Monday, October 29, 2012

Politik: sembang segelas Nescafé...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-10-2012



Semalam, pagi Ahad yang terang benderang. Seperti biasa, lepas balik dari pasar — atas urusan melengkapkan bumbu utk Rendang Daging Korban — kami duduk minum di Restoren Mamak Kaya (bukan nama sebenar).

Aku singgah sebentar di pasaraya sebelah untuk beli tepung dengan niat di hati nak buat Goreng Pisang untuk sarapan pagi Senin (tadi, dah siap untuk bebudak pegi skulah).

Kembali ke dalam restoren, MyToklaki tengah sembang dengan seseorang. Muka biasa tengok, maklum setaman tapi nama aku tak tahu.

Selesai depa borak, sambil si bini sibuk order untuk tekak sendiri, aku pun tanya sekadar mengisi ruang waktu jangan sunyi sangat. Maklum bini lebih riuh dari si suami.

Aku: “Siapa tu?”

“Alahh... orang UMNO.” *ayat ni adalah biasa disebut di mana-mana pun.

“Huh? nak apa?”

“Takda apa. Biasalah, berbaik-baiklah dengan orang.”

“So? U rasa cemana?” >> ayat provoke aku, sedangkan rasanya dalam banyak hal, pangkahan kami selalunya seiring dan sejalan. Cewahhh...!

“Entah... tapi dengar citer depa nak calonkan MA (nama bekas wakil rakyat yang kalah sebelum ini).” MyToklaki niii.. macam nak rahsia pulak.

“I tak kisah sapa. Yang penting, I nak air free lagi tahun depan. Depa boleh bagi ker?” Soklan bini pun macam nak nyakitkan hati jer. Hahahaha!

MyToklaki terdiam beberapa minit. Then,
“Najib pun tak boleh nak buat camtu...” Bunyi suara memang sangat lemah. Takut silap. Hahahaha!

“I tak kira la sapa pun orangnya. Yang penting, I nak air free lagi tahun depan. Means, untuk 5 tahun lagi.”

Bila tak berjawab, so perbualan tamat tanpa ada kesimpulan.

Selalunya, kami order tak pernah sama, tapi air tetap segelas dikongsi.
Air suam sebagai pelengkap drama.





~...lumrah bila bertemu walau tidak duduk semeja dan tidak sepangkin, samada HISYAM yang membayar atau SERI BULAN yang hanya pandai order dan makan, tetapi biasanya pelayan dari Myanmar itu selalu jeling-jeling pandang-pandang kerana hairan dua pasangan yang makan tidak bercakap tapi mata berbicara... cemana tuh?...~



 




30 comments:

  1. Awat lambat sangat pilihan raya kan? bendera yang dipacak dah lusuh koyak2 dah pun..

    Makchaq suka pau makanan pakchaq pasai dia makan sikit.. tapi makchaq punya makchaq makan sorang... punya kuat makan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita MakChaq. Tang ayaq boleh lagi kongsi. Tapi tang Roti Telor, kalu boleh nak 2 lapis! hahaha!

      Delete
  2. Banyak bab Aina dan Pak Tuan sehaluan termasuk syer segelas air semasa makan, masih sehaluan bila kami sama2 lebih suka minuman panas. Kalau tengahari toke kedai lagi bengang, sepinggan syer 2 org...hahaaaaa...

    Politik...apa yg terbaik buat le pilihan memasing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii mana tokey kedai tak bengang. Tak untung dia kalu dok order sepinggan makan berkongsi... ahahahaha

      Delete
  3. moga pilihan kali ini adil dan saksama......
    tak sabar nak mengundi he..he..
    skrg saya pun sama order air kongsi bersama....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Sabo... sabo! Calon pun belum start apa pun lagi.

      Delete
  5. Menyelerakan...
    Minum share?
    Bagusnya...
    Org yg patut share,(mcm akak yg kena kurangkan minum...) rasa mcm tak cukup tu....
    Sekali sedut, separuh gelas abis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya pun kuat minum air Kak. Tapi kalu sebelah pagi, masih sejuk cuaca tak sebanyak minum di tengahari.

      Delete
  6. Pangkah memang hak semua orang, tapi betul, kita kena bijak. Usah mudah dimanipulasikan dengan media. Oppss!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... sekarang orang kita semakin berani meluahkan pendapat masing-masing.

      Delete
  7. Pangkahan biasa memang seiring-sejalan baru harmoni. Johor entah bila nak dapat air free...banyak yg karat biru di sini Azie hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak hrpkan air free tp tolong improve jln2 kmpg kat Johor ni. Hampeh sgt2. Agaknye sbb dacing dah manja sgt kat negeri ni kot?

      Delete
    2. Karat biru tu cemana eh Kakzakie?
      Sekali fikir, kalu masih di takuk lama, ada yang kena diubah. kan?

      Delete
  8. Tak kisahlah kak. Air free ke, lambang keris ke...janji, hak msg2kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni Akak nak kene kisah juga! Sebab dah seronok sangat dapat air free. Dah lebih setahun dah tak bayar air ni. Tambahan kami memang ramai, so rasa sangat berbaloi! hehehehe!

      Delete
  9. dah tau ker bila boleh pangkah azie?
    hehe ni bukan bz body kan zie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi la Kakkkk... Kalu dah umum, kompom la riuh sana sini. Kedai kopi yang buka sekerat hari pun boleh jadi kedai 24 jam, kak!

      Delete
  10. Saya tulis terang terang lah ya. Saya tak akan undi BN. ~hahaha..

    Cukuplah 55 tahun negara di manipulasi.

    ReplyDelete
  11. whoaaa.. undi sudah tidak rahsiaaa.. kekkekeke....

    ReplyDelete
  12. sekarang ni pukul 630 dah terang kan kak?

    ReplyDelete
  13. Wakakaka Faizie... btw, manipulasi tu aperrr...? Ahaks!

    ReplyDelete
  14. saya x enjoy air free tp saya suka kalau tersenarai dlm org2 yg dpt air free..ingat nak undi PAS tp PAS pulak tak bertanding di kawasan saya..utk info..kawasan saya hot2 seat..mcm seat AirAsia je..sy undi lebih kepada siapa calonnya..bukan parti yang diwakili..sy juga selalu ubah2 undi saya..

    dari saya pengundi Lembah Pantai kali ke 5 utk pilihanraya akan datang..hot seat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... betul. Sokong. Kita tidak melihat apa parti atau apa logonya. Tapi siapa calonnya.

      Wahhh Lembah Pantai memang la hot seat!

      Delete
  15. Replies
    1. Saya cuma nak siapkan kira-kira utk bajet kot la kena bayar bil air semula tahun depan! ohhh tidakkkk!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails