Sunday, September 30, 2012

MU kalah. Padan muka... hikhikhik!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
30-09-2012


Malam minggu, memang selalunya menjadi malam lepak-lepak. Dulu aku dok ikut jugak, tapi dah tua-tua ni, tak berapa nak rajin dah.

Semalam orang tua tu plan nak pi tengok bola. Dia suka tengok bola ramai-ramai dengan geng dia bila malam minggu. Hari biasa dia tengok kat rumah saja.

Biasanya kalu dah tengok bola, akan balik lambat. Makan pun tidak.

Aku sakit kepala sejak siang, so tido awal. Rupanya dia balik awal juga. Aku yang tak sedar pukul berapa.

Pagi tadi kami ke pasar sama-sama, macam biasa sarapan di kedai Anas. So dia merungut lah, “Cisss MU kalah. Pegi kedai Ani, tak buka game tu, sebab situ ramai sangat minat Chelsea. Pi kedai Mamak Kaya pun tak bukak game tu.”

“So, U tengok kat kedai mana?” > bini tanya sekadar ambil hati.

“Mana ada. I balik la.”

Bini gelak dalam hati, sambil sedut Nescafe Ais penuh nikmat.

Padan muka! Manchester United kalah 2 - 3 dengan Tottenham Hotspur.


 




10 comments:

  1. patut la mamat tuh emo...!!! (merujuk kepada pengkipas susah mati MU. hahaha!)

    ReplyDelete
  2. Semalam pi lepak ngan member pompuan kat kedai mamak. Makan sambil gusip2. tapi punya le tak best sebab bising n bau syisya menusuk ke kalbu. moral of the story tak payan nak lepak2 kat kedai mamak kalau ada game.

    ReplyDelete
  3. As salam Kak Zie,

    Ok Hubby kesayangan you boleh geng dgn Hubby kesayangan I... So, kita jd geng ngutuk ek...hahahaa... calit sikit ;))

    ReplyDelete
  4. memang best kalau tengok bola ramai2...bab sorak tu yang menang...hehehe...

    ReplyDelete
  5. KAK NORHAIZAN:
    Nak kata dia kaki bola sangat pun tidak juga sebab dia jarang sangat pegi stadium pun. Bertahun dah tak pegi. Dia tengok ikut pasukan mana.



    GADISBUNGA:
    Pasal bola ramai orang jadi emo. Melatah pun ya jugak.

    ReplyDelete
  6. KAK SAM:
    Saya ikut pegi kedai mamak kecik or restoren 24 jam yg biasa saja. Sini memang takda syisya. Sekali sekala lepak dengan geng sekepala syok gak, cuma time ada game kompom bising.



    MARYA YUSOF:
    Mai calittt! U sokong team mana?

    ReplyDelete
  7. MULUT PAYAU:
    Orang lelaki kalu tengok bola ramai-ramai, part tak lawak tak menang pun depa pakat sorak.

    ReplyDelete
  8. saya buat buat tak baca entri ni!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails