Friday, September 7, 2012

Entri emosi: Kawan yang baik adalah juga tidak memaksa kawan lain mengikut rentak dia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Salam JumAAt
07-09-2012



Aku pernah sebut tentang seorang kawan lama yang macam biskut merry. Sekejap timbul sekejap tenggelam. Tak pernah jadi masalah pun pada aku, soal tenggelam timbul ni. Nak tenggelam tak timbul-timbul pun tak jadi masalah juga. Asal tak timbul dendam tak menyusahkan kawan.

Bertahun aku dan dia ni jadi kawan. Sejak awal 2000 lagi. Sepanjang itu, kami pernah jumpa tak sampai pun 10 kali. Jadi antara kami boleh disebut kawan yang on-off dan tiada komitment. Ada masa, chat. Jika sibuk, buat hal masing-masing. Susah ker? Tak, kan?

Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni dia makin sensitif. Silap sikit majuk. Aku memang tak pandai bab pujuk rajuk nih. Bila aku terlewat reply sms ker... dia akan hantar sms yang ala-ala “putus hubungan”. Mula-mula aku terima la, orang nak merajuk. Biarlah berapa lama nak majuk pun. Banyak keja lain. Sampai terlupa pun. Bila teringat, cuba sms pun tak berbalas. Ok.

Then “datang” balik. Macam takda apa-apa terjadi. Padahal sms pemutus dulu sebenarnya menyakitkan juga hati. Tapi aku buat bodoo saja lah. Adakalanya juga aku tension sebab selalu sangat tanya pergerakan dan aktiviti aku. Aku kata, SEMUA KAT BLOG, baca saja lah. Nampak sangat tak baca. Takpa, no hal pun.

It’s happened again. Silap aku ker, bila terlalu kalut itu ini, sampai takda  masa nak layan kawan? Ehh come on! Kawan yang baik akan memahami kawannya. Akan memberi ruang untuk kawan. Kali ini ugut nak buang sim kad no hp itu dan jangan sms lagi dah. Aku tak jawab. Terpulang dia. Hak dia.

Tup tup selepas sebulan dua, sms dari no yang sama itu juga yang datang lagi. Sembang macam takda apa terjadi. Aku pun tak sampai hati nak perli ker nak tanya ker. Layan macam biasa. Tapi aku cadangkan, chat kat FB saja lah sebab aku guna hp almost everytime, jadi aku sentiasa ada jer di FB. (Dia pernah jadi friend aku sekejap saja, sebelum dia block aku). Lalu dia buka akaun baru dan add aku semata-mata cadangan itu. Kami berchat hanya sehari, sebelum dia macam marah sebab aku lambat reply chat dia. Ohh.. come on! Hidup aku ni ada kawan awak sorang saja ker? Takda benda lain saya nak tengok?

Drastiknya, dia tutup akaun FB itu. Hanya sehari setengah. Fine! aku tak rugi apa, TAKNAK terasa apa-apa. Tapi sebagai kawan yang dah kenal lama, aku sms tanya, kenapa buat begini? Apa salah saya? Saya ingat awak faham keadaan dan situasi saya yang kadang sibuk kadang free? No reply!

Selepas 2,3 hari, dia sms semula macam takda apa-apa terjadi. Geram seolah kita ni kawan yang takda perasaan. Aku tak kisah kalu nak marah jika ada salah silap aku di mana-mana. Just tell me! Sebagai kawan aku cuba untuk perbetul. Bukan asyik dia buat keputusan itu ini tanpa sebab!

Mesti korang akan kata: Jangan layan orang macam tu. Jangan peduli. Biarlah. Lantak lah...!

Ya. Dulu aku lembut hati. Berkali-kali jadi begitu, macam aku jer yang salah.

Sekarang aku dah letih nak layan karenah begitu. Memang dia kawan yang baik, sangat baik, sangat hebat dan cemerlang. Entri-entri di blog dia pun, semua yang baik-baik sahaja. Pasal masjid, pasal solat pasal keluarga. Langsung takda merapu. Aku sangat tabik!

Tapi sikap mengawal dan tidak memahami perasaan dan situasi kawan lain, sangatlah dikesali.

Korang... jangan buat kat orang begitu ya? Kalu kawan kita tak reply sms atau tak sempat nak balas mesej di FB, bersabar. Jangan cepat buat rumusan/andaian sendiri. It’s not fair.

Kawan yang baik adalah juga tidak memaksa kawan lain mengikut rentak dia.

Anggaplah ini KES TERPENCIL. Sebab aku ada begitu ramai kawan-kawan yang baik-baik. Terimakasih kerana memahami.

Tayang-tayang:


Fridge Magnet dan cenderahati ini dari kawan-kawan AMOI yang diberikan khas kepada aku. Sebab they know, Mak si AMOI tu minat kumpul FM. Setiap kali ada kawan dia pegi bercuti, dia akan request FM ni untuk Mak dia. Kawan-kawan dia sangat memahami dan aku sangat menghargai.

Ada terlalu banyak cenderahati lagi dari terlalu ramai kawan yang baik hati di sekeliling aku (dan kita). Mungkin dilihat sangat kecil tetapi ingatan itu sangat besar maknanya, kan?

