Saturday, March 16, 2013

Walaupun nampak macam susah, tapi saya okeh jer...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumaatAAt
15-03-2013


Zon selesa saya selama 3 tahun sebenarnya sudah berakhir sebaik sahaja saya menerima kerja baru yang jauh dari tempat tinggal saya.

Selama 3 tahun, saya rasa cukup selesa sehingga ke tahap saya macam orang pencen yang pegi kerja makan gaji ‘statik’ dan kadar produktiviti saya sebenarnya berada di level yang sangat-sangat rendah.

Sedangkan bertahun sebelum itu, saya sudah melalui puluhan tahun bergelut dengan masa kerja (maklum swasta) yang tidak menentu. Pernah ada sejarah kerja non-stop sampai sebulan. Ahad kerja. Kena stayback sampai pagi Raya pun pernah.

Then, 3 tahun terbaru itu saya selesa sangat. Masuk kerja jam 9, balik jam 5 petang. Tekanan hampir tiada. Saya tak suka, tapi seolah-olah saya tiada pilihan (sebenarnya saya silap).

Kerana kebolehan saya (sekadar boleh, malu nak sebut pakar) hanyalah dalam bidang yang SATU itu, lalu saya terima kerja yang sama juga (of course la saya ada skill yang boleh digunakan) walaupun memang jauh.

Bunyi macam susah, tapi saya suka kerja ini. Bidang ini seronok. Minat itu menjadi tarikan utama saya, kerana dari MINAT akan membuka ruang yang lain pula. Bila kita minat, kita bersungguh, kena kerah pun buat juga, kena pressure pun steady saja. Kesungguhan dan kesanggupan itu akan memberikan kita imbuhan dan penghargaan pula. Segalanya berkait rapat, dan end of the day kita akan merasa happy dengan hasilnya (terutama apabila hasil produk adalah menjurus kepada mendidik generasi).



Suasana dalam LRT lengang ini adalah pemandangan biasa saya sekarang. Saya ambil LRT pertama setiap pagi (seawal 6.07 am) sehingga ke suatu stesen (jika terlepas yang pertama, saya kena berlari-lari mengejar waktu). Singgah solat Subuh di masjid yang bersebelahan dgn stesen itu, kemudian menanti rakan sekerja depan masjid. 6.30 am, kami bergerak bersama ke tempat kerja > ikut hiway.

Susah tak? Tidak. Sebab saya seronok pula walaupun seawal 5.00 pagi saya dah siap masak bekalan untuk saya dan IKA, juga untuk lunch bebudak yang akan balik sekolah.

Dah lama saya tak sibuk macam ni.

Orang yang berada dalam zon selesa, yang kerja hanya sekadar isi masa lapang, memang akan sengih saja la baca rutin saya ni.

*dapat BW sebahagian blog saja dari kumpulan di sebelah. Esok saya cuba sambung lagi. Penat sangat... Nak rest, esok adalah hari bekerja saya.




 ~...bila mendengar pinggan berlaga di subuh hari, SERI BULAN sedia tahu Mak Utih mula menanak pulut bersama gelama kering dan Pak Utih sudah berada di perigi bersama berus gigi dan jika HISYAM ada bermalam di bilik bujang di hujung serambi, dia juga akan dikejut dengan kokokan ayam yang sebelum itu tidak pernah dia dengar dan nikmati sama sekali...~




26 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Errrr....dah boleh bayang hu huhu hu mula2 agak penat sikit sbb dah lama tak buat gitu. selepas seminggu dua, stamina dah ok kan?

    chaiyokkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Alhamdulillah. Mula-mula rasa berat, sekarang dah ok sikit. Mungkin sebab dulu pun dah biasa turun naik macam ni.

      Delete
  2. bila 3 tahun dah dalam zon selesa...sampai satu masa akan rasa boring n need changes...apa2 pun gud luck azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sangat suka dengan perubahan ini. Walaupun macam sibuk kalut, tapi sekurang-kurangnya tidak lagi sama macam dulu.

      Delete
  3. Di usia senja ini, kakcik dah masuk semula ke zon tekanan dan kakcik sedang cuba menyesuaikan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak banyak bersabar Kakcik. Lama-lama nanti ok la tu.

      Delete
  4. awal nya kak Zie pi keja..balik kerja lak jam berapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena gerak awal sebab jika kul 7 memang selalunya akan jem. Susah nak lepas.

      Balik jam 5.00 sebab sekarang belum ke OT lagi. Kawan yg ditumpang, hari-hari kean stayback, so Kak Azie balik sendiri. Sebelum 7.00 malam selalunya dah sampai rumah dah.

      Delete
  5. dok di KL semuanya menjadi pantas dan kalut....kita kena kejar waktu...bukan waktu kejar kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kejar dengan cara yang betul juga, kalu tidak jadipenat sangat. Yang pasti kena pandai timing.

      Delete
  6. sy p keje dlu naik lrt x penah lengang cmni kak...sntiasa full..blik pun sama....penat sbnrnya..
    tp btul la....keje yg kena dgn minat kita...atau kepakaran kita...mnjadikan keje tu lgi best sbnrnya...:-)

    ReplyDelete
  7. Awalnya you start your day.......tapi kalau dah minat, tak terasa jauh or penat kan...

    ReplyDelete
  8. Saya tabiklah org yg sanggup bangun awal (sewal 5 pagi) setiap hari bekerja utk mencari rezeki yg halal. Semoga dikira sebagai ibadah

    ReplyDelete
  9. Kalau kita seronok dgn kerja kita..penat pun tak terasa.

    ReplyDelete
  10. Adakalanya tekanan bekerja itu perlu, dan sememangnya kalau tak pernah rasa sebarang stress baik dalam kerja atau kehidupan harian, rasanya hidup ini stereotype je....

    ReplyDelete
  11. All the best dengan rutin keja yg baru.... bila buat kerja dengan hati yg ikhlas, rasanya semua akan jadi mudah. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  12. tahniah Azie.. moga sukses dengan rutin kerja yg baru

    sy pun baru klua semula dari zon selesa pada dua tahun lepas, kini masuk zon penuh tekanan semula seperti sewaktu baru posting dulu namun sy hepi dan seronok dgn cabaran ini

    ReplyDelete
  13. 6.07am dah kena ada dlm tren?
    ~pengsan saya

    ReplyDelete
  14. saya dulu 6am dah ada dlm bus untuk pegi keje seremban-kl. dulu saya duduk seremban, berulang dengan bus pegi dan balik keje. kalau terlepas bus akhir, saya sambung ambik komuter pulak dekat KTM dan pasti akan sampai rumah dalam 1am, biasalah komuter masa tu bukannya macam komuter sekarang...lembab!!!. 5 tahun lamanya routine saya macam tu sehingga kawan2 selalu kata, usia saya habis dalam bus je. tapi saya suka, sepanjang dalam bus saya boleh sambung tido :)

    ReplyDelete
  15. lengang btul lrt tu..
    ht ht selalu ye...
    semoga sukses selamanya...

    ReplyDelete
  16. Mama memang tabik sgt dgn Cik Puan AA
    Di wajahmu terlihat ketenangan.tawamu jujur dan menceriakan teman2!

    ReplyDelete
  17. zaman duduk bangsar kerja kat ampang hari2 naik tren dan bus. kalau tren rosak, kena naik bas sampai 3x...4 tahun jugakla macam tu...

    ReplyDelete
  18. Assalam Azie

    Kebizian yg indah. Spt daku seawal subuh dikejutkan kokokan ayam jiran entah dari blok mana, masih sempat menanak nasi untuk bekal anak bujang ku dan menyediakan sup jualan harian. Sambil membilang hari dan tasbih di jari, semoga rezeki dari langit bertambah hari demi hari.

    ReplyDelete
  19. Makchaq pun pernah macam ni dulu.. Pukul 6 dah keluaq, hantaq anak2 kerumah pengasuh dan ke sekolah, pastu pi kerja, balik singgah ambik anak2 sekolah, sampai rumah dah malam..
    Tapi rasanya masa tu masa kat rumah lebih berkualiti, la ni bila selesa suka pulak tangguh kerja.. Jap lagi la buat.. Last2 makin malas...

    ReplyDelete
  20. kerana minat..penat pun xpe kan..good luck untuk azie =)

    ReplyDelete
  21. Gigihnya kak Azie, siap masak pukul 5am bermakna pukul 4am dah kena bangun. Sesungguhnya Aina malu kerana nak bangun pukul 5.30 pun liat. Makan anak2 pun main beli jer... Cam ner nak jadi ibu yg baik... Sedey...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails