Monday, September 20, 2010

Syawal: Keliru Sampai Pening...

Terimakasih kepada sekian ramai teman blogger yang membantu dan memberikan tips/panduan untuk menangani masalah virus Malware yang kena pada blog aku yang tak seberapa ni.

Kalu nak ikutkan aku takda pasang iklan pun (kecuali yang dari Nuffnang tu), takda video, takda lagu latar, takda bling-bling, takda widget yang pelik-pelik pun, tapi leh kena.

Antara panduan ada sebut, guna Google Chrome utk trace dari mana masalah itu datang. Ya betullah, ada satu blog yang disebut sebagai host virus. Cuma peliknya, agak lama aku tak masuk blog tersebut (sebab rasanya sudah diprivatekan). Dan berbulan aku tak dapat masuk blog tu, tapi virus tu leh jangkit lak. Takpa lah, harap-harap masalah virus tu akan selesai pelan-pelan.

Walaupun bukan keutamaan dalam hidup soal berblogging nih, tapi sekurang-kurangnya dapatlah belajar sesuatu tentang dunia IT yang serba luas tanpa sempadan.

Ada perkara lain yang lagi penting yang sedang aku pertimbangkan sekarang. Dah lama pun aku dok fikir, sejak sebelum puasa lagi. Aku sedang berkira-kira untuk mencari tempat kerja baru. Dan aku sudah pun memulakan beberapa langkah awal untuk mula menukar haluan.

Sebab apa? Ada banyak sebab. Buat masa ni aku kena tumpukan tanggungjawab sebagai staf di sini. Seharian ini memang sibuk, kalut dan sendat. Ini antara sebab yang aku tak berani bercuti lama masa raya, sebab projek yang satu ini (Further Advance) baru mula dan sekarang dateline utk launch semakin hampir. Masa awal dulu, taknak kasi semua article, bila dah dekat masa, baru buat macam orang terkejut. Yang seksa tentulah aku yang macam rasa nak pasang tangan lagi empat kat belakang.

Mungkinkah aku orang yang terlalu mengharap, atau terlalu demand? Aku rasa tidak. Tetapi dalam certain keadaan, aku rasa ada pihak sengaja cuba meletakkan aku dalam keadaan bersalah, dan seboleh mungkin nak buat seolah aku sedang berbuat salah.

Biarkan. Persepsi macam tu aku tak heran sangat, tapi pendirian orang-orang yang berkuasa yang pada aku terlalu angkuh dengan pekerja membuatkan aku malas nak layan. Contoh, seorang yang sedang dilihat tidak menepati arahan atau bermasalah dengan disiplin, disebut, "Kasi warning. Buang saja. Kita cari staf baru. Bukan susah.!"

Ayat sebegitu sungguh angkuh bagi aku. Walaupun aku belum pernah berhadapan dengan keadaan itu, tapi tidak mustahil suatu hari aku mungkin terperangkap antara mengikut arahan dan mengikut pertimbangan wajar sendiri.

Melayan reaksi angkuh bukan menjadi minatku. Seboleh mungkin aku mengelak, dengan cara membawa haluan sendiri, sebab aku takda masa nak layan atau nak fikir hal macam tu.



Aku harap beberapa usaha aku kebelakangan ini akan memberikan hasil yang baik dan meletakkan aku dalam keadaan selesa lagi pasti. Melompat-lompat tempat kerja ni bukan sifatku bukan minatku. Tapi nampaknya, keadaan aku sekarang tidak banyak memuaskan hati aku.



~...bukan tidak pernah SERI BULAN ditawarkan jawatan hebat lagi lumayan tanpa syarat, tetapi enggan merasa terlalu terhutang budi baik, dipohon usah melihat jasa dibalas jasa tetapi memandang usaha pasti untuk kebaikan bersama...~



11 comments:

  1. Semuga esok lebih baik yer..Aminnn...

    ReplyDelete
  2. Mohonlah petunjuk dariNya. :)


    (psstttt... Azie... Acu ada cakap apa-apa tak pasal site visit Sabtu ni???..)

    ReplyDelete
  3. bersabar...
    sambil itu cuba cri alternatif lain

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam Azieazah.
    There is and will be a time when we have to make the right decision....

    ReplyDelete
  6. pikiaq masak2...keputusan di tangan anda..kami semua penyokong setia ;)

    ReplyDelete
  7. Salam kak azie,
    hanya kak azie yang tahu apa yang terbaik untuk diri akak... mohon petunjuk Ilahi takdirkan yang terbaik untk akak. same time, fikir masak2, give yourself some times, maybe thing will change, huhu (doubt that)..

    ReplyDelete
  8. salam kak...
    dah ok dah gamaknya...
    entry akak byk yg lum baca, insya Allah akan diusahakan time 2 time, cuma nak komen tu x sure la lagi..
    apa2 pn selamat hari raya kak zie....

    p/s pk masak2 sblm buat keputusan...kalau perlu, solat istikharah, insya Allah Dia akan beri petunjuk

    ReplyDelete
  9. akak guna nod32 ... tapi jika dah format pc tu... atu pun system tu readay kan dengan norton goback

    ReplyDelete
  10. NAA > tkasih.


    KAKCIK > Ada tadi petang ACU call. Belum dapat dipastikan lagi. Kalu Sabtu, memang very the sorry, sebab Sabtu saya kerja.

    ReplyDelete
  11. mungkin ada hikmahnya....kerja di tempat yg kita rasa selesa & sesuai

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails