السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
31-08-2012
JumAAt
Kita cuti Merdeka. Aku tersangka hari ini adalah Sabtu, rupanya baru JumAAt.
Aku nyaris batal plan asal untuk lepak sehari dua di Jinjang, sebab pagi aku berkejar ke pasar sediakan pelbagai keperluan untuk rumah juga untuk kenduri minggu depan.
Tapi bila MyAdikBongsu agak sibuk di tempat kerja (malam Merdeka) sehingga terlalu singkat masa untuk berada di rumah, so aku sangat berbesar hati apabila akhirnya aku dapat juga lepak di Jinjang bersekali menemani MyBONDA yang tinggal sendirian sepanjang cuti Merdeka ini.
Antara sebab lain juga, adalah sebab aku tak sabar nak tengok apa yang MyAdikBongsu beli untuk aku semasa dia bercuti @ balik kampung di Bangkok minggu lepas.
Aku sebenarnya dah lama berkenan dengan backpack yang dia selalu pakai bawak pergi kerja. Leather youuu..!
Jom tayang apa yang aku dapat:
Backpack juga, tapi dia tak dapat cari yang exactly macam his one... Tapi dapat yang ini pun kira dah melompat sakan dah...!
Selain itu:
Kasut kuning tu untuk orang lain, tapi takda sapa pun yang muat. So I guess IKA boleh. Perfume Dolce & Gabbana tu sample, tapi sebab ianya original, tentulah worth it, kan? Beg itu sebenarya, dia belikan untuk MyBONDA, tapi MyBONDA sedekah kasi aku, sebab dia kata beg tu lebih sesuai dengan aku. Yeahhh aku memang minat juga dengan sling bag...>> Melompat lagi...!!
Selain itu lagi:
Kemeja coklat tu untuk anak aku. Sunglass jenama Rudy Project yang original tu dia punya. Davidoff dan Lacoste tu pun original tapi kerana dijual atas nama "tester" so dia dapat semurah RM20 only each. Murah giler!
Ada banyak lagi yang dia beli untuk diri sendiri, maklum dia mahir berbahasa Thailand so soal nak tawar-menawar memang tak jadi masalah langsung.
Kerana dia bershopping pada time harga borong (tengah malam) sebab itu boleh dapat harga yang murah kerana jika siang hari, harga akan menjadi 3,4 kali ganda.
Thanks, Bro! I love U.
Tu yang buat aku teruja sangat nak jugak pegi shopping di Bangkok nih. Aduhaiii jommm sapa nak ikut aku pegi jalan-jalan ke Bangkok?
Jika ada masa dan rezeki nanti, harus aku nak ikut MyAdikBongsu balik sana untuk melihat sendiri budaya orang Siam.
~...suatu ketika dulu, HISYAM keluar berburu tanpa guru tanpa surat rindu akhirnya pulang dengan tangan kosong lalu bukan setakat SERI BULAN menarik muka menolak muncung, Mak Utih yang berangan daging manis pelanduk liar juga mula pandai mencebir bibir...~