TERIMAKASIH EVERYONE!






~...pernah suatu hari SERI BULAN balik kalut-gelut sehingga melangkau tangga kayu dan waton di ambin, Mak Utih sama kalut hendak menanya-soal tetapi bila ternampak kelibat HISYAM yang sayu-melayu di laman Teratak Nyatuh, dia segera faham ada benda yang sedang dirajuk, ada perkara yang susah dirujuk, ada benda yang tak mahu ditunjuk...~


 








15 comments:

  1. Kira azi ni sabarlah juga. Kalau kakak malas nak layan kalau jenis org macam ni...

    ReplyDelete
  2. Sallam Syawal Azie,

    Yang pastinya kakmah bukan kawan seperti itu Kan kan!!

    Kakmah pun ada kawan seperti itu,
    tapi kakmah buat tak ada perasaan juga, kalau dia merajuk atau marah kakmah biarkan aja, kalau dia sms, kalau ada masa kakmah jawab, kalau tak ada masa kakmah biarkan juga.
    Fair tak???

    ReplyDelete
  3. Letih juga kakcik membaca karenahnya! :)

    ReplyDelete
  4. kawan yang betul2 mencabar kesabaran...kalau saya dah lama tinggalkan.

    ReplyDelete
  5. saya dulu ada kwn mcm tu mokyang, bg sms kata nak putus hubungan, padahal tidur sebantal makan sepinggan, lps tu datang balik minta maaf. kemudian buat balik, bila saya tegur perangainya... sampai sekarang saya malas nak layan, tapi iyalah, kalau dah saya anggap kawan bila dia datang takkan nak buat tak tahu je kan... hehehe

    ReplyDelete
  6. As salam Kak Zie,

    Misterinya kwn kak zie tu... :)

    Doa panjang umur murah rezeki nnt saya bagi FM Peru ye... insya'ALLAH :))

    Kak,

    Rumah kami tu apartment je... Rumah fesyen lama ni kak... Taklah cantik sgt ada yg lagi cantik tau! :):)

    ReplyDelete
  7. harap dia bacalah entry ni.. biar dia faham keadaan kita macam mana pulak.. ni asyik nak kena jaga hati dia je, patutnya kenalah sama2 jaga ye dak.. ;)

    psstt: biasanya merajuk dengan en. suami je.. 'takmo geng'.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Apa kata akak pulak yang merajuk.

    Daku tak sesabar itu...cukuplah sekali. Kali kedua dah 50% ikhlas. Kali ke 3, boleh blah! hu huhu hu

    ReplyDelete
  9. Kak Azie...Aina salah seorang kawan yg baik hati tukan...hiksss...

    ReplyDelete
  10. Lama tak menjenguk akak kat sini. Maklumlah raya ... hahahaha (alasan) blog sendiri pun tak terjengah. Rinduuuuuuu ....

    Kawan akak tu sakit jiwa tu, layan takat termampu jer lah ;)

    ReplyDelete
  11. Salam
    Saya pun pernah mengalami perkara yang sama, dan sampai sekarang teman yang dahulunya sebilik dengan saya ketika di Uitm dulu telah "block" dan unfriend dari FB. Sedikit terkejut kerana tak dapat berjumpa dgnnya ketika pulang dari luar negara dulu, dia terus unfriend dan block saya terus dari FBnya. Tapi saya ok saja sebab perangainya memang dah mcm tu. Bila dia nak jumpa semula, dia akan email saya semula. Tapi saya serik dgn kawan yang mcm dia. Bila jumpa, mesti cerita buruk kawan2 lain, bila jumpa kawan2 lain cerita buruk saya. Jadi apa gunanya kalau ada kawan yang talam 2 muka. Sekarang hati saya bertambah lega, tak perlu lagi saya perlu mengambil cuti semata2 bila dia turun ke Malaysia. Segala baik saya terus dilupakan, terima kasih. Buruk juga yang diperkatakan, alhamdulillah. Sekarang lebih berhati2 dgn kawan2, tidaklah terlalu baik dan tidaklah terlalu jarak sangat. Senang gitu, kan.

    ReplyDelete
  12. SETAKAT NI TAKDE LAGI ADA KAWAN TG BERPERANGAI MCM TU..ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  13. sy lak.. sendiri tak tau nak masuk kategori mana.. baik pastu diam.. pastu dia tipon (cari) pastu ilang.. aduh.. tak faham.. :)

    ReplyDelete
  14. nasib baik takde org yg block saya lagi semata2 sebab saya tak reply sms. sebab saya selaaaluuu tak reply sms. ngeeee....

    ReplyDelete
  15. Salam kak..

    Hmm..rumit juga ye sebab lynn tak sangka pulak ada yg bersikap macam tu.Tapi kalau benda ni jadi kat lynn..lynn pun akan terasa hati jugak..tapi akak memang penyabar sangat.Takpelah kak harap2 dia cepat sedar apa yg dia buat tapi lyn rasa kan..dia sayang kat akak sebab tu dia buat macam tu..sebab terlampau sayang..hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails