Utih tiba-tiba menangis tersedu...~




Sunday, July 28, 2013

Ramadan 19: berkumpul untuk iftar yang simple...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sunday
28-07-2013


Walaupun plan asal nak berimpun di Jinjang bersama MyBonda dan MyKakak adalah pada hari cuti Nuzul Quran hari tu tak tercapai, akhirnya selepas kerja Sabtuday kelmarin baru saya berpeluang ke sana.

MyKakak masak Nasi Ayam yang best dan saya cuma sempat masak Gulai Lemak Ikan Masin + Nenas.

Walaupun menu adalah sangat ringkas (sebab MyKakak kuar shopping sepetang semalam), tapi suasana berimpun camtu adalah sangat best. MyBonda makan bertambah okeh!

No pic, sebab saya rasa letih sangat semalam. Terkejar-kejar dari opis balik kul 3.30 petang, nak memasak then terus ke Jinjang. Lepas ni, Raya baru dapat berimpun lagi.

MyBonda dah siap tempah soh saya buatkan Pulut Kuning, Raya nanti. MyAnak-anak buah request nakkan Rendang Ayam dan Sambal Tumis Bilis.

Tetiba rasa tak sabar plak nak sibuk memasak untuk Raya. hehehehe!

Cuti Raya sudah dapat kelulusan. Saya cuma minta sehari saja — sehari sebelum Raya — sehingga Ahad. Senin seterusnya tu, saya dah masuk opis. So Manager luluskan cuti saya. Ada yang apply 4,5 hari tak lulus semua. Ada yang kena singkatkan cuti. Project memang tengah banyak. Lepas Raya, kompom kena buat OT kaw-kaw!

Tayang-tayang:



Kek apa ntah, lupa dah. DAK AMOI belikan untuk CHAK yang berulangtahun Jumaat lalu. Secret Recipe. Kerana saya bukan peminat kek, so saya tak ler join acara rebut makan kek nih!


Cabonara SR. Tak sesedap Pizza Hutt punya. Paling sedap tentulah Chicken Cabonara yang saya buat sendiri. Hahahaha... tapi bila nak buat ntah.






 ~...ketika malam bulan mengambang penuh SERI BULAN terasa wajahnya jelas terlihat di permukaan Sungai Menghijau Lumut, tapi HISYAM yang menjadi peneman di malam itu hanya sengih mengejek sambil sengaja membaling batu membuang bayang lalu SERI BULAN terasa hendak menolak lelaki itu lalu merejam kepalanya tanpa belas...~




Saturday, July 27, 2013

Ramadan 18: sebenarnya saya tak suka apa yang saya dengar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
27-07-2013


Dah 5 bulan saya kerja di tempat baru. Saya sentiasa sedar saya masih dalam proses pembelajaran dan penyesuaian diri. Malah saya sentiasa tahu, setiap orang akan melalui proses belajar setiap hari. Apatah lagi bidang kerja saya, sentiasa ada benda baru, almost every day. Jadi setiap orang bersaing untuk ‘menakluki’ setiap perkara baru dan juga project yang naik dari Lantai Bawah.

Saya berani kata, dalam beberapa perkara saya sudah bersaing sama dengan beberapa orang staf ‘senior’. Malah ada beberapa project saya sudah boleh menunjuk dan membuktikan saya berjaya agak cemerlang, dan ada ketika saya tidak berbeza sedikitpun dengan mereka yang lain (dalam ertikata hasil kerja).

Namun begitu masih ada segelintir yang melihat saya ‘orang baru’, melayan saya sebagai baru... bereaksi saya sebagai orang baru yang dilihat mentah. Well... saya terima. No harm.

Tetapi, saya tak berapa suka dengan beberapa hal yang saya dengar (dalam ertikata saya diceritakan terus ke telinga) walaupun saya langsung tidak pernah join mana-mana grup berlonggok-sembang-mesorat-tingkap ketika mana pun. Kecuali masa lunch (sebelum posa dulu — yang hanya 15 minit bagi saya, pastu saya blah). Apapun saya tetap terdedah dengan beberapa stori yang disampai terus ke telinga saya walaupun kebanyakan cerita tu saya tak berapa suka nak dengar.

Seolah-olah cerita-cerita tu bertujuan nak menunjuk kepada saya (sebagai orang baru, kan?) bahawa orang itu hebat... orang ini bagus... orang ini kaya... orang itu rumah besar... Nak bersaing dan berlawan harta ker?

Saya bukan tak heran, tapi saya tak kagum pun. Saya orang yang simple dan sederhana. Setakat orang bagitau saya rumah dia sebesar padang bola, saya tak takjub mana pun. Saya hanya tabik, respek rezeki orang itu mewah.

Cerita yang saya diperdengarkan tu bukan saja melibatkan orang lain dalam opis saja, tapi kadang-kadang sampai adik beradik toknenek orang tu pun boleh disebut sekali. Sampai saya pernah sebut, “Amboi... sampai seluruh keturunan punya story pun awak boleh tahu?” Hebat sungguh depa punya bijak korek rahsia peribadi orang.

Kemudian saya juga rasa kelakar bila terselit juga dialog sebegini, “Abang J (salah seorang staf lelaki di department bawah) tu popularrrrr....! Dia kawan dengan artis!” > of course la dengan memek muka yang serius untuk meyakinkan akan kehebatan Abang J tuh!

Hahahahaha...! saya sorok gelak di balik tudung. Awat, nak lawan ker? Kalu saya sebut saya pun berkawan dengan artis, dah jadi saya pun tak mo kalah. Hahahahaa... tak kuasa aku!

Jujur, saya tak pernah tanya pada kengkawan sekerja dengan soalan sebegini:
  • Suami awak kerja apa pangkat apa?
  • Anak awak belajar apa level apa?
  • Rumah awak berapa tingkat berapa ratus ribu?
  • Gaji awak berapa ribu saving apa dah berapa banyak?
atau soklan sebegini:
  • Berapa lama dah awak menjanda, kenapa bercerai or suami meninggal bila?
Semua soklan tu tak akan mungkin saya tanya. Saya tak kuasa nak ambil tahu. Itu bukan gaya saya. Tapi saya boleh tahu hampir SEMUA orang lain punya hal peribadi. Sebab ada saja 2,3 orang yang suka bercerita pada saya. Mulut... itu yang buat saya tak berani langsung nak buka hal peribadi saya pula. Kerana hal macam tu lah.

Bagi saya, lagi sikit orang tahu hal peribadi saya, itu lebih baik.

Dan saya berharap sangat, tidak akan ada sesapa di tempat kerja akan jadi stalker blog saya pula. Tolonglah...

Tayang-tayang:


Dah lama saya tak buat Cucur Udang. So semalam saya buat, bulat-bulat macam orang meniaga tuh. Tak berapa menjadi sebenarnya, tapi rasa tetap terbaik. Saya buat setakat 10 biji, jadi tak berbaloi pula saya nak buat Kuah Kacang. Cicah sos cili dalam botol sudahhh...!







 ~...semasa moreh di surau Kampung Separuh Desa, Pak Imam tetiba berbisik ke telinga capang HISYAM tentang majlis suai-kenal bersama anak daranya akan diadakan dalam masa terdekat lalu HISYAM dengan muka merah tidak tahu hendak menjawab lalu mata segera mencari SERI BULAN yang bijak berkata-kata agar dapat mencari ayat mengelak atau perkataan menepis...~




Friday, July 26, 2013

Ramadan 17: Bonus Selangor, mentang-mentang la...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
26-07-2013


Ramai sudah maklum, pekerja awam Selangor dapat sebulan bonus Raya, manakala kerajaan pusat bagi duit Raya RM500 kepada kakitangan awam. Syukur la kan? Dapat jugak tampung duit minyak nak balik kampung...

Well, di tempat kija saya semalam akhirnya depa (I sebut depa sebab I terkecuali) boleh sengih sebab our Manager akhirnya umumkan yang depa dapat angpau Raya RM500. Menutup kedukaan depa yang dok sedih sebab hari tu dikaborkan takda bonus Raya.

Manager sebut, “bukan semua orang dapat...”. So bila ada yang dah cuak-cuak takut tak dapat, saya kata, “Kerja 16 tahun mustahil tak dapat. Yang tak dapat tu, saya ler sebab budak baru.” (budak??)

Bersyukur la sapa yang dapat bonus Raya tu. Panjang la sket langkah Hari Raya nanti, kan?

Hmmm hari in Selangorian bercuti sempena Nuzul Quran. Dulu masa saya keja di opis KL, saya selalu tensi sebab orang Selangor berdoyon-doyon turun shopping di KL. Buat sesak saja! Sekarang, bila saya sendiri cuti, hahahaha.... kesian kat orang KL!

Yang best lagi, cuti jatuh pada hari Jumaat, lalu bersambung hujung minggu memberikan cuti berganda. Saya dah berangan nak berbuka posa dengan famili MyKakak yang akan mai KL hari ini (Perak pun cuti gak). Tapi, arahan sudah keluar semua orang dalam department saya kena mai kija Sabtu esok. OT yang lumayan sebenarnya tapi kalu boleh nak la cuti 3 hari. Tak dapek la nampaknya.. Wuaaa....!

Selingan:


Hari ini 26-07-2013, Ulangtahun Kelahiran my anak bongsu yang manja kededek (macam mak dia jugak! hehehehe). Ulangtahun CHAK ke-11.







 ~...baju Melayu HISYAM sudah tergantung elok di tanduk rusa di Teratak Nyatuh setiap hari direnung diusap dek Mak Utih bersama rasa hati berbunga hendak beraya bersama tetapi SERI BULAN pula yang dilanda resah kerana terasa tidak diendah tetapi kerana rasa kasih yang tak bertepi kepada Pak Utih sekeluarga dan rasa cinta yang tidak pernah terluah kata terhadap HISYAM, dia akan setia berjaga sepanjang musim Raya...~




Thursday, July 25, 2013

Ramadan 16: “Kenapa siput babi jalan perlahan?” — jawapan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jemaat
25-07-2013


Entri terdahulu, teka-teki-tekuk yang tak berjawapan tapi dah ada yang menjawab tepat, sipi-sipi dan hampir tepat.

Walau ada beberapa jawapan lain juga, saya sangat berterimakasih. Sebab korang punya komen, buat saya tergolak sakan petang semalam. Merapu jer yang lebey eh? Nak kene?

Teka-teki tu saja suka-suka. Tapi memang saya tulis kat kertas dan passing passing kat kengkawan kat opis.

Dari mana saya tahu teka-teki tuh?

Komen Aziela memberikan jawapan dari mana puncanya:


Jawapannya:
Siput Babi jalan perlahan, sebab sibuk berfikir. Tak habis-habis berfikir sambil bersoal jawab sendiri, “Ambo ni siput ker, babi? Babi ker siput?”

Dah tak lawak dah kan?

Pernah tak tengok satu lawak (yang menjadi parody) di You-Tube, tentang pertanyaan bertubi sorang anak kepada ayah, “Siput apa, ayah?”

Ayah: “Siput Babi...” Siput aperrr....? Siput babiii...

hikhikhik... bebudak kat opis suka parody tu, asyik dok ulang-ulang. Hahahaha!

Ehh dah ler. Jangan gelak banyak sangat, kang terbatal posa.

Tayang-tayang:


Lempeng ‘kosong’ yang dibuat dek MyToklaki petang semalam. Terkojut gak saya, sampai rumah dah 7:25pm, anytime jer nak berbuka. Ada lempeng siap cicah inti nyior gula melaka.

Sedap wa cakap luuu...!







 ~...mendengar irama tepuk-bertepuk seperti Dikir Barat memberikan rasa keterujaan yang sakan di hati dan jiwa SERI BULAN kerana rasa sudah begitu lama tidak menghibur hati dengan irama selain bunyi hujan di zink Teratak Nyatuh, lalu ingin sekali dia mencabar HISYAM ke tengah ruang berdendang lagu lama tanpa perlu duet, lagu klasik Malam Bulan di Pagar Bintang, Sungguh Indah Bila Dipandang...~




Wednesday, July 24, 2013

Ramadan 15: “kenapa siput babi jalan perlahan?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
24-07-2013


Suatu petang yang boring... dan mengantuk. Tapi tak boleh nak buat lawak secara lisan. Kang bergegor satu ofis dek sora gelak berdekah saya (tempat keja saya, time keja memang sunyi).

Lalu saya tulis atas kertas, “Jawab teka-teki ni: Kenapa siput babi jalan perlahan?”

Saya passing dari satu meja ke satu meja. Sorang pun tak boleh jawab.

Sejam kemudian, saya passing jawapannya pulak. Masa tu, bergegor sungguh sebab depa pakat ramai-ramai gelak berdekah!

Tahu apa jawapannya?

Tayang-tayang:


Kek Coklat Sepanjang Tahun untuk makan saja-saja. Tempahan minggu lepas.

Terselit sebekas, Kek Marble Ros, yakni kek belang-belang. Untuk memenuhi keinginan sorang kawan di tempat kerja yang mahukan kek belang-belang macam zaman dulu. Bakar kek api atas bawah. Zaman di mana dia (dan saya masa sunti dulu) tak reti nak buat kek moden. Hanya pandai buat kek belang cenggini jer.

Oh ya... sapa tau apa jawapan teka-teki di atas?




 ~...ketika minggu pertama tiba di Kampung Separuh Desa, bukan setakat bunyi katak di malam hari pun memberikan rasa seram lagi ngeri kepada SERI BULAN, melihat angsa mengangkat leher tinggi pun sudah memberikan rasa seriau sakan lalu bila ayam piru Mak Utih mengembangkan bulu di leher, HISYAM segera berlari mengekang SERI BULAN yang berlari macam tak cukup tanah sampai terlupa kain batik sudah diangkat separas lutut...~




Tuesday, July 23, 2013

Ramadan 14: hot topic in office — no bonus Raya ni...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-07-2013


Petang semalam, our manager mengumumkan bad news. No bonus Raya tahun ni. Terpaksa ditangguhkan sehingga result application company untuk listing di Bursa Saham tu diketahui, dan berjaya. Paling lewat, Disember.

Muka depa tadi, masing-masing... huh tak boleh tengok! Saya menyimpan sengih sendiri. Sebab saya dah 5 tahun tak pernah merasa bonus di 2 company lama, so saya jadi terlupa dah bab bonus-bonus. Ada ke tak da, Raya tetap Raya. Dengan cara kami.

Jadi isu takda bonus Raya ni, menjadi hot topic dari Lantai Bawah sampai Lantai Tiga. Memahami keadaan agaknya, kami dilepaskan balik awal semalam, tak perlu stay OT. Wahh... bonus memang menjadi isu yang sangat besar sebab sejarah depa, bonus setahun 2 kali dan pernah cecah sampai 5 bulan bonus.

Dah nama pun bonus, itu dianggap penghargaan paling besar kepada staf, terutama bagi kita warga pekerja swasta. Cuma, dalam beberapa keadaan kita harus juga memahami kesulitan dan masalah pihak atasan. Beri sedikit masa. Pasti akan ada ganjaran lebih manis nanti. Jangan nak meroyan dulu...! Sabor... sabor.

Oh ya... kakitangan kerajaan dapat berapa bulan?

Tayang-tayang:

Bila nasi dah jadi senarai ke bawah untuk iftar. Kena buat menu lain sebagai alternatif. Mihun goreng. Sebagai penyeri, Bebola Sotong yang dah tak bulat selepas beberapa minit kuar dari minyak panas. Time goreng panas, elok jer bulatnyer. Alaaaaaa...... > merengek tak pasal-pasal?







 ~...ketika ditinggal berduaan dengan SERI BULAN di ambin tidak berdinding dan ruang terbuka luas untuk dijengah melangah, masing-masing hanya mampu pandang memandang berseli jeling-menjeling tapi hati terasa hendak marah kerana HISYAM bukan sahaja menyebut tentang Raya yang tidak mahu dirai, juga mengadu Baju Melayunya sudah lusuh dimakan hari tanda begitu lama mereka sudah bermastautin di Kampung Separuh Desa...~




Monday, July 22, 2013

Ramadan 13: Rendang Kerang — masak sakan-sakan, makannya cuma sejemput...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senayan
22-07-2013


Seperti yang dijanjikan ritu, saya memang nak cover balik usaha MyToklaki mengambil alih tugas memasak untuk berbuka sepanjang hari saya bekerja, 5 hari dalam seminggu. Sabtu & Ahad tentulah saya nak ‘rebut’ balik jawatan tu. Lalu usaha nak masak sedikit sedap dan spesel kenalah ditunaikan juga.

Gigihlah saya & CHAK mengopek kerang rebus sendiri. Nak juga buat Rendang Kerang. Ini kali pertama saya nak buat Rendang Kerang, tapi saya yakin senang jer nak buat. Tak jauh beza dengan rendang ayam.

Hasilnya tidaklah mengecewakan, wpun MyToklaki komplen agak pedas. Lidah nak nipis, katanya. Elehhh mengaku sajalah dah tua... Bebudak makan, steady jer!


Seorang kawan pula menyebut tentang daging dan kacang dhal, lalu buat saya tertarik pula nak masak Dalcha. Tak pernah buat pun sebelum ni, tapi saya sentiasa yakin menu ni mudah saja. Saya boleh agak cemana nak buat, termasuk teknik, dalam ertikata saya boleh agak waktu mana patut masuk sayur, waktu mana patut masuk santan.

Untuk memudahkan diri sendiri, saya soak kacang dhal beberapa jam dan rebus daging (daging tetel) juga beberapa jam.


Hasilnya tidaklah mengecewakan. Rasa pun not bad. Heh heh heh... sapa lagi nak puji. Dan, saya berani kata, wpun saya bukan pandai masak, tak pernah ada kelas pun tapi saya ada kelebihan yang mana saya yakin dengan apa yang saya lihat, saya baca or apa yang saya makan. Mungkin saya warisi sedikit kepandaian memasak MyBonda dan My(arwah)Ayah.

Walaupun lauk memang spesel semalam, tapi saya makan cuma beberapa suap saja. Dah tak tinggi selera. Mungkin sebab umur dah cecah ‘vintage’. Hmmm... masak sakan-sakan sampai berjam tapi makannya cuma sejemput dua. Alahai....







 ~...walau kelapa yang dikukur dek HISYAM bersama gaya ala-ala koboi sudah menjadi rupa kelapa hancur, Mak Utih tetap ingin memberikan pujian sambil disambut sengih sinis Pak Utih yang gemar menyakat, SERI BULAN masih tidak dapat memberikan sebarang pujian kali ini kerana dia sudah hilang sabar HISYAM sengaja menunjuk manja sedangkan SERI BULAN merasa dialah yang perlu ditatang diriba...~




Sunday, July 21, 2013

Ramadan 12: Tepung Pelita Desa Pandan, basi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
21-07-2013


Baca tajuk. Terus terang, kan? Takda berkias lagi dah.

Petang semalam, MyToklaki pegi pasar Ramadan Desa Pandan. Pertama kali bulan ini. Memang tiap tahun kena pegi jugak, sekurang-kurang sekali. Sebab PaRam sana memang top. Terutama ada Popia Basah Pak Ali (pak ali ker? lupa namaaa...) yang buat orang beratur berlengkor-lengkor menanti nak beli. Kami jer yang kurang minat dengan Popia Basah.

MyToklaki pegi semata-mata nak cari Tepung Pelita. Dah lama kami berhajatkan Tepung Pelita.

Tapi apa yang kami dapat masa berbuka semalam; Tepung Pelita yang basi dan masam di bahagian bawah yang hijau tuh.


Nampak cantik, kan? Tapi rasa... hampeh! Sampai hati orang meniaga tu jual Tepung Pelita yang dah basi. Rasa nak sumpah pun ada. Sebab kami beli agak banyak, dengan semangat dan hasrat berkobar nak makan sakan-sakan. Unfortunately... tanpa niat nak bazir, terpaksa juga buang semuanya. Kalu lah saya pandai buat Tepung Pelita............

Saya harap peniaga Tepung Pelita di bazar Ramadan (ada 2 gerai, kata MyToklaki) akan lebih berhati-hati. Jangan fikir nak untung saja. Takda “kab ba ra kap ta nun” tahu...?

Cerita lain; MyToklaki dah 2,3 sebut nak makan Kuih Badak Berendam. Dia tingat Badak Berendam yang arwah mak dia buat. Malangnya (malang lagi? hahaha!) bini dia tak pandai buat (sebab tak sempat belajar).

Jadi semalam dia sebut lagi. Saya kata, “Nanti la saya Google. Bukan susah pun nak buat.” Pujuk kunun.

Lalu,


Dia dapat jumpa Badak ni di Param Desa Pandan semalam juga. Alahai... terasa I, you!

Nanti lah.

Bila jadi buat nanti, saya akan boh tajuk entri ‘Bila badak masak badak!” Hahahaha!






 ~...Mak Utih terkekeh ketawa bila melihat HISYAM berlagak gaya koboi semasa mengukur kelapa dan SERI BULAN bagai hendak tertelan liur sendiri tersedak melihat Pak Utih tanpa sedar tertakik pokok mangga kerana geramkan ayam yang dikurung terlepas semua kerana Mak Utih terlupa menutup pintu reban...~




Saturday, July 20, 2013

Ramadan 11: “Jangan bawak dapur magic mak!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
20-07-2013


Minggu lepas Ika ada balik cuti hujung minggu bersekali berbuka posa di rumah dengan adik-adik lain. Dak AMOI memang tiap minggu mesti balik punya.

Jadi bila Ika nak balik semula ke skulah dia, saya buatkan dia Sambal Bilis Tempe (sedikit kering) sebagai bekal juga sebiji Kek Coklat (kek sepanjang tahun tu la).

Then malam tu, dia tanya, “Apa lagi mak nak kasi Ika bawak balik?” Amboiii....

Me: “Bawak la peti ais Mak tu, Ikaaaa....” > sarcastic punya ayat

Hahahaha berderai si CHAK gelak.

Chak: “Bawak la peti ais Mak. Tapi jangan bawak dapur magic Mak.”


Me & MyAdik Bongsu. Kami belum lagi sempat berbuka posa bersama. Saya plan nak berkumpul pada cuti Nuzul Quran nanti.

Menu? Ntah la. Kalu masak Sup Kepala Ikan Merah & Sambal Belacan, ok dak?





 ~...SERI BULAN merancang untuk berhijrah dari Teratak Nyatuh ke teratak lain yang lebih memahami liuk bahasa tubuhnya, yang lebih mengerti kerling senyumnya, juga menerima rentak rajuknya tanpa peduli samada HISYAM perlu ikut atau perlu sekadar angkut tetapi apabila kebelakangan ini Mak Utih sering rebah lambat kebah dia jadi tak sampai hati dan HISYAM sendiri bagai sudah berakar kaki di ambin tidak berdinding sambil mendengar Pak Utih bercerita tentang zaman Jepun zaman British...~




Friday, July 19, 2013

Ramadan 10: belajar memasak melalui telefon, MyToklaki berjaya juga akhirnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
19-07-2013


Seperti saya pernah sebut di awal dulu, tahun ini akan menjadi puasa berbeza bagi kami. Jadual kerja saya yang agak sendat dan rutin saya yang “pegi malam balik malam” tak memungkinkan saya menjadi tukang masak tetap untuk berbuka tahun ini.

Lalu penglibatan MyToklaki bersama 2 orang anak dara kecik saya di rumah menjadi lebih untuk tahun ini. Sejak hari pertama lagi, saya hanya boleh sampai rumah paling awal sekitar 6:30pm dan minggu ini pula sampai sewaktu azan sedang berkumandang.

Apa saja yang dimasak dek MyToklaki, adalah menu yang simple  dan agak beza sikit dengan hasil karya saya. Setiap petang, saya terpaksa call ke rumah untuk ingatkan depa supaya kuarkan ikan/lauk dari peti beku. Kalu tak, jenoh la nak tunggu ikan yang keras tu jadi lembut.

Tapi, sebenarnya sejak MyToklaki mengambil alih ‘dapur magic’ saya, hasilnya tidaklah mengecewakan sangat. Dia memang boleh masak, dalam kategori makan untuk anak-beranak.

Contoh: hari pertama ritu dia masak Kurma Ayam. Seterusnya, Sambal Ikan Kembung, Daging Masak Lemak Cili Api, Udang Goreng Kunyit... wpun menu adalah simple tetapi suasana berbuka tetap meriah dan disyukuri.

Yang best, petang semalam dia masak Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah. Sebenarnya saya yang plan nak buat, tapi dia dah potong jalan. Ok, bior ler. Orang tengah rajin, jangan dilarang.

Tapi dia tak tau pun nak buat Ayam Goreng Berempah. Terpaksalah saya bagi panduan-ajar melalui hp dari ofis.

Hasilnya:



Tak sangka, menjadi jugak Nasik Lemak & Ayam Goreng Berempah dia. Walaupun belum boleh mendapat Kepujian Kelas Pertama, tapi saya rasa ayam tu layak dapat kredit lah juga. Saya pula sengaja skip OT semalam, untuk sampai ke rumah sedikit awal. Sambal Tumis tu hasil karya saya. Mujur sempat. Kalu idak, ada yang makan nasik lemak berkuah tokyu jer!

Hari Sabtu dan Ahad kenalah saya ‘cover’ balik dengan menu yang sedap dan sedikit special. Hmmm... saya cadang nak masak Rendang Kerang. Ok dak?





 ~...Mak Utih sudah mula menyebut tentang pucuk kelapa hendak dipetik turun, Pak Utih pula sudah berkias tempayan pukul telur untuk bahulu sudah lama tidak didengar bunyi pukulan berentak lalu SERI BULAN sudah faham HISYAM akan menjadi kembali sibuk ke hulu dan ke baruh berpeluh dahi dan buku lali sehingga SERI BULAN yang dikerah menjadi pengiring akhirnya menyerah kalah...~




Thursday, July 18, 2013

Ramadan 09: Bonus Raya, kalu tak dapat jangan meroyan sebab takda sapa nak layan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
18-07-2013


Lazimnya persiapan raya setiap keluarga bermula sejak bermulanya puasa, right? Bagi yang lebih bijak, pasti dah buat persiapan lebih awal lagi. Tapi bagi perkara yang memerlukan saat akhir, terpaksalah tunggu sehingga hujung-hujung Ramadan.

Saya sendiri, dah terbiasa buat persiapan awal sebelum posa lagi. Maklum anak ramai, semuanya mesti melalui beberapa fasa, beberapa peringkat persiapan. Tapi dari tahun ke tahun, bila anak-anak semakin membesar persiapan raya wpun lebih besar tapi sudah menjadi lebih mudah.

Untuk tahun ini, bagi anak-anak yang kecil (terutama Alia & Chak) bab baju raya sudah selesai sebelum Ramadan lagi. Saya dah terbiasa beli barang depa sebelum posa, shopping pun tak penat.

Di tempat kija saya, bila tiba waktu lunch jer macam-macam versi persiapan yang saya dok dengar. Perkara biasa. Tapi kerana saya sejak awal lebih suka mengambil pendekatan ‘tidak terlalu open hal peribadi’ belum pernah saya duduk join berlonggok dengan depa utk cerita pasal berapa helai baju raya, berapa jenis kuih raya or berapa banyak bonus yang hendak dibelanjakan.

Bonus?

Ya selain kakitangan kerajaan yang tak sabar menunggu bonus Raya, di tempat kija saya pun depa dok berdebar tunggu bonus (dalam hal ini saya jer yg diam, sebab orang baru mana layak dapat bonus lagi). Apapun rata-rata depa tak risau langsung, sebab sejarah company membuktikan setelah lebih 20 tahun, belum pernah Raya depa tak dapat bonus. Dijamin gerenti ada bonus. Cuma jumlah jer berbeza setiap orang. Yang lebih best lagi, bonus diberi setahun 2 kali. Yaaa... 2 kali setahun. Sekali time Raya Puasa, sekali lagi time Chinese New Year. Wahhhh...!

Kebiasaannya juga, setiap tahun company akan uruskan tukaran not RM baru untuk setiap staf. Tetapi berbeza kali ini, tiada urusan tukaran not baru. Staf disuruh berusaha sendiri menukar not di mana-mana bank atau mula menyimpan not bermula sekarang. Bank pun galakkan sebegitu. Alaaa... tak kisah ler kalu isi sampul guna not lama, yang penting ikhlas nak bagi. Bagi bebudak pula, yang penting isi dalam.

Ulang tayang (pic koleksi peribadi):



Saya sudah terbiasa, sampul raya untuk anak-anak buah berpelekat nama masing-masing. Agar tiada yang terlepas pandang. Untuk sebelah saya dan anak buah sebelah MyToklaki sampul Raya depa harus dibezakan warnanya.

Bagi yang tak dapat bonus, bersyukur la juga. Kita tetap akan beraya. Jangan sedih ya. Pengertian Raya dan Beraya tu sangat luas dan bermakna.







 ~...kerinduan seorang HISYAM terhadap keluarganya tidak pernah terserlah di wajah sehingga ramai menyangka dia tidak punya perasaan apa-apa, tetapi seorang SERI BULAN sangat memahami riak muka bila HISYAM membisikkan, “aku tetap rindukan keluarga, tetapi aku tidak mampu memenuhi hasrat mereka untuk berkeluarga saat ini,” dan SERI BULAN hanya mampu mengangguk lesu...~




Wednesday, July 17, 2013

Ramadan 08: Kek Coklat Sepanjang Tahun pulak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
17-07-2013


Mula-mula saya ingat, susah nak jual Kek Coklat ni. Dulu, di 2,3 ofis dulu susah nak jual sebab staf tak ramai. Yang order pun cuma sorang dua, dan tak konsisten.

Kali ini, saya cuba lagi sebab saya lihat sambutan terhadap benda lain pun boleh tahan. Why not cuba. Dulu lagi, saya memang tahu 2,3 orang pembekal Kek Coklat yang handal. Kali ini saya dapat pembekal, seorang kawan juga. Kenalan keluarga saya yang saya kenal sudah bertahun-tahun.

Saya buat beberapa sample. Saya potong kecil-kecil dan boh dalam banyak bekas kecil untuk dirasa semasa berbuka.


Saya juga cetak kertas iklan yang simple saja. Lengkap dengan gambar kek,  info, saiz ukuran sebenar kek (sebab saya tak bawak sebijik kek ke ofis), dan harga tawaran. Yang penting Kek Coklat ini akan menjadi kek coklat sepanjang tahun. Boleh order bebila jer.


Kemudian saya letak kertas iklan yang simple tu, bersama sample (“Sample untuk dirasa, sila ambil satu”) dan borang tempahan di dalam surau. Surau memang selalu menjadi port terbaik untuk meletak barangan berniaga. Nak letak secara terbuka di work station adalah dilarang.

Belum pun ada yang rasa, saya dah berjaya jual 12 biji kek semalam. Ini tempahan untuk minggu ini. Depa nak makan saja-saja.

Saya berharap, untuk Raya nanti tempahan akan bertambah.

Untung tak perlu banyak, tak perlu drastik. Pelan-pelan kayuh asal konsisten. Saya sentiasa yakin, jika rezeki tak ke mana.

Malah kawan-kawan yang nak try buat sendiri pun, saya galakkan. Jangan sekali-sekali paksa orang beli barang kita. Berjaya jual satu barang pun, adalah pemangkin untuk jualan seterusnya.


*oh ya, Kek Coklat ni tak saya tak jual secara pos. Tak sesuai la kan? Kena delivery by hand.





 ~...semasa tiba dengan kelat muka pucat tersipu, SERI BULAN terpaksa mengakui dia tidak pandai bersila-simpuh sehingga HISYAM terpaksa menumpang pengakuan itu sebagai alasan menutup malu, lalu bila Mak Utih dan Pak Utih tertawa tidak niat mengejek, kedua-dua mereka selamba duduk tanpa kuda-kuda tetapi teringin berjalan unta...~




Tuesday, July 16, 2013

Ramadan 07: please... posa baru seminggu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-07-2013


Lazim, perayaan apa pun. Tanpa hiasan, tanpa lagu tema, tanpa bling-bling; macam tak raya. Sambutan harus meriah seiring meriahnya hiasan dan muzik latar. Dak gitu?

Lalu menghormati bulan puasa, sambil beribadah adalah perkara utama sering ditekankan oleh banyak pihak. Saya tak layak pun nak nasihat sesiapa. Tapi majoriti kita tahu, faham. Kalu pun tak posa (read: uzur), jangan tunjuk kat orang. Respect orang lain.

Ramai kita juga sedia tahu, pasaraya antara tempat paling awal (macam gelojoh pun ada), berebut-rebut nak pasang lagu raya. Agaknya, sebaik saja Pemegang Mohor Besar umumkan tarikh posa, depa dah mula selongkar CD lagu-lagu raya nak pasang esok siang. Huhhh...!

Saya dah pernah tulis entri tentang lagu raya yang dimainkan oleh kompleks-kompleks seawal 1 Ramadan. Kok ya pun... tunggulah selepas 2 minggu. Kalu ikut undang-undang di stesen radio (channel swasta saya tak tau), 10 hari sebelum Syawal baru dibenar mainkan lagu raya. Ok saya belum lagi singgah mana-mana kompleks, so belum dengar la lagu raya tu.

Tapi, di tempat kerja saya... adeh! Dah ada yang mainkan lagu raya di Mac depa. Aduhai... dengan sengaja tu. Saya tahu dia sengaja. Ada yang sebut, tiap tahun pun macam tu. Bila start posa jer, tiap hari dia akan mainkan lagu raya sambil buat keja. (play di iTunes sendiri, sebab radio tak dibenarkan di tempat kija saya). Wpun perlahan, tapi sampai jugak ler ke telinga kuali bontot hitam saya nih!

Kok ya pun.... posa baru seminggu!

Saya pun layan iTunes juga, tapi belum start klik library lagu raya lagi.


Ini salah satu library saya: Top 25 Most Played. Nampak lagu apa yang paling kerap diputar? Lagu Asmara, by Novia Kolopaking. Ramai yang tak kenal penyanyi tu, saya tau. Saya dah pernah tulis entri tentang penyanyi Indonesia ni di entri bawah tajuk “Asmara... Novia Kolopaking”.

Sehingga hari ini, saya masih suka lagu itu. Iramanya lembut mendayu. Lagu lain banyaknya ialah lagu retro such as, Knife... MLTR, berselang seli lagu-lagu Alleycats... or Aku Hanya Serangga atau Fantasia Bulan Madu dan Hal Dil Jo Pyar Karega! Lagu rancak yang saya suka ialah “Funky Town”.

Sambil buat kija, sambil layan lagu (earphone di telinga ya tuan-tuan). Cara ini saja yang dibenarkan. Memasang lagu kuat secara terbuka adalah dilarang.

Bila telinga kena sumbat tu yang kadang-kadang nama dipanggil pun tak dengar tuh...! Dah la badak, pekak pulak! alahai....







 ~...menulis sebaris dua anekdot indah jiwang-jiwang sering pula membuai perasaan SERI BULAN kerana di hujung surat di bawah tempurung di tepi ampaian, HISYAM tidak pernah lupa untuk menulis lirik yang bukan lagu juga bukan syair tanpa irama tetapi sudah cukup membuatkan SERI BULAN tersengih sensorang menanti mata mengantuk...~




Monday, July 15, 2013

Ramadan 06: Kurma Daging lauk kenduri vs Sambal Bilis Tempe kopek sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
15-07-2013


Ramadan pertama, MyToklaki masak Ayam Kurma. Saya pulak gatal mulut bercerita dengan sorang kawan saya tentang lauk Kurma, dalam sembang kami di waktu senggang tengahari. Rupanya, dia pun macam MyToklaki juga, peminat lauk Kurma.

Bersembang la kami tentang betapa susahnya nak cari lauk Kurma Daging macam kenduri dolu-dolu. Yang enak lazat berempah. Dengan ketulan daging besar-besar tapi lembut empuk sehingga ditolak dengan sudu pun daging boleh berderai tapi tak hancur. Mana nak cari lagi... rata-rata kenduri dah jarang masak Kurma Daging camtuh.

Then, tak pasal-pasal saya yang kena buat. Oh yeahh... sebagai memenuhi permintaan dan selera tekak orang yang kepingin nak Kurma Daging with ketulan besar-besar.

Lalu, pagi semalam saya ke pasar Pudu mencari daging segar lagi terbaik. Walaupun saya jarang beli daging sebab hanya MyToklaki jer yang gemar daging (tu pun saya tak nak beli selalu sebab dia ada gout), tapi saya tahu dari siapa yang saya boleh dapat daging terbaik. Penjual tu pun kawan Toklaki juga.

Then saya teringat nak call MyBonda, merisik resipi lauk Kurma Daging. Maklum, MyBonda dan arwah Ayah dulu tukang masak kenduri yang handal, beberapa tahun pula menjaga tender kantin sekolah. Malahan arwah Ayah sepanjang hayatnya memang terkenal di kampung sebagai salah seorang tukang masak kenduri yang dihormati lagi disegani.

Okeh, MyBonda pun bagitahu sesuatu yang saya tak pernah tahu pun sebelum ni. Rupanya ada bahan rahsia (rempah) yang saya tak pernah boh pun selama ni dalam Lauk Kurma. Okeh.. kali ini saya yakin lauk Kurma Daging kawan saya ni akan jadi sebijik macam lauk kenduri...!


Saya tak pernah masak Kurma Daging sebenarnya, selalunya Kurma Ayam jer. Sepanjang memasak ni, saya berharap sangat lauk ni menjadi. Kalu ikutkan lauk kenduri takda kentang, tapi saya sengaja boh kentang. CHAK suka kentang.

Keputusannya: Kurma Daging menjadi (mengikut piawian saya jer lah). MyToklaki makan banyak masa berbuka semalam. Saya tak makan pun.

Okeh... selain tu semalam saya juga masak Sambal Bilis Tempe. Ini memang lauk wajib ada di bulan posa. Pembuka selera sahur kami. Pun ditempah oleh kawan saya jugak, macam tahun lepas. Memang saya buat lebih kali ini, untuk sorang kawan lain pula di tempat kija. Juga sebagai bekalan IKA nak balik semula ke skulah dia esok. (Ini budak memang balik hanya untuk makan sedap-sedap jer!)


Keputusannya: Sambal Bilis Tempe memberikan aroma yang sangat enak lagi menyelerakan. Saya tak makan pun lagi.

Sewaktu kawan saya singgah mengambil semua menu di atas, saya juga sertakan Pengat Keledek (Bersagu) yang sangat enak (pada saya enak ler). No pic, saya malas dah nak snap.

Kesimpulan untuk kesemua menu di atas (melalui sms): “Beyond expectation!”

Kenapa semua lauk tu saya tak makan? Merajuk berbuka posa? Hahahaha takda makna nyerrrr....!

Sebab, saya masak Spagheti sebagai berbuka semalam. Ini kerana memenuhi permintaan dua orang anak dara saya; Dak AMOI & IKA. Hujung minggu jer la nak masak lebih special dari biasa. Sebab rakyat dalam rumah berkumpul semua.


Versi sama jer macam spagheti saya terdahulu, tapi saya snap juga gambar terkini.

Sekian cerita masak-masak dan makan sakan-sakan saya. Jangan marah eh... saya dok tayang gambar makanan jer.





 ~...semasa makan bersila dalam bulatan mengadap dulang berkilat, SERI BULAN sempat menjeling wajah HISYAM yang ternyata tak menyabar hendak menjamah lauk hasil tangan Mak Utih lalu terlupa seketika SERI BULAN hendak beramaran supaya tidak gelojoh kerana dia pernah ada sejarah tercekik tulang sembilang sampai muka merah berbelang...~




Sunday, July 14, 2013

Ramadan 05: Kad Raya vs Angpau Raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
14-07-2013


Antara sampul raya dengan kad raya, ternyata hari ini, kad raya semakin kurang diminati orang. Nostalgia membeli kad raya, menulis dari hati untuk insan tersayang, sahabat handai yang jauh di mana atau untuk adik beradik yang bertahun berpisah dan jumpa pun sekali sekala... untuk sahabat sekolah... menampal stem (yang dulu cuma 15 sen) semakin dilupakan.

Orang semakin mengikuti peredaran zaman yang maju lagi canggih, lalu kad ucapan maya dilihat lebih mudah, lebih cepat dan lebih murah.

Bisnes kad raya memang merudum. Sudah jarang orang nak beli dan tulis. Sedangkan dulu, zaman kecik saya, membeli kad raya semurah 50 sen pun dah seronok sakan. Selalu pilih had gambar ada kucing-kucing comey tuh. Hahahah kad raya dulu memang banyak gambar kucing dengan riben or manik tau...! Betoi dak?

Kadang-kadang sengaja tunggu yang free bila beli komik Gila-Gila or majalah tertentu. Memang akan dapat kad raya free.

Zaman skang mana nak dapat kad raya gambaq kucing lagi? Memang takda aaarrr... Malahan orang lebih suka create kad raya maya sendiri, pastu boh gambar muka sendiri yang bergambar sedondon dengan famili. Dah jadi trend.

Saya sendiri, memang tahu buat kad raya maya sendiri (kawan saya pun tempah dengan saya). Tak susah jika pandai Photoshop & Illustrator. Tahun ini tak tau saya sempat ke tidak, sebab kat tempat kerja sangatlah sibuk. Mungkin gunapakai jer kad raya lama or Google mana yang berkenan, then tokok tambah text or pic mana-mana yang sesuai.

Angpau raya lagi la mudah. Ini memang kena ada, sejak zaman dulu hingga sekarang. Malahan rata-rata company akan kuarkan angpau raya korporat depa sendiri. Ini perkara biasa.
 

Ini sampul raya company tempat kija saya. Muslim stafs dapat sorang 30 keping. Kaler brown with gold text. Tak tau masa bila depa cetak, sebab yang buat ni bukan department saya. Budak marketing buat kot...

Sebenarnya, sampul raya ni saya tak heran sangat, sebab saya ada banyak. Berkotak-kotak dalam simpanan. Dulu di tempat keja lama, kami selalu print sampul raya client dan biasanya memang akan extra. Lalu saya ada banyak koleksi pelbagai company dalam simpanan. RM yang nak diisi jer yang tak cukup banyak. Heh heh heh!


Yang biru tu ialah kad raya company tempat kija saya. Kaler biru cyan with silver text (embosed). Muslim stafs dapat sorang 3 keping. Masa proses edaran tuh, saya tegur, “3 keping jer?” Lalu bila ada lebih saya diberi 3 keping lagi.

2 keping sudah dipos kepada rakan blogger Sabtu lepas. Saya akan pastikan semua kad Raya dalam simpanan akan dihantar dan diterima sebelum Syawal.

Kenangan seindah Ramadan:
saya dan adik-adik saya dulu suka kumpul kad raya, then gantung-gantung sebagai hiasan bila Raya. Antaranya, tentulah gantung kat ranting pokok macam gambar di bawah:
*Pic saya Google. Dari blog SHINCAN. Terimasih SHIN.


Zaman sekarang, saya rasa mungkin di kampung-kampung jer kot boleh dapat hiasan kad raya camtuh.





 ~...menanti surat berlipat empat di bawah tempurung di hujung ampaian sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang excited di jiwa SERI BULAN kerana hampir saban petang HISYAM akan datang menjengah di jenang dapur Teratak Nyatuh dan Mak Utih pun sudah tidak terlatah lagi dek jengahan manja si teruna kesayangan itu sebab langkah kakinya sering diiring dengan ayam piru berketak dan itik angsa melalak garang...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails