Sunday, September 16, 2012

Fenomena Korea: Empat dara sanggup berimpun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
15-09-2012


Lately, pengaruh Korea dalam dunia hiburan sangat dahsyat. Sapa ada anak remaja — especially anak dara — pasti dapat tengok betapa kuat pengaruh artis dan muzik Korea nih.

Dalam rumah aku, keempat-empat anak dara aku, dari yang besar sampai ke yang kecik, semua minat gilos pada Korea nih.

Tiap kali IKA balik cuti, or AMOI balik rumah depa berempat ni akan berimpun ngadap laptop terutama laptop IKA sebab dia rajin download beratus-ratus citer Korea. Terutama siri Running Man tuh! Aduhhh... berjam-jam depa dok kukik-kukik dalam bilik melayan siri ni. Aku dok ingat tu filem yang best, rupanya realiti show jer! Macam game show tapi pesertanya dari kalangan artis popular Korea.

Zaman aku anak dara dulu, bukan tak tengok citer Korea. Tengok juga, cuma pengaruh dulu tak sedahsyat sekarang.

Blogger KAK MAH pun selalu tulis pasal anak dara dia QEEB yang pun minat gilos pada Korea nih. Tentulah ada cara tersendiri.

Semalam AMOI balik rumah dan dia berjaya bodek aku untuk langgan Astro Best Channel 473, filem biografi muzik Korea (syarikat SM Town, katanya) bertajuk I AM yang tengah hot skang nih. Adehhhh..! (mujur cuma RM10)

Aku bukan tak minat muzik Korea, tapi yang mana popular sajalah. Pelakun Korea pun aku tak berapa kenal.

Aku kenal Dennis Oh ni, sebab ini watak gambaran dalam novel ASST.

Opa Gangnam Style tu aku tengok You-Tube nya sekali saja, wpun aku diberitahu video klip tu diklik lebih 60 juta di seluruh dunia. Betul kan?

Apa yang aku perati, artis Korea yang popular kebanyakannya adalah artis berkumpulan, muda-muda remaja (biasanya selepas mereka tamat kursus tentera, di mana remaja Korea diwajibkan jadi tentera pada umur tertentu), cantik cun dan hensem belaka. Sekali pandang yang lelaki dah macam pompuan, wajah cun lembut gebu, ada yang bermekap pun.

Super Junior — sampai ke US mereka ni top. Konsert di New York, peminat macam lautan manusia!
IKA boleh ingat dan kenal nama setiap sorang ahli kumpulan nih. Kalu soh hafal Theorem Pythagoras?


“I want nobody, nobody but you!” — Wonder Girls

Dan, plastic surgery di Korea adalah sesuatu yang sangat-sangat lumrah di sana. Ramai artis Korea yang buat plastic surgery.

Sebenarnya ada banyak channel Korea ni, aku jer yang tak tahu. Apa yang anak-anak tune, itu yang aku tengok. Yang paling kerap pun siri Sung Kyun Kwan Scandal, itu pun lompat-lompat.

Sapa yang ada anak remaja yang sangat obses dengan muzik dan artis Korea ni, aku sangat faham!




~...HISYAM sendiri pernah disangka ada darah orang sepet dek kerana berkulit cerah bermata jernih, tetapi bila disoal ‘tong ceng tong ceng’ langsung dia terkebil tak reti ambil, SERI BULAN terus menyepi menyimpan rahsia di mohor tersohor tentang asal usul teman sejati...~



 








16 comments:

  1. Sama lah jugak dengan budak-budak kat rumah ni kak. Yang hebatnyer adik lelaki pun terjebak sama, lagi hebat mak dia pun terjebak jugak. hahahah.

    Kat TV lagu Korea, masuk kereta CD lagu Korea. Kengkadang heran, cepatnyer korang hafal lagu Korea ni. Kalau hafal surah macam hafal lagu Korea ni kan bagus.

    ReplyDelete
  2. ACIK MLMW:
    Begitulah Acik. Kalu bab lain tu malas liat bukan main. Kalu bab yang depa minat tuh, lajuuuuu jer!
    Kak Azie kurang skit terikut, tapi tengok gelagat depa jer kita dah letih!

    ReplyDelete
  3. saya cuma minat pelakon2 winter sonata je kak...kire old school lah saya ni...heheh~

    ReplyDelete
  4. GADISBUNGA:
    Kak Azie pun tak follow habis Winter Sonata. Nama pelakun pun tak tahu sampai sekarang. Cuma suka tengok pemandangan tempat dlm siri drama tuh. Pun sama old school gak!

    ReplyDelete
  5. Anak Kak Zan,Mai sangat giler kat siri Running Man. Kadang2 naik terkejut dengor dia mengekek sorang2 dlm bilik sampai adiknya tanya..Angah tu dah giler ke?

    ReplyDelete
  6. NORHAIZAN:
    Sapa yang ada anak yang addicted pada siri RUNNING MAN tu akan faham situasinya! Memang geram!

    ReplyDelete
  7. Anak dara (anak angkat kakcik) yang seorang di rumah kakcik ini pun setiap hari menghabiskan masa berjam2 depan laptop mengadap cerita Korea.

    Semalam pergi jamuan di Setapak pun, nampaknya tuan rumah buka channel cerita Korea juga. Mungkin sebab dah 'jemu dan jelak' menonton siaran berita!

    ReplyDelete
  8. KAKCIK SEROJA:
    Begitulah kuat betul pengaruh Korea, kan?
    Ada juga beberapa filem dan siri Korea memang menarik dan syok utk dilayan.

    ReplyDelete
  9. saya tak minat tgk cerita korea... ^_^ tgk tv pun jarang....

    ReplyDelete
  10. adik pompuan saya samalah perangainyer, dah 18 tahun, tp kalau x dpt tgk korea, merajuk, heheh, btw, saya pon layan running man ni,

    ReplyDelete
  11. AZIE...

    Walaupun akk dah xde anak Dara kat rumah. Tapi anak2 Dara sedara punyalah ramai. Pengaruh KOREA ni mmg dasat.. Boleh roboh katil bila dorang dah menggedix beramai-ramai dalam bilik. Eheh!

    ReplyDelete
  12. aduhh siap boleh hafal nama .. huhuh idok lahh saya nbieee ..
    tgk pun tidak , kenal pun tidak .. nak layan citer2 nie lagilah tidak ..
    sib baikk anak dara saya darjah 4 tuu x minat .. hurmm macam2 anak2 zaman skrg .. suke yg cun2 dan handsome .. jgn sampai taksub udah kan akk ;)

    ReplyDelete
  13. KARUKORD:
    Jarang lelaki gemarkan artis Korea. Biasanya anak gadis jer.


    ZULFADZLY:
    Memang pun. Budak sekarang, Tak dapat follow citer Korea yg depa minat tuh, memang merajuk sakan.

    ReplyDelete
  14. DERU OMBAK:
    Saya harap musim menggediks citer Korea ni akan berubah suautu hari nanti. Pasni ntah depa nak follow apa plak.


    IDEA:
    Kebanyakan siri Korea memang sasarkan kelompok remaja. Kita yg dah berumur ni kureng skit la bab nih. hehehee

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbth......
    TA santai baca kisah azie......huhuhuh.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails