Tuesday, September 25, 2012

Ahad yang sama: Majlis Atiqah bertunang.. then kami beli lemang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-09-2012



Selepas bergerak meninggalkan majlis gathering — dengan hati yang berat sekali — aku dan AINA menuju Gombak Jaya untuk satu lagi majlis.

Pertunangan ATIQAH anak Che Mat (AnakPerlis.com). Mujur pula kali ini kenduri di rumah Che Mat ambil katering untuk masak memasak, so aku masih boleh hadir Gathering Bloggers pada sebelah pagi. Kalu macam selalu, kami memasak beramai-ramai, haruslah aku tak pi Gathering tuh.

Kami sampai selepas majlis dah berakhir pun. Maklum dari Bangi ke Gombak Jaya satu jam perjalanan.

Pelamin bertunang tema pink. Orangnya dah masuk bilik.

Masih melayan kami walaupun nampak sangat letih MakPaknya Atiqah.

Makan lagi.

Cuma ratah ini. Menu wajib Gulai Rebung (orang Perlih memang handal gulai nih)


Balik dari majlis, aku harus singgah di Melawati untuk suatu urusan rasmi surat-menyurat.

Then singgah Pak Ali’s Lemang di Ulu Kelang.

Memenuhi hasrat orang yang teringin lemang.


Sebelah Pak Ali, juga ada khemah lemang yang lain. Baru naik agaknya.

Memang letih. Letih makan.

Namun lega dan syukur, dapat memenuhi hajat dan jemputan orang yang sayang dengan kita. Tak gitu?

*di gathering, airnya PURPLE, di majlis bertunang khemahnya pula PURPLE!



~...semasa gotong-royong membina bangsal baru untuk Pak Utih di kebun duriannya, bagai tak sangka dek warga Kampung Separuh Desa, SERI BULAN muncul dengan seluar panjang berjenama baik seperti Tun Teja hendak bersilat di kalangan anak dara yang hanya berkebaya berbatik sarung konon hendak memikat HISYAM...~



 





5 comments:

  1. sedapnya gulai rebung....
    teringin nak makan lemang pulak hik..hik..

    ReplyDelete
  2. QHAIFA NUR:
    Majlis kenduri orang Perlis memang wajib kena ada Gulai Rebung ni. Kak Azie belajar makan pun di majlis depa ni la.


    KAKCIK:
    Ada juga sikit buat habuan orang di rumah makan malam.

    ReplyDelete
  3. Balik malam tu terus terlentang letih. Dah warning awai2 sapa pun jangan kacau mama...eheheee...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails